Anda di halaman 1dari 1

KATA ALU-ALUAN PK TINGKATAN ENAM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saya bersyukur kepada Allah S.W. T. Kerana dengan izin Nya Saya dapat mencoretkan sedikit pandangan dalam blog Pbs Prau ini.Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada unit pbs praU Kerana berjaya meletakkan imej unit prau di persada maya..Kita sedar pelajar-pelajar prau adalah modal insan (Human Capital) yang kita perlu dibentuk ke tahap optimum selaras dengan falsafah Pendidikan Negara.Sehubungan dengan itu, kewujudan blog ini diharapkan menjadi pemangkin untuk mencetuskan anjakan minda dalam kalangan warga tenaga pengajar prau dan para pelajar prau khususnya.Kajian telah membuktikan bahawa modal insan minda kelas pertama yang dihasratkan oleh pihak kerajaan akan menjadi kenyataan jika para pelajar menguasai budaya ilmu. Selaras dengan era ledakan teknologi maklumat, budaya ICT perlu menjadi senjata yang ampuh bagi pelajar menguasai ilmu dalam dunia tanpa sempadan ini.Saya berharap informasi yang dipaparkan melalui blog ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak dan semoga inovasi dan transformasi ini dapat memartabatkan imej unit Prauniversiti di sekolah ini dan seterusnya membantu pihak pengurusan prau memperkasa perrsiapan apabila diberi pengiktirafan menjadi Pusat Prauniversiti pada masa akan dating. Insya Allah.

Sekian, wassalam. H HJH AZIZAH BT ABDULLAH PK TINGKATAN ENAM SMK PENGKALAN CHEPA 1

Anda mungkin juga menyukai