Anda di halaman 1dari 9

_________________________________________________________isu ICT dalam pendidikan_

Nama: Farah naqiah binti abdul haddi

Nom Matrik: m20082000264

Program: Sarjana Pendidikan Multimedia (UPSI)

Tarikh: januari 2009

-1-
_________________________________________________________isu ICT dalam pendidikan_

Pengenalan

Kecemerlangan sebenar seorang guru tidaklah boleh diukur pada keupayaan dan

kemampuan mengajar semata-mata kerana peranan sebenar guru bukan setakat

melahirkan pelajar yang berjaya, tetapi juga yang berakhlak cemerlang. Guru merupakan

agen kepada keberkesanan pendidikan. Betapa baik sistem pendidikan sekalipun, kalau

agen yang menyampaikan itu tidak efektif ia tidak akan mencapai matlamat sebagai

peranan guru untuk menyempurnakan pelajar.Semua guru bertanggungjawab

menjalankan peranan masing-masing dengan sempurna tanpa mengenal erti penat dan

jemu dalam mendidik pelajar.

Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) sememangnya guru

memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan kapasiti modal insan yang

mempunyai jati diri yang kukuh, bertampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan

dan berkemahiran. Modal insan membawa masud sumber manusia yang mempunyai oleh

negara bagi keperluan pengisian peluang-peluang ke arah pembangunan negara. Modal

insan merupakan aset yang paling berharga bagi sesebuah negara, yang boleh disuntik

nilai tambah, ditingkatkan nilai intelek dan diperkaya nilai budayanya. Melalui

”Pembangunan Modal Insan” ini, guru perlu berfikir secara kritis dan kreatif,

berkemahiran menyelesaikan masalah, keupayaan mencipta dan mempelopori teknlogi

baru, berdaya tahan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia

global yang sering berubah-rubah. Antara satu strategi untuk membangunkan insan

-2-
_________________________________________________________isu ICT dalam pendidikan_

modal ini peranan guru khususnya guru ICT mempunyai ilmu pengetahuan serta

kepakaran yang tinggi bagi penyediaan kepada pelajar ini akan dilengkapi dengan

kemahiran dan kebolehan menggunakan ICT dengan baik.

Namun, masih terdapat beberapa isu yang perlu dirungkai dan diselesaikan

terutamanya melibatkan pembangunan sahsiah dan akhlak di kalangan golongan pelajar

yang kebanyakkan masalah timbul kesan daripada pengaruh luar yang mudah diperolehi

akibat kepesatan media elektronik dan teknologi dengan mudah. justeru itu guru ICT

perlu memainkan pernananya untuk berhubung rapat dengan kesedaran, keinsafan dan

tanggungjawab sebagai pendidikan dengan tuntutan peranan guru .

-3-
_________________________________________________________isu ICT dalam pendidikan_

Peranan Guru ICT

Peranan guru ICT yang kompeten teknologi merangkumi tiga aspek utama, iaitu

penggubal pembelajaran, fasilitator pembelajaran dan pengurus pembelajaran. Bahagian

berikutnya membincangkan ketiga-tiga peranan ini.

Penggubal Pembelajaran

Bagi menyediakan banyak pilihan dalam pendidikan pembelajaran yang sesuai dengan

persekitaran pembelajaran multidimensi, guru perlu memahami hubungan antara fungsi

asas aplikasi komputer dengan teori pembelajaran. Proses pembelajaran juga perlu

melibatkan masalah bermakna (meaning problem), memerlukan kerjasama kumpulan dan

membuat refleksi (reflection) (Driscoll,1994). Guru ICT yang kompetensi teknologi

penting dalam menangani penggubalan pelajaran dengan melibatkan pelajar

menggunakan aplikasi komputer yang lazim ditemui seperti hamparan elektronik dalam

kumpulan kecil. Di samping itu, pelajar juga diwajibkan mengutip data sama ada secara

dalam talian (online) atau melalui eksperimen atau sumber lain, memanipulasikan data,

dan membuat refleksi ke atas penyelesaian.

Yang penting dalam persekitaran pembelajaran multidimensi yang berteraskan teknologi

adalah keupayaan mencari, memperoleh dan menganalisis sumber maklumat. Oleh itu,

guru perlu bijak menentukan pelajar belajar daripada pelbagai sumber dalam suasana

yang penuh dengan maklumat seperti penggunaan Internet, CD ROM, perisian

-4-
_________________________________________________________isu ICT dalam pendidikan_

pendidikan dan sebagainya. Justeru itu dapat lah memupuk pelajar memiliki hard and soft

skill dalam mengenal dan menggunakan teknologi terutamanya alatan teknologi baru.

Fasilitator Pembelajaran

Peranan guru perlu berubah daripada penyampai maklumat kepada fasilitator

pembelajaran (Dufty & Jonassen, 1991). Fasilitasi melibatkan aktiviti-aktiviti

permodelan, bimbingan, scaffolding dan fading (Choi & Hannifin, 1995). Guru ICT yang

kompetan teknologi bukan sahaja memodelkan proses seperti bagaimana membina

pelbagai medan (field) dalam pangkalan data tetapi juga memodelkan proses kognitif

pemikiran yang diperlukan untuk mencapai tugasan pembelajaran. Contohnya, guru yang

membantu kumpulan pelajar menentukan apa yang perlu ada dalam pangkalan data,

mungkin berkata: ”Jika saya ingin membina pangkalan data, saya terlebih dahulu

memikirkan jenis laporan yang saya perlukan untuk menjawab masalah yang dihadapi.”

