Anda di halaman 1dari 30

PENGURUSAN BILIK DARJAH SEKOLAH RENDAH

Dipersembahkan oleh, Tee Nian Xi Goh Boon Yee

PENGENALAN

Merupakan isu bagi guru novis atau baru yang ditempatkan di sekolah.

Murid sekarang berlainan dari murid zaman dahulu, dimana ada yang aktif, hyperaktif, nakal dan kuat bermain atau yang sukar menerima pembelajaran.

Mereka ini biasanya menganggu implementasi perancangan pengajaran dan pembelajaran guru.

Oleh itu hendaklah guru melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan pengurusan bilik darjah.

KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH

Tindakan dan strategi yang digunakan untuk memastikan peraturan di dalam bilik darjah.

Seorang guru hendaklah menwujudkan satu persekitaran yang pembelajaran yang kondusif dan mengurus sikap dan tingkahlaku murid.

Sebagai contoh, anda boleh menarik perhatian murid dengan menjerit seperti Tarzan atau mengetuk loceng bagi mendapatkan perhatian kelas, jeritan manja Tarzan atau bunyi loceng yang singkat sudah mencukupi untuk menarik perhatian murid anda yang sedang asyik bercakap atau sedang membuat kerja atau tugasan , mereka akan berhenti dan memberi perhatian atau menunggu arahan anda. Jika anda berjaya, anda boleh dianggap sebagai pengurus bilik darjah yang berjaya.

Kualiti

peribadi pengajaran-pembelajaran dan amalan murni

Kompetensi

Penghayatan

KUALITI PERIBADI
Kecemerlangan Kecemerlangan Kecemerlangan

Profesion Sahsiah Emosi

KECEMERLANGAN PROFESION

Memerlukan seorang guru yang mempunyai kemahiran intelek dan latihan iktisas yang mencukupi.

Mempunyai pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khas.

Mengikut Mok Soong Sang(1996), konsep profesionalisme dirumuskan sebagai Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas, serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.

Sebelum menjadi seorang guru yang cemerlang, terlebih dahulu dia perlu menerima latihan dalam bidang perguruan un tuk menjadi guru yang bertauliah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

KECEMERLANGAN SAHSIAH

Guru yang cemerlang di bidang akademiknya masih tidak bermakna jika tidak mempunyai kecemerlangan sahsiah diri.

Amat penting bagi seseorang guru yang mempunyai sahsiah diri yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid dalam bilik darjah.

Sahsiah diri yang baik merangkumi tingkahlaku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang.

Dengan sifat kesabaran guru yang tinggi dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar dan mampu menarik minat pelajar untuk mengikuti proses P&P.

Guru yang menepati masa dalam apa jua tindakan, terutamanya menepati masa untuk P&P dapat mendidik dan memberi teladan kepada pelajar.

Dengan mempunyai sahsiah diri yang baik, guru itu dapat menguruskan pengajaran dengan berkesan.

KECEMERLANGAN EMOSI

Guru yang memiliki kecekapan emosi yang menonjol akan menampilkan tingkah laku kerja yang cemerlang.

Mereka akan sentiasa tahu diri, mampu memimpin diri sendiri dan bekerja tanpa pengawasan orang lain.

Guru yang memiliki kecerdasan emosi (EQ) akan sentiasa memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar untuk meningkatkan kecemerlangan.

EQ dapat ditakrifkan Kemampuan mengenali dan mengendalikan emosi sendiri.

Guru yang mempunyai EQ yang tinggi akan mampu membentuk kestabilan emosi pelajar untuk membina sikap tekun, konsentrasi, tenang, teliti dan sabar dalam memahami isi pelajaran yang sedang dipelajari.

Guru memainkan peranan penting untuk menyimbangkan antara kecerdasan intelek (IQ) dengan kecerdasan emosi (EQ) pelajar dan keseimbangan itu dapat melahirkan modal insan yang benar-benar bermakna.

KOMPETENSI PENGAJARAN-PEMBELAJARAN

Menentukan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran

Menyediakan Rancangan Mengajar Kepelbagaian Kaedah Mengajar Kejelasan penyampaian dan penghuraian isi pelajaran

MENENTUKAN OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:

Ciri utama guru berkesan atau guru efektif ialah menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran dengan jelas dan saksama berasaskan tahap pencapaian murid.

Objektif perlu dimaklumkan dan diketahui oleh muridmurid sebelum pembelajaran bermula. Penetapan sedemikian membolehkan mereka menyedia dan mengubahsuai mind-set yang tepat terhadap pengetahuan, kemahiran dan perlakuan yangperlu dicapai apabila pembelajaran tamat.

Penentuan objektif amat mustahak dalam pengajaran dan pembelajaran, ibarat kapal belayar perlu menentukan hala tuju agar sampai ke destinasi mengikut jadual. Seseorang guru tidak akan mencapai tahap efektif sekiranya tidak menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran, umpama perjalanan tanpa tujuan akan mundar mandir, terhoyong hayang dan ke hulu ke hilir, hingga akhirnya kecundang sendirian.

