Anda di halaman 1dari 21

SISTEM PEMBENTUKAN

MASYARAKAT
PLURALISTIK
ZAMAN KOLONIAL
BRITISH DI TANAH
MELAYU
PENGENALAN
• Mengikut Kamus Dewan, konsep
‘masyarakat’ membawa maksud kumpulan manusia
yang menetap
bersama-sama di sesuatu tempat dengan mengikut
aturan dan cara tertentu. Masyarakat ini
pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa.
• ‘Pluralistik (Majmuk)’ terbentuk daripada
beberapa bahagian yang merupakan kesatuan atau
dalam konteks masyarakat, ia terdiri
dari
beberapa kumpulan etnik.
• Oleh itu, masyarakat pluralistik membawa maksud
‘satu kumpulan manusia yang terdiri daripada
pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu
kesatuan khususnya dalam aspek politik, sosial dan
ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu
kumpulan yang bersatu padu’.
CIRI-CIRI MASYARAKAT
PLURALISTIK
• Tidak adanya penyesuaian nilai (value consensus)
di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain.

• Tidak wujudnya keseragaman dari segi kebudayaan.

• Selalu berlaku konflik dan pertentangan


antara kelompok yang ada.

• Tiap-tiap kelompok itu mengekalkan kuasa


autonomi mengikut bahagian sistem sosial mereka.
• Unsur paksaan serta saling bergantungan dalam bidang
ekonomi antara satu kelompok dengan kelompok yang
lain sebagai faktor asas untuk berlakunya interaksi.

• Dominasi dari segi kuasa politik oleh satu kelompok


dengan kelompok yang lain.

• Pemecahan pucuk pimpinan berdasarkan kepada


kepentingan kelompok tertentu. Tiap-tiap kelompok
mempunyai fungsi serta kepentingan mereka sendiri.
K ES U LTA N A N
PENJAJAHAN
MELAYU
PORTUGIS
M EL A K A

PROSES PEMBENTUKAN
MASYARAKAT PLURALISTIK

PENJAJAHAN PENJAJAHAN
BELANDA BRITISH
KESULTANAN
MELAYU MELAKA
• Pembentukan masyarakat plural yang lebih luas berlaku apabila negeri-
negeri persisir Selat Melaka terdedah kepada perdagangan antarabangsa.
• Kedudukan Selat Melaka yang strategik memudahkan para pedagang singgah
sama ada untuk berdagang, mendapat bekalan makanan atau membaiki
kapal.
• Kemudahan yang disediakan dan dasar menggalakkan para pedagang datang
dan tinggal di Melaka yang dirancang oleh Sultan dan pembesar telah
menjadi daya tarikan pedagang untuk datang ke situ.
• Bangsa-bangsa yang datang berdagang di Melaka telah mewujudkan interaksi
dan menggalakkan asimilasi di antara bangsa melalui perkahwinan campur.
• Antara kelompok yang membentuk masyarakat di Melaka adalah Melayu,
India, Cina, Benggali, Arab dan Cina-Melayu yang membentuk masyarakat
Cina Peranakan di Melaka.
• Pembentukan masyarakat plural yang digalakkan oleh pemerintah Melaka
meninggalkan banyak kesan positif terutama dari segi penyebaran Islam,
perkembangan ekonomi, politik dan sosial sehinggalah Melaka diserang
Portugis pada tahun 1511.
PENJAJAHAN PORTUGIS
• Kemakmuran Melaka telah menarik minat Portugis.
• Tujuannya bolehlah diringkaskan kepada 3 perkataan iaitu ‘agama,
kekayaan dan kemegahan’ (Gospel, Gold and Glory).
• Kedatangan Portugis ke Melaka telah membawa kepada berakhirnya
zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka yang terbina sejak
lebih satu kurun.
• Setelah berjaya menawan Melaka, orang Portugis menduduki
Melaka selama lebih kurang 130 tahun.
• Kesannya wujudlah masyarakat Serani yang beragama Kristian
hasil dari perkahwinan bangsa Portugis dengan penduduk tempatan.
PENJAJAHAN BELANDA
• Belanda menjadi sebahagian jajahan takluk King Philip (raja negara
Sepanyol).
• Akibat daripada pertikaian agama, Belanda bangun melawan kekuasaan
Sepanyol dan mencapai kemerdekaan pada tahun 1548.
• Portugal dan Belanda mempunyai hubungan perniagaan. Apabila Portugal
ditawan oleh King Philip (1580) menyebabkan hubungan mereka terputus.
• Keadaan ini mendorong Belanda mencari jalan terus ke kawasan yang
mengeluarkan hasil rempah di Asia.
• Pada tahun 1639 Belanda dapat menawan Melaka melalui perjanjian dengan
negeri Johor.
• Disebabkan factor-factor tertentu akhirnya Melaka diserahkan kepada
British melalui Perjanjian Inggeris-Belanda (1824)
ORANG
MELAY
U

