Anda di halaman 1dari 52

• PROSEDUR GANTUNG DAN BUANG

SEKOLAH MENGIKUT PERATURAN 4


DAN 8 PERATURAN-PERATURAN
PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959.
1.0 Tujuan

Tujuan kertas ini ialah untuk menjelaskan tatacara gantung dan


buang sekolah mengikut Peraturan 4 dan 8, Peraturan-Peraturan
Pelajaran Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN
61/59, bertarikh 20.2.1959, Ordinan Pelajaran 1957.

2.0 Latar belakang

Banyak Pengetua dan Guru Besar yang kurang jelas mengenai


perlaksanaan tatacara tindakan disiplin sekolah dengan hukuman
berat terhadap murid mengikut peruntukan undang-undang yang
berkuatkuasa sekarang.

3.0 Peruntukan Undang-Undang

Undang - Undang yang berkaitan bagi mengendalikan kes-kes


perlanggaran disiplin di sekolah-sekolah ialan Peraturan-Peraturan
Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, yang telah diwartakan sebagai
LN 61/59 bertarikh 20.2.1959. Mengikut peraturan tersebut,
Kerajaan telah memperuntukkan melalui Peraturan 4, bahawa pihak
berkuasa disiplin di sekolah ialah Guru Besar / Pengetua. Peraturan
4 yang berbunyi seperti di bawah ini menegaskan kuasa disiplin
tersebut adalah di tangan Guru Besar / Pengetua.

3.1 Peraturan “4. Guru Besar sesebuah
sekolah adalah bertanggungjawab
atas disiplin sekolah dan bagi maksud
itu hendaklah mempunyai kuasa ke
atas guru-guru dan murid-murid
sekolah itu.”

Kerajaan juga memberi kuasa menggantung


dan membuang murid dari sekolah kepada
Guru Besar / Pengetua. Peraturan 8,
Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin
Sekolah ) 1959 seperti di bawah ini
menjelaskan peruntukan tersebut.
3.2 Peraturan “8”. Pada bila-bila masa
sahaja didapati dengan memuaskan
hati Guru Besar sesebuah sekolah :

sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud


menjaga disiplin atau ketenteraman di mana-

mana sekolah yang seseorang murid patut


digantung persekolahannya ataupun dibuang

sekolah;
4.0 Implikasi Peruntukan Undang-Undang
Mengikut Peraturan 4 dan Peraturan 8.

4.1 Adalah jelas dari kedua-dua peraturan ini, iaitu


Peraturan 4 dan 8 Peraturan-Peraturan
Pelajaran
( Disiplin Sekolah ) 1959, bahawa pihak berkuasa
disiplin ke atas murid ialah Guru Besar / Pengetua.
Tegasnya hanya Guru Besar / Pengetua sahaja di
bawah peraturan tersebut yang diberi kuasa
menggantung atau membuang murid dari sekolah
apabila beliau berpuas hati bahawa demi untuk
mengekalkan disiplin dan ketenteraman di sekolah
seseorang murid itu patut menerima hukuman
sedemikian. Ini bermakna tidak ada kuasa lain
selain Guru Besar / Pengetua di sesebuah
sekolah dari segi menjatuhkan hukuman
menggantung dan membuang murid dari
sekolah.
4.2 Adalah di luar kuasa undang-undang jika
penggantungan atau pembuangan pelajar
dari sekolah diputuskan oleh Lembaga
Disiplin ataupun Jawatankuasa Tatatertib
Sekolah. Peraturan 4 dan 8 tidak
memperuntukkan mengenai kewujudan
Lembaga Disiplin Sekolah. Maka itu Guru
Besar / Pengetua hendaklah tidak terikat
dengan pandangan atau nasihat Lembaga
Disiplin sekolah. Dengan perkataan lain
keputusan menggantung atau membuang
pelajar dari sekolah hendaklah keputusan
Guru Besar / Pengetua sendiri.
4.3 Jika keputusan menggantung atau
membuang murid adalah merupakan
keputusan hasil nasihat dari Lembaga
Disiplin Sekolah maka keputusan yang
dibuat itu `void and of no legal effect.’
Sebarang keputusan penggantungan
atau pembuangan pelajar tersebut jika
dicabar di mahkamah maka ianya tidak
boleh dipertahankan.
4.4 Secara tegas juga Peraturan 4 dan 8
berkehendakkan surat-surat tindakan
tatatertib gantung atau buang sekolah
ditandatangani sendiri oleh Pengetua / Guru
Besar.
4.5 Keperluan-keperluan “teknikal” yang lahir dari
peruntukan undang-undang berdasarkan
Peraturan 4 dan 8 perlu diberi perhatian
sewajarnya dan begitu juga bagi setiap
prosedur dan surat-surat tatatertib yang
dikeluarkan kepada tertuduh. Jika prosedur
dan tatacara yang sepatutnya tidak dipatuhi,
keputusan hukuman jika dicabar di
mahkamah , ianya sukar dipertahankan.
5.0 Perkara-Perkara “Teknikal” yang perlu diberi perhatian
dalam melaksanakan Peraturan 4 dan 8.

