Anda di halaman 1dari 11

Kejadian Manusia Menurut Bible: Satu Perbandingan

KONSEP PENCIPTAAN MANUSIA MENURUT BIBLE:

SATU HURAIAN AWAL

Pendahuluan

Penciptaan manusia merupakan intipati kepada keseluruhan penciptaan Tuhan. Ini kerana
manusia sahaja yang dapat membuat penilaian terhadap kekuasaan dan keagungan
penciptaan Tuhan berbanding makhluk-Nya yang lain. Bertitik tolak daripada penciptaan
manusia, penciptaan-penciptaan Tuhan dapat ditonjolkan antaranya untuk tujuan
peningkatan keimanan kepada Pencipta yang Agung, pengkajian, pembelajaran dan
seumpamanya. Pendekatan ia adalah teras ke arah pembuktian keagungan kekuasaan
Tuhan.

Justeru, memahami tentang konsep penciptaan manusia adalah perkara yang penting ke
arah mengenali keadaan diri dan hubungannya dengan Pencipta. Perkara yang sama turut
ditekankan oleh Bible yang lebih merujuk kepada hubungan antara manusia dan Tuhan.
Apatah lagi dalam kepercayaan Katholik, konsep manusia itu lebih menjurus kepada
hubungannya dengan Tuhan berbanding aspek lain. Dalam erti kata yang lain, konsep
manusia dalam ajaran Bible lebih cenderung dilihat daripada aspek keagamaan semata.

Bertitik tolak daripada kepercayaan tersebut, agama Kristian mempercayai bahawa manusia
berasal daripada manusia pertama iaitu Adam dan pasangannya Eve. Justeru, kajian ini akan
menelusuri konsep kejadian manusia berasaskan penciptaan Adam dan Eve menurut Bible
dan teologi Kristian yang kemudiannya melahirkan matlamat kehidupan manusia selaras
dengan kehendak Bible.

Dari Segi Istilah Adam

Menurut Bible, Adam adalah manusia pertama dijadikan oleh Tuhan selepas penciptaan
langit, bumi, siang dan malam, cakerawala dan seumpamanya. Seterusnya Eve dijadikan
sepertimana yang disebut “For Adam was created first, and then Eve”.(Bible, 1 Timothy
2:13)

Dalam usaha memahami konsep kejadian manusia, kajian ini mendapati beberapa istilah
berkait rapat dan merujuk kepada kejadian manusia pertama iaitu Adam. Istilah-istilah ini
lazim digunakan dalam penulisan Bible terawal yang ditulis dalam bahawa Hebrew dan
pertuturan masyarakat Babyloon serta Akkadian yang mempercayai Bible. Hasilnya
memperlihatkan Adam dikatakan sebagai manusia pertama dan dijadikan daripada tanah
manakala aspek etimologi turut mengukuhkannya.
Menurut Bible Terawal:

Menurut Bible terawal yang ditulis pada abad ke 9 Masihi, istilah yang digunakan lebih
menjurus kepada maksud man - manusia. Antaranya seperti istilah Ish yang merujuk kepada
maksud suami dan lelaki, “Enosh membawa maksud insan yang akan menemui ajal, Ba’al
pula bererti tuan. Gibbor menunjukkan manusia yang berani dan Nephesh membawa erti
roh dan makhluk. Istilah-istilah ini keseluruhannya membawa maksud manusia dan
dikaitkan dengan Adam.

Menurut Old Testament:

Dalam Old Testament versi Inggeris menyebut man yang dikaitkan dengan Adam sebagai
maksud bangsa. Istilah ini disebut sebanyak 500 kali. Selain daripada itu, Old Testament
turut menonjolkan istilah Adham yang membawa maksud manusia sebanyak 562 kali dan
disebut pelbagai seperti anak lelaki dan perempuan, kelahiran manusia pertama, kelakuan
lelaki seperti seekor keldai, dengki dan sebagainya.

