Anda di halaman 1dari 6

POPIA HORLICKS

Bahan-bahan: 1 pack besar popia 1/2 cwn horlicks 1/2 cwn gula halus - kisar 1 cwn nestum - kisar halus Lidi satay utk menggulung Minyak utk menggoreng Telur sebagai bahan pelekat

Cara: 1. Gulung popia gunakan lidi satay 2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan dgn telur. 3. Buat hingga habis peket popia. 4. Sementara itu tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting. 5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm. 6. Goreng dengan api perlahan/kecil. 7. Angkat dan toskan minyak. 8. Sira/tabur dgn horlicks, gula & nestum kisar. 9. Gaul hingga rata. Tips 1. Untuk menyalut popia dengan Horlicks, selepas digoreng, sejat minyak pada popia terlebih dahulu dengan menggunakan kitchen towel. Apabila agak-agak dah sejat, letakkan dalam bekas besar dan masukkan gula dgn horlicks ke dalam bekas tersebut. Kemudian gaul rata campuran tersebut dengan popia tadi. 2. Biarkan ia sejuk dahulu sebelum mencampurkan dengan bahan-bahan campuran. Jika tidak campuran akan cair dan berlengas. 3. Supaya kuih ini boleh bertahan lama, simpan ia di dalam bekas kedap udara. Jika digoreng dengan cili, pastikan cili digoreng sampai benar-benar kering supaya tidak kelihatan basah.

Properties of Jess Brown

LONDON ALMOND COOKIES Bahan: 250 gm mentega 130 gm gula icing 450 gm cookie flour atau tepung hongkong 2 kuning telur 1 sudu kecil esen vanilla badam (toasted whole almonds) badam (toasted nibbed almonds) cooking chocolate (putih dan biasa) paper cups Cara: 1. Pukul mentega dengan gula icing hingga kembang dan ringan 2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul sebentar 3. Masukkan tepung dan gaul rata. 4. Ambil sedikit tepung dan masukkan badam didalamnya. Buat bujurbujur. Habiskan dan bakar dengan api 180C selama 15 minit. 5. Sejukkan dan bahagi kepada 2 bahagian. (Resepi ini menghasilkan lebih kurang 110 cookies) 6. Cairkan chocolate biasa dalam double boiler. Kalau tak de, panaskan air dalam fryingpan dan letak periuk bertangkai atasnya. Bila chocolate telah cair sempurna, celupkan cookies yang telah sejuk, masukkan dalam paper cup dan hiaskan dengan nibbed almond. Buat hingga habis separuh cookies. Ulangi proses yang sama dengan white chocolate, tp letak thousand-thousand (chocolate rice yg kaler-kaler tu)

Properties of Jess Brown

SNOW ALMOND
Bahan A/ 110 gm mentega 1/2 sdb shortening 50 gm gula kastor 1/2 sdk esen kopi 1/2 bj kuning telur Bahan B/ 110 gm tepung gandum 25 gm nestum [kisar] 1 sdb coffeemate 35 gm tepung ubi 20 gm serbuk badam Bahan Hiasan/ serbuk roti putih [breadcrumb] coklat masakan Cara-cara:1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata. 2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A tetapi sedikit demi sedikit dan ratakan. 3. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan. 4. Bakar pada suhu 175'C selama 20 minit. 5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan. Selepas itu, golekkan pula ke dalam serbuk roti putih.

TART NENAS
Properties of Jess Brown

Bahan-bahan ( 100 biji )



250gram Mentega 20gram Tepung Kastard 360gram Tepung Gandum 50gram Gula Icing 2 biji Kuning Telur 1/2 sudu kecil esen vanilla, 1/2 sudu kecil pewarna kuning dan sedikit garam Jam nenas secukupnya

Cara-cara
1. Campurkan mentega, garam, vanilla, telur, pewarna kuning dan gula icing kedalam mangkok dan putar sebentar sehingga kembang. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung kastard. Gaul sebati sehingga menjadi doh lembut dan bentukkan serta letak jam nenas mengikut acuan pilihan anda.

BISKUT COMOT COKLAT


Bahan-Bahan: 2 2 2 3 3 cawan mentega cawan gula halus biji kuning telur cawan tepung jagung cawan tepung gandum 1 sudu kecil esen vanilla cooking chocolate sekilo kacang tanah digoreng dan ditumbuk

Cara: 1) Pukul mentega dan gula hingga sebati 2) Masukkan telur dan kacau rata. 3) Masukkan esen vanilla dan kacau lagi 4) Masukkan tepung jagung dan tepung gandum, kacau sebati hingga menjadi doh 5) Bentukkan bulat-bulat dan bakar hingga kekuningan 6) Masakkan cooking chocolate ke dalam periuk dan dipanaskan di atas air yang mendidih 7) Setelah cooking chocolate cair, masukkan biskut yang telah dibakar tadi ke dalam periuk dan golekkan biskut dengan sudu di atas chocolate ini 8) Keluarkan biskut ini dan golekkan ke atas kacang tanah yang telah ditumbuk 9) Akhir sekali masukkan biskut ini kedalam paper cup

KUIH GUNTING
Properties of Jess Brown

375 g tepung gandum 2 camb gula aising 2 camb serbuk rempah kari 1 camb serbuk ketumbar 2 camt serbuk jintan manis 1 camt serbuk jintan putih 1 camt serbuk cili 2-3 pelepah daun kari (jika suka), digunting halus garam dan serbuk lada sulah secukupnya 90 g marjerin 130-140 ml santan (dari 1/2 kelapa) minyak utk menggoreng Gaul semua bahan kering dan daun kari dengan marjerin. Masukkan sedikit demi sedikit santan kemudian uli menjadi doh. Tambah santan jika perlu (jika tiada, boleh gantikan dengan air biasa). Canai setebal 1 cm sebelum menggunakan mesin mee utk mencanai lebih nipis (ikut prosedur di bawah). Saya juga ingin tahu teknik yang betul untuk menggunting. Ataupun adakah terdapat acuan yang khusus bagi kuih tersebut? Anda boleh gunakan mesin membuat mee. Malah anda boleh "mencanai" dgn mesin ini mengikut ketebalan yg diperlukan. Akhir sekali, gunakan "indicator" yg khusus dan putar utk menghasilkan jalur-jalur yg sama besar. Guntingkan dengan saiz yg anda inginkan (letak dulang di bawah utk mengumpul guntingan tadi) dan taburkan tepung supaya ia tidak melekat. Goreng dlm minyak yg banyak hingga keemasan. Tiada teknik khusus utk menggunting tetapi pastikan bilah gunting ditaburkan sedikit tepung bila adunan mulai melekat ketika menggunting. Jika ya, di manakah saya boleh dapatkan acuan berkenaan. Maklum balas puan sangat saya hargai. Saya juga ingin mengucap tahniah kepada puan kerana tidak kedekut untuk berkongsi ilmu. Acuan mee itu boleh didapati di mana-mana kedai yg menjual periuk belanga juga di sesetengah pasaraya yg besar seperti Carrefour. Anda perlu cari di bahagian peralatan memasak (senduk, mangkuk dll).

Properties of Jess Brown

Properties of Jess Brown

Anda mungkin juga menyukai