Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN Rancangan mengajar merupakan suatu perancangan yang disediakan oleh guru berdasarkan sukatan pelajaran bagi sesuatu

mata pelajaran yang akan diajar. Untuk menyediakan suatu rancangan mengajar yang berkesan, guru haruslah terlebih dahulu membaca dan mentafsir perkara-perkara penting seperti objektif, unit pelajaran, kemahiran, strategi dan aktiviti pengajaran pembelajaran serta bahan sumber yang akan digunakan bagi mata pelajaran yang berkenaan. Di dalam tugasan SCE3108, rancangan persediaan mengajar yang disediakan oleh kumpulan kami adalah terkini dan bepandukan Buku Panduan Kreativiti (Pembangunan dan Amalan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah Rendah) yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuan menyediakan rancangan mengajar ini adalah sebagai panduan asas dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi sesuatu mata pelajaran. Dengan adanya rancangan kerja ini, guru boleh melaksanakan proses P&P berdasarkan sukatan peajaran secara sistematik serta mengikut pemeringkatan yang sesuai. Di samping itu, guru boleh menyediakan alat bantu mengajar serta menggunakannya dalam masa yang sesuai sebagaimana yang dirancangkan dalam persediaan mengajar. Ia juga dapat membantu guru

menentukan objektif pelajaran, memilih isi pelajaran dan strategi pengajaran yang sesuai demi meningkatkan keberkesanan pelajarannya. Contohnya di dalam pengajaran Sains, terdapat beberapa model pengajar seperti format umum, konstruktivisme, kitar pembelajaran 5E, induktif dan deduktif inkuiri dan

pembelajaran berasaskan permasalahan (PBM). Dengan adanya rancangan mengajar yang disediakan secara rapi, ia membantu guru mengawal disiplin bilik darjah dengan baik serta pengurusan masa yang cekap dan efektif untuk sesi P&P yang berkesan. Ia membantu guru menyemak apa yang telah diajar supaya guru boleh merancang pengajaran selanjutnya atau menggunakannya untuk refleksi dan menggubal soalan ujian berdasrkan isi pelajaran yang telah dipelajari oleh murid. Selain itu, guru dapat meningkatkan keyakinan diri dalam sesi P&P. Dalam erti kata lain, persediaan rancangan mengajar amat membantu guru dalam sesi P&P yang berkesan dan efektif serta melahirkan modal insan yang berkualiti dan bermutu tinggi dalam mencapai dasar pendidikan Negara.
1

Anda mungkin juga menyukai