Anda di halaman 1dari 15

ARTIKEL

"Murid Tahun Tiga Dakwa Trauma Ditampar Guru Disiplin"


Posted on the October 28th, 2009 under Berita Harian
SUBANG JAYA, 27 Okt (Bernama) Seorang murid Tahun Tiga di sebuah sekolah
di Pusat Bandar Puchong mendakwa trauma selepas ditampar hingga bengkak oleh
seorang guru disiplin hanya kerana lewat 10 minit ke sekolah.
Ibu murid itu, V. Kavitah, 29, berkata anaknya turut mendakwa saluran pendengaran
kanannya sedikit terganggu dan demam akibat ditampar hingga menyebabkan dia
tidak mahu ke sekolah kerana trauma dengan kejadian pukul 7.40 pagi semalam.
Kavitah berkata anaknya terlewat tiba di sekolah akibat terperangkap dalam
kesesakan teruk lalu lintas.
Kavitah berkata pagi ini dia membawa anaknya itu ke Pusat Perubatan Universiti
Malaya (PPUM) untuk menjalani pemeriksaan dan anaknya disahkan mengalami
kecederaan dalaman, namun dijangka sembuh dalam tempoh terdekat.
Tindakan guru itu memukul anak saya tidak sepatutnya berlaku apatah lagi anak
saya seorang perempuan. Saya hanya mendapat tahu mengenai kejadian ini
daripada anak saya ketika menjemputnya pulang dari sekolah selepas tengah hari
semalam, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis
Bukit Puchong di sini.
Kavitah kesal guru besar mahupun guru disiplin enggan meminta maaf apabila
beliau ke sekolah berkenaan pagi ini untuk mendapatkan penjelasan berhubung
kejadian itu.
Justeru saya kemudian mengambil keputusan untuk membuat laporan polis kerana
mahu anak saya mendapat keadilan dan supaya guru itu tidak sewenangwenangnya memukul pelajar. Saya tidak mahu pelajaran anak saya terjejas,
katanya.

1.0

PENGENALAN
Isu/cabaran pendidikan yang dipilih secara kritis.
Kerjaya sebagai guru boleh dianggap antara pekerjaan yang paling mencabar. Ia
bukan hanya berhadapan dengan pujian, tetapi sebaliknya yang akan berlaku
sekiranya guru tersalah mengambil pendekatan menghukum pelajar.
Tekanan emosi turut menjadi punca guru menghukum murid secara keterlaluan.
Walaupun kita mungkin menyalahkan seorang dua guru yang telah memilih jalan
yang salah dalam mendenda pelajar, tetapi harus diingat dalam kebanyakan
simptom psikologi ia tidak berlaku secara mendadak.
Ia biasanya disebabkan oleh proses yang panjang. Guru terbabit mungkin telah
mengalami tekanan yang teruk sejak sekian lama. Sepertimana yang diungkapkan
dalam teori Hipotesis Kemarahan-Kekecewaan, seseorang itu mungkin melakukan
tindakan yang tidak terjangkau akal apabila terpaksa melalui tekanan emosi yang
teruk.
Mungkin sudah tiba masanya pihak terbabit meneliti semula keperluan untuk
memberikan latihan menangani tekanan dalam kalangan guru.
Walaupun kita berpandangan bahawa aspek seperti keupayaan akademik atau
penguasaan kaedah mengajar sangat penting, namun tanpa keupayaan untuk
menguruskan emosi di bilik darjah mungkin akan menyebabkan isu salah laku akan
terus menjadi episod yang selalu dilaporkan dalam konteks perguruan kita.
Pelajar ialah manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan. Apatah lagi fasa
kanak-kanak yang seringkali mencabar emosi kita.

Pelbagai pandangan serong dilempar oleh masyarakat terhadap guru. Apa lagi
dengan peranan media massa yang kerap memperbesar kes kesalahan guru yang
dijadikan berita menarik. Berita guru memukul pelajar, mendera, mencabul dan
merogol anak didik sendiri sering berlaku dan menjadi topik media. Kejadian guru-

guru memukul pelajar sering dipilih untuk dijadikan tajuk utama bagi media massa.
Tidak kurang juga apabila ia menjadi bualan hangat di kalangan masyarakat. Hatta
kesalahan dalam bilik kelas pun menarik minat media untuk melaporkan. Kerap kita
membaca berita tentang guru merotan pelajar kerana kesalahan tidak membawa
buku hinggalah kepada kes guru merotan guru.
Hasilnya masyarakat semakin memandang negative terhadap guru. Hingga
keluarlah ungkapan guru malas, guru sekarang tidak seperti guru dahulu, guru
samseng dan sebagainya.