5.1 Setiap aspek teknikal hendaklah diberi perhatian sewajarnya


semasa melaksanakan tindakan disiplin gantung dan buang
sekolah.
• Gantung sekolah mengikut Peraturan 8 membawa
maksud sebagai hukuman disiplin ataupun sebagai
membolehkan siasatan lanjut sesuatu kes dibuat
sebelum keputusan hukuman disiplin dijatuhkan.
• Bagi kedua-dua keadaan ini prosedur yang berlainan
hendaklah dipatuhi.
• Tindakan disiplin buang sekolah pula adalah langkah
terakhir setelah kegagalan langkah-langkah tatatertib
terdahulu, termasuk sesi kaunseling yang kesemuanya
sepatutnya mempunyai dokumentasi lengkap dan
teratur.
5.2 Surat tatatertib apabila dikeluarkan hendaklah
mengandungi nama tertuduh yang rasmi mengikut
kad pengenalan, nombor kad pengenalan ( atau jika
tiada kad pengenalan, memadai nombor surat
beranak ) dan kelas beliau belajar, agar surat itu tidak
dipertikaikan kesahihannya. Maklumat-maklumat ini
seharusnya sama seperti dalam jadual kedatangan
sekolah.

5.3 Setiap surat tatatertib hendaklah jelas dan tepat dari


segi waktu kejadian, tarikh kejadian tempat berlaku
dan mereka yang terlibat dengan saksi-saksi yang
boleh dipertanggungjawabkan. ( Dalam perkara ini
Pengetua / Guru Besar sewajarnya mendapatkan
laporan bertulis yang lengkap mengenai kejadian
tersebut sebelum keputusan diambil ).
5.4 Peraturan sekolah yang bertulis yang dilanggar
hendaklah dinyatakan dengan jelas mengikut bab
atau seksyen yang berkenaan. ( Ini bermakna
semua Pengetuan / Guru Besar harus
melaksanakan saranan Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 9/1975 yang bertarikh 4.11.1975 mengenai
perkara ini ).

5.5 Peruntukkan undang-undang mengikut peraturan


4 dan 8 Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin
Sekolah ) 1959 hendaklah dirujuk bagi setiap kes.
5.6 Oleh kerana hanya Pengetua atau Guru Besar sahaja
yang boleh menggantung atau membuang murid dari
sekolah maka surat-surat tatatertib berkaitan
hendaklah ditandantangani oleh Guru Besar /
Pengetua.

5.7 Setiap surat tatatertib hendaklah disalinkan kepada


Pendaftar Sekolah-Sekolah, Pegawai Pendidikan
Daerah berkenaan dan ibu bapa / penjaga tertuduh.

5.8 Peruntukkan undang-undang bagi ibu bapa / penjaga


untuk membuat rayuan di atas hukuman tatatertib
yang dikenakan terhadap anak / jagaan hendaklah
dimaklumkan dengan jelas.

5.9 Setiap surat tatatertib hendaklah diakui terima oleh


tertuduh dengan dua orang saksi. Salinan surat
kepada ibu bapa atau penjaga hendaklah mengikut
prosedur yang sama.
5.10Setiap murid yang akan dihukum hendaklah
diberi peluang didengar dan membela diri
bagi setiap pertuduhan. Hukuman tidak
boleh dilaksanakan tanpa murid itu diberi
peluang memberi pembelaan dirinya.
Tempoh beliau menjawab pertuduhan
hendaklah tidak kurang daripada 14 hari.

5.11Sesuatu kesalahan disiplin apabila telah


dijatuhkan hukuman, murid itu tidak boleh
dihukum sekali lagi atas kesalahan yang
sama. Contohnya seorang murid telah
dihukum rotan oleh guru disiplin atas
kesalahan mencuri. Pengetua / Guru Besar
tidak boleh pula menggantung atau
membuang murid tersebut atas kesalahan
yang sama.
6.0 Keperluan menghubungi Pejabat Pelajaran
Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan
Kementerian Pelajaran Dalam Setiap Kes
Gantung dan Buang Sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Bil. 4
Tahun 1991 bertarikh 19.5.1991, menegaskah supaya
Pengetua / Guru Besar atau Penolong Kanan
dikehendaki dengan serta-merta melapor segala kejadian
yang tidak diingini seperti perlanggaran disiplin pelajar
yang berat. Kes gantung dan buang sekolah sering
menjadi berita dalam surat khabar. Oleh itu selepas
pihak-pihak berkenaan dihubungi dengan telefon, laporan
bertulis hendaklah menyusul kemudian dengan segera.
LANGKAH-LANGKAH DALAM
MENJALANKAN KUASA DISIPLIN
Menerima
LANGKAH 1
Aduan

Siasatan
Mengumpul/Mendapatkan Kebenaran
maklumat
Bukti-bukti
LANGKAH 2

Prima Facie
TIDAK
YA Kes Gugur
LANGKAH 3
Peluang Pelajar Membela Diri Jika
Pelajar Menafikan Kesalahan

Dapatan/Tindakan
LANGKAH 4
Pengetua/Guru Besar Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk
Guru Besar dan Guru, 1988, ms 4-5
PROSEDUR PEMBUANGAN PELAJAR

Kesalahan dan Kelakuan


Curang

Murid & Ibu bapa diberi


Amaran Bertulis
(Borang Jawapan disertakan)

Kelakuan
Berubah ?
Tamat
Murid & Ibu bapa diberi
Amaran Bertulis Kedua & Muktamad
(Borang Jawapan disertakan)

Kelakuan
Berubah ?
Tamat

Pelajar boleh Digantung


(< 2 minggu)
Pelajar boleh dibuang terus
(Sekiranya Keadaan Tidak Membenarkan)

Satu Salinan Semua Rekod :


- Amaran
- Pengguntungan
Ibu bapa diberitahu - Pembuangan
Berkenaan Pembuangan Pelajar dikirim kpd Pendaftar2

Rayuan oleh Ibu bapa kepada


Pendaftar Sekolah
(Dalam tempoh Sebulan)

YA
Bersetuju?
Persetujuan Pendaftar Sekolah2
TIDAK Sebelum Pelajar Diterima Semula

Rayuan kepada
Pendaftar
BESAR
• CONTOH SURAT PERTUDUHAN
UNTUK TUJUAN GANTUNG SEKOLAH
• SEBAGAI HUKUMAN TATATERTIB.
SMRP.TR/DLP/SULIT/(20)
16 Rabiulawal 1412
24 September 1991
Aminah Bt Hamid ( KP : A 4289460 )
SMK Raja Permaisuri,
35500 Tanjung Rambutan.

Pertuduhan Tatatertib Dengan Tujuan GantungSekolah


Aminah Bt Hamid ( KP : A4289460 )
Tingkatan 5A3 Mengikut Peraturan 8 (a)
Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.

Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959
bertarikh20.2.1959, tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada Guru Besar / Pengetua sekolah.

2. Saya dengan ini memaklumkan bahawa kamu dengan ini dipertuduhkan dengan tuduhan melanggar disiplin seperti berikut :

• “ Bahawa kamu, Aminah Bt Hamid ( KP : A4289460 pada 10 September, 1991, lebih kurang pukul 1.25 petang, di Bilik Persediaan Fizik, Sekolah
Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, Tanjung Rambutan, telah didapati berkelakuan tidak senonoh dan sumbang dengan Encik Sabtu B
Ahad, kakitangan makmal lelaki iaitu dalam keadaan bercumbu-cumbuan. Dengan itu kamu telah melakukan satu perbuatan yang dianggap
sebagai tingkahlaku sumbang, satu perbuatan salahlaku di bawah peraturan 2 (c) Bab XI, Undang-undang dan Peraturan Sekolah, Sekolah
Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, 33500 Tanjung Rambutan.”

3. Sila ambil ingatan bahawa saya sebagai Pengetua bertanggungjawab terhadap disiplin murid-murid pernah memberi amaran secara bertulis
kepada kamu kerana didapati berpegangan-pegangan tangan dengan Encik Sabtu B. Ahad kakitangan makmal yang sama melalui surat bil (17)
dalam siri yang sama bertarikh 1 Jun, 1991. Kamu juga telah melalui sesi kaunseling dengan Guru Bimbingan & Kaunseling sekolah mengenai
perkara yang sama, tetapi kelakuan kamu tetap tidak berubah seperti yang diharap-harapkan.

4.Di bawah peraturan 8 (a), sekiranya didapati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin dan ketenteraman sekolah, di Sekolah
Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, Tanjung Rambutan, kamu boleh digantung dari sekolah sekiranya kamu didapati bersalah terhadap
pertuduhan yang tersebut di atas.

• 5. Untuk membolehkan saya membuat keputusan sama ada kamu bersalah terhadap pertuduhan yang tersebut di atas dan sama ada kamu
patut digantung dari sekolah atau tidak, kamu dengan ini dikehendaki mengemukakan jawapan secara bertulis terhadap pertuduhan tersebut
dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh kamu menerima surat ini.

• 6. Jika sekiranya tiada apa-apa jawapan diterima daripada kamu dalam tempoh empat belas (14) hari seperti para 5 diatas, saya akan membuat
keputusan berdasarkan apa-apa maklumat yang ada pada saya mengenai pertuduhan tersebut dan keputusan yang akan saya buat itu adalah
gantung sekolah.

7. Jawapan bertulis kamu itu hendaklah dialamatkan kepada :


Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri,
35500 Tanjung Rambutan.

8. Sila tandatangani akuan terima surat pertuduhan ini dengan menggunakan borang akuan terima yang disertakan bersama-sama ini.
t.t.
( SOLEHA BT OSMAN )
Pengetua,
SMK Raja Permaisuri,
35500 Tanjung Rambutan,
Perak Darul Ridzuan.
s.k.
• CONTOH SURAT KEPUTUSAN
GANTUNG SEKOLAH
• SEBAGAI HUKUMAN TATATERTIB.
• Aminah Bt Hamid ( KP : A 4289460 ) SMP.TR/DP/SULIT/(23).
• SMK Raja Permaisuri,
• 35500 Tanjung Rambutan. 6 Rabiulakhir 1412
• 14 Oktober 1991
• Tindakan Disiplin Dengan Tujuan Gantung
• Persekolahan Aminah Bt Hamid
• ( KP : A4289460 ) Tingkatan 5A3 Mengikut
• Peraturan 8 (a) Peraturan-Peraturan Pelajaran
• ( Disiplin Sekolah ) 1959.

Saya dengan ini merujuk kepada pertuduhan melanggar disiplin terhadap kamu melalui surat
saya SMPP/TR/DP/SULIT/(20) Bertarikh 24 September 1991. Saya telah menimbang jawapan
bertulis kamu dan berpuas hati bahawa kamu telah melakukan perbuatan yang dipertuduhkan
dan bersalah terhadap pertuduhan melanggaar disiplin tersebut.
• 2. Oleh kerana kamu telah didapati bersalah terhadap pertuduhan yang dinyatakan di atas,
saya berpuas hati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin di Sekolah
Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, 35500 Tanjung Rambutan, kamu dengan ini digantung
persekolahan selama 14 hari dan keputusan ini berkuatkuasa daripada tarikh surat ini.
• 3. Kamu dengan ini digantung persekolahan selama 14 hari dan tidak dibenarkan berada di
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, 35500 Tanjung Rambutan dengan serta merta
dari 14 - 27 Oktober, 1991. Sekiranya kamu tidak mematuhi perintah yang dibuat ini atau
melanggar perintah ini kamu boleh dikenakan penalti Peraturan 14, Peraturan-Peraturan
Pelajaran ( Dispilin Sekolah ) 1959, iaitu dikenakan dengan tidak lebih daripada RM1,000.00
( Ringgit Malaysia seribu sahaja ), atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-dua
denda dan penjara.
• 4. Sila tandatangani akuan terima surat keputusan gantung sekolah ini dengan menggunakan
surat akuan terima yang dinyatakan bersama-sama ini.
• t.t.
• ( SOLEHA BT OSMAN )
• Pengetua,
• SMK Raja Permaisuri,
• 35500 Tanjung Rambutan,
• Perak Darul Ridzuan.
• s.k.
• CONTOH SURAT GANTUNG SEKOLAH
UNTUK TUJUAN
• PENYIASATAN SEHINGGA TINDAKAN
TATATERTIB SELESAI.
• SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM SEMESTA
• BENDANG BASAH
• 35500 TANJUNG RAMBUTAN.

