Anda di halaman 1dari 5

ALAM SEKITAR ANUGERAH ALLAH YANG PERLU DIPELIHARA ( 20 JULAI 2007M / 05 REJAB 1428H )

, . .. . .

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah s.w.t. dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. dan ketahuilah bahawa orang-orang yang bertakwa itu, pasti mendapat kemenangan di dunia dan juga di akhirat. KAUM MUSLIMIM YANG DIMULIAKAN, Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t. kerana kita masih lagi dapat menghirup udara yang nyaman, dikurniakan kesihatan, hidup dengan penuh kemewahan dalam negara yang sejahtera serta aman damai ini. Lebih-lebih lagi kita dikurniakan oleh Allah s.w.t. dengan nikmat yang terbesar iaitu nikmat Islam dan Iman. Justeru, sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Tiada sebab untuk kita lalai, kufur atau menderhaka kepada Allah s.w.t. yang telah menciptakan kita sebagai manusia ( iaitu sebaik-baik kejadian ) di samping kita dikurniakan dengan begitu banyak nikmat yang tidak terhingga. Sebagaimana Firman Allah didalam surah at-Tin ayat 4 :-

Maksudnya : " Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya ( dan berkelengkapan sesuai dengan keadaan-Nya) . " Dan Firman Allah lagi didalam Surah Sajadah ayat 4 : 1

Maksudnya : " Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada diantara keduanya dalam enam masa, kemudian ia bersemayan diatas Arasy, kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafa'at selain dari Allah, oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil ikhtibar ( untuk mencapai keredhiaan-Nya). " Kedua-dua ayat yang telah dibacakan tadi menunjukkan kepada kita betapa kekuasaan Allah s.w.t. bukan sahaja menciptakan manusia yang dijadikan sebaik-baik mahkluk, bahkan Allah Taala jugalah yang telah menciptakan mahkluk yang lebih besar, iaitu cakerawala, langit dan bumi ( serta semua mahkluk yang ada diantara keduanya ), semua ini bukti kekuasaan Allah s.w.t. serta menuntut kita sebagai hamba supaya tunduk patuh kepada Tuhan Rabbul Jalil. Oleh itu para Jamaah yang dirahmati Allah sekalian, manusia dan alam mempunyai kaitan dan hubungan yang sangat rapat. Kehidupan manusia di muka bumi ini memerlukan sumber alam untuk meneruskan kelangsungan hidup. Contohnya keperluan manusia untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya, adalah bersumberkan tumbuhan-tumbuhan, binatang ternakan, pokok-pokok kayu, hutan rimba belantara, hasil perut bumi, minyak, gas, segala bentuk logam dan sebagainya, kesemuanya memberi manfaat kepada kehidupan dan keperluan manusia dari dahulu hingga sekarang. Subhana Allah, Maha Kaya dan Maha Agong kekuasaan Allah s.w.t. Manusia yang dikurniakan dengan akal fikiran semenjak dari zaman Nabi Adam a.s. sehinggalah sampai ke hari ini telah melalui perubahan zaman, peradaban dan ketamadunan, dan zaman ini yang telah mencapai Era pemodenan sains dan teknologi, telah membuktikan kecerdikan akal manusia melalui penerokaan ilmu serta penghasilan ciptaan-ciptaan atau rekaan-rekaan berbentuk material, kajian-kajian, penemuan-penemuan baru dan sebagainya. Kesemua sumber alam ini telah memberi manfaat dan asas kepada kita dalam mengejar kemajuan, pembangunan dan kekayaan yang sedang kita nikmati pada hari ini .