Terdapat banyak contoh yang berkaitan dengan tindakan disiplin yang berdasarkan emosi
yang dilakukan oleh para guru. Antaranya ialah kejadian di mana 200 orang pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan di Sarawak telah dihukum dengan
cara berendam di dalam sebuah kolam kotor oleh Warden Asrama mereka
disebabkan masalah disiplin. (Utusan Malaysia,2007). Pada tahun 2006 pula,
seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Kelantan telah bertindak
memukul seorang pelajar berulang kali di kawasan sekolah kerana memakai seluar
jeans pada hari terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Berita Harian,
2006). Sementara itu, pada tahun 2008, seorang pelajar Tingkatan Lima di Kuching,
Sarawak telah ditumbuk dan ditampar oleh guru disiplin sekolahnya atas tuduhan
mencuri wang dan pendrive milik rakannya sendiri. Akibat perlakuan guru displin
tersebut, pelajar terbabit mengalami trauma untuk ke sekolah kerana takut kejadian
yang sama akan berulang kembali (Berita Harian, 2008)

Dunia pendidikan di Malaysia pada masa kini sedang melalui era transformasi
yang sangat dirasai gelombangnya. Profesion perguruan merupakan profesion
tertua di dunia dan kini telah memasuki satu era yang baharu. Profesion perguruan
merupakan badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menghasilkan
rakyat masa depan yang serba canggih sebagai jentera penggerak negara. Guru,

satu profesion yang digeruni kerana guru dapat melahirkan insan yang berakhlak
mulia dan dihormati dimana-mana jua seseorang guru itu berada.
Masyarakat masa kini sangat prihatin dan mengikuti perkembangan
pendidikan dengan penuh minat dan bersikap kritikal terhadap isu-isu berbangkit
yang berkaitan dengan kemajuan anak-anak mereka. Maka tanggungjawab
profesion perguruan menjadi semakin berat kerana rakyat masa hadapan yang
hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dengan pelbagai ilmu
pengetahuan semata-mata, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai sosial yang
baik dari segi moral dan etika yang murni. Dengan kata lain, profesion perguruan
merupakan badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menghasilkan
rakyat atau warga negara yang berperanan positif terhadap kemajuan serta masa
depan negara.
Malangnya, ketika kita bersungguh-sungguh menyahut cabaran masa kini
untuk merealisasikan aspirasi negara, timbul pula isu-isu yang melibatkan
guru.Pepatah

ada

menyebut

bahawa

kerana

nila

setitik,

rosak

susu

sebelanga. Sejak kebelakangan ini, profesion perguruan ditimpa pelbagai masalah


dan perkara yang negatif (Abdul Rahin Bin Hamdan...[et al]). Berita guru memukul
pelajar, mendera, mencabul dan merogol anak didik sendiri sering berlaku dan
menjadi topik media. Kejadian guru-guru memukul pelajar sering dipilih untuk
dijadikan tajuk utama bagi media massa. Tidak kurang juga apabila ia menjadi
bualan hangat di kalangan masyarakat
Kejadian sedemikian menyebabkan imej profesion keguruan kian tercalar
teruk di mata masyarakat dek kesalahan yang dilakukan oleh segelintir guru.
Sesungguhnya kebanyakan guru menghendaki murid-muridnya mematuhi segala
arahan sekolah, tetapi pada masa yang sama, ada juga guru yang enggan
mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kementerian. Apakah sebenarnya yang
sedang melanda sekolah kita? Beberapa perlakuan guru sekolah terhadap murid
mereka dalam tempoh beberapa tahun ini menimbulkan persoalan mengenai tahap
kualiti guru.
Antara kes-kes yang dilaporkan oleh media massa dan media elektronik
berkaitan dengan guru memukul murid yang berlaku di sekolah-sekolah.

Contohnyasatu kes yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Gayang, Tuaran,


