Anda di halaman 1dari 4

8.

0 Peraturan dan Undang-undang

Permainan Perseorangan Peraturan bagi permainan perseorangan adalah :

Satu permainan mengandungi 3 pusingan. Pusingan ketiga akan diadakan jikalau kedua-dua pihak masing-masing memenangi satu pusingan.

Pihak yang mendapat 21 mata dahulu dikira sebagai pemenang bagi pusingan tersebut.

Pemenang akan mendapat peluang membuka servis terlebih dahulu untuk pusingan yang seterusnya.

Jika mata kedua-dua pihak terikat menjadi 20-20, maka salah satu pihak yang mendapat 2 mata tambahan terlebih dahulu akan memenangi pusingan tersebut.

Mata tambahan akan diberi sehingga ke mata 29-29, mana-mana pihak yang mendapat mata ke-30 terlebih dahulu dikira sebagai pemenang untuk pusingan tersebut.

Masa rehat 1 minit akan diberi dalam pusingan itu apabila mana-mana pihak sampai ke mata ke-11.

Masa rehat 2 minit akan diberi apabila pusingan 1 berakhir. Begitu juga apabila pusingan kedua berakhir jikalau pusingan ketiga akan diadakan.

Permainan Bergu Peraturan bagi permainan bergu adalah :

Sama seperti permainan perseorangan, mata kemenangan bagi satu pusingan ialah 21 mata.

Satu permainan mengandungi 3 pusingan. Pusingan ketiga akan diadakan jikalau kedua-dua pihak masing-masing memenangi satu pusingan.

Kiraan mata juga sama dengan permainan perseorangan. Apabila terikat pada mata 20-20, mata tambahan 2 mata akan diberi sampai terikat menjadi 29-29, mana-mana pihak yang mendapat mata ke-30 terlebih dahulu dikira sebagai pemenang bagi pusingan tersebut.

Servis akan dibuka pada kanan gelanggang. Setiap bergu hanya mempunyai satu peluang untuk membuka servis bagi setiap mata yang dikira.

Servis akan dibawa oleh pemain dari bergu tersebut jikalau bergu tersebut berjaya mendapatkan mata tersebut.

Masa rehat yang diberi sama seperti dengan permainan perseorangan.

Pengadil Pengawai-pengawai yang ditugaskan untuk mengurus dan mengawal permainan terdiri daripada pengadil rasmi, pengadil, pengadil servis dan 11 penjaga garisan.

Tugas pengawai Pengadil rasmi bertanggungjawab mengatasi sebarang masalah yang dihadapi oleh pengawai-pengawainya.
Pengadil biasa akan mengira mata dan membuat keputusan dengan adil

serta memastikan pemain mematuhi peraturan permainan. Pengadil servis membantu pengadil biasa memastikan setiap servis dilakukan mengikut peraturan.
Penjaga garisan menentukan sama ada bulu tangkis mencecah keluar atau

masuk kawasan gelanggang.

Tatatertib permainan Jika pemain melanggar sebarang peraturan, dia akan dihukum atau didenda. Sebagai contoh, membantah keputusan pengadil ataupun pengawai, mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil, berkelakuan biadap terhadap pengadil ataupun pemain lawan dan keluar gelanggang tanpa kebenaran pengadil. Jika tertimbul sebarang masalah semasa permainan, hanya pemain sahaja dibenarkan berhubung dengan pengadil. Tindakan tatatertib juga akan dikenakan ke atas pegawai-pegawai pasukan yang bertanding jika mereka berkelakuan biadab atau mengganggu permainan. Budi bicara pengadil digunakan jika timbul masalah di luar rangkuman undang-undang. Keputusan pengadil rasmi adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai