Anda di halaman 1dari 41

-Perkembangan Konsep

Kendiri

-Konsep kendiri positif dan negatif

-Faktor yang mempengaruhi


konsep kendiri

-Cara guru menyemai konsep


kendiri positif
Menurut Carl Rogers (1951)
• Konsep kendiri adalah definisi diri yang
kita berikan kepada diri kita secara sedar
apabila menggunakan perkataan saya
atau aku.
• Ia merupakan suatu gambaran persepsi
kendiri yang tersusun yang boleh dibawa
ke peringkat sedar.
Contoh : saya seorang yang bijak.
• Rogers mengatakan di antara kendiri
dengan pengalaman seseorang, wujud
suasana kongruens atau
menggembirakan.
• Jika keadaan tersebut tidak dapat
diwujudkan, ketegangan akan timbul pada
seseorang.
• Bagaimanapun, seseorang boleh
mengekalkan kestabilan konsep kendiri
yang unggul dengan cara menafikan
kehadiran suasana yang tidak
menggembirakan menggunakan helah
bela diri.
Perkembangan konsep kendiri
Merangkumi aspek:
1. Pengetahuan kendiri
2. Regulasi dan pengawalan kendiri
3. Penilaian dan penghargaan kendiri
Pengetahuan kendiri
• Pengetahuan konsep kendiri terdiri
daripada:
i) kesedaran kanak-kanak tentang
kewujudan kendiri.
ii) perkembangan konsep kendiri.
• Kesedaran tentang kewujudan kendiri
bermula beberapa bulan selepas
kelahiran.
• Seterusnya kanak-kanak akan membentuk
konsep yang lebih stabil tentang kendiri
mereka.
• Tugas pertama kanak-kanak ialah untuk
memahami bahawa dirinya terpisah
daripada persekitarannya dan perpisahan
kendiri ini kekal.
• Lewis (1983) menamakan aspek ini
sebagai “kewujudan kendiri”, hasil dari
kesedaran “saya wujud”.
• Menurut Lewis dan Brooks-Gunn(1979),
proses mengenali diri sendiri berkait rapat
dengan pengalaman bayi berinteraksi
dengan persekitarannya.
• Melalui aktiviti bermain, bayi mengetahui
bahawa ia dapat menentukan dan
mempengaruhi perkara-perkara yang
berlaku di sekelilingnya.
• Misalnya, bayi sedar bahawa ia dapat
menggerakkan barang permainannya,
membunyikan kerincing dan barang
permainannya yang lain.
• Dengan penemuan ini, bayi mula sedar bahawa
kewujudannya terpisah daripada barang
permainan dan ia berupaya untuk membuat
sesuatu dengan barang tersebut.
• Akhirnya,bayi sedar bahawa ia dapat mengawal
sesuatu, dapat mencapai matlamat dan tahu
akan cara mencapainya.
• Kendiri kanak-kanak ada kualiti atau sifat
tertentu seperti kemahiran berjalan dan
perasaan malu atau berani.
• Kesedaran ciri-ciri kendiri ini adalah fasa
kedua dalam perkembangan konsep
kendiri, setelah kanak-kanak memahami
kewujudan kendirinya.
• Lewis menamakan keadaan ini sebagai
kategori kendiri.
3 komponen pembentukan
kategori kendiri kanak-kanak:
Komponen kategori Ciri-ciri
kendiri
1. Barangan saya Tubuh, pakaian, keluarga, rumah dan
(material me) segala milik kebendaan.
2. Pergaulan Siapa diri kita pada pandangan ibu bapa,
saya(social me) kawan-kawan dan orang terdapat di
persekitaran kita yang mempersepsikan
kita dengan pelbagai cara.
Trait personaliti seperti sikap, nilai,
3.Kerohanian saya keyakinan, kepercayaan, persepsi
(spiritual me) sosial, segala pengalaman-pengalaman
diri, kebolehan, kecekapan dan
sebagainya.
Kesedaran kewujudan kendiri
• Dalam proses menambah pengetahuan tentang
diri sendiri dan persekitaran, bayi memulakan
proses ini dengan penerokaan terhadap
tubuhnya sendiri.
• Proses penerokaan ini menjadi punca
pengetahuan bayi mengenai pemisahan dirinya
dengan persekitaran yang lebih luas dan asas
kepada pembentukan konsep kendirinya
(Bahrick, Moss, & Fadil, 1996).
• Pada awal usianya, seorang bayi
menganggap dirinya sebagai sebahagian
daripada persekitaran.
• Melalui penerokaan, mereka akan
memahami bahawa dirinya terpisah
daripada persekitaran yang lebih luas dan
mempunyai bentuk rupa yang unik.
• Pada usia dua hingga tiga bulan, bayi
sedang membentuk konsep asas tentang
kendirinya.
Perkembangan konsep kendiri
kanak-kanak
Umur Perkembangan
1 – 2 tahun •Pengenalan kendiri berkembang dan
menjadi kukuh
•Dapat mengkategorikan manusia
mengikut sifat seseorang itu
Mula menggunakan kenyataan yang
menunjukkan penilaian kendiri
Perkembangan konsep kendiri
kanak-kanak
Umur Perkembangan

