Anda di halaman 1dari 1

Kata Alu-aluan Pengetua Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera Sesungguhnya dari hari ke hari keperluan terhadap

aplikasi ICT dalam konteks pendidikan sudah tidak dapat disangkal lagi.Malah sesiapa yang cuba menolak ICT dianggap sebagai mengenepikan salah satu elemen terpenting dalam pendidikan global. Sehubungan dengan itu , apa yang kita perlukan ialah kesiapsiagaan kita semua dalam mempelajari ilmu ini agar kita semua tidak terus tertinggal daripada arus perdana teknologi pendidikan kini. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada unit Pbs Prau kerana beriniasitif tinggi dalam memastikan blog ini muncul di persada maya.Sesungguhnya media seperti blog dan laman web adalah wahana penting untuk menyampaikan maklumat, selaras dengan transformasi yang berlaku dalam dunia pendidika negara. Besar harapan saya agar para guru prau dan pelajar-pelajar malah seluruh warga pendidik di Smkpc1 dapat memanfaatkan secara optimum aplikasi blog ini ke arah memperkasa proses pdp dan Pbs agar kita dapat merealisasikan matlamat melahirkan generasi pelajar yang High Order Thinking (Hot).Saya yakin usaha ini selain dapat memberikan impak yang berguna kepada para pelajar , dapat juga meningkatkan imej SMKPC1 di persada dunia. Sekian , terima kasih. Salam 1Malaysia. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

HJ.ABDUL AZIZ BIN CHE ALI PENGETUA SMK PENGKALAN CHEPA 1, KOTA BHARU ,KELANTAN.

Anda mungkin juga menyukai