Anda di halaman 1dari 30

PENGHANTAR

PENGAJIAN MORAL
UWA10202
1. DEFINASI MORAL
 Moral berasal daripada perkataan Latin
“moralis” ertinya hubungan antara sesama
manusia

 Moral merujuk kepada tingkah laku, amalan,


perbuatan dan nilai-nilai yang baik atau
buruk dalam sesuatu masyarakat.
 Moral lebih menjurus kepada amalan dan
perlakuan luaran yang dizahirkan oleh
seseorang.

 Persoalan moral adalah persoalan praktikal


dan amalan seharian seseorang manusia
 Seseorang yang tidak mempunyai rasa
bermoral (no moral sense) tidak dapat
membezakan yang mana baik atau buruk.
Contohnya kanak-kanak yang baru lahir dan
orang gila.
 Walaupun hati seseorang itu tidak ikhlas,
mengambil hak orang lain, tamak dan
mementingkan diri sendiri tetapi
perbuatannya dilihat baik oleh masyarakat,
maka dia dianggap bermoral.
 Perbincangan tentang moral lahir melalui
bidang falsafah

 Moral adalah relatif dan tidak ada satu


standard yang tetap yang perlu diikuti oleh
semua orang.
 Sumber Moral diperolehi menerusi:
pengamatan atau pengalaman individu atau
sesuatu kelompok masyarakat, budaya, kod
moral, kepercayaan, buku-buku, undang-
undang semulajadi dan kata-kata orang yang
berkuasa atau berpengaruh.
 Sumbernya adalah semata-mata berdasarkan
akal fikiran manusia tanpa agama
2. DEFINASI AKHLAK
 Akhlak berasal daripada perkataan Bahasa
Arab “al-Khuluq“ yang bererti tabiat atau
adat.

 Akhlak bermaksud budi perkerti, perangai,


tingkahlaku dan tabiat.

 Dari segi istilah, akhlak bermaksud keadaan


kejiwaan (hati) yang akan membentuk
tingkah laku seseorang manusia.
 Akhlak menjurus kepada keadaan dalaman
(hati) seseorang yang akan membentuk
tabiat luaran menerusi perbuatan.

 Menurut Imam al-Ghazali:“Sifat yang


tertanam dalam jiwa yang daripadanya
terbentuk tingkalaku dengan mudah tanpa
memerlukan pertimbangan akal terlebih
dahulu”
AKHLAK MENURUT PANDANGAN
ISLAM
 Ilmu akhlak adalah ilmu yang menyarankan
cara-cara untuk membersihkan hati
seseorang, menghiasnya dgn sifat-sifat yang
baik dan membersihkannya daripada sifat-
sifat yang keji.
 Ia juga satu ilmu yang menentukan batas
antara perbuatan yang baik dan buruk,
antara yang terkeji dan tercela, tentang
perkataan dan perbuatan manusia zahir dan
batin
 Sumber akhlak orang-orang Islam adalah al-
Quran dan Sunnah Nabi Muhammad saw.
Oleh itu ia tetap dan tidak berubah walaupun
zaman dan generasi bertukar silih berganti.
 Akhlak merangkumi semua aspek kehidupan
iaitu berakhlak kepada:
 i) Diri sendiri
 ii) Keluarga
 iii) Masyarakat
 iv) Alam sekitar
 v) Allah SWT.
3. DEFINASI ETIKA
 Etika berasal daripada perkataan “Greek”
ethos yang merujuk kepada “perlakuan
seseorang”.
 Etika adalah satu disiplin yang akan dapat
memberi maklumat kepada kita apakah
sistem moral yang diamalkan oleh satu-satu
kelompok manusia tertentu.
 Etika adalah satu set peraturan.
 Etika terbahagi dua iaitu Etika Deskriptif dan
Etika Normatif.
 Etika Deskriptif akan menyedarkan kita
bahawa di dunia ini terdapat berbagai-bagai
sistem moral yang relatif.
 Contoh: Etika Deskriptif menyatukan apakah
bentuk atau karektor sebenar satu-satu
sistem moral yang ada dewasa ini.
 Etika Normatif akan menilai, mengkritik dan
membuat keputusan terhadap sistem moral
yang ada.
 Ia menyedarkan kita bahawa nilai-nilai moral
tidak semuanya berubah mengikut perubahan
budaya manusia tetapi ada juga nilai-nilai
moral yang tetap dan tidak berubah.
 Ia biasanya disebut nilai yang mutlak yang
biasanya dikaitkan dengan ajaran agama.

 Contoh: Dalam agama Islam, membunuh diri


adalah perbuatan yang tidak baik dan
berdosa besar.
KESIMPULAN
 Definisi moral, akhlak atau etika merujuk
kepada perbuatan, tabiat dan adab yang
dilakukan oleh seseorang insan. Tanpa moral,
akhlak atau etika, manusia akan hidup tanpa
haluan dan bertuhankan hawa nafsu
4. FAKTOR PEMBENTUKAN
MORAL
 Pembentukan akhlak atau moral yang
berlaku pada seseorang dapat dibahagikan
kepada dua bahagian utama iaitu:
1. Faktor Dalaman
1.1 Adat
Adat dapat membentuk moral dan
akhlak dalam seseorang dengan perlakuan
yang berulang kali atau diwarisi oleh orang
tua.
 Kepercayaan yang diwarisi turun temurun
oleh nenek moyang selalu dipraktikkan oleh
pewarisnya termasuk cara berpakaian, cara
percakapan atau bertegur sapa, cara makan
dan sebagainya.
 Walaupun pengamalan adat sesuatu
masyarakat adalah baik, tetapi kita juga
perlu mempertimbangkan sama ada adat
tersebut sesuai diamalkan. Ini kerana
sesetengah adat adalah boleh diubah
mengikut kesesuaian tempat dan masa.
1.2 Agama
Agama memberi satu set pengetahuan tentang
moral dan akhlak yang mulia kepada
penganut- penganutnya.

Setiap tindakan yang membawa dosa akan


mengakibatkan hukuman

Tokoh atau pencipta agama itu juga menjadi


teladan untuk mengubah akhlak manusia.
1.3 Naluri
Naluri merupakan aneka refleksi sikap,
tindakan dan perbuatan manusia dimotivasi
oleh kehendak yang dipandu oleh naluri
seseorang.
Naluri merupakan tabiat yang dibawa
manusia sejak lahir.
 Pakar psikologi menjelaskan bahawa naluri
berfungsi sebagai motivator penggerak yang
mendorong lahirnya tingkah laku, antaranya
naluri makan, naluri mencari pasangan,
naluri keibuan, naluri perjuangan, naluri
bertuhan dan sebagainya.
 Setiap orang mempunyai naluri yang
memberi tindak balas ataupun idea terhadap
sesebuah perkara.

 Sebagai contoh, apabila ternampak seorang


pengemis, naluri kita memberi isyarat
kepada minda kita dan perasaan kesian akan
terasa dalam diri dan jiwa.
 Naluri seseorang bukan sahaja berfungsi atas
perasaan kami tetapi juga tindak balas yang
cepat secara fizikal.

 Badan kita berfungsi dengan amat sensitif di


mana setiap perubahan sekeliling kita yang
dirasai, otak kita akan memberi isyarat
kepada badan kita untuk membalas atas
naluri kita.
1.4 Genetik
Gen yang yang terdiri daripada nucleoprotein
akan menentukan baka atau ciri keturunan.

Sifat-sifat asasi anak termasuk pandangan


moral dan juga adanya ahklak merupakan
pantulan sifat-sifat asasi orang tuanya.
2. Faktor Luaran
2.1 Rakan sebaya
Rakan sebaya adalah individu yang berumur
atau berstatus sama antara satu sama lain.
Seseorang rakan sebaya akan mengambil
kesempatan untuk berkomunikasi antara satu
sama lain, mengawal tingkah laku sosial,
saling berkongsi perasaan dan idea.
Antara faedah yang didatangkan oleh rakan
sebaya termasuklah:
 Mendapatkan cadangan ketika menghadapi
masalah.
 Meluaskan pandangan dan melihat perkara
dari sudut yang berasingan.
 Memberi sokongan tidak kira dari mental
atau fizikal.
 Rakan sebaya juga boleh mempengaruhi kita
dalam melakukan perkara dan perbuatan
yang negatif termasuklah aktiviti yang
bertentangan dengan tuntutan agama dan
norma-norma masyarakat.

 Waspada dalam memilih rakan sebaya.


2.2 Keluarga
Keluarga merupakan individu yang
berhubungan melalui pertalian darah,
perkahwinan.

Keluarga akan mempengaruhi semua pihak


dalam nilai- nilai moral, akhlak dan juga
perbuatan
2.3 Pendidikan + Agama/Moral (formal dan tidak formal)

2.4 Media Massa


Media massa merupakan satu bahagian sumber informasi
yang merangkumi radio, televisyen, surat khabar, majalah dan
internet yang dapat mencapai khalayak ramai. Perbuatan,
akhlak dan nilai moral kita sedikit sebanyak akan dipengaruhi
oleh media massa kerana kita selalu berhadapan dengan
sumber media massa, media massa akan mempengaruhi nilai-
nilai moral yang baik serta buruk, informasi yang disalurkan
kepada kita ada yang benar dan juga palsu. Media massa
merupakan saluran yang paling efektif untuk menyampaikan
imformasi dari semua bidang kepada orang ramai. Oleh itu,
media massa akan mendatangkan faedah dan juga kesan
negatif kepada masyarakat.
KESIMPULAN
“Setiap bayi yang dilahirkan itu adalah putih dan
bersih....terpulang kepada ibu bapa untuk
mencorakkannya”

" Kindness, care and empathy are an essential part of


EVERYONE'S job, even when and if their job does not
include this in it's description. Having the moral will
to do right by other people, and beyond this they
should have the moral skill to figure out what 'doing
right' means."(Barry Schwartz)

Anda mungkin juga menyukai