Sabah pada 19 Julai 2008, seorang guru besar digantung kerja selama dua bulan
kerana telah didakwa menampar 22 pelajar tahun empat dari sekolah berkenaan
yang tidak menyiapkan kerja sekolah mereka. Sementara di Alor Setar pula, seorang
guru perempuan didakwa memukul seorang murid tahun tiga di sebuah sekolah
rendah dengan menggunakan pembersih habuk plastik bertangkai besi kerana murid
tersebut tidak membersihkan kelas pada waktu rehat seperti yang ditetapkan dalam
jadual tugasan harian.
Sementara itu di Johor pula, beberapa nota ditulis oleh seorang murid tahun
dua untuk mencurahkan perasaannya selepas dipukul guru Bahasa Melayu sebagai
bukti penderaan terhadapnya di sebuah sekolah rendah di Batu Pahat. Bukti itu
semakin jelas apabila mata kiri murid itu, mengalami pendarahan beku akibat
dipukul guru terbabit. Di samping itu, seorang murid tahun satu patah tulang
bahagian tengah tapak tangan kanannya selepas dikatakan dipukul oleh seorang
guru sebagai hukuman kerana berbuat bising dalam kelas di Sekolah Kebangsaan
Sungai Limau Dalam, Yan pada 31 Julai 2005,. (Utusan, 1 Ogos 2005).
Selain itu, dua murid tahun satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lintang,
Ayer Molek cedera di dagu dan kaki kerana didakwa dicubit serta dipukul oleh
seorang guru lelaki pada 14 Januari 2009. (Utusan, 15 Januari 2009). Pada 21
Oktober 2009 pula, seorang pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Dang Anum mengalami luka di bibir dan lebam di pipi, selepas mendakwa
ditampar sebanyak lima kali oleh guru sekolahnya gara-gara dituduh ponteng kelas.
(Utusan, 22 Oktober 2009).
Di antara pelbagai jenis berita yang dilaporkan ini, ada suatu berita yang
menarik perhatian saya di akhbar Berita Harian. Pada 27 Oktober 2009, di sebuah
sekolah di Pusat Bandar Puchong, Subang Jaya, seorang murid Tahun Tiga di
sebuah sekolah di Pusat Bandar Puchong mendakwa trauma selepas ditampar
hingga bengkak oleh seorang guru disiplin hanya kerana lewat 10 minit ke sekolah.
Ibu murid itu, V. Kavitah, 29, berkata anaknya turut mendakwa saluran
pendengaran kanannya sedikit terganggu dan demam akibat ditampar hingga

menyebabkan dia tidak mahu ke sekolah kerana trauma dengan kejadian pukul 7.40
pagi semalam. Kavitah berkata anaknya terlewat tiba di sekolah akibat terperangkap
dalam kesesakan teruk lalu lintas. Kavitah berkata pagi ini dia membawa anaknya
itu ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menjalani pemeriksaan dan
anaknya disahkan mengalami kecederaan dalaman, namun dijangka sembuh dalam
tempoh terdekat.

Secara ringkas, isu guru bertindak ganas terhadap murid sering dipilih untuk
dijadikan tajuk utama bagi media massa. Kes-kes sedemikian telah membawa
banyak kesan negatif kepada kami semua dan masalah ini perlu diatasi secepat
mungkin.
2.0

PUNCA TINGKAH LAKU BAGI GURU BAGI KES/ ISU TERSEBUT


Setiap perkara yang berlaku mesti ada punca tertentu di sebaliknya. Menurut
pakar pendidikan, Prof. Dr. Robiah Sidin, guru sekarang berdepan dengan bilangan
pelajar yang terlalu ramai ditambah dengan pelbagai karenah (Rafidahshapuan,
2008). Saya berpendapat punca bagi guru disiplin tersebut bertindak keterlaluan
mungkin disebabkan oleh tekanan jiwa serta tanggungjawab yang berat di sekolah.
Guru pada masa kini bukan sahaja mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam
mengajar tetapi juga mengurus dan mendidik; iaitu membentuk sikap, nilai dan
akhlak murid-murid melalui pengajaran formal, tidak formal dan melalui perlakuan
diri sendiri yang baik.
Dengan pertambahan tugas tersebut, ramai guru akan mengalami tekanan
jiwa. Kajian telah menunjukkan kebanyakan tekanan guru berpunca daripada tugas
mereka dan persekitaran mereka. Di samping itu, Kyriacou(1987) mengenal pasti
bahawa punca tekanan ialah tekanan masa, sikap buruk murid terhadap sekolah
dan kurangnya motivasi di sekolah, masalah pengurusan bilik darjah, bilangan murid
yang ramai di dalam bilik darjah, gaji yang rendah,dan sebagainya. Oleh itu, beban
tugas yang semakin meningkat ditambah pula dengan kerenah murid yang pelbagai
turut menjadi salah satu punca yang mengakibatkan kes guru bertindak ganas
terhadap murid berlaku.
Ahli sosiologi UKM, Dr. Sarifa Zaleha Syed Hassan berpendapat punca guru
bertindak ganas mungkin kerana hilang kesabaran. Ini adalah kerana murid-murid

