10
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan pelbagai jenis integrasi yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran; 2. Menyatakan kelebihan integrasi semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan; 3. Mengenalpasti isu-isu dan cabaran-cabaran integrasi; 4. Menjelaskan bagaimana melaksanakan integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan mata pelajaran lain; dan 5. Membuat perancangan dan penilaian menggunakan pendekatan integrasi.
PENGENALAN
Untuk mendapat satu pembelajaran dan pengajaran yang sangat berkesan, satu penegasan kepada pengajaran perlu diberi perhatian yang serius. Untuk itu, dalam pelaksanaan pengajaran kurikulum, pembelajaran yang ada perlulah diintegrasikan agar beberapa aspek penegasan dan cara pelaksanaannya akan dapat untuk membuat penerokaan dalam mendapatkan pengetahuan, kemahiran serta penghayatan nilai. Untuk itu pelajar harus diberi banyak peluang dan ruang untuk mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan dengan cara yang sihat. Antara lain pelajar boleh diberi peluang untuk mencari dan melahirkan idea melalui percakapan, tulisan, lukisan, muzik, nyanyian, lakonan dan sebagainya. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini mampu membina dan menyuburkan sikap dan pemikiran kreatif selain daripada menjadi aktif dan progresif.
TOPIK 10 INTEGRASI
193
10.1 PENGENALAN
Program Pendidikan Intergrasi merupakan satu program yang amat popular di luar negara khususnya di Amerika Syarikat di mana program ini telah bermula sejak tahun 1900an. Pada ketika itu, penekanan pada mata pelajaran sains telah mula diintegrasikan dengan mata pelajaran lain. Ini adalah disebabkan kerana dia telah menganggap sains adalah asas dalam kehidupan seharian rakyatnya. Kemudian daripada itu terdapat juga perkara-perkara dan mata pelajaran lain diintegrasikan ke dalam kurikulum di sekolah-sekolah. Kesimpulan konsep integrasi dalam kurikulum telah diamalkan secara meluas oleh kebanyakan pelajar di negara-negara maju.
194
TOPIK 10 INTEGRASI
antaranya ialah konsep integrasi. Dalam KBSR juga konsep integrasi lebih dikenali sebagai kesepaduan. Untuk itu, konsep bersepadu dalam KBSR membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara berintegrasi dan menyeluruh. Ini kerana dalam KBSR, pendidikan adalah bagi pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Untuk itu beberapa konsep perlu ditegaskan sebagai asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran KBSR yang mengandungi aspek: (a) Penggabungjalinan Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmoni dan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu. Jenis-jenis Penggabungjalinan Penggabungjalinan sebagai yang berlangsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh dilihat dari tiga sudut seperti: (i) (ii) Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran; Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam sesuatu mata pelajaran; dan
Rajah 10.1: Contoh integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran bahasa
TOPIK 10 INTEGRASI
195
AKTIVITI 10.1
1. Apakah itu integrasi? 2. Nyatakan kemahiran-kemahiran yang boleh diperoleh berdasarkan penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum?
(b)
Penyerapan Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsur pengetahuan. Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains, guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini, pelajar akan memperoleh ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu. (rujuk Rajah 10.2)
Rajah 10.2: Penyerapan unsur-unsur Sains dan Kajian Tempatan (KT) dalam Bahasa Melayu
Ciri-ciri penyerapan: (i) (ii) Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan daripada berbagai-bagai pelajaran; Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara bersepadu dalam satu mata pelajaran;
(iii) Bilangan mata pelajaran yang digunakan dalam proses penyerapan adalah fleksibel;
196
TOPIK 10 INTEGRASI
(iv) Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada unsur utama dan unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur utama tetap diberi penekanan yang lebih; dan (v) Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan proses penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan ke dalam aktiviti penggabungjalinan berbagai-bagai kemahiran seperti membaca, menulis dan mengira.
(c)
Penerapan Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilainilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya. Penerapan nilai akan berlangsung melalui dua pendekatan iaitu: (i) Pendekatan implisit Guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai. Contohnya apabila guru bercakap benar, berpakaian kemas dan datang ke bilik darjah tepat pada waktunya secara tidak langsung perlakuannya ini diperhatikan oleh para pelajar dan akan dihayati serta akan menjadi ikutan oleh mereka. Tindakan guru menyokong dan memberi pujian kepada pelajar secara tidak langsung menyedarkan pelajar untuk menerima sesuatu nilai yang positif itu. Pendekatan eksplisit Penerapan nilai secara eksplisit ialah dengan mengadakan suatu peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan dan yang tidak diharapkan. Program atau aktiviti yang khusus juga adakalanya diadakan untuk menerapkan sesuatu nilai seperti program motivasi, sambut Hari Guru, Hari Kemerdekaan, kempen kebersihan, kempen anti rokok dan sebagainya. Di dalam bilik darjah, guru pendidikan moral dan pendidikan Islam akan mengajar sesuatu topik berkaitan dengan sesuatu nilai; ini juga dianggap sebagai eksplisit. Untuk itu penerapan secara eksplisit adalah lebih terancang, bermatlamat dan cara pelaksanaannya serta penilaiannya jelas.
(ii)
(d)
Pemulihan Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi masalah
TOPIK 10 INTEGRASI
197
pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran. Dalam merancangkan aktiviti pemulihan, beberapa perkara perlu diambil kira termasuk: (i) (ii) Tumpuan kepada kelemahan murid yang telah dikesan; Pengajaran dan pembelajaran perlu diubah suai dan dipelbagaikan mengikut keperluan kognisi murid;
(iii) Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar termasuk bahan bercetak dan bahan elektronik untuk membantu murid memahami dan menguasai hasil pembelajaran; dan (iv) Selepas aktiviti pemulihan, pascaujian dijalankan secara pemerhatian, lisan atau bertulis. Pascaujian ini haruslah menekankan penguasaan konsep atau kemahiran yang perlu dikuasai. (e) Pengayaan Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau lambat kadar penerimaannya. Oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar cerdas. Guru perlu mengorganisasikan semula kelas untuk menempatkan murid dengan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan dirancang bagi murid yang mencapai aras masteri 80% dalam praujian. Pencapaian sedemikian menunjukkan bahawa murid telah menguasai unit pembelajaran tertentu dan kumpulan murid ini akan terus menjalani aktiviti pengayaan tanpa melalui proses pengajaran dan pembelajaran unit pembelajaran tersebut. Aktiviti pengayaan juga dirancang bagi murid yang mencapai aras masteri 80% dalam pascaujian selepas melalui proses pengajaran dan pembelajaran unit pembelajaran tersebut (i) Pengayaan Berbentuk Pengukuhan Aktiviti ini menumpukan kepada pengukuhan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai dalam unit pembelajaran yang sama dan bukan sesuatu yang baru. Sebagai contoh di HSP Sains Tahun 4, Tema: 'Menyiasat Alam Fizikal', di bawah Hasil Pembelajaran 'Memahami Konsep Isipadu'; murid mempelajari konsep isipadu dan mengukur isipadu. Dalam aktiviti pengayaan berbentuk pengukuhan, murid diberi pelbagai masalah berkaitan dengan konsep isipadu yang biasa ditemui dalam kehidupan harian. Antaranya, ialah mengukur isipadu air yang diminum oleh murid setiap hari dan mencari isipadu beg sekolah murid untuk memuatkan buku sekolah. Melalui aktiviti sedemikian, murid dapat mengaplikasikan konsep isipadu dalam konteks yang lebih relevan dan seterusnya dapat mengukuhkan pemahaman tentang konsep isipadu.
198
TOPIK 10 INTEGRASI
(ii)
Pengayaan Berbentuk Perkembangan Aktiviti ini merupakan aktiviti yang lebih kompleks, serta mencabar pada peringkat kognisi yang lebih tinggi dalam unit pembelajaran yang berkait rapat dengan unit pembelajaran yang dipelajari. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui aktiviti ini boleh meliputi bidang yang lebih luas dan lebih mendalam. Aktiviti ini boleh dijalankan secara kadar kendiri dan terarah kendiri.
