Anda di halaman 1dari 1

Kata Alu-aluan Penolong Kanan Pentadbiran

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera. Matlamat kerajaan adalah untuk melahirkan sebuah sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Sehubungan dengan itu, sekolah yang merupakan institusi pendidikan yang bertanggungjawab secara langsung untuk melahirkan para pelajar yang mempunyai ciri-ciri generasi holistik dan menguasai kemahiran alaf ke 21. Saya selaku PK Pentadibran yang membantu Pengetua untuk memantau pentadbiran semua unit di sekolah ini mengucapkan syabas kepada unit Pbs Prau yang meletakkan nama Smkpc1 di persada maya.Sesungguhnya kita semua perlu mengubah pemikiran dan melakukan anjakan paradigma dan berfikit di luar kotak selaras dengan perkembangan dunia tanpa sempadan. Saya berharap informasi yang dipaparkan melalui blog ini dapat membantu guru-guru dan para pelajar kerana Bill Gates pernah mengatakan, mereka yang menguasai teknologi maklumat ibarat dunia berada di hujung jari. Sehubungan dengan itu, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada unit Pbs prau atas kejayaan memartabatkan imej Smkpc1 di persada maya.

Selamat Maju Jaya.

RAJA AZMAN BIN RAJA IBRAHIM PK PENTADBIRAN SMKPC 1, KOTA BHARU KELANTAN.

Anda mungkin juga menyukai