Anda di halaman 1dari 5

MUKADDIMAH JILID 1

MUKADDIMAH
Buku ini membincangkan persoalan Tauhid menggunakan pendekatan yang sesuai dengan keadaan semasa di samping mengemukakan contoh-contoh bagi mencapai objektif yang dikehendaki oleh Al-Quran serta disarankan oleh para ulama.

Objektif Utama
Mengaitkan fakta agama dengan bukti daripada kejadian alam yang sememangnya terlalu banyak. Sepertimana firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 190-191. Beberapa fakta sains berkenaan alam buana ini yang belum diketahui akan diperolehi dengan cara merujuk kepada rujukan khusus ataupun merujuk kepada pakar dalam ilmu ini.

Cara terbaik mempelajari ilmu ini


Dengan mengemukakan contoh dan menggunakan pelbagai alat bantu mengajar. Menggunakan bahasa yang mudah, idea yang bernas dan bukti yang mudah difahami dalam memantapkan akidah dalam jiwa manusia. Penggunaan ayat al-Quran yang berkaitan dengan tajuk perbincangan kerana hanya ayat al-Quran yang dapat mensabitkan hujah akal dan memberi kesan kepada pemikiran secara paling maksimum.

Ilmu Tauhid adalah asas agama. Sekiranya seseorang itu memahaminya, maka dia akan menjadi seorang muslim yang kuat imannya dan menggunakan akal dengan sebaik-baiknya. Sebaliknya, dia tergolong di kalangan orang buta yang menganuti agama ini tanpa sebarang pedoman. (Ar-Rad:19) Sekiranya ilmu Tauhid ini memberi manfaat kepada diri sendiri, maka menjadi kewajipan untuk mengajarkannya kepada keluarga dan sahabat. (Fussilat:33) Dengan ini, kita menjadi lampu yang menerangi keluarga dan umat, supaya mereka mendapat manfaat daripada kita.
5

Anda mungkin juga menyukai