(iii) Pendekatan Integrasi Menurut Passe (1999) terdapat dua pendekatan bagi pelaksanaan integrasi dalam kurikulum iaitu: Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada Sesuatu perkara yang diintegrasikan ke dalam mata pelajaran yang sedia ada. Pendekatan ini melihat hubungan antara mata pelajaran dan seterusnya menggalakkan rentasan disiplin. Sebagai contoh antara mata pelajaran seni visual dengan muzik dan pergerakan, mata pelajaran kemahiran hidup dengan matematik serta antara sains dengan pendidikan jasmani dan kesihatan. Adaptasi adalah melalui konsep penggabungjalinan, penyerapan dan penerapan. Selain itu unsur-unsur nilai murni, KBKK, unsur patriotisme, unsur-unsur kebersihan dan penjagaan alam sekitar boleh diintegrasikan melalui pendekatan adaptasi ini. Membina kurikulum baru Mata pelajaran yang baru akan diwujudkan dengan di dalamnya mengandungi unsur-unsur yang hendak diintegrasikan. Contohnya disiplin kesihatan telah dimasukkan ke dalam mata pelajaran pendidikan jasmani sehingga menjadi mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan. Gabungan unsur sejarah, geografi dan hal ehwal tempatan telah mewujudkan mata pelajaran kajian tempatan.
AKTIVITI 10.2
1. Nyatakan kebaikan integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan. 2. Nyatakan dengan menggunakan idea grafik, integrasi antara Seni dalam Pendidikan dan satu mata pelajaran sekolah.
TOPIK 10 INTEGRASI
199
(c)
200
TOPIK 10 INTEGRASI
TOPIK 10 INTEGRASI
201
guru-guru pendidikan jasmani terlalu menekankan aspek bukan fizikal sehingga mengabaikan aspek fizikal seperti yang diperlukan. Kedua-dua keadaan yang melampau ini boleh memberi kesan sampingan kepada pelajar terhadap pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh pelajar sehingga boleh menjejaskan personalitinya. (b) Aspek Sosiologi Dari segi sosiologi terdapat tiga kategori integrasi, iaitu: (i) (ii) Integrasi antara personaliti; Integrasi antara individu dengan agensi-agensi masyarakat; dan
(iii) Integrasi di kalangan pelbagai institusi masyarakat. Perhatian utamanya ialah mengenai aspek integrasi sosiologi yang memberi tumpuan kepada hubungan di antara personaliti dengan personaliti. Dalam hubungan ini, Seni dalam Pendidikan mempunyai peranan sebagai agen integrasi. Manusia, pada dasarnya, adalah mahkluk sosial. Menerusi Seni dalam Pendidikan, faktor ini dapat dieksploitasikan dengan sebaik mungkin kerana kebanyakan aktivitinya secara semula jadi tidak dapat mengelak daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti-aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Oleh yang demikian, aktiviti Seni dalam Pendidikan dengan sifatnya yang berkelompok, mempunyai ciri-ciri yang berteraskan demokrasi. Dalam hubungan ini, aksi-aksi yang terdapat dalam seni dalam pendidikan yang merangkumi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan itu mempunyai satu titik tolak interaksi sosial yang terjalin menerusi perhubungan deria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan. Program yang terdapat dalam Seni dalam Pendidikan bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar tetapi juga berupaya memenuhi keperluan-keperluan sosial yang asas. Apabila semua pelajar berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuklah satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Keperluan untuk belaian berkait rapat dengan keperluan untuk ketermilikan. Pelajar mahukan dirinya diterima sebagai anggota sesebuah kelompok dan pada masa yang sama mereka juga memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi
202
TOPIK 10 INTEGRASI
kepada pelajar sebaik sahaja merreka mempersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan di antara pelajar dengan pelajar, guru dengan pelajar yang mesra mewujudkan suasana yang harmonis dan ini akan menyebabakan pelajar merasakan bahawa guru dan rakan-rakan mereka prihatin terhadap diri dan menghargai bakat yang mereka miliki. Suasana yang sedemikian rupa yang akan mencetuskan perhubungan mesra boleh diwujudkan menerusi program yang terdapat dalam Seni dalam Pendidikan. (c) Aspek Pedagogi Integrasi dari sudut pedagogi boleh berlaku dengan dua cara, iaitu (i) Berkait dengan prosedur mengajar Yang menggabungkan pelbagai bidang pelajaran melalui unit-unit kerja, dan bidang-bidang pelajaran itu akan membantu mengembangkan konsep-konsep dan pemahaman terhadap unit-unit itu. Melibatkan perhubungan antara dua atau lebih bidang pelajaran Perhubungan terjalin dengan sebegitu rupa membuatkan isi atau kandungan setiap bidang bertambah mapan dalam usaha untuk mempertingkatkan kefahaman dalam bidang-bidang lain yang bersangkutan. Dalam kebanyakan program di sekolah rendah, keduadua pendekatan ini dianggap sangat praktikal dan memberi makna kepadanya. Dalam banyak hal pelajaran, Seni dalam Pendidikan belum diiktiraf sebagai satu subjek yang sah dalam kurikulum kerana penekanan terhadapnya berbeza berbanding dengan penekanan yang diberikan kepada bidang-bidang akademik yang lain.
