Anda di halaman 1dari 6

PENYELESAIAN MASALAH

1) Danial memenangi wang RM2000 dalam pertandingan


Reka Cipta. Ibunya melaburkan wang tersebut ke dalam
Amanah Saham Berhad untuk pendidikannya kelak.
Pelaburan itu mendapat dividen 10% setahun. Kira jumlah
wang simpanan Danial selepas 2 tahun.
PENYELESAIAN MASALAH
2) Kakak Aiman memenangi RM 12 500 dalam peraduan
menulis cerpen. Kakaknya menyimpan wang itu ke dalam
akaun simpanannya dan diberi faedah 2.2% setahun.
Berapakah jumlah wangnya setelah 2 tahun?
PENYELESAIAN MASALAH
3) Aina melabur dalam satu projek sebanyak RM 4000. Dia
memperolehi 25% keuntungan atas pelaburan tersebut.
Berapakah jumlah wang Aina selepas dia memperolehi
keuntungan atas pelaburan tersebut?
PENYELESAIAN MASALAH
4) Tan ada wang sebanyak RM 8500. Dia melabur kesemua
wangnya dalam satu pelaburan, dan memperolehi keuntungan
sebanyak RM 15% atas pelaburan yang dilakukan. Berapakah
jumlah wang Tan selepas dia menerima keuntungan atas
pelaburan yang dilakukan?
PENYELESAIAN MASALAH
5) Encik Kumar melabur sebanyak RM 4500 dalam menternak
ikan keli. Dia memperolehi keuntungan sebanyak 25% atas
pelaburan tersebut. Berapakah wang keuntungan yang
diperolehi oleh Encik Kumar?

Anda mungkin juga menyukai