SAUDARA-SAUDARA YANG DIKASIHI, 2

Begitu panjang masa berlalu dan sumber alam dimanfaatkan ketahap yang maksimum, maka berlakulah apa yang berlaku pada hari ini, bumi telah mengalami pencemaran dari segala aspek baik di udara, di darat mahu pun di lautan akibat dari aktiviti-aktiviti manusia yang tidak terkawal. Hutan yang menghijau diteroka dan ditebang, bukit bukau dirata dan digondol, pembangunan terus berlumba-lumba dan tanpa disedari ianya mengundang bencana dan malapetaka kepada manusia. Dan mungkin kita sebahagian diantara manusia yang mengejar kemajuan dan pembangunan, telah melakukan kerosakan di atas muka bumi sama ada kita sedari atau pun sebaliknya. Kesedaran orang ramai terhadap penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar masih ditahap randah, terutama sikap TAK PA terhadap menjaga kebersihan. Apabila berlaku sesuatu musibah seperti penularan wabak penyakit taun, denggi atau sebagainya disatu-satu kawasan, puncanya kerana pengabaian terhadap aspek kebersihan, atau berlakunya bencana alam apabila hujan lebat melanda menyebabkan berlaku tanah runtuh atau banjir kilat, contohnya barubaru itu ibu kota dilanda banjir yang mengakibatkan kemusnahan dan kerosakan harta benda yang banyak, begitu juga berlaku pembuangan sisa-sisa toksik atau air tercemar yang tidak dirawat oleh kilang-kilang industri, melakukan pembakaran secara terbuka dan sebagainya, yang mana gambaran-gambaran ini menyebabkan berlakunya pencemaran, maka barulah kita sedar bahawa alam sekitar yang dikurniakan kepada kita ini perlu dipelihara. Allah s.w.t. menjelaskan didalam surah al-Rum ayat 41 :

Maksudnya : " Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia, timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali ( insaf dan bertaubat ). " Oleh itu, kita mesti rasional dan menerima kenyataan ini secara terbuka, di samping mengenepikan sikap menuding jari dan tuduh menuduh, bukanlah alas an kita untuk duduk berdiam diri atau berpeluk tubuh sahaja. Berdasarkan pengalaman-pengalaman yang lalu seharusnya menjadi panduan serta pengajaran berguna dalam mengatur dan merancang sesuatu plan pembangunan. Diantara faktor yang perlu dihalusi ialah : 3

1.

Plan pembangunan yang dirancang hendaklah tidak hanya memikirkan nilai komersial semata-mata, tatapi perlu mengambil kira faktor-faktor keselamatan, pencemaran atau taksiran kerosakan alam sekitar dan ekologi sistem yang mungkin berlaku pada masa yang akan datang. Sentiasa mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa dalam melaksanakan sesuatu plan pembangunan. Sentiasa merujuk kepada pakar-pakar yang dapat memberi khidmat nasihat dalam bidang-bidang berkaitan seperti jurutera-jurutera berpengalaman, pakar Geologis iaitu berkaitan kaji bumi dan batuan, pakar Ekologis iaitu berkaitan kaji hayat dan alam sekitar serta sebagainya. Pemantauan berterusan dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas terhadap sesiapa sahaja atau mana-mana pihak yang melanggar peraturan dan menyebabkan kerosakan atau terjejasnya alam sekitar. Menghentikan pembangunan yang berisiko tinggi serta membawa kerosakan sekiranya pembangunan tersebut diteruskan.

2.

3.

4.

5.

KAUM MUSLIMIM YANG DIRAHMATI ALLAH, Pembangunan yang kita kejar tida ertinya, sekiranya kita hanya memberi keuntungan di sebelah pihak sahaja, sedangkan di sebelah pihak yang lain terpaksa menanggung derita dan kesusahan ataupun kerugian. Demikianlah Islam mengajar kita bukan sekadar memikirkan kepentingan, keuntungan dan faedah diri sendiri sahaja, bahkan kita dituntut menjaga dan memelihara kepentingan orang lain. sesungguhnya penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar ini menuntut kita menjalankan usaha yang bersepadu kerana kita semuanyalah yang bertanggungjawab memakmur dan memelihara anugerah Allah ini. Sekiranya baik dan betul cara kita dalam melakukan satu-satu tindakan, maka eloklah hasilnya yang kita perolehi. Jika berlaku sebaliknya, maka amat malang sekali bagi diri kita dan juga anakanak cucu generasi kita yang akan datang. HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN, Di sebalik apa yang telah berlaku sawajarnya dijadikan ikhtibar dan mendorong kita mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. kita hendaklah membuktikan sikap dengan menjadi orang yang bertanggungjawab terhadap penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar dan segala nikmat yang dikurniakan seharusnya disyukuri agar ia terus terpelihara. 4

Maksudnya : " Dan janganlah kamu berbuat kerosakan dibumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan berharap-harap ( supaya makbul ) sesungguhnya rahmat Allah itu dekat pada orang-orang yang sentiasa memperbaiki amalannya " . ( Surah Al-A'raf ayat : 56 )

. .

Anda mungkin juga menyukai