(ii)
TOPIK 10 INTEGRASI
203
10.2 INTEGRASI SENI VISUAL, MUZIK DAN PERGERAKAN DENGAN MATA PELAJARAN LAIN
Mari kita lihat contoh integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan dalam Rajah 10.3 dan 10.4.
Rajah 10.3: Contoh integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan
Rajah 10.4: Contoh integrasi kemahiran-kemahiran di antara mata pelajaran misalnya Matematik dan Bahasa Melayu
10.2.1 Matematik
Dalam mengajar matematik, konsep integrasi yang ditekankan adalah berdasarkan cara penyampaian guru, kaedah dan strategi pelaksanaannya iaitu dengan berdasarkan kepada kemahiran-kemahiran yang akan diperoleh oleh pelajar. Jika menggunakan proses penyerapan ianya dapat dirumuskan seperti Rajah 10.5 dengan berdasarkan kepada Seni dalam Pendidikan.
204
TOPIK 10 INTEGRASI
10.2.2 Sains
Dalam subtopik, kita akan berbincang tentang integrasi antara mata pelajaran Seni dalam Pendidikan dengan mata pelajaran Sains. Dalam mata pelajaran sains banyak didapati aktiviti seni visual iaitu melukis. Dengan ini secara tidak langsung pelajar akan melukis gambar-gambar yang terdapat di dalam mata pelajaran sains dan diintegrasikan dengan seni visual. Integrasi mata pelajaran ini juga dapat membolehkan dan meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan ingatan mata pelajaran tersebut ke dalam ingatan minda pelajar dengan melukis peta minda. Di samping itu, muzik boleh diintegrasikan dengan mata pelajaran sains apabila guru dapat membantu pelajar mengingati mata pelajaran tersebut dengan menyanyikan lagu berdasarkan tajuk mata pelajaran dengan menggunakan melodi lagu-lagu masa kini. Contoh untuk lagu Deria. Lirik lagu Deria (Ciptaan Zulkiply Yaakob) Saya lihat dengan mata, macam-macam warna Biru, kuning, merah, unggu, Indah mata ku. Saya dengar dengan telinga, Macam-macam benda, Tip tap, tum tam, cak-cak, bum-bam Riuh bunyinya. Saya rasa dengan lidah, Macam-macam rasa, Pahit, masin, manis, kelat Enak rasanya. Saya sentuh dengan jari, Macam-macam benda, Kasar, kesat, lembut, nipis
Itu rasanya.
TOPIK 10 INTEGRASI
205
kemakmuran juga boleh diperoleh dengan banyak untuk disesuaikan dengan tajuktajuk pengajaran guru dalam mata pelajaran kajian sosial. Kemahiran daripada pendidikan seni visual juga boleh diintegrasikan dalam mata pelajaran kajian sosial seperti melukis bendera Jalur Gemilang, poster Hari Kebangsaan/ Merdeka dan sebagainya.
(b) (c)
(d)
206
TOPIK 10 INTEGRASI
(e)
perancangan,
dasar
dan
Apabila seseorang pengelola berada di dalam organisasi, beliau dikehendaki mengetahui perlakuan yang diharapkan oleh ketua, rakan sekerja, kakitangan bawahan serta mengetahui juga tugas dan tanggungjawabnya. Ini disebabkan keberkesanan perjalanan organisasi itu dipengaruhi dan dikawal oleh faktorfaktor persekitaran organisasi itu sendiri. Manakala organisasi merujuk kepada satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung di antara satu sama lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan atau organisasi. Definisi ini menjelaskan unsur-unsur yang perlu ada di dalam sesebuah organisasi: Organisasi sebagai satu unit sosial, perlu ada penyatuan usaha dan ada hubungan yang erat dan akrab pada hubungan di antara seorang individu dengan individu yang lain.
TOPIK 10 INTEGRASI
207
Mengikut Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999, hanya dua perancangan sahaja yang perlu ditulis iaitu: (i) Rancangan Pelajaran Tahunan Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Rancangan Pelajaran Harian Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif tercapai.
(ii)
208
TOPIK 10 INTEGRASI
(iii) Perbincangan; (iv) Pelaksanaan aktiviti; dan (v) (b) Pentaksiran hasil kerja.
Penilaian Sumatif Setelah satu tempoh pembelajaran tertentu, contohnya setelah satu semester, satu penggal, setengah tahun atau satu tahun, penilaian akan dilakukan. Penilaian ini akan mengukur pencapaian terhadap objektif yang lebih luas meliputi keseluruhan tajuk yang diajar dalam satu jangka waktu tertentu yang lebih panjang. Objektif penilaian sumatif ini adalah untuk melihat tahap pencapaian pelajar secara keseluruhan. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), penilaian sumatif memberikan nilai yang membezakan pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar yang lain. Penilaian ini juga seringkali digunakan untuk membuat pemilihan bagi tujuan pengaliran, penganugerahan dan sebagainya. Penilaian dilaksanakan secara rasmi di
TOPIK 10 INTEGRASI
209
peringkat sekolah dan kadangkala setara bagi seluruh daerah. Untuk Seni dalam Pendidikan, penilaian dijalankan di dalam pelbagai bentuk iaitu mengikut kesesuaian mata pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan. (i) Penilaian dalam Perkembangan Proses Pembelajaran Rajah 10.7 merumuskan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
(ii)
Penilaian Serta-Merta Penilaian ini dijalankan semasa proses pengajaran berlangsung iaitu melalui pemerhatian, tindak balas serta kerja harian pelajar. Guru dapat menilai pelajar, sama ada pelajar dapat memahami pelajaran yang disampaikan atau tidak. Jika pelajar tidak dapat mencapai objektif guru, maka guru perlu memikirkan perancangan lain yang lebih berkesan agar kemahiran atau pengetahuan dapat disampaikan. Penilaian ini berbentuk formatif dan berjalan secara berterusan di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
(iii) Penilaian Kemajuan Penilaian jenis ini dilakukan oleh guru setelah pelajar melalui satusatu unit pembelajaran, kemahiran atau tajuk yang diajar. Penilaian ini juga bertujuan untuk mengesan penguasaan pelajar terhadap kemahiran-kemahiran yang telah didedahkan. Proses penilaian dilakukan secara formal iaitu secara terancang, bertulis dan didokumentasikan mengikut format tertentu; atau secara informal itu
210
TOPIK 10 INTEGRASI
tiada kaedah khusus, namun maklum balas pencapaian akan dicatat untuk dibuat penganalisisan untuk tujuan penyimpanan rekod. (iv) Penilaian Pencapaian Penilaian jenis ini diadakan selepas beberapa unit pembelajaran disampaikan oleh guru. Markah akan diberi dan ditukar kepada gred untuk dicatatkan dalam rekod profil. Penilaian pencapaian biasanya dijalankan pada setiap hujung semester. (v) Penilaian Kerja Amali Penilaian kerja amali dilakukan keatas kerja-kerja amali pelajar seperti dalam seni visual, muzik dan pergerakan. Ciri-cirinya ialah: Secara formatif dan berterusan; Dikendalikan oleh guru sekolah; Dapat mengesan perkembangan pembelajaran; Berasaskan kriteria; Memberi fokus kepada perkembangan individu; Menggalakkan refleksi kendiri; Membolehkan tindakan susulan dibuat; dan Mempunyai pelbagai kaedah.
AKTIVITI 10.3
1. Nyatakan fasa-fasa pembelajaran. urutan sesuatu proses pengajaran dan
2. Nyatakan empat bentuk penilaian proses pembelajaran untuk Seni dalam Pendidikan.
pengajaran
dan
TOPIK 10 INTEGRASI
211
212
TOPIK 10 INTEGRASI
Hermann, N. (1991). The creative brain, Journal of Creative Behaviour. 25(4): pp. 275- 295. Isbell, R., & Raines, S. (2002). Creativity and the arts with young children. New York: Thomson Delmar learning. Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Penilaian kendalian sekolah. Kuala Lumpur: PPK. Kementerian Pelajaran Malaysia (2002). Pengajaran berasaskan kajian masa depan. Kuala Lumpur: PPK. Mackey, S. (1993). Emotion and cognition in arts educations. Curriculum Studies Vol. 1, No.2 pp. 245-256