Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Analisis Aktiviti Pemulihan Bacaan

1.1 Konsep Pemulihan Bacaan Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999). Membaca adalah salah satu masalah kepada murid-murid pada awal persekolahan. Ia adalah satu proses yang kompleks. Menurut Atan Long (1976) membaca adalah proses menterjemahkan bentuk penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu. Justeru, aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan terhadap murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini. 1.2 Aktiviti-Aktiviti Pemulihan Bacaan Terdapat beberapa aktiviti yang biasa digunakan dalam pengajaran pemulihan bacaan, antaranya ialah kaedah fonetik, kaedah abjad, dan kaedah pandang dan sebut.

1.2.1 Kaedah Fonetik Kaedah fonetik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf-huruf dan bunyinya.kaedah fonetik ini hanya mensyaratkan murid untuk membunyikan bunyi huruf tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan bunyi huruf vocal dan kemudian diikuti bunyi huruf konsonan.

BUNYI VOKAL

a e i o u

aaaa eeee iiii oooo uuuu

BUNYI KONSONAN

b c d f g h j k l m

beh ceh deh feh geh heh jeh keh leh meh

p q r s t v w x y z

Peh Qeh Reh She The Veh Weh Xeh Yeh Zeh

neh

Kemudian, murid-murid akan diajar menyambungkan bunyi-bunyi huruf ini untuk membentuk suku kata dan seterusnya membentuk perkataan yang bermakna. Bagi menarik minatmurid-murid, kaedah ini boleh diajar bersertakan gambar. Sebagai contoh:

[a] (aaa) = [aaa] [p] (peh), [i] (iii) = [ pi ] = [a] + [pi] = [api]
Dalam kaedah ini, murid-murid tidak diajar nama huruf, mereka hanya diajar bunyi-bunyi huruf. Setelah mereka tahu huruf dan bunyinya, mereka akan diajar untuk membina suku-kata dan seterusnya perkataan dan ayat.

a+p+i = api

1.2.2 Kelebihan kaedah fonetik 1.2.2.1 Kaedah ini sesuai dengan susuk bahasa melayu kerana bahasa melayu yang bersifat fonemik iaitu iaitu ada hubungan yang agak teratur di antara huruf dan bunyinya. 1.2.2.2 Kaedah ini membolehkan murid-murid walaupun membaca belum

perkataan-perkataan

baharu,

dipelajarinya kerana mereka dapat membunyikan huruf vokal dan konsonan dengan baik. 1.2.2.3 Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.

1.2.2.4

Kaedah

ini

memudahkan

murid-murid

menguasai

kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid-murid. 1.2.3 Kelemahan Kaedah Fonetik 1.2.3.1 Murid-murid keliru antara kaedah fonetik dan kaedah abjad tanpa memahami apa yang dibacanya. 1.2.3.2 Kaedah ini menyebabkan murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. 1.2.3.3 1.2.3.4 Peringkat awal bacaan murid-murid tidak lancer. Tidak menarik minat murid kerana bunyi huruf yang diajar tidak mempunyai makna. 1.2.3.5 Murid-murid sukar untuk membunyikan kaedah diftong dan diagraf. 1.2.4 Kaedah Abjad Kaedah ini dijalankan dengan memperkenalkan huruf-huruf dan diikuti dengan menyebut nama-nama huruf tersebut. Setelah itu, barulah murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf vokal dan konsonan. Untuk membolehkan murid-murid membaca perkataan mereka terlebih dahulu diperkenalkan dengan huruf-huruf. Dengan kata lain, murid-murid perlu menghafal nama-nama huruf sebelum didedahkan kepada peringkat membaca perkataan-perkataan mudah. 1.2.5 Kelebihan Kaedah Abjad 1.2.5.1 Kaedah ini sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya. 1.2.5.2 Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum

dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik.

1.2.5.3

Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.

1.2.5.4

Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid-murid.

1.2.6 Kelemahan Kaedah Abjad 1.2.6.1 Murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca. 1.2.6.2 Murid-murid mengeja. terbawa-bawa Ini tabiat membaca mereka sambil

menyebabkan

membaca

merangkak-rangkak dan tidak memahami apa yang dibaca. 1.2.6.3 Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi kanak-kanak kerana

pengajaran tidak secara keseluruhannya bermakna. 1.2.6.4 Boleh membosankan murid-murid terutamanya apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan. 1.2.7 Kaedah Pandang Sebut. Kaedah Pandang dan Sebut ini bolehlah dianggap sebagai reaksi kepada kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad. Kaedah ini lebih bermakna daripada Kaedah Menghafal nama setiap huruf itu. Misalnya batu, rumah, sekolah, budak, pokok, meja, pensel dan sebagainya. Perkataan-perkataan yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna daripada pecahan tiap-tiap hurufnya. Jadi Kaedah Pandang dan Sebut (atau Kaedah Seluruh Ayat) ini dijadikan asas untuk mengajar murid-murid membaca. Kerap kali ditunjukkan seluruh perkataan-perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya. 1.2.8 Kelebihan Kaedah Pandang Sebut 1.2.8.1 Kaedah ini memperkenalkan perkataan yang bermakna.

1.2.8.2

Murid memahami apa yang dibaca dan ini dapat mengelak mereka daripada bosan.

1.2.9 Kelemahan Kaedah Pandang Sebut 1.2.9.1 Murid-murid terdorong untuk membaca dengan mengeja satu demi satu perkataan menyebabkan bacaan kurang lancar. 1.2.9.2 Murid-murid membaca bukan berdasarlan perkataan tetapi berdasarkan gambar.

Anda mungkin juga menyukai