Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI : JESSICA BONG

Tugasan kali ini menghendaki saya untuk membina Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU) dan mengubbal kertas soalan peperiksaan Sejarah.Semasa menerima
tugasan ini dari pensyarah, saya berasa agak berat hati kerana saya tidak
berpengalaman dalam membina JSU walaupun setelah lapan tahun mengajar.
Namun saya harus besikap positif untuk menyiapkan tugasan ini.
JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi
kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san
pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk
menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya
disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan
JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan
keutuhan. Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang
ditetapkan. Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan
ujian. Ujian sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin
merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan.
Pertimbangan ini dibuat bagi memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan
soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran yang telah
disampaikan di dalam kelas. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai
proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).

(REFLECTION IN ACTION)
KEKUATAN
Membina JSU adalah satu perkara yang agak rumit dan memerlukan masa
yang lama untuk menyiapkannya. Namun, saya terus bersikap positif kerana tiada
yang mustahil sekiranya kita berusaha dan terus berusaha. Kekuatan yang ada pada
saya dalam menyiapkan tugasan ini adalah sumber maklumat yang diperolehi. Saya
menyedari bahawa saya mempunyai kurang pengalaman dalam membina JSU
maka langkah pertama yang perlu saya buat adalah mencari maklumat menerusi
laman sesawang, perpustakaan dan juga rakan sejawatan. Setelah mencari
maklumat dalam laman sesawang, saya dapati saya masih kekurangan bahan untuk
11

membina JSU. Maklumat yang saya perolehi adalah berbentuk teori dan saya masih
belum faham bagaimana hendak membina JSU. Saya seterusnya bertanya kepada
rakan sejawat saya bagaimana hendak membina JSU. Saya amat bersyukur kerana
cikgu tersebut mempunyai banyak pengalaman dalam membina JSU kertas sejarah.
Cikgu tersebut memberi tunjuk ajar bagaimana hendak membina JSU berdasarkan
teori Taksonomi Bloom. Dengan itu, saya dapat merangka JSU seperti kehendak
soalan tugasan.
Selain itu, saya juga berkongsi maklumat dengan rakan-rakan sekuliah. Kami
berkongsi maklumat menerusi e-mail. Maklumat yang dikumpul untuk tugasan A
dapat diselesaikan dengan mudah kerana perkongsian maklumat di antara rakan
sekuliah. Saya sekali lagi berasa bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang
dapat memberi kerjasama yang sepenuhnya. Selain itu, saya juga mendapat format
pembinaan JSU dari pensyarah saya dan juga rakan sekuliah.

KELEMAHAN DAN CADANGAN PENYELESAIAN


Segala

kekuatan

yang

saya

milik

belum

cukup

untuk

menambah

pengetahuan saya dalam membina JSU. Kelemahan yang saya miliki saya kenal
pasti untuk penambahbaikan pada masa depan. Seperti yang telah dimaklumkan,
saya kurang berpengalaman dalam membina JSU. Justeru itu, saya juga mengalami
masalah dalam menentukan jenis soalan mengikut Taksonomi Bloom.

Namun

segala kelemahan ini dapat saya atasi dengan mencari maklumat dari laman
sesawang, perpustakaan, perkongsian antara rakan sekuliah dan rakan sejawat.
Setelah memahami dan mengenal pasti jenis soalan saya mampu untuk membina
JSU mengikut kehendak soalan tugasan.
Kekangan masa juga merupakan masalah besar buat saya untuk menyiapkan
tugasan ini. Sebagai seorang guru, bebanan kerja saya di sekolah menyebabkan
saya menangguhkan tugasan ini. Tambahan pula saya merupakan guru Sains tahun
enam yang menghendaki saya memberi fokus yang sepenuhnya kepada murid serta
membuat analisis item untuk setiap ujian yang dijalankan. Ini menyebabkan
maklumat yang dikumpul terlebih dahulu, sebahagiannya sudah hilang dan sekali
lagi saya memerlukan masa untuk mencari maklumat itu semula. Namun semua ini
tidak mematahkan semangat saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya cuba
12

membahagikan masa untuk membuat kerja sekolah dan juga tugasan ini.
Kehilangan maklumat ini memberi pengajaran kepada saya supaya lebih teratur
menyimpan maklumat-maklumat yang telah diperolehi di dalam pendrive pada masa
akan datang.

(REFLECTION ON ACTION)
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah saya, Encik
Lawrence Law kerana banyak membantu saya dalam penyediaan JSU dan
pengubalan kertas soalan Sejarah Tahun 4 ini. Tanpa bimbingan tidak mungkin saya
dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dalam waktu yang singkat.
Tugasan yang dilaksanakan ini dapat membantu saya dalam tugasan harian
saya sebagai guru. Segala kekuatan dan kelemahan yang dimiliki akan diperbaiki
dari masa ke semasa.
Secara keseluruhannya, saya berasa amat bersyukur dan berbangga kerana
dapat membina JSU dengan usaha sendiri. Ini merupakan pengalaman yang amat
bermakna buat saya. Dengan ini, saya dapat membina dan menyediakan soalan
ujian secara lebih terancang dan sistematik. Selain dapat mengelakkan ujian yang
dibina secara sembarangan. JSU akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan
soalan, ini berdasarkan kesahan dari segi pensampelan sukatan pelajaran dapat
dijamin. Pembinaan JSU juga dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian
dari semasa ke semasawalaupun dibina oleh pembina solan yang berbeza. Soalan
yang akan dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan
meliputi keseluruhan pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat
diantara satu ujian dengan ujian yang lain.

13

RUJUKAN:

Azizi Ahmad, Mohd Isha Awang. (2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bhasah bin Abu Bakar. (2010) Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Pendidikan,
Selangor: Pustaka Salam Sdn Bhd.

Ng. S.N. (1991). Educational test and Measurement. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

http://ga3113myd.wordpress.com/

diakses pada 17 Februari 2014.


14

http://www.fp.utm.my/versi1/academic/phd-ukur.htm diakses pada 17 Februari 2014.

http://www.fp.utm.my/versi1/academic/s-ukur.htm diakses pada 17 Februari 2014.

http://www.freewebs.com/oum1/notaformatpowerpoint.htm diakses pada 17 Februari


2014.

15

Anda mungkin juga menyukai