SMS/BB/S/SULIT/1/(1)
• Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 )
• Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta 16 Safar 1412
• 3550 Tanjung Rambutan 26 Ogos, 1991
• Tindakan Gantung Sekolah
• Rusli Bin Abdul ( KP : 900102-10-5391 ) Tingkatan 3A6
• Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.
• Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin
Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959 bertarikh 20.2.1959 bahawa
tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada pengetua sekolah.
• Oleh itu dalam menjalankan kuasa saya di bawah Peraturan tersebut, sebagai Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, 35500 Tanjung Rambutan di bawah
Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah) 1959, saya berpuas hati bahawa untuk tujuan
mengekalkan disiplin dan kententeraman di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta,
Bendang Basah, Tanjung Rambutan, bahawa kamu, Rusli Bin Abdul, digantung daripada
persekolahan mulai 26 Ogos, 1991 sehingga tindakan disiplin terhadap kamu selesai bagi
pertuduhan seperti yang berikut :
• “ Bahawa kamu, Rusli B, Abdul ( KP : A1234567 ) pada 23.8.1991 jam lebih kurang pukul
10.00 pagi, berhampiran dengan Makmal Fizik, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam
Semsta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, telah menumbuk guru kamu, iaitu Encik
Sabtu B. Ahad seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang
Basah, Tanjung Rambutan, dengan itu kamu telah melakukan perbuatan tidak
menghormati guru satu perbuatan salahlaku, di bawah Peraturan 5 (B) Bab XI, Undang-
Undang dan Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah,
Tanjung Rambutan.”
• Sekiranya kamu tidak mematuhi perintah yang dibuat ini, atau melanggar perintah ini, kamu
boleh dikenakan penalty Peraturan 14, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959,
iaitu dikenakan denda tidak lebih daripada RM1,000.00 ( Ringgit Malaysia seribu sahaja), atau
penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-dua denda dan penjara tersebut.
• Sila tandatangan akuan terima surat gantung persekolah ini menggunakan borang Lampiran J
seperti yang disertakan bersama-sama ini.
• CONTOH SURAT PERTUDUHAN
TATATERTIB DENGAN TUJUAN BUANG
SEKOLAH.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM SEMESTA
BENDANG BASAH
35500 TANJUNG RAMBUTAN.

SMS/BB/S/SULIT/1/(2)
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 )
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta 16 Safar 1412
3550 Tanjung Rambutan. 26 Ogos, 1991
Pertuduhan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Sekolah
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 ) Tingkatan 3A6
Mengikut Peraturan 8 (a) Peraturan-Peraturan Pelajaran
( Disiplin Sekolah ) 1959.

Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN
61/1959 bertarikh 20.2.1959 bahawa tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada pengetua sekolah.

2. Saya dengan ini memaklumkan bahawa, kamu dengan ini dipertuduhkan dengan tuduhan melanggar disiplin seperti berikut :
“ Bahawa kamu, Rusli B, Abdul ( KP : A1234567 ) pada 23.8.1991 jam lebih kurang pukul 10.00 pagi, berhampiran dengan Makmal
Fizik, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, telah menumbuk guru kamu, iaitu
Encik Sabtu B. Ahad seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, 35500 Tanjung Rambutan,
dengan itu kamu telah melakukan perbuatan tidak menghormati guru, satu perbuatan salahlaku, di bawah Peraturan 5 (B) Bab
XI, Undang-Undang dan Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan.”

3. Dibawah peraturan 8 (a), Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, Sekiranya didapati bahawa adalah perlu dan sesuai
untuk tujuan mengekalkan disiplin dan ketenteraman di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung
Rambutan, kamu boleh dibuang dari sekolah sekiranya kamu didapati bersalah mengikut pertuduhan yang tersebut di atas.

4. Untuk membolehkan saya membuat keputusan sama ada kamu bersalah terhadap tuduhan yang tersebut di atas dan sama ada kamu
patut dibuang sekolah atau tidak, kamu dengan ini dikehendaki mengemukakan jawapan secara bertulis terhadap pertuduhan tersebut
dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh kamu menerima surat ini.

5. Jika sekiranya tiada apa-apa jawapan diterima daripada kamu dalam tempoh empat belas (14) hari seperti yang tersebut di atas, saya
akan membuat keputusan berdasarkan apa-apa maklumat yang ada pada saya mengenai pertuduhan tersebut dan keputusan yang akan
saya buat itu mungkin keputusan buang sekolah.

6. Jawapan bertulis kamu itu hendaklah dialamatkan kepada :


Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta,
Bendang Basah,
35500 Tanjung Rambutan.
7. Sila tandatangan akuan terima surat pertuduhan ini menggunakan borang Lampiran J seperti yang disertakan bersama-sama ini.
t.t.
( KHAMIS BIN JUMAAT )
Pengetua,
Sek. Men. Kebangsaan Alam Semesta,
35500 Tanjung Rambutan.
s.k.
• CONTOH SURAT KEPUTUSAN
TINDAKAN TATATERTIB BUANG
SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM SEMESTA
BENDANG BASAH
35500 TANJUNG RAMBUTAN.

SMS/BB/S/SULIT/1/(3)
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 )
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta 30 Safar 1412
3550 Tanjung Rambutan. 9 September, 1991
Tindakan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Sekolah
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 ) Tingkatan 3A6
Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.
Saya dengan ini merujuk kepada pertuduhan melanggar disiplin terhadap kamu melalui surat saya kepada kamu
SMS/BB/S/SULIT/1/(2) bertarikh 26.8.1991.
2. Setelah menimbangkan jawapan bertulis kamu yang telah kamu kemukakan, saya telah berpuas hati bahawa
kamu telah melakukan perbuatan yang dipertuduhkan dan bersalah terhadap pertuduhan melanggar disiplin
tersebut.
3. Oleh kerana kamu telah didapati bersalah terhadap pertuduhan yang dinyatakan di atas, saya berpuas hati
bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan
Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, kamu dengan ini dibuang dari Sekolah Menengah
Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan dan keputusan ini berkuatkuasa serta-
merta.
4. Kamu dengan ini adalah dibuang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah,
Tanjung Rambutan mulai 19.9.1991.
5. Mengikut Peraturan 10 (1) Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, tuan boleh merayu
terhadap keputusan membuang sekolah anak tuan Rusli bin Abdul mulai daripada 19.9.1991 kepada
Pendaftar Sekolah-Sekolah seperti alamat di atas dalam tempoh 30 hari selepas menerima surat ini.
6. Sila tandatangani akuan terima surat pertuduhan ini menggunakan borang Lampiran J seperti yang
disertakan bersama-sama ini.
t.t.
( KHAMIS BIN JUMAAT )
Pengetua,
Sek. Men. Kebangsaan Alam Semesta,
35500 Tanjung Rambutan.
s.k.
• CONTOH SURAT AMARAN KES
DISIPLIN
SMK JENGKA 21,
FELDA JENGKA 21,
26400 BANDAR JENGKA,
PAHANG DARUL MAKMUR
Kepada:
Ibu Bapa/ Penjaga Murid,
..............................................................
..............................................................
Tuan / Puan,
AMARAN DISIPLIN PERTAMA / KEDUA / KETIGA/ AMARAN KERAS
Nama Murid :
No. KP :
Tingkatan :
Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas dirujuk.
2. Anak / anak jagaan tuan / puan seperti di atas telah melakukan salah laku berikut :
3. Sehubungan dengan itu, anak/ anak jagaan tuan / puan telah diambil tindakan dengan diberi
Amaran 1/ Amaran 2/ Amaran 3/ Amaran Keras. Anak / anak jagaan tuan / puan juga telah dirujuk
kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah untuk khidmat nasihat agar dapat mengubah
kelakuannya, namun kelakuannya tetap tidak berubah seperti yang diharap-harapkan.
4. Tindakan disiplin yang lebih berat akan dikenakan sekiranya anak/ anak jagaan tuan/ puan masih
berterusan melakukan salah laku disiplin sekolah.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
.....................................................
( )
Pengetua
SMK Jengka 21, Felda Jengka 21
Sk :
Asal : Ibubapa/ Penjaga
Salinan 1 : Fail Sekolah
Salinan 2 : Guru Kelas
• TATACARA TINDAKAN DISIPLIN BAGI
KESALAHAN PONTENG SEKOLAH
• Guru hendaklah mengenal pasti sebab-sebab murid
tidak hadir ke sekolah dengan menghubungi ibu bapa,
sama ada secara bertulis atau melalui telefon (dengan
catatan panggilan telefon dalam Buku Kedatangan).

• Jika murid tidak hadir ke sekolah, guru hendaklah


mengambil langkah-langkah berikut:

memastikan murid yang tidak hadir memberikan surat doktor atau


surat ibu bapa dengan tandatangan yang sah bagi menjelaskan
ketidakhadiran murid;

murid yang tidak hadir selama dua hari atau lebih tanpa surat doktor
dikehendaki membawa ibu bapa berjumpa dengan Guru Besar atau
Pengetua, melainkan jika terdapat bukti yang nyata bahawa
ketidakhadiran murid adalah atas sebab-sebab yang munasabah;
• CONTOH SURAT AMARAN
• PERTAMA / KEDUA / TERAKHIR
SEKOLAH
………………………….
…………………………
…………………………
Tuan/Puan
Pemberitahuan Ketidakhadiran ke sekolah : AMARAN PERTAMA / KEDUA
Saya dengan ini diarah untuk memaklumkan bahwa anak / jagaan tuan /
puan…………………….. dari tingkatan / kelas ………………..telah tidak
hadir ke sekolah dari …………………. Hingga …………….. ( ………… hari)
2. Sila maklumi pihak sekolah dengan mengunakan lampiran yang disertakan
atau berhubungan terus dengan Pengetua/Guru Besar dengan seberapa
segera.
3. Mengukut peraturan sekolah * anak / jagaan tuan / puan boleh dikenakan
tindakan buang sekolah jika tidak hadir tanpa apa-apa kenyataan daripada
ibu bapa atau penjaga dan atas sebab- sebab yang munasabah
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CINTAILAH BAHASA KITA”
Saya yang menurut perintah
……………………………….
Pengertua/ Guru Besar
Cop sekolah
Sk :
Asal : Ibubapa/ Penjaga
Salinan 1 : Fail Sekolah
Salinan 2 : Guru Kelas
• Pemberitahuan Ketidakhadiran ke
sekolah :
AMARAN TERAKHIR
SEKOLAH
………………………….
…………………………
…………………………
Tuan/Puan
Pemberitahuan Ketidakhadiran ke sekolah : AMARAN TERAKHIR
Saya dengan ini diarah untuk memaklumkan bahwa anak / jagaan tuan / puan…………………….. dari
tingkatan / kelas ………………..telah tidak hadir ke sekolah dari …………………. Hingga
…………….. ( ………… hari)
2. Pihak sekolah telah menghubungi tuan/ puan melalui
surat bil………………………………. Pada……………….
dan
surat bil………………………………. Pada……………….
Dukacita dimaklumankan bahawa pihak sekolah tidak dapat menerima jawapan daripada tuan /puan.
Diharap tuan / puan dapat menghubungi pihak sekolah.
3. Mengukut peraturan sekolah * anak / jagaan tuan / puan akan dibuang sekolah sekiranya
tuan/puan tidak berjumpa dengan pihak sekolah dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan
surat ini
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CINTAILAH BAHASA KITA”
Saya yang menurut perintah
……………………………….
Pengertua/ Guru Besar
Cop sekolah
Sk :
Asal : Ibubapa/ Penjaga
Salinan 1 : Fail Sekolah
Salinan 2 : Guru Kelas
• PEMBERITAHUAN
• BUANG SEKOLAH
SEKOLAH
………………………….
…………………………
…………………………
Tuan/Puan
PEMBERITAHUAN BUANG SEKOLAH
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak / jagaan tuan / puan ……………………………………
dari tingkatan / kelas ………………………. Telah tidak hadir ke sekolah selama
…………………..hari.
2. Pihak sekolah telah menghubungi tuan /puan melalui surat-surat amaran seperti berikut :
i. Bil…………….. bertarikh…………………….
ii. Bil…………….. bertarikh…………………….
iii. Bil…………….. bertarikh…………………….
3. oleh itu anak jagaan tuan / puan dibuang sekolah mulai………………………
4. Walau bagaimanapun tuan/puan boleh membuat rayuan untuk bersekolah semula kepada
Pendaftar Sekolah-Sekolah di Jabatan Pendidikan Negeri dalam tempoh satu bulan dari tarikh
penerimaan surat ini, seperti yang diperuntukkan pada para 10.2 Ordinan Pelajaran
1957,Peraturan-peraturan pelajaran
( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CINTAILAH BAHASA KITA”
Saya yang menurut perintah
……………………………….
Pengertua/ Guru Besar
Cop sekolah
Sk :
Asal : Ibubapa/ Penjaga
Salinan 1 : Fail Sekolah
Salinan 2 : Guru Kelas
• CARTA ALIRAN TINDAKAN TERHADAP
MURID PONTENG SEKOLAH
BERTERUSAN
Kenal pasti murid ponteng
Tiga (3) hari berterusan

Surat Amaran Pertama


kepada ibu bapa/penjaga

Hadir Tidak Hadir


Surat Amaran Kedua
kepada ibu bapa/penjaga
Khidmat selepas tujuh (7) hari berikutnya
kaunseling tidak hadir.
Hadir

Khidmat Tidak Hadir


kaunseling
Surat Amaran Terakhir
kepada ibu bapa/penjaga
selepas tujuh (7) hari berikutnya
Hadir
tidak hadir.

Khidmat Tidak Hadir


kaunseling
Surat Buang Sekolah
kepada ibu bapa/penjaga
selepas 14 hari berikutnya
tidak hadir.
Ibu bapa/penjaga
membuat rayuan.

TAMAT
TIDAK HADIR (PONTENG) BERTURUT-TURUT

TIDAK HADIR TINDAKAN

HARI KE-3 AMARAN PERTAMA

7 HARI SELEPAS AMARAN KEDUA


AMARAN PERTAMA
7 HARI SELEPAS AMARAN TERAKHIR
AMARAN KEDUA
14 HARI SELEPAS BUANG SEKOLAH
AMARAN TERAKHIR
JUMLAH HARI: 31
40
• CARTA ALIRAN
• TINDAKAN TERHADAP MURID
PONTENG
• SEKOLAH BERKALA
Kenal pasti murid ponteng
Sepuluh (10) hari berKALA

Surat Amaran Pertama


kepada ibu bapa/penjaga

Hadir Tidak Hadir


Surat Amaran Kedua
kepada ibu bapa/penjaga
Khidmat selepas Sepuluh (10) hari berikutnya
kaunseling tidak hadir.
Hadir

Khidmat
Tidak Hadir
kaunseling
Surat Amaran Terakhir
kepada ibu bapa/penjaga
selepas Dua Puluh (20) hari berikutnya
Hadir tidak hadir.