pada masa kini telah berubah, murid-murid pada masa kini lebih nakal dan degil.
Berbanding dengan guru pada masa lalu, mereka tidak menghadapi masalah
sebegini kerana murid pada masa itu lebih patuh. Saya yakin guru disiplin tersebut
bukan sengaja ingin menimbulkan masalah. Mungkin guru itu tidak berniat berbuat
demikian sehingga perlu mendapatkan rawatan perubatan, tetapi jika emosi turut
memainkan peranan dalam menjalankan hukuman, biasanya kesan negatif yang
berlebihan sebegitu akan terjadi. Setiap manusia akan mengalami perasaan marah.
Namun begitu, kalau sekadar marah semua orang memilikinya dan pernah
melaluinya. Tetapi kalau kadar kemarahan itu kerap dan terlalu mudah hilang
kawalan, bermakna ia adalah masalah jiwa yang perlu dirawat. (Khamsiah
Mohamad, 2010)
Selain daripada personaliti guru yang menjadi punca berlakunya kes-kes
keganasan, malah ibu bapa juga merupakan salah satu pihak yang mengakibatkan
isu ini berlaku. Kebanyakan ibu bapa pada masa kini lebih berpihak kepada anakanak mereka. Ini menyebabkan kebanyakan murid bermaharajalela dengan
bertindak sewenang-wenangnya sehingga menyebabkan guru hilang kesabarannya.
Kerap kali, ibu bapa ataupun penjaga tidak mengetahui perlakuan yang dilakukan
oleh anak mereka di sekolah, mungkin kanak tersebut bersikap baik di rumah tetapi
bertindak sebaliknya di sekolah. Ini akan menyebabkan ibu bapa tidak percaya akan
kata-kata atau komen yang diberikan oleh guru.
Dahulu, guru mempunyai status yang tinggi dalam hieraki hidup masyarakat
tetapi sekarang tidak lagi kerana murid hari ini dimewahkan oleh ibu bapa mereka.
Fenomena yang biasa berlaku ialah guru menunggu bas manakala murid menunggu
pemandu peribadi mereka untuk pulang selepas sesi sekolah. Keadaan seperti ini
menyebabkan guru dipandang rendah dan seterusnya tidak dihormati murid-murid.
Akibatnya, murid-murid tidak takut untuk melawan guru. selain itu, sikap ibu bapa
yang menyebelahi anak-anak juga merupakan salah satu punca murid melawan
guru. Murid-murid tahu bahawa ibu bapa dia akan menjadi tulang belakang dia
sekiranya apa-apa sahaja yang berlaku. Oleh itu, mereka mungkin berani melakukan
sesuatu yang melampau terhadap guru sehingga mengakibatkan guru memukul
mereka.
Munurut seorang kaunselor Universiti Islam Antarabangsa, Asniza Mamat,
salah satu andaian punca guru bertindak ganas terhadap murid ialah guru itu sendiri

tidak

berminat

kepada

profesion

perguruan (Rafidahshapuan,

2008).

Minat

merupakan elemen yang penting dalam kerjaya seseorang terutamanya profesion


perguruan kerana kita perlu mempunyai minat yang dalam supaya dapat mendidik
anak murid kita ke arah yang betul. Jikalau seseorang itu tidak berminat, maka
usaha dalam membentuk murid yang berkualiti juga akan menurun dan menjejaskan
generasi yang seterusnya.
Disebabkan kerja tidak ikhlas, jadi peranan untuk mendidik anak bangsa
dipandang ringan. Tingkah laku tidak mencirikan seorang pendidik turut berlaku.
Golongan ini merupakan nila. Habis satu belanga susu dikerjakan oleh golongan ini.
Bagi aku profession guru adalah kelas pertama. Sekiranya tiada guru maka tiada
doktor, tiada jurutera, tiada arkitek, tiada peguam, malah tiada perdana menteri.
Semua profession lain pernah mendapat didikan seorang yang bergelar guru. Jadi
besar kemungkinan masalah ini adalah disebabkan oleh guru kelas kedua.
3.0

KESAN JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG


Terdapat beberapa peruntukan undang-undang Kanun Keseksaan telah
menyedia dan menetapkan prosedur dan tindakan terhadap mereka yang
mencederakan. Contohnya, di bawah Seksyen 350 iaitu kekerasan jenayah yang
menetapkan bahawa barang siapa dengan sengaja menggunakan kekerasan
kepada seorang lain dengan tidak kerelaan, maka ia telah melakukan atau dikatakan
telah menggunakan kekerasan jenayah (James Ang Jit Eng, 2007). Kesan jangka
pendek dalam berita ini terhadap guru itu sendiri ialah ibu bapa boleh membawa
anaknya berjumpa dengan doktor di hospital kerajaan untuk tujuan rawatan dan
laporan kesihatan dan sekiranya telah disahkan oleh doktor, guru tersebut boleh
didakwa.
Kesan jangka pendek dalam berita ini juga menyebabkan guru disiplin
tersebut mengalami tanggungan peribadi di mana guru perlu membuat bayaran ganti
rugi dalam bentuk kewangan seperti membayar denda yang dikenakan oleh
Mahkamah atau wang pampasan di luar Mahkamah. Selain itu, guru tersebut juga
mungkin dikehendaki meminta maaf secara terbuka, mengadakan jamuan, dan
sebagainya sebagai tanda pendamaian supaya masalah tidak berlarutan. Selain itu,
murid tersebut mungkin akan mengalami kemurungan sehingga menjauhkan diri dari
rakan-rakan mahupun ahli keluarganya yang terdekat. Sekiranya murid tersebut
tidak mendapatkan rawatan, keadaan ini mungkin akan bertambah serius dan
menghantui murid tersebut sepanjang hidupnya.

