Anda di halaman 1dari 16

NAMA PELAJAR : SITI NABILA AISHAH BINTI IBRAHIM (911031-08-6634) NAMA GURU : EN.

KHAIRUDDIN BIN BORHAN

Penghasilan

tenaga nuklear dari bahan radioaktif dijalankan dalam reaktor nuklear. Bahan radioaktif dibedil(tembak) dengan menggunakan alat khas yang mengeluarkan neutron. Neutron yang terkena bahan radioaktif akan memecahkan nukleusnya untuk menghasilkan bahan radioaktif yang baru. Dalam proses ini tenaga yang sangat kuat terhasil. Tenaga ini dinamakan sebagai TENAGA NUKLEAR. Proses penghasilan tenaga ini adalah proses yang terkawal supaya tidak ada letupan berlaku.Proses ini ialah "Tindakbalas Berantai".Tenaga nuklear yang terhasil boleh digunakan untuk memanaskan air. Stim yang terhasil digunakan untuk menggerakkan turbin penjana elektrik

BAHAGIAN

BAHAN API

MODERATOR

SISTEM PENYEJUK

KOMPENEN

Bahan radioaktif yang membekalkan tenaga nuklear seperti uranium

Bahan yang melambatkan tindak balas contohnya grafit

Sistem yang mengurangkan tenaga haba

Bahan

api fosil adalah bahan galian dan simpanannya daripada dalam bumi akan berkurangan dari satu masa ke semasa. Justeru itu bahan api nuklear digunakan sebagai alternatif terhadap bahan api fosil didalam usaha menjana tenaga elektrik. Bahan api fosil dikatakan mencemarkan alam sekitar sedangkan tenaga nuklear yang digunakan untuk menjanakan tenaga elektrik tidak mencemarkan udara. Unsur utama yang dikeluarkan daripada janakuasa yang menggunakan bahan api fosil ialah gas karbon dioksida. Pengeluaran bahan api fosil ini akan menyebabkan kesan rumah hijau berlaku.

Tahap keselamatan reaktor nuklear boleh dipertingkatkan lagi di mana kecekapan peralatan boleh mencapai 100 peratus. Para saintis berusaha untuk mereka bentuk reaktor nuklear yang lebih selamat. Para penyelidik sedang berusaha untuk mengatasi masalah pelupusan sisa nuklear dengan lebih berkesan lagi. Kajian ditumpukan untuk mengitar semula sisa radioaktif untuk menjadi bahan yang tidak mendatangkan mudarat kepada alam sekitar. Sebagai contoh: para saintis di Universiti Mississippi State sedang mengusahakan suluhan plasma (plasma torch) yang mampu menghasilkan pancaran sebanyak 15,000 darjah Fahrenheit. Suluhan plasma ini dikatakan boleh menjadikan sisa toksid bertukar menjadi bahan yang tidak merbahaya.

Bahan

api fosil adalah bahan galian dan simpanannya daripada dalam bumi akan berkurangan dari satu masa ke semasa. Bahan radioaktif adalah bahan galian juga dimana penggunaannya pasti akan mengurangkan stok bekalan dunia.

Pembakaran

bahan api fosil menyumbangkan 57% faktor berlakunya kesan rumah hijau. Gas karbon dioksida yang dihasilkan oleh pembakaran bahan api fosil adalah tinggi manakala tiada pembebasan gas tersebut di dalam reaktor nuklear. Tetapi gas karbon dioksida banyak dibebaskan ke atmosfera untuk menghasilkan uranium bermutu tinggi yang digunakan di dalam reaktor nuklear. Jumlah gas karbon dioksida yang di dibebaskan ke atmosfera untuk menghasilkan uranium bermutu tinggi adalah lebih banyak berbanding dengan apa yang dihasilkan oleh pembakaran bahan api fosil.

Perlombongan

Dan Fabrikasi Uranium Pengilangan Uranium Penyimpanan Uranium Pengangkutan Nuklear Reaktor Nuklear Penutupan Reaktor Nuklear Sisa Nuklear Perlumbaan Senjata Nuklear

Kekurangan

bekalan tenaga elektrik berlaku pada tahun 1990-an Operasi pengeluaran tidak dapat dilakukan Kilang-kilang mengalami kerugian besar Pelabur-pelabur asing hilang keyakinan Dengan adanya pelbagai tenaga alternatif, bekalan tenaga pasti mencukupi.

Tenaga

ini digunakan untuk mengesan pengambilan baja oleh tumbuh-tumbuhan. Sinaran gamma dapat memandulkan serangga perosak jantan Dengan cara ini, bilangan serangga perosak dapat dikawal Mutasi aruhan menghasilkan baka tanaman yang lebih baik Sinaran nuklear dapat mengubah gen tanaman

TENAGA NUKLEAR SEBAGAI PENYUMBANG TENAGA ELEKTRIK

Permintaan yang tinggi terhadap tenaga elektrik telah menyebabkan banyak negara-negara maju memberi perhatian terhadap tenaga nuklear. Terdapat perbezaan pendapat terhadap isu penggunaan tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif selain daripada bahan api fosil. Bahan api nuklear seperti uranium dapat menjanakan logi nuklear yang dapat mengeluarkan tenaga elektrik. Uranium menerusi tindak balas berantai (chain reaction) akan menghasilkan tenaga haba yang tinggi yang dapat menukarkan air menjadi wap air. Wap air ini mempunyai tekanan yang tinggi hingga dapat memusingkan turbin dan seterusnya tenaga elektrik dapat dihasilkan. Tindak balas berantai uranium yang digunakan dalam reaktor nuklear hendaklah dikawal untuk mengelakan letupan yang dahsat yang menjejaskan alam sekitar. Proses pengawalan tindak balas berantai uranium ini adalah suatu proses yang rumit dan memerlukan kecekapan peralatan dan kepakaran manusia berada di tahap yang optimum. Selain daripada itu tindak balas berantai uranium akan menghasilkan radiasi yang dikeluarkan oleh isotop uranium. Kemudaratan yang terhasil di dalam industri nuklear menjadi isu hangat di peringkat antara bangsa.

Anda mungkin juga menyukai