PENJAJAHAN
BRITISH

ORANG ORANG
CINA
INDIA
ORANG MELAYU
• Orang Melayu merupakan penduduk peribumi dan
telah menetap berabad-abad lamanya di Tanah
Melayu.
• Orang Melayu telah berhijrah ke Tanah Melayu
dari Yunan kira-kira 3 500 tahun dahulu.
• Bilangan orang Melayu semakin bertambah pada
pertengahan abad ke-19 apabila berlaku
penghijrahan beramai-ramai orang Indonesia ke
Tanah Melayu. Mereka terdiri daripada orang
Minangkabau, Bugis, Jawa dan Banjar.
FAKTOR KEDATANGAN
1) Berlaku pertambahan penduduk dengan pesat tetapi kawasan untuk
pertanian adalah terhad. Oleh itu, wujud masalah kebuluran di Indonesia
dan kerajaan Belanda gagal mengatasi masalah tersebut.
2) Kerajaan Belanda telah mengenakan pelbagai cukai seperti cukai buruh,
cukai kepala, cukai garam dan cukai tol sehingga membebankan rakyat.
Akibatnya, banyak yang kehilangan tanah apabila gagal membayar
pinjaman kerana bunga yang dikenakan adalah tinggi.
3) Kerajaan Belanda telah melaksanakan Sistem Tanaman Paksa untuk
mencari sumber pendapatan selepas Perang Napoleon. Mengikut
sistem ini, petani-petani Indonesia diwajibkan menanam 1/10 daripada
tanah pertanian mereka dengan tanaman yang ditetapkan oleh kerajaan
Belanda. Ini menyebabkan petani-petani mengabaikan tanaman sendiri
kerana terpaksa memberi tumpuan kepada tanaman kerajaan. Hal ini
menyebabkan hasil pertanian petani-petani Indonesia rendah dan
akibatnya kehidupan petani bertambah miskin dan menderita.
4) Wujud ketidakstabilan politik di Indonesia kerana berlaku beberapa
penentangan rakyat Indonesia yang tidak tahan dengan penindasan
Belanda.
5) Kepesatan ekonomi Tanah Melayu hasil perkembangan perusahaan bijih
timah dan getah telah menawarkan banyak peluang pekerjaan.
ORANG CINA
• Kemasukan penghijrahan Cina bermula sejak zaman kerajaan Melayu Melaka apabila

terdapat hubungan perdagangan antara kerajaan Melaka dengan negara China.