Fasilitasi digunakan oleh guru bagi mensimulasi dan membimbing pemikiran pelajar

serta membuat keputusan. Manakala proses scaffolding melibatkan pelbagai pengalaman

pembelajaran seperti pembangunan perisian pendidikan spesifik yang disasarkan kepada

kekurangan yang perlu diperbaiki. Proses fading mebenarkan pelajar lebih terlibat dalam

proses kerjasama antara rakan sebaya dan menggalakkan proses pemikiran dan

memproses maklumat serta memikir cara belajar. Ini dapat melahirka pelajar semakin

kompeten untuk membuat keputusan dan tahap kemahiran menjadi meningkat. Dengan

secara tidak langsung, pelajar dapat meningkatkan keupayaan penguasaan ilmu

pengetahuan dan memupuk minat dan cintakan ilmu pengetahuan ICT.

-5-
_________________________________________________________isu ICT dalam pendidikan_

Pengurus Pembelajaran

Komponen penting dalam persekitaran pembelajaran multidimensi adalah pengurusan

yang berkesan. Sebagai Peranan guru ICT perlulah merancang jadual kitaran berkesan

yang mengambil kira apa yang pelajar akan lakukan sebelum ke komputer, pada makmal

komputer serta selepas menamatkan tugasan di komputer. Memperkukuh disiplin pelajar

ketika berada di makmal komputer juga diambil kira seperti memantau pelajar layari

web, muat turun (download), penjagaan alatan komputer dan sebagainya. Proses

menyediakan jadual kitaran adalah kompleks data persekitaran pembelajaran

multidimensi. Aspek kritikal guru sebagai pengurus adalah keupayaan guru

menyelesaikan masalah teknikal yang timbul dalam proses pembelajaran. Guru perlu

menguji perisian dan perkakasan sebelum pelajaran bermula dan menjangka masalah

yang mungkin dihadapi oleh pelajar. Guru juga perlu selesa dengan aplikasi yang akan

digunakan oleh pelajar.Walau bagaimanapun, masalah ini boleh dikurangkan dengan

menggunakan kepakaran komputer yang difahani oleh pelajar. Kaedah ini adalah

gabungan peranan guru ICT sebagai pengurus dan fasilitator untuk menggunakan sumber

terbaik yang ada untuk membentuk persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar.

Apabila guru ICT kompeten terhadap teknologi, maka mereka dapat membimbing pelajar

ke arah ini.

-6-
_________________________________________________________isu ICT dalam pendidikan_

Rumusan

Senario yang wujud pada hari ini menyebabkan ICT menjadi penting sebahagian

pendidikan di sekolah memandangkan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara

maju seperti yang terkandung dalam Wawasan 2020. Oleh itu, ICT di sekolah peranan

guru ICT dijadikan landasan kepada para pendidik untuk memperbaiki dan meningkatkan

kemahiran supaya dapat menghasilkan ke arah guru yang celik IT .

Sehubungan itu, usaha dalam pentadbiran PIPP untuk dapat menghasilkan anak bangsa

mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi, komunikasi berkesan,

berkebolehan menggunakan ICT dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis

serta mampu bertindak secara rasional, sentiasa mengamalkan pembelajaran sepanjang

hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin baik dan berkesan dalam

keluarga dan masyarakat akan menjadi sekiranya semua pihak memainkan peranan

masing-masing dan kerjasama yang serius. Bagi merealisasikan pendidikan khusus

bidang ICT, guru ICT perlulah membuat persediaan yang rapi dan teliti terutama dalam

era globalisasi.

Kehidupan manusia di masa akan datang banyak bergantung pada teknologi. Teknologi

akan menjadi begitu canggih sehinggakan komputer yang ada pada hari ini akan

mempunyai sistem yang berubah dengan cepat dan laju. Era globalisasi yang sedang

berlaku pada hari ini pasti akan memberikan peningkatan dan perubahan yang lebih

ketara dalam bidang pendidikan ICT .

-7-
_________________________________________________________isu ICT dalam pendidikan_

Oleh itu, guru ICT memainkan peranan penting dalam melaksakan inovasi pendidikan

selaras dengan perkembangan IT yang pesat pada masa akan datang. Perkembangan ini

telah memberi nafas baru kepada penggunaan komputer dalam bidang pendidikan dan

mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan komputer yang bermula di

sekolah.

-8-
_________________________________________________________isu ICT dalam pendidikan_

Rujukan

1. Choi, J. Dan hannafin, m. 1995.situated cognition and learning environment: roles,

structures and implication for design. Educational Technology, research and

development

2. Driscoll, M.P. 1994. Psychology of learning for instruction. Boston: Allyn & Bacon

3. Duffy, T.M. dan Jonassen, D.H.1991. Constructivism: new implications for

instructional technology? Educational Technology

-9-

Anda mungkin juga menyukai