Menurut Bahasa Hebrew:

Merujuk kepada etimologi Adam, ia adalah suatu pengertian yang tidak jelas. Menurut
bahasa Hebrew, Adam disebut Adamah dan Aphar yang membawa maksud debu. Selain
daripada itu, ia memberi pengertian sebagai sesuatu yang mengandungi butiran halus,
kering dan terpisah. Adamah pula membawa maksud tanah. Ia sering dikaitkan dengan
metos masyarakat Babylon yang menyebut bahawa darah tuan dicapurkan dengan debu
tanah membentuk Adamah. Masyarakat Akkadian iaitu penduduk kawasan Utara Babylon
pula menyebut Adam sebagai Adamatu yang memberi maksud hitam atau tanah merah.
Istilah Adamu pula membawa maksud darah merah. Justeru, mereka mengaitkan manusia
ini tercipta daripada darah Tuhan yang hebat. Ini sekaligus meletakkan manusia sebagai
orang yang mulia sesuai dengan istilah yang mereka gunakan iaitu Adama.

Menurut Pakar Linguistik:

Manakala menurut pakar linguistik, konsonan Adam yang merujuk kepada manusia, Adama
yang merujuk kepada maksud bumi dan dm yang memberi erti akan menjadi merah
digabungjalinkan akan menjurus kepada pengertian bahawa manusia ini memiliki kulit
kemerah-merahan. Menurut kepercayaan pertama yang dicipta daripada tanah bumi yang
berwarna merah dan telah ditentukan oleh Tuhan Yahweh atau Yahowa.Kenyataan-
kenyataan tersebut menjelaskan bahawa istilah Adam yang terdapat di dalam Old
Testament bererti gabungan dua istilah tersebut membuktikan bahawa Adam adalah
manusia pertama yang dijadikan daripada tanahbumi kemerah-merahan. Justeru, terdapat
persamaan dari sudut warna kulit Adam dengan warna tanah alam seperti yang dijelaskan
oleh “Then the Lord (Jehovah) took some soil from ground and formed a man out of It”.
(Bible, Genesis 2:7)

Penciptaan Adam: Aspek Fizikal

Tidak terdapat suatu kenyataan yang terperinci di dalam Old Testament dan New Testament
berhubung penciptaan fizikal manusia. Justeru, catatan yang termuat dalam kitab-kitab suci
tersebut khususnya dalam genesis (Old Testament) telah diintrepetasikan kembali menurut
pandangan beberapa pakar teologi lama dan dirumuskan pula oleh para pemimpin pendita
Israel dan akhirnya diterimapakai sebagai pandangan yang munasabah oleh kebanyakan
pakar teologi Kristian kini.

Menurut Teologi Katholik

Menurut teologi Katholik, St. Augustine (355-430 A.D) kejadian manusia adalah seperti
kejadian makhluk-makhluk yang lain. Justeru, perbincangan mengenainya adalah sia-sia.Ini
kerana keutamaan manusia adalah diukur dari aspek hubungannya dengan Tuhan.
Kenyataan beliau disokong oleh Job seorang alim, tidak gemar melakukan kejahatan dan
disenangi masyarakat sehingga kisah dan personalitinya yang baik diungkapkan dalam Bible
– gospel Job 1:1. Beliau menyebut dalam Job 7:17: “Why is man so important to you?. Why
pay attention to what he does?”

Pendapat mereka disangkal oleh Reinhold Nieubur seorang teologi Protestant yang
menyebut bahawa penciptaan manusia adalah satu fakta daripada penciptaan Tuhan yang
wajar diterima. Ini kerana ia adalah wahyu Tuhan dan pengalaman manusia yang akan
membongkar segala misteri penciptaan yang terselindung disebalik tabi’I dan akal. Perkara
ini termasuk di dalam falsafah ex-nihilo yang bererti tidak terdapat sesuatu yang datang
daripada kekosongan dan tidak terdapat juga sesuatu yang boleh dicipta daripada
kekosongan.

Menurut Agama Kristian

Pengajaran agama Kristian lebih menumpukan konsep manusia dari aspek keagamaan
berbanding antropologi. Penekanan lebih difokuskan kepada aspek karaktor manusia dan
interaksi antara Tuhan dan manusia. Dalam Bible,Psalms 8:5 mengukuhkannya dengan
merakamkan bahawa “what is man, that you think of him; mere man, that you care of him”.
Ini telah meletakkan topik tersebut sukar diperbahaskan secara terperinci.

Penciptaan Alam dan Manusia:


Old Testament mencatatkan kejadian manusia walaupun secara ringkas tetapi tetap
memberi sumbangan ke arah perbahasan lanjut.Genesis 1:1-20 menyebut secara umum
penciptaan Tuhan bermula dari hari pertama siang dicipta untuk manusia menikmatinya,
diikuti hari kedua diciptakan pula air dan hari ketiga menumbuhkan tanaman. Tuhan cipta
matahari, bulan dan bintang untuk kegunaan manusia. Seterusnya hari keempat, Tuhan
ciptakan makhluk di daratan dan lautan dan hari kelima unggas diangkasa diciptakan.

Berikutan daripada penciptaan tersebut untuk menjadikan dunia sebagai satu alam yang
sempurna. Tuhan mempersiapkannya pada hari keenam dan diakhiri dengan penciptaan
manusia pertama Adam untuk memikul amanah membangunkan dunia yang telah tersedia.

Teks kitab suci menyebut bahawa Tuhan Yahweh mencipta Adam daripada debu tanah.
Perkara ini diakui dan dipercayai oleh keseluruhan masyarakat Kristian. Kenyataan ini
dicatatkan dalam Genesis 2:7: “And the Lord God formed man of the dust of the ground”.
Corinthians 15:47 menyebut bahawa: “The first Adam, made of earth, came from earth, the
second Adam came from heaven”. Di samping itu, Job 10:8-9 menyebut : “Your hands
formed and shaped me, and now those some hands destroy me. Remember that you made
me from clay”.

Pandangan Pakar Teologi Terhadap Kejadian Manusia:

Bertitiktolak daripada catatan ringkas Bible telah membuka ruang perbahasan terhadap
penciptaan manusia.Pelbagai pendapat dikemukakan untuk menghuraikan penciptaan
manusia sehingga ada yang menganggapnya sebagai satu misteri dan khayalan.

Menurut Dietrich Bonnoeffer, bahasa yang digunakan untuk mengungkap penciptaan


manusia adalah keanak-anakan dan menyebabkan kekeliruan kepada yang cuba
memahaminya. Anthropomorphism iaitu satu aliran yang meletakkan Tuhan adalah sama
seperti makhluk lain telah mengungkapkan kejadian manusia seperti “Tuhan mencerna
tanah lumpur sehingga membentuk manusia seperti seketul tanah keras” yang
memperlihatkannya tidak membawa sebarang pengertian dan pemahaman tentang
kejadian manusia. Ia sama seperti penciptaan makhluk-makhluknya yang lain dan tiada
sebarang keistimewaan.

Sebahagian pakar teologi menyebut bahawa kejadian manusia pertama iaitu Adam daripada
tanah ini hanyalah sebagai satu ungkapan berbentuk metafora. Ini kerana tidak mungkin
penyusunan struktur tubuh Adam dibina hanya daripada sebutir tanah.

Walau bagaimanapun, pakar teologi turut berpendapat bahawa ianya adalah tidak mustahil
dilakukan Tuhan. Ini kerana melalui kekuasaan Tuhan, kebaikan dan kemuliaan-Nya
menjadikan debu tanah sehingga membentuk jasad manusia.
Pandangan Kejadian Manusia Berdasarkan Bible:

Selain daripada itu, terdapat pandangan yang cuba untuk menjelaskannya secara tuntas dan
kemudiannya mengemukakan kefahaman yang jitu mengenai perkara tersebut melalui
ulasan dan tafsiran yang lebih matang terhadap kenyataan Bible. Ulasan ini dilakukan
kerana Bible tidak menjelaskan lebih lanjut tahap-tahap penciptaan Adam seperti yang
dijelaskan oleh Al-Quran. Penjelasan yang dilakukan ini turut mengambil kira kenyataan
gospel lain di dalam Bible dan ulasan-ulasan pakar teologimengenainya.

Menurut J.D Darby yang dipetik daripada Fred A. Filby, istilah dust sebenarnya merujuk
kepada maksud butir-butir atau particles yang memberi erti dalam jumlah yang banyak. Ini
diasaskan kepada kenyataan gospel Isaiah 40”15: “to the Lord the nations are nothing, no
more than a drop of water; the distant islands are as light as dust”.

Pentafsir Bible, Ellicot menjelaskan bahawa penciptaan Adam adalah daripada cahaya dan
kilauan butiran permukaan bumi yang bersifat mudah ditiup angin. Ini memberi erti ianya
adalah butir-butiran debu.

Merujuk kepada bahasa Hebrew menyebut dust sebagai ‘do’g yang memberi maksud atom.
Perkaitan di antara keduanya terserlah kerana atom turut terdiri daripada elemen yang
halus seperti debu tanah.

