Anda di halaman 1dari 1

BICARA HATI PENULIS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Saya bersyukur kepada Allah S.W. T. Kerana dengan izin Nya Saya dapat merealisasikan blog Pbs prau. Meskipun unit Pbs prau ini hanyalah merupakan unit yang kecil di sekolah dan tugas sebagai setiausaha pbs prau ibarat melukut di tepi gantang , tetapi darah pendidik yang telah mengalir selama 25 tahun dalam tubuh saya dan pengalaman mengurus pusat sumber sekolah selama berbelas tahun menyuntik motivasi saya untuk terus berkongsi pengalaman dan memartabatkan budaya ilmu melalui blog. Sesungguhnya berkarya dapat mengubat kesedihan dan selalunya saya berblog melalui smartphone saya yang senang dibawa ke mana-mana . Objektif saya memiliki smartphone ini adalah untuk membantu proses pdp kerana sebagai guru Bahasa Melayu Pra-u saya amat memerlukan maklumat melalui internet. Saya sedang dalam proses mengabadikan semua hasil karya saya dalam blog ini sebagai salah satu perkongsian ilmu dan amal jariah. Kesedihan kehilangan bonda tersayang pada 2012 dan transformasi tugas dari Guru Pustaka dan media Sekolah ke Setiausaha Pbs Prau pada 2013 amat meninggalkan kesan yang mendalam dan terhadap jiwa saya dan saya sentiasa memujuk diri bahawa apabila Allah telah izinkan sesuatu terjadi, sebenarnya itulah yang terbaik untuk kita kerana hanyaALLAH yang Maha Mengetahui rahsia sesuatu kejadian.Kepada semua pihak yang tidak memahami transformasi ini fahamilah... sumbangan pada SMKPC1 tercinta tetap saya akan berikan kerana saya masih menghayati SEKOLAH KITA ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA. Sekian, wassalam.

HJH NORIAH BT MOHAMED Setiausaha Pbs Prau SMK PENGKALAN CHEPA 1

Anda mungkin juga menyukai