• Pada awal abad ke-19, orang Cina yang berhijrah tertumpu di Negeri-Negeri Selat (NNS)
terutama Singapura dan Pulau Pinang untuk menjadi buruh di ladang-ladang tebu dan kopi.
• Pada pertengahan abad ke-19, jumlah orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu
bertambah ramai. Kebanyakannya bertumpu di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan
selaras dengan perkembangan perusahaan melombong bijih timah di Larut (1850) dan
Selangor (1860). Pembesar-pembesar Melayu telah membawa masuk orang Cina untuk
menjadi buruh di lombong bijih timah mereka.
• Kemasukan orang Cina bertambah ramai apabila sektor bijih timah diambil alih oleh
pedagang Eropah. Kerajaan British telah menggalakkan kemasukan imigran Cina dengan
melonggarkan syarat kemasukan ke negeri-negeri Melayu.
• Di Sabah, Syarikat Berpiagam Borneo Utara British telah menggalakkan penghijrahan
masuk orang Cina untuk bekerja di ladang-ladang getah dan tembakau. Bilangan penduduk
Cina di Sabah telah meningkat daripada 27 801 orang pada tahun 1911 kepada 50 056
orang pada tahun 1931.
• Di Sarawak, di bawah pemerintahan keluarga Brooke telah menggalakkan kemasukan orang
Cina untuk bekerja sebagai pedagang, petani dan pelombong. Bilangan penduduk Cina di
Sarawak telah meningkat daripada kira-kira 5000 orang pada tahun 1871 kepada 123 626
orang pada tahun 1939.
FAKTOR KEDATANGAN
1) Kesukaran hidup di negara China. Di zaman tersebut kebanyakan penduduk
Cina mengalami
hidup sengsara di mana berlaku pertambahan penduduk yang pesat, bencana
alam yang kerap (banjir dan kemarau) dan sumber-sumber alam yang
terhad.
2) Ketidakstabilan politik yang mengancam nyawa dan harta benda telah
memaksa sebilangan besar orang Cina untuk berhijrah. Gerakan menentang
pemerintahan Manchu sentiasa meletus, antaranya ialah Pemberontakan
Taiping dan Pemberontakan Boxer dan Revolusi Cina.
3) Perusahaan bijih timah dan getah yang berkembang menyebabkan
keperluan terhadap tenaga buruh. Ini dikatakan faktor penarik yang kuat
lebih-lebih lagi apabila harga bijih timah dan getah melambung tinggi.
4) Kestabilan politik di Tanah Melayu menyebabkan kedudukan ekonomi
bertambah baik (melalui perusahaan bijih timah dan getah) dan bagi
memperoleh tenaga buruh, maka buruh-buruh daripada negara China
digalakkan untuk berhijrah ke Tanah Melayu.
5) Kemudahan sistem pengangkutan seperti adanya kapal stim dan juga ejen-
ejen yang membawa penghijrah telah memudahkan mereka berhijrah.
6) Penduduk di kawasan selatan China (seperti Kwangtung dan Fukien)
merupakan mereka yang dikatakan mempunyai ciri-ciri daya usaha yang
tinggi dan bersifat suka mengembara. Faktor ini menggalakkan lagi mereka
berhijrah.
ORANG INDIA
• Perhubungan awal India dengan Semenanjung Tanah Melayu bermula di
sekitar abad pertama masihi. Ini berkait rapat dengan pengaruh Hindu
dan Buddha.
• Pada zaman kerajaan Melayu Melaka, ramai saudagar India tinggal di negeri
Melaka dan menjalankan perniagan.
• Penghijrahan orang India secara beramai-ramai berlaku mulai tahun 1840-an
untuk bekerja di ladang tebu dan kopi di Seberang Perai.
• Pada awal abad ke-20, berlaku kemasukan paling ramai buruh India ke Tanah
Melayu selaras dengan perkembangan pesat perusahaan getah. Contohnya,
pada tahun 1819, terdapat seramai 75 000 orang India di Tanah Melayu.
Jumlah ini meningkat kepada 471 536 orang pada tahun 1921.
• Negeri Sarawak dan Sabah tidak mengalami arus kedatangan imigran India
tetapi banyak buruh Jawa dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang.
FAKTOR PENGHIJRAHAN
1) Kesukaran hidup di India :
Kawasan pertanian dan seterusnya pekerjaan di India adalah terhad. Penyebab
utama ialah pertambahan penduduk India yang begitu pesat. Keadaan
bertambah buruk dengan kejadian bencana alam. Ramai petani kehilangan tanah
dan berhutang. Bagi yang berpendidikan pula, sukar untuk mendapatkan
pekerjaan. Sistem kasta pula dikatakan menyekat mobiliti sosial dan
menyebabkan yang berkasta rendah cenderung untuk berhijrah.
2) Pertumbuhan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu. Tanaman pertanian dagang yang
diperkenalkan di Tanah Melayu, khususnya getah seterusnya kelapa sawit adalah
memerlukan kepada tenaga buruh.
3) Galakan daripada kerajaan Inggeris kepada orang-orang India untuk bekerja di
ladang- ladang, perkhidmatan awam (kerani dan teknikal), dan pembinaan
(bangunan dan jalanraya).
POLITIK EKONOMI