Kenyataan tersebut disokong oleh Thomas Whitelaw salah seorang pentafsir Bible. Beliau
berpendapat bahawa kejadian manusia pertama adalah daripada butiran debu yang sedikit.
Debu-debu tersebut kemudiannya dihimpun dan Tuhan menciptakan pula rangka manusia
yang indah seperti ukiran halus, berseni dan memiliki daya artikulasi yang menakjubkan.
Pertautan yang kukuh dibina bagi menempatkan diri manusia kepada susunan debu tadi.
Franklin Weidner turut menjelaskan tentang perkara tersebut dengan menambah bahawa
tidak semestinya butiran debu yang halus menunjukkan bahawa manusia itu dicipta
daripada sekepal tanah.

Bertitiktolak daripada kenyataan-kenyataan tersebut, pakar teologi Kristian seterusnya


membahaskan jenis tanah-tanih yang digunakan Tuhan untuk mencipta Adam. Pendapat ini
menyamai pandangan Islam yang meletakkan kejadian Adam daripada tanah-tanih yang
diambil dari berbagai tempat. Genesis 14:8 menyebut : “Behold, I will create him from the
place of his atonement and may be endure”.

Kejadian Adam Berdasarkan Encyclopedia Judaica:

Menurut Encyclopedia Judaica bahawa kepala Adam dicipta daripada tanah Haram Mecca,
dadanya daripada tanah Jurusalem, punggungnya daripada tanah Yaman, kakinya dicipta
daripada tanah Hijaz, tangan kirinya dicipta daripada tanah bahagian Barat dan tangan
kanannya daripada bahagian Timur.
Pandangan Para Rasul Terhadap Kejadian Adam:

Menurut sebahagian para rasul Bani Isreal, dalam proses penciptaan Adam ini
memperlihatkan bahawa debu tanah telah dicampur dengan air berikutan penyiraman air
hujan ke atas muka bumi yang ditentukan Tuhan.

Perkara ini dikukuhkan lagi oleh LeoXII seorang pemimpin paderi terkemuka dan cenderung
kepada kajian sains menjelaskan bahawa komposisi jasad manusia terdiri daripada zat bumi,
sebahagiannya lagi adalah air dan sebahagian lagi mengandungi udara. Apa yang disentuh
dalam Bible hanyalah dari aspek luaran penciptaan manusia.

Pandangan Saintis Terhadap Kejadian Adam:

Perbincangan tersebut di atas menjelaskan bahawa kejadian Adam sebenarnya melalui


tahap dan proses tertentu berasaskan kepada komposisi tubuhnya walaupun Bible tidak
mencatatkannya. Apatah lagi ianya mempunyai perkaitan dengan penemuan saintis
mengenai perkara tersebut. Pakar saintis membuktikan bahawa zat daging, otot, tulang dan
urat manusia mengandungi elemen-elemen yang sama dengan tanah bumi seperti
kandungan batu kapur dan kerak bumi dalam usus manusia.

Di samping itu juga, hasil penemuan pakar kimia dan fisiologis menjelaskan bahawa elemen-
elemen yang terkandung dalam tubuh manusia adalah sama dari tubuh yang tidak
berorganik kepada karbon, nitrogen, oksigen, sulfur, ferum dan fosfurus.

Rumusan

Berasaskan perbincangan-perbincangan tersebut menjelaskan kejadian Adam melalui


beberapa proses tertentu sehingga membentuk dirinya daripada kaku kepada hidup. Ini
bererti selain daripada aspek fizikal terdapat aspek lain yang lebih penting diperlukan dalam
diri manusia yang menjadikannya sebagai makhluk yang hidup seperti Tuhan dan istimewa
berbanding lain. Agama Kristian menyakini bahawa sifat hidup dan keistimewaan ini
digerakkan oleh roh sebagai pemberian Tuhan yang mulia kerana ia dikaitkan pula dengan
intelek yang tidak dimiliki oleh ciptaan Tuhan yang lain. Untuk memehami konsep manusia
lebih lanjut, kajian ini akan menelusurinya dari sudut kerohanian atau spiritual.