Justeru itu, kesan jangka masa panjang dalam hal ini ialah rekod
perkhidmatan guru disiplin tersebut akan tercemar kemungkinan besar disenaraikan
dalam senarai nama hitam, maka habislah nama baik guru tersbut. Guru-guru yang
mengambil tindakan disiplin yang keterlaluan dan tidak dibenarkan dapat dikenakan
tindakan tatatertib kerana menjejaskan imej dan nama baik Perkhidmatan Awam.
Rekod yang dicatatkan kekal sepanjang perkhidmatan guru itu dan keadaan ini
menjejaskan peluang kenaikan pangkat, mendapat biasiswa, melanjutkan pelajaran,
berkursus panjang dan sebagainya. Selain itu, profesion keguruan juga akan terbabit
dalam kesalahan yang dibuat oleh seorang guru yang tidak beretika itu. Imej
profesion keguruan akan tercalar akibat perbuatan sebilangan guru yang tidak
beretika itu. Ekorannya, masyarakat akan hilang keyakinan terhadap para pendidik
yang asalnya bertanggungjawab untuk mendidik dan melahirkan anak-anak yang
berakhlak mulia. Masyarakat mungkin akan menghina dan tidak akan menghormati
guru-guru lagi.
Masyarakat akan beranggapan guru tidak mampu memenuhi matlamat
profesion pekerjaan ini yang telah digariskan oleh kerajaan untuk memenuhi
kehendak manusia dan rakyat di negara ini (Sufean Hussin, 993:446). Sekiranya
keadaan masyarakat tidak mempunyai keyakinan terhadap para pendidikan
berterusan, ibu bapa mungkin tidak akan berani menghantar anak-anak mereka ke
sekolah lagi. Mereka mungkin lebih rela untuk mengajar anak-anak mereka di rumah
jika anak mereka perlu diletakkan di tempat yang terancam, iaitu sekolah. Bah kata
guru kencing berdiri, murid kencing berlari, tingkah laku guru yang tidak beretika ini
mungkin akan terikut-ikut oleh murid nanti. Guru seharusnya mempunyai peribadi
yang mulia, berbudi pekerti dan perwatakan yang baik.
Oleh itu, tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana
rakyat masa hadapan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan
dengan pelbagai ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi perlu juga diseimbangkan
dengan nilai sosial yang baik dari segi moral dan etika yang murni (Rafidahshapuan,
2008). Malangnya, kejadian guru-guru memukul pelajar sering dipilih untuk dijadikan
tajuk utama bagi media massa. Ini secara langsung telah menjejaskan nama baik
profesion perguruan serta guru-guru di negara kita. Sudah jatuh, ditimpa tangga,

begitulah bunyinya peribahasa Melayu bagi menggambarkan kesusahan yang


datang bersilih- ganti.
Ada kalanya Kementerian Pelajaran turut disaman oleh waris ataupun agen
mereka apabila guru mengambil tindakan disiplin yang difikirkan tidak wajar ke atas
anak

mereka.

Apabila

hal

ini

berlaku,

Kementerian

Pelajaran

dikatakan

menanggungvicarious liability iaitu menanggung liabiliti akibat daripada tindakan


stafnya. Kerajaan akan menyediakan peguam bela untuk membela guru sekiranya
tindakan guru tersebut ada dalam linkungan tindakan yang dibenarkan; manakala
jika guru tersebut bertindak di luar batasan, kemungkinan besar tidak dapat
dipertahankan dan perlu menghadapi sendiri atas tindakan yang dikenakan.
Selain itu, tindakan guru disiplin tersebut akan memberi kesan buruk kepada
murid dalam tempoh jangka panjang kerana tindakan ini lebih bersifat mendera, dan
bukannya mendidik untuk memperbetulkan kesalahan murid tersebut. Walaupun
murid tersebut bersalah kerana lewat 10 minit ke sekolah, dia tidak seharusnya
menempuh keadaan yang akan menimbulkan perasaan trauma di sekolah. Tindakan
ini jelas melanggar batas kemanusiaan kerana ia akan memberi kesan jangka
panjang kepada murid yang masih berumur 9 tahun.
Tambahan lagi, tindakan disiplin ataupun hukuman yang ekstrem pada muridmurid mungkin meninggalkan harapan murni yang ada pada murid terhadap guruguru di sekolah. Ini mungkin akan menyebabkan murid tersebut mempunyai
perasaan benci dan ingin membalas dendam. Murid-murid dalam kategori ini
mengalami masalah psikologi dimana mereka sentiasa berasa runsing dan tidak
berpuas hati dan mempamerkan tingkah laku seperti ingkar kepada guru, perbuatan
vandalisme, menconteng harta benda guru dan sekolah, memukul dan melakukan
tindakan-tindakan lain yang agresif.
Kemunkinan lain yang akan berlaku pada murid ialah berubah menjadi
pendiam, menyendiri dan antisosial. Murid-murid dalam kategori ini pula adalah
golongan yang sudah patah semangat dan tidak mempunyai keinginan untuk
berjaya kerana merasakan diri mereka selalu ditindas oleh pihak berkuasa. Maka,
kesan yang berlaku di atas murid dalam hal ini akan menyebabkan seorang murid
yang pada asalnya merupakan seorang kanak-kanak yang sihat telah menjadi
seorang kanak yang mempunyai masalah psikologi.
4.0

KOD ETIKA GURU YANG BERKAITAN

Etika ialah satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan
(Dewan Bahasa&Pustaka, 1995). Bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu
patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika
perkhidmatan awam (Abd. Rahim,2007). Kod Etika Profesion merupakan peraturan
untuk membantu para guru yang profesional mematuhi prinsip-prinsip yang
termaktub supaya menjaga imej baik profesionnya. Oleh itu, setiap guru hendaklah
menjalankan tugas tanpa melanggar etika ini. Menurut Kod Etika Profesion
Perguruan kategori seperti berikut: 1.

Tanggungjawab Terhadap Pelajar, guru-guru hendaklah mempunyai tingkah laku


yang merupakan tanggungjawabnya terhadap pelajar termasuk lebih mengutamakan
kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal lain. Tindakan guru disiplin tersebut
yang menampar anak muridnya sehingga menjejaskan pendengarannya telah
membahayakan kesihatan murid tersebut. Ini secara tidak langsung telah
menjejaskan keselamatan murid di sekolah.

2.

Tanggungjawab

Terhadap

Ibu

Bapa,

ia

merangkumi

menghormati

tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Tanggungjawab utama


ibu bapa adalah menjaga anak-anaknya supaya mempunyai kehidupan yang
sempurna. Dalam hal ini, ibu kepada murid tersebut berasa amat kecewa atas
perbuatan yang dilakukan oleh guru disiplin tersebut kerana telah menjejaskan
kesihatan, pelajaran, serta mental anaknya.
3.

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara, ia menyeru guru berpegang


kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani
kehidupan kami sehari-hari dengan baik. Dalam berita ini, guru disiplin tersebut telah
bertindak kasar terhadap budak perempuan yang hanya berumur 9 tahun dengan
menamparnya. Sebagai seorang guru, beliau perlu senantiasa mengawal emosinya
dengan baik supaya tidak bertindak kasar dalam menangani masalah disiplin murid
sebaliknya menggunakan cara yang lebih berkesan terutamanya dari segi psikologi
seperti bimbingan dan kaunseling untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

4.

Tangungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan, termaktub


ciri yang menyatakan sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan
nama baik profesion keguruan. Dalam berita ini, ia telah tersebar ke seluruh pelosok
di negara. Ini telah menyebabkan nama baik profesion keguruan telah terjejas dan
secara tidak langsung mengakibatkan keyakinan orang ramai terhadap profesion
keguruan semakin menyusut.

Ini

jelas

menunjukkan

guru

perlu

senantiasa

menggunakan etika

perguruansebagai panduan untuk meningkatkan profesionalismenya sebagai


seorang guru. (Esah Sulaiman, 2003). Ini adalah untuk memastikan pelindungan dan
pembangunan diberi perhatian serius untuk menjaga kebajikan dan kepentingan
kanak-kanak dan menjamin kanak-kanak dapat membesar dengan sihat dari segi
fizikal dan mental. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing
anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini para guru perlu
menyempurnakan profesionnya ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.
5.0