3 – 5 tahun •Penghargaan kendiri yang tinggi


•Perhubungan persahabatan yang
konkrit
•Strategi penyelesaian masalah yang
luas
•Percaya akan pemerhatian orang
lain membentuk perspektif mereka
Perkembangan konsep kendiri kanak-kanak
Umur Perkembangan
6 – 10 •Konsep kendiri menekankan “ciri-ciri
tahun personaliti”
•Penghargaan kendiri menurun apabila
membuat perbandingan, kemudiannya naik
semula
•Perhubungan persahabatan menekankan
kepercayaan dan bantuan
•Strategi penyelesaian masalah yang teliti,
berpandu kepada keperluan
•Khusus sesuatu masalah
•Menekankan kecekapan dalam pergaulan
sosial
Perkembangan konsep kendiri kanak-kanak
Umur Perkembangan
11 tahun •Aspek-aspek baru dari segi ‘self-esteem’
ke atas seperti perhubungan persahabatan yang erat,
perhubungan romantis dan kemahiran bergaul
secara profesional dalam pekerjaan
•Persahabatan menekankan intimasi dan
kesetiaan
•Persepsi perseorangan merangkumi
“organized character sketches”
•Perkembangan perspektif sosial
•Perkembangan penghargaan kendiri yang
berkaitan dengan pembentukan identiti,
pencapaian akademik dan perkembangan karier
Regulasi dan kawalan kendiri
• Berkait rapat dengan perkembangan emosi dan
kematangan sosial kanak-kanak.
• Pada masa bayi, kawalan kendiri lebih bersifat
primitif dan kebanyakannya melibatkan proses
biologi.
• Misalnya bayi menjerit dan menangis apabila
kelaparan.
• Berumur dua tahun, kanak-kanak lebih mahir
dari segi kawalan fizikal (dapat bergerak dan
membantu diri bila ingin makan atau bermain).
• Mereka belum pandai menyatakan perasaan
secara verbal.
• Bentuk-bentuk kawalan kendiri masih
kurang lengkap dan mereka lebih
cenderung bertindakbalas secara fizikal
apabila ingin akan sesuatu.
• Goodenough,1931 mengatakan sekiranya
mereka marah, mereka lebih cepat
bertindak secara fizikal seperti memukul.
• Pengaruh kedua dalam perkembangan
kawalan diri ialah peranan tumpu
perhatian.
• Arahan lisan penting untuk mengatur dan
mengawal tingkah laku tetapi mesti
disokong dengan kemampuan untuk
menumpukan perhatian kepada tugas-
tugas tertentu, menyusun aktiviti dan
menyimpan maklumat dalam ingatan.
Holden dan West (1989)
berpendapat
• Ibu-ibu yang peka dan konsisten
menggunakan strategi yang teratur untuk
mengarah, mengekalkan dan mengalihkan
perhatian merupakan golongan paling
berkesan mengawal tingkah laku anak
mereka.
Penilaian dan penghargaan kendiri
• Bagaimanakah kanak-kanak menilai
dirinya sendiri?
• Ruble et al (1990) mengatakan apabila
kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-
kanak dan orang-orang lain di
persekitarannya, mereka akan
membandingkan diri mereka dengan
orang-orang tersebut dan juga membentuk
cita-cita untuk menjadi seperti siapa.
• Penilaian kendiri yang dibuat menjadi baik
atau buruk dan kanak-kanak mula
mengetahui kelemahan dan kekuatan diri
mereka.
• Penilaian kendiri berkembang sedikit demi
sedikit dan dipengaruhi oleh kematangan
kognitif dan proses sosialisasi.
• Penghargaan kendiri atau perasaan harga
diri seseorang adalah hasil daripada
semua pemikiran, perasaan, pengalaman,
pandangan dan penilaian yang telah
dikumpulkan mengenai diri sendiri
sepanjang umur hidup.
• Contoh: hasil kerja selalu dipuji maka
seseorang akan berasa tinggi
penghargaan kendiri.
• Penghargaan kendiri yang tinggi
membolehkan seseorang menghadapi dan
menyelesaikan berbagai-bagai cabaran
dan tanggungjawab hidup dengan penuh
keyakinan.
• Penghargaan kendiri yang tinggi atau
rendah bergantung kepada emosi
dalaman, peristiwa, manusia dan
pengalaman yang mempengaruhinya
pada sesuatu masa.
Jenis-jenis konsep kendiri