Kejadian Adam: Aspek Spiritual


Gospel Thessalonians 5:23 mencatatkan : ‘May God who gives us peace meke you holy in
every way and keep your shole being, spirit, soul and body-free from every fault at the
coming of our Lord Jesus Christ”. Kenyataan ini menjelaskan bahawa jasad manusia terdiri
daripada tiga elemen utama yang saling berkaitan dan saling memerlukan iaitu body atau
badan, spirit atau roh dan soul atau jiwa.

Menurut Bahasa Hebrew:

Menurut bahasa Hebrew, spirit disebut sebagai ruach yang bererti angin dan dihubungkan
dengan Tuhan. Perkaitannya dengan manusia meletakkannya sebagai unit dan istimewa dan
dikatakan juga sebagai nafas Tuhan. Pencipta ke atas segala sesuatu. Menurut New
Testament ia disebut pneuma yang memberi maksud roh Tuhan. Old Testament
mencatatkan bahawa soul disebut sebagai nephesh yang bererti kerongkong atau tekak.
New Testamane menyebutnya sebagai psyche atau jiwa. Kedua-dua istilah ini merujuk
kepada maksud manusia atau suatu hidupan, makhluk dan turut memberi erti kehendak
naluri manusia.

Berasaskan pengertian tersebut menjelaskan bahawa jasad manusia dicipta untuk


membentuk terus hidup. Justeru, Tuhan memberikan nyawa-Nya kepada manusia agar ia
hidup. Ini juga merupakan proses terakhir dalam penciptaan manusia sepertimana yang
dijelaskan dalam Genesis 2:7: “He breated life giving breath into his nostrils and the man
began to live”. Kenyataan tersebut turut menjelaskan bahawa Tuhan berbentuk mansuai
atau anthropomorphic iaitu mengembungkan pipi-Nya untuk meniupkan roh kepada jasad
manusia pertama. Seterusnya ia mengaktifkan segala saluran pernafasan, tulang belulang,
saluran darah dan paru-paru manusia. Pendekata segala fungsi metabolik bergerak aktif
sebaik sahaja mekanisma pernafasan disalurkan kepada jasad Adam.

Ini turut menjelaskan bahawa penciptaan manusia adalah istimewa kerana dijadikan
daripada nafas Tuhan berbanding makhluk yang lain daripada firman Tuhan. Ini
membuktikan wujudnya hubungan suci antara manusia dan Tuhan. Ia sekaligus meletakkan
manusia telah bersatu dengan Tuhan.

Manusia Berdasarkan Bible:

Berikutan daripada itu Bible melihat roh adalah manusia iaitu makhluk yang hidup, berfikir,
bijak merencana, membuat keputusan, bersifat rohaniah dan sebagainya. Roh adalah
berbentuk spiritual dan ia merupakan sumber imej Tuhan dalam diri manusia.

Manusia Berdasarkan Kepercayaan Agama Kristian:


Menurut kepercayaan agama Kristian, proses penciptaan Adam hanya mengambil masa
sehari suntuk iaitu pada hari keenam selepas penciptaan isi alam seperti yang dijelaskan
oleh Genesis 1:27. Ini kerana menurut Genesis 2:2 : “By the seventh day God completed His
work which He had done, and He rested on the seventh day from all His work which He had done”
membawa maksud bahawa Tuhan berehat pada hari berikutnya iaitu hari ketujuh. Ini
menggambarkan Tuhan bersifat lemah dan bertentangan dengan sifat Tuhan yang agung
dan berkuasa.

Manusia Berdasarkan Bible:

Selain daripada itu, Bible mencatatkan bahawa seseorang yang mati akan melibatkan roh
dan jasad kembali kepada posisi asal iaitu roh kembali menemui Tuhan dan jasad kembali
kepada tanah.

Di samping itu, Bible turut menjelaskan bahawa asas kepada penciptaan setiap makhluk
Tuhan adalah daripada tanah seperti manusia. Peringkat awal penciptaan alam menjelaskan
bahawa makhluk lain menggunakan lafaz atau kalam Tuhan tetapi penciptaannya adalah
tetap berasaskan tanah. Ini berbeza dengan penciptaan manusia yang asasnya dibentuk
secara langsung daripada tanah. Namun, ini tidak mengurangkan keistimewaan manusia
berbanding makhluk lain memandangkannya memiliki personaliti yang mulia.

Perkara ini dikukuhkan lagi oleh Genesis 1:28 yang menyebut: “The God said: “Let us make
man in our image, in our likeness, and let them rule over the fish… So God created man in
his own image, in the image of God He created him; male and female. He created them”.