CADANGAN MENGATASI TINGKAH LAKU NEGATIF


Isu tentang guru yang bertingkah laku negatif semakin serius, namun saya
percaya di mana kemahuan, di situ ada jalannya. Oleh itu, seluruh masyarakat perlu
berganding bahu untuk menilai semula dan mencari jalan penyelesaian supaya
gejala sebegini dapat dibendung dan mengelakkannya daripada melurat ke tahap
yang lebih buruk.
Tokoh pendidikan, Tan Sri Prof. Dr. Awang Had Salleh mencadangkan
agar Jabatan Pendidikan Negeri mengenalpasti guru-guru yang menghadapi
masalah psikologi dan mengatasinya dengan segera (Rafidahshapuan, 2008).
Bengkel-bengkel boleh diadakan bukan sahaja untuk menaikkan imej dan kualiti
guru, tetapi membantu mereka menghadapi situasi kerja yang semakin rumit serta
mengendalikan perasaan tertekan. Pada pendapat saya, bagi guru yang
menghadapi tekanan jiwa atas beban kerja yang banyak sehingga melakukan
keganasan terhadap murid boleh menolak tanggungjawab tambahan sekiranya tidak
mampu menghadapinya. Saya percaya pihak sekolah akan bertimbang rasa atas
keadaan guru yang berkenaan.
Selain itu, bagi guru-guru yang menghadapi masalah emosi pula, mereka
boleh meluahkan perasaan mereka kepada orang yang dipercayai kerana cara ini
kadangkalanya merupakan cara yang paling efektif bagi menenangkan fikiran kita.
Guru haruslah sentiasa mengawal emosi diri apabila menghadapi sesuatu masalah,
fikir dahulu sebelum bertindak supaya tidak melakukan sesuatu yang tidak rasional.
Dengan kata lain, guru haruslah sentiasa berfikir secara positif dan bijak mencari
penyelesaian agar semua masalah dapat diselesaikan dengan segera tanpa kesan
negatif. Satu lagi cara yang boleh membantu guru untuk mengatasi masalah emosi

ialah berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan bimbingan dan mempelajari


cara mengawal emosi yang baik.
Di samping itu, guru yang inginkan tali persahabatan yang baik dengan
pelajarnya hendaklah cuba mengelakkan daripada mendenda atau menghukum
pelajar dengan keterlaluan (Saedah Siraj...[et al], 1996). Guru boleh memberitahu
penjaga atau ibu bapa murid tentang sikap anak mereka. Dengan membuat satu
panggilan telefon kepada ibu bapa pelajar, guru dapat mengelakkan dirinya daripada
mengenakan denda yang mungkin keterlaluan. Selain itu, untuk mendisiplinkan
murid, terlebih dahulu guru sendiri perlu mendisiplinkan dirinya supaya kumpulan
murid dalam kelasnya sentiasa menghormatinya. Guru boleh menjalankan sesi
bimbingan dan kaunseling yang bersesuaian untuk mengurangkan tekanan yang
dihadapi. Dengan ini, guru lebih mudah mengawal emosinya untuk menyelesaikan
masalah murid.
Isu guru adalah masalah negara yang perlu diberi perhatian dengan
menaikkan taraf profesion perguruan dengan cara yang berkesan. Kian hari, syaratsyarat pengambilan guru pelatih semakin longgar sehingga menyebabkan ramai
orang yang memohon hanya kerana profesion perguruan merupakan profesion yang
senang dimohon serta dijamin peluang pekerjaan. Inilah masalah kualiti guru kesan
daripada pengambilan yang bertujuan hanya untuk menyelesaikan masalah
kekurangan guru. Ujian minat atau career test perlu diadakan dalam proses
pengambilan guru atau semasa pengajian di institut perguruan ataupun di IPT. Ini
untuk menentukan calon yang benar-benar berminat sahaja diambil sebagai guru
kerana tanggungjawab yang bakal mereka pikul nanti bukan dianggap sebagai
beban tetapi sebagai satu amanah besar yang wajib dilaksanakan dengan penuh
keikhlasan.
Dalam usaha menyelesaikan isu-isu keganasan, ibu bapa juga perlu
memainkan peranan penting. Ibu bapa haruslah memberi lebih perhatian tentang
anak dan bukannya hanya memenuhi keperluan material mereka sahaja.
Kadangkala sikap ibu bapa yang hanya menyebelahi anak mereka cuma
tahu menyalahkan guru walaupun anak mereka yang telah melakukan kesalahan.
Pada pendapat saya, ibu bapa haruslah mencari punca anak mereka dipukul

sebelum membawa isu tersebut ke media massa. Sekiranya anak mereka didera,
sudah tentu semua pihak akan bersetuju dengan tindakan mereka yang ingin
membawa guru tersebut ke sisi undang-undang. Selain itu, ibu bapa juga perlu
bertanggungjawab untuk mendidik anak mereka di rumah supaya mereka tidak akan
melakukan sesuatu yang negatif sehingga mengakibatkan dendaan.
Justeru itu, guru sewajarnya sentiasa menghayati dan mengamalkan
Tatasusila Profesion Penguruan. Guru perlu mengelakkan diri daripada nafsu marah
dan jauhkan daripada membuat kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih
dahulu seperti yang digariskan dalam buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah
Untuk Guru Besar dan Guru. Guru-guru juga perlu senantiasa memotivasikan diri
sendiri dari pelbagai bidang dari semasa ke semasa supaya mempunyai
pengetahuan yang luas dalam profesion yang diceburi.
6.0