1. Konsep kendiri positif

2. Konsep kendiri negatif


Konsep kendiri positif
• Seseorang itu percaya kepada diri sendiri
secara lebih sihat dan yakin, disertai
dengan minat yang baik dan objektif serta
tidak terlalu sensitif.
• Menerima kritik orang lain dan
memberikan pandangan jika terdapat
keadaan tidak munasabah.
Clark, Clames dan Bean (1982) mengemukakan
beberapa ciri konsep kendiri positif

1. Bebas membuat pilihan dan keputusan


2. Bertanggungjawab
3. Bangga dengan kejayaan
4. Bertolak ansur dengan kekecewaan
5. Menghadapi cabaran dengan tabah
6. Berasa gembira
7. Kebolehan mempengaruhi orang lain
8. Menghargai diri sendiri dan orang lain
9. Bermurah hati
10. Senang berkawan
Konsep kendiri negatif
• Sifat seseorang yang terlalu subjektif,
sensitif, rendah diri dan terasa serba
kekurangan jika dibandingkan dengan
orang lain.
• Menjauhkan diri daripada orang lain
kerana rasa kekurangan dan takut
bergaul.
Ciri-ciri konsep kendiri negatif
1. Selalu meminta pertolongan
2. Kata-kata menyinggung
3. Selalu tidak berpuashati
4. Berangan-angan
5. Mencari simpati
6. Menyalahkan orang lain
7. Mementingkan diri sendiri
Faktor-faktor
konsep kendiri
positif atau negatif
1. Sifat semula jadi

a. Baka

a. Penglihatan diri sendiri


2. Model yang dicontohi daripada
pengalaman
a. Ibu bapa

b. Rakan sebaya

c. Orang lebih dewasa

a. Diri sendiri
3. Persekitaran

a. Sebaran am

b. Kebudayaan

c. Penglihatan orang lain


4. Kepercayaan nilai
berdasarkan keperluan

a. Keselamatan
b. Fizikal
c. Kasih sayang
d. Penghormatan diri
e. Kesempurnaan diri
Cara guru menyemai konsep
kendiri yang positif
1. Menerima dan menilai semua
pencapaian kanak-kanak mengikut
kebolehan individu.
2. Bersedia menolong dan memupuk
semangat kanak-kanak untuk bergiat
dalam bidang yang diminati.
3. Jangan bersikap berat sebelah atau
diskriminasi ke atas kanak-kanak.
4. Tentukan kumpulan kanak-kanak yang
diadakan dalam bilik darjah adalah
sangat memerlukan dan tidak
menjejaskan keperluan mereka.
5. Berpuashati terhadap pencapaian dan
usaha-usaha yang dilakukan oleh kanak-
kanak dan memberi penilaian yang betul
dan munasabah.
6. Elakkan daripada menggunakan
pertandingan dalam sesuatu ujian atau
aktiviti yang diadakan.
7. Menjalinkan hubungan yang baik dengan
kanak-kanak.
8. Dendaan dan cacian ke atas kanak-
kanak yang kurang pandai hendaklah
dielakkan.
9. Menanamkan sikap cintakan pelajaran,
guru, masyarakat dan negara.
10. Menyediakan berbagai-bagai
kemudahan bagi membolehkan kanak-
kanak mendapat pengalaman baru yang
boleh mengubahsikap negatif terhadap
orang lain.
11. Memberi pendidikan akhlak dan agama
kepada anak-anak.
12. Melatih kanak-kanak bertolak ansur dan
bekerjasama dalam perbincangan,
aktiviti dan kegiatan kokurikulum yang
ada di sekolah.
13. Menjemput penceramah luar untuk
memberi beberapa pandangan atau idea
terhadap sesuatu isu di majlis
perhimpunan sekolah.
- Tamat -

Anda mungkin juga menyukai