Bertitiktolak daripada kenyataan Bible tersebut menimbulkan pelbagai pendapat tentang


maksud image dan likeness. Namun secara umumnya, Bible menerimapakai bahawa kedua-
dia istilah tersebut adalah sinonim berasaskan kenyataan Genesis 0:6 yang menyebut :
“whoever shed the blood of man, by man shall his blood be shed, for in the image of God
has God made man”. Ia turut membawa maksud bahawa manusia memiliki kesamaan
dengan Tuhan dari aspek kesempurnaan. Atau dalam erti kata lain, manusia wajar
mempamerkan imej kesempurnaan dan mencerminkan hidup Tuhan yang penuh
kebijaksanaan dalam dalam kehidupannya seharian. Perkara ini rutut ditekankan dalam
Bible seperti dalam Gospel Matthew 5:488, Epistle of 1 Peter 1:16 dan Epistle of 1 John 4:16.

Manusia Berdasarkan Agama Kristian:

Berikutan daripada itu meletakkan manusia memiliki karaktor Tuhan yang suci terpancar
dalam dirinya. Justeru, agama Kristian menyakini bahawa imej Tuhan yang wujud dalam diri
manusia ini boleh dibahagikan kepada dua kategori utama dengan setiap kategori terbahagi
pula kepada beberapa aspek iaitu aspek Material yang membawa maksud nilai-nilai moral
dan spiritual manusia yang diasaskan kepada manusia pertama iaitu Adam dan pasangannya
Eve dan aspek bentuk yang menjurus kepada memanifestasikan imej kesempurnaan Tuhan
dalam diri manusia yang meliputi personaliti, bersifat kekal dan immortality, rationality,
kebijaksanaan dan autoriti.

Untuk mencapai hasrat memanifestasikan segala kesempurnaan imej dan kebijaksanaan


Tuhan dalam diri manusia ini, Tuhan telah menciptakan Eve sebagai pasangan Adam agar
imej-Nya terus berkembang dan sentiasa hidup. Justeru, perkembangan manusia adalah
agenda utama ke arah memanifestasikan realiti imej Tuhan dari aspek material dan
bentuk.Ini meletakkan penciptaan Adam dan Eve adalah penting kerana bertujuan untuk
mengekalkan keturunan manusia melalui reproduksi yang menjelaskan bahawa manusia
berkuasa menentukan perkembangan keturunannya dan seterusnya menghargai kemuliaan
institusi kekeluargaan.Ia sekaligus membezakan kedudukan manusia dengan makhluk-
makhluk ciptaan Tuhan yang lain. St. Augustine turut menjelaskan bahawa hikmat
penciptaan wanita untuk lelaki ini adalah sebagai simbol cinta yang efektif di antara suami
dan isteri.Ia sekaligus mencerminkan kesempurnaan imej Tuhan. Oleh itu, memahami
kejadian Eve adalah penting untuk terus memahami keagungan penciptaan Tuhan.

Penciptaan Eve

Genesis mencatatkan dua versi tentang kejadian wanita pertama merujuk kepada Eve. Versi
pertama lebih memperkatakannya secara umum dan yang kedua lebih memokuskan
tentang penciptaan Eve. Justeru, versi kedua lebih diterimapakai oleh kebanyakan pakar
teologi Kristian dan Katholik.

Genesis 1:26 menyebut secara umum bahawa Tuhan telah mencipta manusia selepas
penciptaan Adam dan ini merujuk kepada penciptaan Eve. Manakala Genesis 1:27
menjelaskannya juga secara umum bahawa di dalam imej Tuhan, ia menciptakan lelaki dan
wanita. Versi kedua jelas memperkatakan tentang penciptaan Eve yang dicatatkan dalam
Genesis 2:21-22 menyebut : “Then the Lord God made man fall into on deep sleep and while
he was sleeping he took out one of the man’s rib and closed up the flesh. He formed a
woman out of the rib and brought her to him.”

Genesis 2:23 turut mengukuhkan lagi kenyataan tentang penciptaan wanita daripada Adam
menyebut: “At last, here is one of mu kind-bone taken from my bone, and flesh from my
flesh. Woman is her name because she was taken out by man”.