KESAN

SOSIOBUDAYA
POLITIK
• Dari segi politik, masyarakat pluralistik telah menyebabkan timbulnya fahaman
politik dan parti politik yang berbeza.
• Perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu terbahagi kepada 3 corak
berdasarkan 3 kaum yang terbesar mendiami negara ini.
• Orang Melayu menunjukkan taat setia mereka kepada Tanah Melayu, bangsa
Cina kepada negara China dan bangsa India pula ialah kepada negara India.
• Menjelang pertengahan abad ke-20, sikap dan taat setia bangsa Cina dan India
secara beransur-ansur mula bertumpu kepada Tanah Melayu, iaitu bumi tempat
mereka mencari rezeki dan perlindungan.
• Malayan Union telah membangkitkan semangat kebangsaan orang Melayu dengan
amat luas sekali.
• Kejayaan memansuhkan Malayan Union, UMNO telah muncul sebagai parti politik
Melayu. UMNO menjadi tempat pergantungan orang Melayu bagi kemajuan
dalam bidang politik, sosial dan ekonomi.
• Bagi orang India pula, PartiKongres India Malaysia (MIC) pula
ditubuhkan untuk:
- Memupukdan memelihara kepentingan politik, ekonomi dan sosial
kaum India di Tanah Melayu.
- Memperjuangkan kemajuan politik di Tanah Melayu bersama-sama kaum lain.
- Mewakili dan menyampaikan pendapat kaum India kepada kerajaan.
• Bagi masyarakat Cina pula, Persatuan Cina Malaya (MCA) ditubuhkan yang
mempunyai 2 tujuan utama iaitu:
- Melindungi hak kepentingan orang Cina
- Menggalakkan dan memelihara keharmonian kaum dan membentuk
negara Tanah Melayu yang bersatu.
• Selain daripada parti ini, terdapat pelbagai parti politik yang mewakili
kepentingan kaum masing-masing.
EKONOMI
• Kemasukan imigran luar telah membentuk penempatan berdasarkan corak
kegiatan ekonomi mengikut bangsa.
• Kaum Cina bertumpu di bandar-bandar, kawasan lombong serta menceburi
bidang kewangan.
• Kaum Melayu menceburi bidang pertanian di kawasan pedalaman bahagian
barat Timur dan Utara.
• Orang India bertumpu di kawasan perladangan getah sepanjang bahagian
tengah Pantai Barat.
• Kemasukan buruh-buruh asing telah memberi sumbangan terhadap
pembangunan ekonomi Tanah Melayu. Perkembangan pesat ekonomi
membolehkan sistem pengangkutan, hospital, pelabuhan, telegraf dan
sekolah-sekolah dibina.
• Penduduk Bumiputra di luar bandar kurang mendapat perhatian terhadap
masalah ini. Ini disebabkan anggapan bahawa orang Melayu bukan
merupakan tenaga kerja yang penting.
SOSIOBUDAYA
• Budaya yang dibawa dari negara China, India dan Tanah Arab ini sedikit
sebanyak diubahsuai dan wujudlah budaya Malaysia.
• Dari segi bidang kesenian, kedatangan berbagai bangsa telah mewujudkan
pelbagai variasi budaya antaranya dari segi muzik dan cara berpakaian.
• Kepercayaan animisme iaitu kepercayaan terhadap perkara atau benda ghaib
didatangkan dari negara luar khususnya India.
• Pada Ogos 1971, kerajaan telah menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan
yang berteraskan kebudayaan rakyat asal negara ini dan agama Islam
menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsan.
• Dari segi pendidikan, corak pendidikan orang Cina dan India di Tanah Melayu
dahulu tetap berorientasikan corak pendidikan di negara China dan India
sehingga tertubuhnya Akta Pendidikan 1957.

Anda mungkin juga menyukai