Anda di halaman 1dari 6

SILA SEDIAKAN BUKU

TATABAHASA.

SELASA TATABAHASA (1. ) 4 MEI 2021


 Selasa Tatabahasa(1.3) 4 Mei 2021

Kata adjektif:Jenis-jenis bau

1) hapak - bau pakaian yang disimpan lama / bau peluh

2) hamis - bau kulit / daging kambing dan lembu

3) hancing - bau air kencing / tandas

4) haring - sama maksud dengan hancing

5) harum - bau yang sedap dihidu

6) hangit - bau nasi ditanak-

7) hanyir - bau ikan basah/ darah

8) hangus - bau benda terbakar sehingga menjadi arang

9) semerbak - bau bunga-bungaan

10) tengik - bau minyak masak disimpan lama


LATIHAN KATA ADJEKTIF (JENIS-JENIS BAU)

1. Langsir itu berbau _________ kerana terkena kencing kucing.


2. Bau bunga mawar itu sangat ___________.
3. Baju ibu berbau _________ kerana ibu baru sahaja menyiang ikan.
4. Biskut yang dibakar oleh ibu berbau __________ kerana ibu terlupa menutup
suis ketuhar.
5. Adik tidak berselera untuk makan daging kambing itu kerana baunya yang
sangat _________.
6. Bau minyak masak lama itu sangat __________.
7. Stoking Jennifer berbau sangat _________ kerana sudah seminggu
dia tidak membasuh stokingnya itu.

8. Tandas yang tidak dicuci bersih itu berbau __________.


9. Nasi yang ditanak oleh Melissa berbau ________ kerana dia terlupa
untuk menutup api dapur gasnya.

10.Daging kambing itu berbau _______ kerana tidak dicuci dengan


bersih.
Masin

Lazat/enak/
sedap Masam

Kata
adjektif
Payau
Pahit
rasa (Rasa air
masin)

Kelat
Tawar
(rasa yang
(tiada
hampir
rasa)
pahit)
1. Rasa buah mangga muda itu sangat ___________.
2. Sup ayam itu berasa _________ kerana ibu lupa membubuh garam dalam sup
ayam.

3. Adik tidak mahu lagi makan buah pisang yang tidak masak itu kerana rasanya
sangat ______________.

4. Ubat itu sangat susah untuk ditelan kerana rasanya sangat ____________.
5. Rasa air laut itu sangat ___________.
6. Masakan nenek sangat _________ kerana nenek terlebih memasukkan garam.
7. Saya sekeluarga suka makan di restoran itu kerana makanan di sana sangat
________________.

Anda mungkin juga menyukai