Kesimpulan
Guru ibarat pelita yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Anak murid

pula ibarat berlindung di bawah cahaya pelita supaya hidupnya terang benderang.
Guru memainkan peranan penting dan merupakan nadi kepada pembentukan
manusia.

Pembangunan

insan

harus

diseimbangkan

agar nilai-nilai

moral

masyarakat supaya sentiasa terpelihara. Guru-guru dituntut agar mempunyai


sahsiah dan akhlak yang boleh diteladani oleh pelajar dan masyarakat di samping
menguasai pelbagai ilmu, antara lain dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi
maklumat, bahasa dan kemahiran berkomunikasi.
Usaha menangani gejala disiplin murid di sekolah bukan sahaja berfokus
kepada strategi-strategi kawalan semata-mata tetapi perlu dikembangkan bagi
merangkumi

penggunaan

strategi

lain.

Banyak

tokoh-tokoh

pendidikan

mencadangkan penggunaan peneguh-peneguh positif bagi menangani masalah


disiplin murid. Sebagai seorang guru, kita harus senantiasa memperkayakan
pengetahuan dalam diri sendiri dengan ilmu-ilmu yang berkenaan dengan cara-cara
menangani masalah murid. Pengurusan disiplin yang sistematik mungkin akan
membantu murid bertingkah laku dengan lebih baik.
Menurut Abdul Shukor (1999), asuhan guru yang berkesan meninggalkan
ingatan dan menjadi amalan yang berpanjangan bagi setiap murid. Seseorang guru

perlu senantiasa bertindak secara rasional dan seboleh-bolehnya bertindak


mengikut garis panduan tindakan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.
Murid yang dikenakan tindakan disiplin perlu diberi kesedaran sama ada sebelum
ataupun selepas tindakan supaya mereka dapat menerima hukuman yang
dikenakan secara positif dan tidak mengulanginya.
Tindakan disiplin tidak harus menimbulkan sifat marah ataupun dendam yang
mendalam kerana keadaan ini menggagalkan tujuan sebenar hukuman dikenakan.
Guru-guru sepatutnya memiliki sifat-sifat penyayang seorang pendidik dan sabar
melayani gelagat dan kelakuan murid. Walaupun ini merupakan satu cabaran yang
amat ketara di kalangan guru pada masa kini, tetapi kesabaran dan daya tahan yang
tinggilah yang dapat mempamerkan erti kata profesion yang sebenar dalam diri
sendiri guru tersebut.
Tindakan disiplin yang dikenakan perlulah bersifat pengajaran dan guru dapat
memisahkan perbuatan salah laku dengan orang yang melakukannya. Tindakan
dikenakan ke atas salah laku kerana perbuatan tersebut menyalahi peraturan
sekolah tetapi guru masih menyayangi murid sebagai individu dan anak muridnya
walaupun tindakan terpaksa diambil ke atas kelakuannya. Seorang guru yang
berdedikasi terhadap kerjanya hanya bertindak kerana kebaikan murid. Tiada guru
yang sengaja memukul atau mendera anak muridnya kerana guru yang dilatih
adalah seorang guru yang menjalankan tugasnya dengan penuh amanah, iltizam
dan ikhlas.
Profesion perguruan adalah salah satu profesion yang mencabar dan amat
mendesak. Guru diharap mengetahui serba serbi tingkah laku manusia dan
memainkan pelbagai peranan untuk menjadikan dirinya seorang pendidik yang
berkesan. (Abdul Rahin Bin Hamdan...[et al]). Biar apapun bebanan tugas dan
disiplin murid yang dihadapi, guru mesti berpegang pada nilai murni. Usaha
mendidik dan membangunkan nilai manusia tidak semudah membina bangunan.
Dengan ini guru akan disanjung kerana maruah dan disiplin keilmuan. Akhir kata,
jangan nila setitik rosak susu sebelanga.

http://sekadarpendapat.blogspot.com/2013/09/pendekatan-keras-segelintir-guruguru.html

Anda mungkin juga menyukai