Anda di halaman 1dari 10

DRAMA DALAM

PENDIDIKAN
SOALAN :
TERANGKAN BAGAIMANA PEMENTASAN TEATER DAPAT
MENJANA WANG

PENSYARAH :
DR MARIA BINTI TAHIR

DISEDIAKAN OLEH :
MUHAMMAD ALIF IZZUDDIN BIN ROSLI

http://www.free-powerpoint-templates-design.com
Agenda Perbincangan
01 DEFINISI PEMENTASAN TEATER

02 PEMENTASAN TEATER DAPAT


MENJANA WANG

03 PENUTUP

04 RUJUKAN
DEFINISI PEMENTASAN
TEATER
• Perkataan teater diambil dari bahasa Yunani, theatron, yang bererti tempat atau gedung pertunjukan.
• Teater merupakan pertunjukan yang dipentaskan di depan khalayak ramai.
• Seni teater adalah salah satu jenis kesenian berupa pertunjukan drama yang dipentaskan di panggung.
• Secara spesifik, seni teater adalah sebuah seni drama yang menampilkan perilaku manusia dengan gerak, tari,
dan nyanyian yang disajikan lengkap dengan dialog dan lakonan para pelakon.
• Di Malaysia, masyarakat kita sudah tidak asing lagi dengan persembahan teater yang dipersembahkan oleh
para anak seni sama ada di Istana Budaya mahupun di tempat-tempat persembahan yang dipilih.
• Malah, persembahan teater ini telah menjadi satu kerjaya yang mampu menjana wang ringgit oleh para pelakon
dan anak seni teater.
• Persembahan teater ini bukan sahaja dilakonkan oleh para pelakon biasa malah sekarang sudah ramai artis-
artis yang terlibat secara langsung dalam pementasan teater.
• Hal ini kerana setiap pementasan teater yang dipersembahkan menggunakan tenaga kerja yang tinggi dan
memerlukan barisan pelakon-pelakon yang mahir.
• Dari situ jugalah persembahan yang dipentaskan adalah sangat berkualiti dan sentiasa menarik minat dan
perhatian penonton untuk menyaksikannya.
• Melalui tarikan penonton yang tidak berbelah bagi, teater di Malaysia telah berkembang dengan maju dan
sentiasa dipenuhi dengan penonton apabila ia dipentaskan sehingga ia menjana wang yang sangat banyak.
• Contoh pementasan teater yang menjana wang yang tinggi ialah Puteri Gunung Ledang yang dipersembahkan
di Istana Budaya.
PEMENTASAN TEATER
DAPAT MENJANA
WANG
• Pementasan teater tidak dapat dinafikan lagi mampu menjana wang pendapatan.
• Pendapatan ini dapat diperolehi melalui pelbagai aspek dan kaedah dalam seni teater.
• Antara contohnya ialah :
i) Pementasan Teater
- Apabila sesuatu teater dipersembahkan, sudah tentulah bayaran masuk akan dikenakan
kepada para penonton.
- Bayaran masuk ini adalah melalui jualan tiket atau pas masuk secara online yang dijual
kepada penonton dan ia mengikut kedudukan tempat duduk iaitu tempat duduk biasa dan
tempat duduk VVIP.
- Melalui jualan tiket inilah ia dapat menjana wang pendapatan yang banyak kerana setiap
tiket yang dijual mempunyai harga mengikut tempat kerusi yang ditetapkan.
- Contohnya, tiket untuk tempat duduk biasa ialah RM10 manakala VVIP ialah RM50
ii) Biasiswa / Sumbangan
- Melalui teater juga, seseorang pelakon itu mampu diberikan biasiswa ataupun sumbangan
daripada jabatan atau mana-mana pihak yang terlibat.
- Contohnya, jika pelajar-pelajar Sekolah Seni Johor yang mempersembahkan teater dalam
sesuatu pertandingan dengan baik dan memenanginya, mereka mampu menarik minat para
penyumbang untuk memberi sumbangan terhadap diri mereka malah boleh dijadikan sebagai
sumbangan biasiswa pengajian.
PENUTUP
Secara intihannya, dapat kita katakan bahawa pementasan teater di Malaysia bukanlah suatu
persembahan yang boleh di anggap sebagai persembahan yang biasa. Hal ini kerana telah banyak
teater yang dipentaskan dan menjadi satu wahana kepada masyarakat sehinggakan mendapat
permintaan sendiri daripada masyarakat supaya akan ada lagi pementasan teater untuk yang
seterusnya. Hal ini dalam masa yang sama menunjukkan bahawa masyarakat kita menerima
pementasan teater dengan baik di negara ini. Melalui sokongan yang diperolehi inilah telah
membuatkan para pengarah teater untuk terus berusaha dalam merancang dan
mempersembahkan teater yang terbaik untuk ditontonkan. Situasi ini juga pada yang sama telah
memberi satu kebaikan kepada penggiat anak seni negara kerana melalui kejayaan persembahan
teater ini yang kini semakin maju, ia telah menjadi satu punca pendapatan kepada mereka. Oleh
itu, kegiatan seni teater ini harus diteruskan dan digiatkan dengan berkesan supaya seni teater
negara kita semakin berkembang dan sentiasa diterima oleh masyarakat.
RUJUKAN
Ahmad Suhaimi Mohd Noor. (2007). Sejarah Kesedaran Visual Di Malaysia. Perak: Penerbit
Universiti UPSI.
Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad. (2012). Drama Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Sasbadi
Sdn. Bhd.
Johan Jaafar. (2012). Drama pentas Johan Jaafar. Petaling Jaya: Balang Rimbun Sdn. Bhd.
Rahmah Bujang & Nor Azlin Hamidan. (2002). Kesenian Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.

Anda mungkin juga menyukai