Pembentukan Eve daripada tulang rusuk Adam tidak mengurangkan sedikutpun keindahan
penciptaan Adam. Bahkan ia memperlihatkan kekuasaan Tuhan dalam penciptaan-Nya yang
mengkagumkan. Genesis turut mencatatkan kurniaan yang diperolehi oleh wanita pertama
ini yang meliputi keindahan, kecantikan dan kemuliaan. Adam menamakannya sebagai Eve
yang disebut dalam bahasa Hebrew sebagai hay yang bermaksud memberi kehidupan
sebaik sahaja Tuhan menjelaskan wanita tersebut akan menjadi isterinya. Ini bersesuaian
dengan kedudukan Eve sebagai ibu kepada setiap manusia yang hidup seperti yang
dijelaskan oleh Genesis 3:21: “Adam named his wife Eve because she was the mother of all
human beings”.

Bertitiktolak daripada penciptaan Adam dan Eve ini keturunan manusia dapat
dikembangkan untuk mengambarkan kesempurnaan imej Tuhan melalui kehidupan
seharian. Ia sekaligus menjelaskan tentang keagungan dan kekuasaan Tuhan yang tidak
terbatas kerana mampu melaksanakan misi penciptaan yang mengkagumkan.

Penutup

Berasaskan perbincangan-perbincangan tersebut memperlihatkan bahawa Bible meletakkan


penciptaan manusia pertama dan pasangannya sebagai satu bentuk penonjolan
kesempurnaan Tuhan di alam ini. Kesempurnaan tersebut wajar diwarisi generasi
seterusnya melalui ikatan perhubungan kekeluargaan. Justeru, reproduksi adalah agenda
utama manusia untuk terus mempastikan generasinya tidak melupakan Tuhan. Keintiman
hubungan manusia dan Tuhan tidak terhenti dalam penonjolan imej tetapi yang utama
adalah dari aspek perlaksanaan hubungan tersebut melalui kepercayaan keagamaan.
Keadaan ini sekaligus mengingatkan manusia tentang siapa diri mereka dan mengapa
mereka dicipta. Pendekata, konsep asas mengenali manusia menurut Bible adalah melalui
perhubungan keagamaan.Iaitu melalui keintiman hubungan manusia dan Tuhan. Ini kerana
karaktor kesucian Tuhan turut terpancar dalam diri manusia yang perlu dihidupkan dan
dibangunkan secara sempurna dan mulia. Berikutan dari ini, dosa dan kesalahan perlu
dijauhi. Justeru, tidak hairan sekiranya matlamat kehidupan yang ditekankan oleh agama
Kristian adalah menerusi penyelamatan dan alvation melalui pengorbanan Jesus Christ. Ini
dilakukan kerana imej Tuhan yang sempurna telah gagal untuk dilaksanakan dengan jayanya
oleh manusia pertama dan pasangannya. Ini kerana mereka telah melanggar perintah Tuhan
sebelum keisinan-Nya. Justeru, Jesus diutus bagi menyempurnakan matlamat tersebut.
Melalui Jesus, hubungan manusia dan Tuhan dapat dijalinkan kembali secara harmoni dan
imej kesempurnaan Tuhan dapat dihiudpkan secara mulia.

Ini bererti, penciptaan manusia memberi impak yang tinggi kepada penonjolan imej Tuhan
yang sempurna dan mulia. Untuk terus menempatkan diri di kalangan manusia yang dikasihi
Tuhan adalah perlu memahaminya dari hubungan keintiman keagamaan dan keyakinan
yang berasas. Justeru, Bible menitikberatkan hubungan tersebut melalui pemahaman
tentang konsep asas manusia dan kemanusiaan yang diasaskan kepada penciptaan manusia
pertama Adam dan pasangannya Eve. Mereka berdua adalah tonggak kepada
perkembangan manusia sejagat melalui reproduksi yang merupakan agenda utama ke arah
perlaksanaan kesempurnaan hubungan manusia dan Tuhan. Oleh itu, penciptaan Adam dan
Eve adalah penciptaan Tuhan yang utama dan penting untuk terus mengenali-Nya secara
mendalam walaupun mereka berdua dianggap telah bersalah kepada manusia seterusnya.
Namun, dosa tersebut terhapus melalui Jesus Christ yang pastinya ada kaitan dengan soal
keyakinan agama Kristian dan penciptaan manusia.

Anda mungkin juga menyukai