Khidmat
Tidak Hadir
kaunseling
Surat Buang Sekolah
kepada ibu bapa/penjaga
selepas 20 hari berikutnya
tidak hadir.
Ibu bapa/penjaga
membuat rayuan.

TAMAT
TIDAK HADIR BUKAN BERTURUT-TURUT

TIDAK HADIR TINDAKAN

PADA HARI KALI AMARAN PERTAMA


KE-10
10 HARI LAGI SELEPAS AMARAN KEDUA
AMARAN PERTAMA
20 HARI LAGI SELEPAS AMARAN TERAKHIR
AMARAN KEDUA
20 HARI SELEPAS BUANG SEKOLAH
AMARAN TERAKHIR
JUMLAH HARI: 60
43
SURAT PEKELILING
BIL.6A/1975
BERTARIKH:
5 SEPTEMBER 1975
MURID-MURID MENGHISAP
ROKOK

1. Semasa perhimpunan Guru Besar


dikehendaki memaklumkan kepada
pelajar bahawa:

 Penghisapan rokok adalah dilarang


kerana kesihatan.
 Tindakan disiplin akan diambil ke atas
murid yang tidak mematuhi peraturan.

 Tempoh pengampunan selama seminggu


kepada pelajar untuk membuat
pengukuran.

 Selepas tempoh pengampunan murid


merokok akan menghadapi tindakan
disiplin.
2. Langkah-langkah ke atas murid-murid
yang merokok:

 Tindakan disiplin yang sewajarnya.


 Ibu bapa/penjaga pelajar diberitahu
 Murid dirujuk kepada guru panduan untuk
nasihat
 Guru panduan menyimpan rekod untuk
tujuan penyelidikan Kementerian
Pelajaran.
HUKUMAN KE ATAS MURID
MENGHISAP ROKOK
1. Pekeliling ini dibaca bersama Surat Pekeliling:
Ikhtisas Bil. 6a/1975
2. Pengetua dan Guru Besar diberi kuasa merotan
murid yang didapati bersalah menghisap rokok.
3. Bilangan pukulan rotan maksima sebanyak tiga
kali.
4. Pelajar boleh dibuang sekolah jika masih
mengulangi kesalahan merokok.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/1997
Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok

Kesalahan Kali Pertama : Rotan 1 kali


Kesalahan Kali Kedua : Rotan 2 kali
Kesalahan Kali Ketiga : Rotan 3 kali
Kesalahan Kali Keempat: Gantung Sekolah
(Tidak Melebihi 14 hari)
Kesalahan Kelima : Buang Sekolah.
IMPLIKASI HUKUMAN TERHADAP GURU-
GURU YANG MELANGGAR PERATURAN
1. Tanggungan peribadi
2. Vicarious Liability
3. Pelanggaran tugas mengikut Bab D
( Perintah Am )
4. Surcaj di bawah Akta Acara Kewangan
5. Gangguan Psikologi dan emosi
6. Rekod perkhidmatan yang tercemar
7. Kerugian pendapatan
8. Hilang hak pencen
9. Menjatuhkan maruah
PRINSIP-PRINSIP PERUNDANGAN
YANG PERLU DIPATUHI
OLEH PIHAK BERKUASA DISIPLIN.
1. In loco parentis

Dari aspek perundangan, guru-guru dikatakan


mengambil alih tanggungjawab ibu bapa dan
berperanan sebagai ‘wakil ibu bapa’ apabila ibu bapa
menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

2. Natural Justice ( Keadilan Semulajadi ).

Seseorang itu tidak boleh diadili tanpa sebab dan


seseorang itu tidak boleh dihukum tanpa diberikan hak
untuk membela diri.
3. “Rule against bias”
Dalam melaksanakan tindakan disiplin, guru mestilah
tidak berat sebelah terhadap pihak-pihak yang
dibicarakan.

4. “Audi alteram partem”


Kedua-dua pihak mesti didengar. Hak untuk didengar
boleh berbentuk lisan atau dalam bentuk tulisan.

5. “Prima facie”
Ada kes atau sabitan kes

6. “Rights to be heard “ ( To show cause )


Seseorang itu hendaklah diberikan hak untuk didengar, iaitu hak
untuk diadili mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai