Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI BIG FASA 2 (CERAMAH)

JESSICA BONG (781116-13-5244)


TEMPAT : SK TANJUNG BIJAT, SRI AMAN.
TARIKH : 18 SEPTEMBER 2013
Bina Insan Guru (BIG) adalah satu program yang sinonim dengan guru sejak dari
dulu lagi. Aktiviti-aktiviti yang dirancang ini bertujuan membentuk dan memupuk insan
guru yang berkualiti serta berketrampilan melalui penampilan diri yang terpuji. BIG
FASA 2 (i) kali ini menghendaki kami memberi ceramah kepada guru-guru atau
masyarakat setempat di sekolah berdasarkan tajuk yang diberikan. Kami dikehendaki
memilih satu tajuk A, B atau C untuk dilaksanakan. Saya telah pun memilih tajuk A iaitu
Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang dimana kumpulan sasaran adalah rakan
sejawat.
Semasa menerima tugasan ini dari pensyarah, saya berasa agak berat hati
kerana ia merupakan satu program yang besar untuk dlaksanakan. Salah satu perkara
yang terlintas di fikiran saya adalah, adakah saya mampu untuk mengumpul dan
mengerahkan guru-guru untuk datang ke ceramah saya? Dan satu lagi masalah yang
saya hadapi adalah berjauhan dari rakan sekuliah saya kerana saya mengajar di Sri
Aman. Kebanyakan rakan-rakan saya mengajar di Sibu, Kanowit, Daro dan juga
Mukah. Ini bermakna saya akan berseorangan dalam melaksanakan tanggungjawab ini.
Namun segala persoalan itu saya hanya akan terjawab jika saya mempunyai
semangat dan keyakinan yang tinggi untuk menganjurkan ceramah ini. Secara
kebetulan, saya mempunyai rakan setugas yang menuntut di Institut Perguruan Tun
Abdul Razak yang turut akan menganjurkan kem ini. Kami berdua bersetuju untuk
menganjurkan kem ini bersama-sama.
Sebelum menganjurkan ceramah ini, saya dan rakan setugas iaitu Cikgu
Panggie ak Basi berjumpa dan berbincang serta meminta izin dari Guru Besar untuk
menganjurkan ceramah ini. Guru Besar memberi sokongan yang sepenuhnya kepada
kami berdua. Namun yang amat membimbangkan saya, aktiviti ini hanya diberi
kebenaran setelah selesainya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013. Tarikh
tersebut amat dekat dengan tarikh akhir menghantar tugasan BIG ini. Tambahan pula
saya masih lagi dalam cuti bersalin.
Semasa pelaksanaan ceramah ini, tidak banyak dapat diulas kerana saya
sedang cuti bersalin. Namun ceramah ini tetap diteruskan oleh rakan setugas saya,
iaitu Cikgu Panggie. Sebelum ini, kami telah berbincang dan bersetuju untuk
membahagi tugas kerana keadaan saya yang tidak mengizinkan untuk member
ceramah. Tugas saya adalah untuk mencari bahan serta membuat persembahan power
point kemudiankan akan dipersembahkan oleh cikgu Panggie kepada rakan sejawat.

KEKUATAN.
Kekuatan yang dimiliki adalah penyediaan bahan-bahan untuk persembahan
power point. Sebelum penyediaan bahan, saya berusaha mencari maklumat dari laman
sesawang seberapa banyak yang boleh mengikut tajuk tugasan BIG yang telah
diberikan. Kemudian, saya mempermudahkan maklumat tersebut ke dalam
persembahan power point. Menurut Cikgu Panggie, semasa pelaksanaan ceramah,
guru-guru memberi komitment yang sepenuhnya. Mereka sudi meluangkan masa untuk
mendengar ceramah yang dikongsikan bersama. Ramai di antara mereka berpuas hati
kerana isi kandungan ceramah yang padat dan jelas dapat member manfaat kepada
mereka di samping dapat meningkatkan profesionalisme mereka secara tidak langsung.
Di samping itu, kemudahan dan peralatan sedia ada di sekolah ini amat
mencukupi kerana kami baru saja berpindah ke bangunan baru. Contohnya, dengan
adanya peralatan siaraya dan LCD projektor amat memudahkan kerja kami.
Kemudahan infrastruktur seperti tempat untuk ceramah amat bersesuaian iaitu di dalam
bilik berhawa dingin.


KELEMAHAN.
Kelemahan yang saya tempuhi sepanjang penganjuran aktiviti ini sudah tentu
nya untuk mengumpul guru-guru SK Tanjung Bijat dalam aktiviti ini. Seperti sedia
maklum, setiap sekolah sentiasa sibuk dengan aktiviti lain. Tambahan pula, pihak
pentadbiran amat mengutamakan akademik lebih-lebih lagi peperiksaan UPSR yang
bakal tiba. Ini adalah penghalang utama kerana aktiviti amat dihadkan oleh pihak
pentadbir dan guru-guru tahun enam sebelum UPSR. Aktiviti sekolah hanya akan
dipergiatkan selepas UPSR. Tambahan pula, tugasan guru yang semakin meningkat
dari hari ke hari membuatkan guru-guru tidak dapat meluangkan masa dalam sebarang
aktiviti. Disebabkan itu, pelaksanaan ceramah ini hanya dapat dilaksanakan selepas
UPSR berakhir.
Disebabkan pelaksanaan ceramah ini hanya akan dilaksanakan selepas UPSR
berakhir, bermakna saya tidak dapat memberi komitment yang sepenuhnya kerana
saya dalam cuti bersalin. Tugasan ini saya terpaksa serahkan kepada rakan setugas
saya untuk terus dilaksanakan.
Selain daripada itu, sekali lagi kami menghadapi masalah dalam membuat
salinan bahan-bahan ceramah kerana mesin fotostat sering kali rosak dan kehabisan
dakwat.

MASALAH/CADANGAN MENGATASI.
Masalah yang ditimbul akan cuba diselesaikan sebaik mungkin. Walau pun guru-
guru sibuk dengan tugasan masing-masing, ceramah ini tetap diteruskan selepas
UPSR 2013 berakhir. Manakala masalah saya yang sedang dalam cuti bersalin,
membuatkan saya mencari alternatif lain untuk meneruskan pelaksanaan ceramah ini.
Saya berusaha membantu rakan setugas saya dengan menyediakan kertas kerja serta
menyediakan bahan-bahan untuk pesembahan power point mengikut tajuk tugasan BIG
yang telah diberikan kepada kami. Cikgu Panggie pula akan meneruskan usaha kami
selaku penceramah. Penyediaan bahan-bahan kali ini kami menghantar salinan bahan-
bahan ceramah ke kedai fotostat kerana mesin fotostat tidak di baiki dengan segera.

PENUTUP.
Secara keseluruhannya, saya berasa amat bersyukur kerana akhirnya
pelaksanaan ceramah ini dapat diteruskan walau pun saya masih berada dalam cuti
bersalin. Kerjasama dari rakan setugas amatlah saya hargai. Saya juga berpuas hati
kerana dapat menyediakan bahan-bahan ceramah dengan padat dan jelas walau pun
saya tidak dapat memberi ceramah tersebut kepada rakan sejawat. Saya berasa amat
kesal kerana tidak dapat bersama rakan setugas yang lain kerana keadaan saya yang
tidak menizinkan. Di harap pada tahun yang akan datang, saya akan berkongsi sesuatu
yang lebih bermanafaat kepada rakan-rakan setugas untuk kebaikan bersama.
Kelemahan yang saya lalui tahun ini akan saya perbaiki pada tahun yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai