Anda di halaman 1dari 3

CMMI (Pengenalan)

CMMI adalah satu kaedah peningkatan proses yang menyediakan elemen-elemen


yang diperlukan bagi satu proses yang berkesan bagi sesebuah organisasi. CMMI
membantu menggabungkan fungsi organisasi yang berlainan, matlamat dan
keutamaan set-set peningkatan proses, menyediakan panduan untuk kualiti proses-
proses dan menyediakan rujukan untuk menilai proses yang sedang dilaksanakan.

Kebaikan terhadap peningkatan proses

Berikut adalah kelebihan dan alasan sesuatu perniagaan untuk melaksanakan


peningkatan proses:

- Kualiti sesuatu sistem dipengaruhi oleh kualiti proses yang menggunakannya


untuk pemerolehan, pembangunan dan penyelenggaraan.

- Peningkatan Proses meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan apabila


organisasi menggunakannya untuk mencapai objektif perniagaan mereka.

- Objektif peningkatan proses adalah seimbang dengan objektif perniagaan

CMMI Benefits

- CMMI Product Suite adalah proses paling hadapan sekali terhadap proses
peningkatan kerana ia terkandung pada produk dan pembangunan servis dan
penyelenggaraan latihan yang terkini . Peningkatan latihan yang baik
terhadap model CMMI adalah merujuk pada model sebelumnya yang
terkandung banyak cara/terhadap menyelesaikan sesuatu masalah. CMMI
adalah amalan yang terbaik dan sesuai digunakan terhadap organisasi
seperti:=-

1. Mewujudkan lebih banyak pautan pengurusan dan aktiviti kejuruteraan


yang jelas kepada objektif perniagaan

2. Memperluaskan skop dan kelancaran jangka hayat produk supaya produk


atau servis menepati kehendak penguna.

3. Menggabungkan pembelajaran dari bidang tambahan contohnya


pengukuran, pengurusan berisiko dan pengurusan pembekal .

4. Penerokaan bidang-bidang baru yang lebih mencabar (robust high


maturity practices)

5. Menambah fungsi-fungsi organisasi baru melibatkan produk dan servis

6. Menjurus kepada kualiti yang setaraf dengan piawaian ISO


CMMI Level 1

1) Tahap kemantangan bagi organisasi yang paling rendah

Ciri-ciri:

1) Jadual, budget, skop dan kualiti tidak boleh dijangka

2) Kecermerlangan organisasi bergantung kepada individu-individu tertentu


dan tugas-tugas tertentu sahaja

3) Projek yang baik bergangtung kepada “heroism” pekerja yang terlibat

4) Organisasi adalah “people dependent”

5) Disiplin pengurusan dan kejuruteraan adalah lemah dan tidak memadai

CMMI LEVEL 2

Definasi : Pada tahap ini, beberapa organisasi akan membuat perubahan terhadap
proses semasa sebagai punca utama berlakunya ketidak keberkesanan pada
peringkat proses dan menghapuskan budaya menyalahkan individu lain.

Ciri-ciri

1. Organisasi mula memberikan komitmen kepada projek yang realistik serta


elemen-elemen kunci seperti kos,penjadualan dan skop secara berfasa.

2. Organisasi mentakrifkan satu polisi untuk pengurusan projek dan mula


merancang dan mengambil langkah yang proaktif terhadap prestasi projek.

3. Keperluan terhadap projek dan hasil kerja (Work Produk) akan dibentangkan
terhadap keperluan spesifikasi yang diperlukan.

4. Hasil projek adalah berbeza dan tahap 2 bukan lagi berada di dalam proses
pengurusan

CMMI Level 3

- “Defined Level” dimana semua proses dan penafsiran proses sudah


diserapkan di dalam organisasi

- Ciri-ciri

1. Ketua kepada “an Engineering Process Group @ EPG” akan memimpin


dan bertanggungjawab bagi menjamin sesuatu komitmen pengurusan
proses
2. Sistem pengurusan kualiti @ QMS akan mendokumenkan mengenai
proses-proses keseluruhan dan dijadikan panduan oleh organisasi
pembelajaran

3. Latihan untuk menguruskan organisasi akan dijalankan

4. Membangunkan aktiviti–aktiviti pengurusan

5. Disiplin kejuruteraan akan diperketatkan

- Paras 3 mengandungi bilangan maksimum bidang-bidang proses yang perlu


diberikan perhatian

CMMI Level 4 – Quantitatively Managed

- Organisasi akan menfokuskan pengurusan projek dan proses melalui gambaran


statistik hasil daripada data yang dikumpul

Ciri-ciri

- Nilai anggaran (threshold value) diwujudkan bagi setiap bidang tugas proses-
proses tertentu untuk memudahkan membuat keputusan

- Semua variasi adalah dari nilai anggaran

- Kualiti projek organisasi adalah tinggi

- Semua projek diurus dan dikawal dengan menggunakan data kuantitatif.

CMMI Level 5 – Optimizing Level

• Merupakan tahap peningkatan proses yang berterusan .

Ciri-ciri:

1) Peningkatan boleh dibuat dengan menggunakan teknik, peralatan dan


teknologi baru.

2) Organisasi bergantung kepada inovasi dan peningkatan secara berterusan

3) Walaupun setiap proses boleh dipertingkatkan, organisasi bergantung


kepada analisis “cost-benefit” untuk memilih bidang proses yang
memerlukan peningkatan .

Anda mungkin juga menyukai