MENYEDIAKAN RANCANGAN MENGAJAR:

Guru mesti membuat perancangan pelajaran sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, termasuklah guru berpengalaman, guru cemerlangdan guru pakar.

Persediaan mengajar oleh guru akan melibatkan masa yang berbeza mengikut pencapaian murid, kelas, bahan, dan kearifan individu guru.

Objektif dan isi pelajaran disusun mengikut keutamaan atau kefahaman murid, membolehkan mereka akan mengikuti pengajaran peringkat demi peringkat, langkah demi langkah, fakta demi fakta, yang keseluruhannya secara sistematik dan efektif.

Guru menerajui haluan perkembangan pengajaran dengan murid-murid mengayuh bersama menuju ke destinasi yang diketahui bersama. Usaha dan kebersamaan sedemikian boleh mempercepatkan perolehan kandungan pembelajaran dan seterusnya peningkatan pencapaian.

KEPELBAGAIAN KAEDAH MENGAJAR:

Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid.

Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran semasa menyampaikan isi kandungan yang berbentuk teori atau amali.

Guru perlu sentiasa mengubahsuai strategi mengikut jangkaan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah.

Guru yang berhasrat untuk menjadikan pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajian atau penyelidikan mengenai kaedah yang paling sesuai untuk sesuatu isi pelajaran, topik atau kemahiran.

Murid lebih tertarik kepada kaedah yang kemaskini dan menggunakan peralatan elektronik seperti komputer, internet, power point, dan video.

Walau bagaimanapun, guru yang bijak menggunakan gaya tingkahlaku dan intonasi suara, bercerita, memek muka humor, akan tetap menarik minat pembelajaran dan murid mengikuti pengajaran secara efektif.

KEJELASAN PENYAMPAIAN DAN PENGHURAIAN ISI PELAJARAN:

Penyampaian guru yang jelas dan mudah fahami oleh murid akan menjadikan mereka lebih beminat

dan mengikuti pembelajaran sehingga tamat. Kepelbagaian dalam gaya penyampaian dan bahasa yang mudah difahami serta formula yang tahu aplikasi akan menjadikan pembelajaran murid bertambah komited dan efektif.

Guru perlu mengelakkan daripada menggunakan bahasa dan penerangan yang berliku-liku, berbelit-belit, perkataan sukar, dan bombastik. Ini bererti penyampaian berbeza di antara murid sekolah rendah dengan sekolah menengah, murid pintar dengan sederhana, dan murid normal dengan pendidikan khas.

Kepelbagaian gaya bahasa dan penerangan yang jelas akan memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru seterusnya dapat meningkatkan prestasi pembelajaran.

TINDAKAN SUSULAN MELALUI PENGAYAAN DAN PEMULIHAN

Tindakan susulan merupakan langkah terpenting dalam menilai keberkesanan sebenar pembelajaran murid. Ini dilakukan pada penghujung pengajaran atau selepas membuat penilaian atau ujian formatif atau summatif. Soalan yang dikemukakan perlu dibincangkan semula jawapan sebenar dan rasional setiap jawapan. Langkah ini diikuti pula oleh pemantauan prestasi, di antaranya dengan cara murid-murid yang mendapat pencapaian tinggi dikelompokkan dalam satu kumpulan untuk proses pengkayaan pembelajaran manakala murid-murid lemah dikelompokkan dalam satu kumpulan untuk pemulihan dengan guru memberi perhatian dan tumpuan yang lebih banyak.

Penghayatan dan amalan nilai


BERKERJA SEBAGAI IBADAH

Konsep bekerja sebagai ibadah akan menimbulkan sikap dedikasi, ketekunan , amanah , bertanggungjawab dan ikhlas. Keseronokan bekerja akan lahir daripada sikap positif terhadap tuhas san sesuatu tuhas itu dapat dihasilkan daripada inisiastif sendiri. Dengan menganggap perkerjaan sebagai sesuatu ibadah, guru seharusnya menyedari bahawa anak didik di dalam bilik darjah itu adalah amanah yang wajib disempurnakan hak mereka sebagai pelajar.

Gugu akan melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas. Guru yang ikhlas menjalankan tugasnya akan merasa bersalah jika terdapat pelajarnya yang gagal mencapai objektif pelajaran yang telah ditetapkan. Guru sedaya mingkin akan memastikan pelajar dapar menerima apa saja ilmu yang disampaikan di dalam bilik darjah tanpa ada apa-apa diskriminasi antara pelajar, baik darip segi pencapaian pelajar atau status sosial.

KESIMPULAN

Hakikatnya, kejayaan agenda pendidikan negara bergantung sepenuhnya kepada keberkesanan perlaksanaan berdasarkan sistem pendidikan negara.sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam usaha mempertingkatkan kualiti sistem pendidikan negara, peranan yang dimainkan guru adalah tidak ternilai.

SEKIAN TERIMA KASIH !!!


Disediakan oleh: Goh Boon Yee , Tee Nian Xi PISMP(PC/PSV)

Anda mungkin juga menyukai