Anda di halaman 1dari 17

Norazmi Hasshim

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang


penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa
penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati
penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke
Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu
berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan
tahun baru bagi Takwim Hijrah.

Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran


Islam. Ancaman orang Arab Quraisy juga telah menjejaskan
aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu
strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam
dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam
yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Perjalanan
sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari.

Norazmi Hasshim
Dengan kata lain kita juga hendaklah melakukan hijrah.
Hijrah di sini dengan maksud berubah daripada melakukan
kejahatan kepada kebaikan, daripada berakhlak buruk
kepada berakhlak mulia dan daripada tidak bertakwa kepada
bertakwa kepada Allah. Hijrah sebegini akan terus
berkekalan sehingga hari kiamat.
Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang
sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang
oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).
Sambutan Ma’al Hijrah yang diadakan dengan penuh
semangat dan pelbagai acara akan menjadi sia-sia dan tidak
berfaedah sekiranya ia tidak disusuli dengan perubahan
sikap dalam diri setiap individu muslim ke arah yang lebih
baik.
Berdoa merupakan satu ibadat dan perintah Allah SWT
berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud : 'Berdoalah
kamu kepadaKu, nescaya aku mustajab untuk kamu”.
( Surah Ghafir ayat 60)
Norazmi Hasshim
Setiap Amalan dengan Niat

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab


r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung
kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang
apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju
kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnyakepada Allah
dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnyakerana dunia
yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana
seorang perempuan yang dia mahu kahwininya,
maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Norazmi Hasshim
GALAKAN PUASA 9 MUHARAM
Para ulama Hanafiah telah menyatakan kemakruhan
berpuasa hari Asyura tanpa berpuasa pada hari sebelumnya
(Hari Tasu`a) atau selepasnya.Mazhab Hanafi dan Maliki pula
tidak memakruhkan puasa tunggal sedemikian.Sebahagian
ulama yang menggalakkan puasa hari ke 9 bulan Muharam
berdasarkan hujah berikut:

1- Bagi membezakan ibadah umat Islam dan orang Yahudi.


Rasulullah pernah bersabda: Berpuasalah pada hari
Asyura, dan berbezalah dengan orang Yahudi dengan
berpuasa sebelumnya selama sehari, atau selepasnya
selama sehari.
[Diriwayatkan oleh Ahmad]

Norazmi Hasshim
2. Untuk menyambung puasa hari Asyura dengan ibadah puasa
juga, sepertimana tegahan berpuasa tunggal hari
Jumaat.

3. Berjaga-jaga dengan kesalahan hari. Boleh jadi hari


kesembilan tersebut adalah hari kesepuluh, jika berlaku
kesalahan dalam mengira anak bulan.

Ulama dalam Mazhab Syafiie dan Hanafi pula menggalakkan


puasa pada hari ke 11 Muharam sekiranya tidak
sempat berpuasa pada hari ke 9. Bahkan, Asy-Syarbini
menyatakan bahawa: Terdapat bukti dari
Imam Asy-Syafiie yang menyatakan galakan berpuasa
selama tiga hari (9, 10, 11 Muharam) di dalam kitab al-Uum
dan al-Imla`.

Norazmi Hasshim
Sejarah Asyura

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh


umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab
asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari
Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar
Islam iaitu pada 10 Muharram.Mengikut masyarakat Islam,
hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan
keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu,
masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga
yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Norazmi Hasshim
Peristiwa Bersejarah Hari Asyura
1. Hari pertama Allah menciptakan alam.
2. Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
4. Allah menjadikan 'Arasy.
5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
6. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
7. Nabi Adam a.s. dicipta.
Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun
memohon keampunan kerana melanggar larangan
Allah.
8. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat
Izrail membawanya ke langit.
9. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir
besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat
berlabuh di puncak pergunungan.

Norazmi Hasshim
10. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
11. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk
di dalamnya selama tujuh tahun.
11. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika
kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
12. Nabi Ayub a.s. Disembuhkan dari
Nabi Musa a.s. telah diselamatkanpenyakitnya.
daripada tentera Firaun
dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
13. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.
14. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan
paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40
malam.
15. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
16. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang
besar.
17. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera
Rom untuk menyalib baginda.

Norazmi Hasshim
Tarikh Hari Asyura {10 Muharram }
Berikut adalah 14 perkara yang sunat untuk dilakukan
oleh orang Islam apabila menjelangnya hari Asyura ini.

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.


Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun
ini.

2. Memuliakan fakir miskin.


Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah.
Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke
dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat.


Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam
hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi
tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah.
Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka
sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil
sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua
fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri.


Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa
diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat.
Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat:
“Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
9. Bercelak.
Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X.


Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan
pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat.


Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah
berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja
aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana
Allah Taala. ” Pada rakaat pertama dan kedua
selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

Norazmi Hasshim
12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel,
nikmal maula wa nikmannaseer”.
Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa.


Fadilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam
berbuka puasa.

14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari
Asyura kerana Allah Taala.”
Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan
seribu kali syahid dan diharamkannya daripada
neraka.
AL QURAN : Surah Hud Ayat 113 - BERMAKSUD : "Dan
janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim
yang akan menyebabkan kamu dibakar api neraka, sedang
kamu tidak ada sebarang penolong pun selain daripada
ALLAH SWT. Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan“

Bayangkanlah seandainya Allah menghantar malaikat


kepada setiap daripada kita, mengatakan bahawa Dia amat
mengasihi dan mencintai kita.. Ya Allah, betapa bahagianya
saat itu.. Pasti tiada lagi sengketa sesama manusia dan umat
Islam. Sebab apa? Kerana setiap daripada kita sudah tahu
nilai kasih akan seorang saudara..kerana setiap daripada
kita sudah tahu nilai cinta akan seorang sahabat. Cinta yang
hanya semata-mata kerana Allah..

Norazmi Hasshim
Norazmi Hasshim

Anda mungkin juga menyukai