Anda di halaman 1dari 4

PUNCA :

Keluarga yang terlalu mengongkong & keluarga yang terlalu memberikan


kebebasan
Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya

gejala sosial di kalangan remaja. Tapi tidak katakan semua keluarga. Apa yang
dimaksudkan ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau
terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja
Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap
terlalu tertutup. Maksudnya keluarga itu seolah-olah telah menetapkan suatu
undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa
kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika
berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang
terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang.
Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan ini biasanya bersikap
terbuka yang keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada suatu peraturan atau
ketetapan khusus yang diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja
perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka.
Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini.

keluarga seperti keluarga yang berpecah belah

keluarga seperti ini akan akibat penceraian, kehilangan tempat bergantung seringkali
berlaku pertengkaran di antara ibu bapa. Remaja yang mempunyai masalah
keluarga sering kali mencari tempat bagi melepaskan tekanan yang mereka ada.
Pada ketika ini, (pengaruh daripada rakan-rakan) banyak menjadi punca kepada
remaja untuk terlibat dalam masalah sosial.

BANTUAN/ CARA MENGATASI :


a) agama
Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak
dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititikberatkan tentang (agama). Adanya
asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus ke
arah perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting
sebagai contoh kepada anak-anak.

ibu bapa perlu mempunyai masa untuk berkomunikasi

Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anakanak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa
yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk
berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka.
Ibu bapa yang sibuk dengan tugas masing-masing hendaklah meluangkan masa
untuk bersama anak-anak untuk mengelakkan mereka daripada kesunyian dan
bosan. Ingatlah harta kekayaan tidak boleh membeli seorang anak.

menjadi rakan kepada mereka

Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah menjadi rakan kepada
mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan
mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita
tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus
membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk
berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik.

Gunakan psikologi dengan memberi nasihat dan tunjuk ajar tanpa jemu
dengan cara yang lembut.

Anak remaja yang bermasalah tidak sepatutnya dilayan dengan keras. Kelembutan
itu boleh mencairkan hati anak-anak. Ibu bapa harus memahami dan cuba
mengatasi situasi yang dihadapi anak-anak untuk mengatasi masalah yang dihadapi
mereka. Cari punca kepada masalah dan atasi masalah tersebut dengan berhemah
dan berhikmah.

Sentiasa bersikap terbuka dalam menghadapi kerenah anak-anak. Terima


pandangan mereka dengan baik dan bertukar-tukar pendapat secara terbuka. Sikap
saling menghormati antara anak-anak dan ahli keluarga yang lain hendaklah
diwujudkan supaya dapat menjamin kemesraan dan kasih sayang.

Merancang aktiviti

Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli
keluarga. Contohnya, di bulan Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga
berkumpul untuk berbuka puasa ataupun bersama-sama ke surau atau masjid untuk
menunaikan solat sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau
keadaan anak-anak, tidak boleh just take for granted. Mereka tidak boleh
membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak
perlu dibimbing.

mengenali rakan anak-anak mereka

Selain itu, ibubapa perlu mengenali rakan anak-anak mereka. Jika perlu, sesekali
minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat
dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Haraplah sentiasa agar anak-anak kita
terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini seperti itu.

Kasih sayang, perhatian dan bimbingan diberi

Kita telah ketahui antara punca utama dalam penglibatan remaja dalam gejala sosial
ini adalah kurangnya perhatian & kasih sayang daripada ibu bapa & keluarga. Bagi
mengatasi masalah ini daripada terus berlarutan, ibu bapa perlu memberi perhatian,
bimbingan & kasih sayang kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat
remaja. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang
secukupnya, maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain
seperti rakan sebaya.

Tumpuan pendidikan dalam rumah tangga

Tumpuan pendidikan dalam rumah tangga yang patut dilakukan oleh ibu bapa bukan
sahaja dalam bentuk teori, malah yang lebih penting dalam bentuk praktikal ke arah
kebaikan masa depan anak-anak.
Ibu bapa juga mestilah mendidik anak dengan seimbang dalam aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Pendidikan jasmani lebih menekankan kepada
tumbesaran anak-anak, kecergasan dan kesihatan.

KESIMPULAN
"Mencegah lebih baik dari mengubati" . Justeru itu institusi keluarga memainkan
peranan yang lebih penting sebelum kita mengkaji dari aspek yang lebih luas seperti
institusi pendidikan atau masyarakat.
Masalah ini dapat diselesaikan seandainya ibu bapa memberikan perhatian rapi
kepada anak-anak sejak mereka kecil dan sentiasa

sedia berkongsi masalah

dengan mereka. Ibu bapa seharusnya menjadi kawan kepada anak mereka sendiri
di samping menimbulkan persekitaran kekeluargaan dan teknik keibubapaan yang
sihat serta cemerlang.

Kekeliruan perasaan, tidak dihargai dan terasing dalam

keluarga sendiri lantaran kesibukan ibu bapa antara punca lain mendorong remaja
melakukan kegiatan jenayah.
Dalam masa yang sama ibu bapa harus bersikap tegas dalam mendidik anak-anak.
Komunikasi dua hala yang sihat akan membantu anak meluahkan masalah mereka.
Ibu bapa perlu belajar menyelami dan memenangi jiwa anak supaya anak remaja
yang biasanya bersikap egosentrik dapat dilembutkan.
model terbaik kepada anak-anak.

Ibu bapa perlu menjadi

Anda mungkin juga menyukai