Anda di halaman 1dari 9

Perjudian

Definisi: Perjudian ialah permainan yang melibatkan pertaruhan harta ataupun penaruhan "nilai". Judi juga bermaksud mengambil risiko kewangan dalam usaha melipatgandakan wang di atas sesuatu yang bertentangan dengan kemungkinan. Dalam perjudian, pihak yang kalah dalam permainan harus membayar sejumlah nilai kepada pihak yang menang. Biasanya ia menghabiskan tempoh masa yang singkat untuk mendapatkan hasil keputusan sama ada menang atau kalah. Terdapat banyak jenis permainan yang boleh dianggap sebagai perjudian. Contohnya ialah nombor ekor, sabung ayam, judi bola dan lain-lain.

Punca-punca kes perjudian berlaku: i. Faktor situasi Faktor situati ialah tekanan dari rakan-rakan yang mengakibatkan seseorang menyertai apa-apa perjudian. Seseorang yang diusik oleh rakan-rakannya atau seseorang yang lemahnya iman, akan menyertai perjudian kerana dia tidak hendak dipandang rendah oleh rakan and tidak ingin dianggap dia tidak berani untuk berjudi. Pengaruh rakan sebaya merupakan satu faktor situasi.

ii.

Faktor persepsi Faktor persepsi islah seseorang cenderung menganggap bahawa kemenangan dalam perjudian adalah kerana keterampilan yang dimiliki. Seseorang itu akan ketagih terhadap judi. Seseorang yang kekurangan penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan agama dan moral akan ketagih terhadap perjudian.

iii.

Faktor persekitaran

Oleh sebab penubuhan pusat-pusat permainan yang melibatkan unsur-unsur perjudian. Seseorang yang kurang jati diri akan ketagih terhadap perjudian. Remaja-remaja yang mempunyai perasaan ingin cuba dan kelemahan ketahanan diri akan menyertai perjudian dan akhirnya ketagih terhadap perjudian.

Langkah-langkah mengatasi kes perjudian: Pusat-pusat perjudian harus diharamkan

Kerajaan harus mengharamkan pusat-pusat perjudian supaya mengelakkan remaja daripada melibatkan diri. Hal ini demikan boleh mengelakkan para remaja menguntung dalam bentuk yang salah. Ini dapat mengelakkan mereka berasa mudah dengan menguntung wang dalam cara perjudian. Selain itu, para remaja akan mencuba nasib mereka dengan melibatkan aktiviti judi. Ini akan menyebabkan mereka mencuri wang untuk membuat pertaruhan dalan perjudian. Dengan mengharamkan pusat-pusat perjudian, para remaja akan menyedari bahawa perjudian bukan satu aktiviti yang baik and mereka tidak mempunyai tempat yang sah untuk berjudi.

Sediakan hiburan alternatif

Kerajaan harus menyediakan hiburan alternatif yang tidak melibatkan unsur-unsur perjudian. Kerajaan boleh menyediakan tempat-tempat rekreasi dengan aktiviti-aktiviti sukan yang terkini dan sesuai untuk para remaja. Contohnya, menyediakan pusat-pusat yang sihat dan mencabar minda seperti persatuan sukan.

Pegangan agama

Seseorang insan perlulah mengislah peribadinya dahulu serta menyucikan hatinya. Individu itu perlulah memperkuatkan dirinya agar tidak mudah

tertewas dengan pujukan syaitan dengan melakukan amal-amal yang dituntut Allah dan menjaga nafsunya. Kita sendiri hendaklah beramal dan membuat kebaikan, sebelum menyuruh orang lain. Kesedaran dan keinsafan itu mestilah datang dari diri sendiri, dan bukannya mengikut orang lain.

Kesan-kesan perjudian: a) Kepentingan kerja diabaikan Seseorang yang menyertai perjudian akan mengabaikan kepentingan kerjakerja kerana banyak masa mereka telah digunakan untuk tujuan perjudian. Perjudian telah menjadi punca penyakit dan perosak fikiran dan akhlak umat Islam masa kini.

b) Masalah jenayah berlaku Mereka yang ketagih terhadap perjudian sanggup membuat apa-apa sahaja demi berjudi, seperti mencuri untuk menyambung perjudian. Mereka akan melibatkan diri dalam kegiatan jenayah untuk menampung kekalahan. Perjudian telah menjadi punca perpecahan di kalangan masyarakat. Sekiranya tidak dibendung, parasit ini akan terus membiak dan menjadi barah kepada generasi akan datang dan negara akan mempunyai sahsiah yang sangat buruk.

c) Rumahtangga menjadi porak-peranda Penjudi akan selalu dibebani dengan hutang, hidup tidak tenang, banyak masa terbuang serta mengabaikan keluarga, dan juga bersikap tamak. Aktiviti judi yang sedia ada di negara kita terutama di kalangan yang berpendapatan rendah telah menyebabkan kebobrokan rumah tangga dan ramai terperangkap dengan hutang dengan meminjam melalui 'Ah Long' dan ceti haram.

Teori Moral Sekular

Dua hujah yang menyokong tindakan berjudi :

a) Aliran Egoisme

Definisi : Bermoral apabila kegembiraan dan keseronokan yang maksimum kepada diri sendiri.

Tindakan berjudi adalah disokong dan bermoral mengikut teori aliran egoisme . Ini adalah kerana berjudi dapat menghasilkan kegembiraan dan keseronokan kepada diri sendiri .Berjudi dapat melegakan seseorang yang berasa tertekan. Mereka berasa seronok semasa berjudi dan ini telah menjadi kebiasaan dalam hidup mereka . Mereka akan melaburkan wang dalam activiti berjudi asalkan tindakan itu dapat memberi keseronokan dan mengurangkan tekanan . Di samping itu , mereka beranggapan dengan berbuat demikian , mereka akan menjadi kaya dan dengan status yang tinggi , mereka akan dihormati dan disanjungi . Maka , perjudi berasa gembira dan ini menjadikan tindakan berjudi bermoral . Contohnya , Joe Cada yang baru berusia 21 tahun pada tahun ini telah memenangi 8.55 Juta Dollar Amerika dan dipanggil The Lucky Man ( lelaki yang bertuah) . Dengan memenangi jumlah wang yang besar ini , Joe telah menjadi seorang pemuda yang kaya dan juga disanjung tinggi .

b ) Eksistensialisme

Definisi : Bermoral sekiranya dapat membuat pilihan dan keputusan moral yang tulen serta tidak membenarkan dirinya dipengaruhi pendapat dan pandangan orang lain dalam membuat pilihan dan keputusan moral

Tindakan berjudi disokong dan bermoral mengikut teori Eksistensialisme . Ini adalah kerana mereka yang berjudi telah membuat pilihan dan ini dilakukan tanpa sebarang pengaruh daripada orang lain. Seseorang akan menerima pandangan dan nasihat daripada orang lain sebelum membuat sesuatu seperti tindakan berjudi . Walau bagaimanapun , dia telah membuat keputusan mengikut kehendak diri sendiri .Ini disebabkan ada sikap ingin tahu yang terdapat dalam diri seseorang akan melibatkannya dalam tindakan perjudian . Selain itu , ada yang berminat sangat dalam perjudian . Pendek kata , teori eksistensialisme mengatakan semua individu mempunyai hak dan kebebasan untuk membuat keputusan atas pilihan sendiri dari segi bentuk kebebasan jasmani, kehendak dan moral. Kebebasan ini bukan bermaksud kita boleh bertindak sesuatu yang apa-apa yang kita mahukan tetapi kebebasan bertindak tanpa diamanahkan, perasaan dan larangan serta dikenhendaki olehnya sendiri.

Dua hujah yang menentang tindakan berjudi : a)Teori kemoralan Sosial


Definisi : Tidak bermoral sekiranya tidak mematuhi peraturan masyarakat yang terdiri daripada : tatahukum , tatasusila atau tatatertib masyarakat , tradisi , norma , kebiasaan atau adat , kod , nilai dan pantang larang . Tidak bermoral sekiranya tidak menjaga kerukunan atau keharmonian sosial Tindakan berjudi tidak disokong dan merupakan tindakan yang tidak bermoral kerana menentang peraturan peraturan masyarakat yang

terdiri daripada tatahukum , tatsusila ataupun tatatertib . Tindakan berjudi bukan tradisi atau adat masyarakat kita serta merosakkan keharmonian sosial .Berjudi adalah tindakan yang salah dan haram malah dikutuk oleh masyarakat .Terdapat juga undang-undang negara yang ingin membanteras gejala sosial ini . Mengikut aliran ini , tindakan moral tidak mendatangkan kebaikan kepada semua pihak .Berjudi adalah perbuatan yang buruk .Masyarakat akan berasa risau , takut dan cemas kerana bimbang bahawa anak mereka akan dipengaruhi . Oleh itu , berjudi adalah tidak bermoral .

b) Teori keperibadian mulia Definisi : Tidak bermoral sekiranya mengamalkan kesederhanaan : sikap tingkah laku dan sifat-sifat lain melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera .

Tindakan berjudi tidak disokong dan tidak bermoral kerana perjudian tidak mengamalkan kesederhanaan dari segi sikap , tingkah laku dan lain-lain .Mereka yang berjudi tidak peduli akan akibatnya . Mereka yang kalah dalam aktiviti perjudian akan terus berjudi sehingga wang mereka habis digunakan . Dalam keadaan ini , mereka akan mencuri dan mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan wang untuk berjudi . Oleh itu , tindakan berjudi adalah tidak bermoral . Sebagai contoh , Seorang remaja berusia 19 tahun terpaksa kerugian 8 juta akibat kalah judi yang menjadi hobinya sejak berusia 16 tahun.Remaja itu yang merupakan anak jutawan, mengikut jejak langkah bapanya yang mempunyai hobi yang sama, menghabiskan wang kekayaan bapanya dengan bertaruh dalam perlawanan bolasepak luar negara melalui internet.

Pandangan Agama Islam

Dalam ajaran Islam , judi diharamkan oleh Islam dan sebarang bentuk penglibatan dengan unsur judi dalam apa-apa aktiviti muamalah perlu dihentikan segera. Ini disebabkan harta yang diperolehi daripada sumber judi adalah haram tidak kira bagaimana bentuk perjudian tersebut. Antara sebab pengharaman judi adalah kerana terdapat unsur penindasan, penipuan, kebergantungan kepada nasib, mencetus permusuhan dan boleh menjejaskan ekonomi individu, masyarakat dan Negara. Dalil pengharaman judi adalah; i. Surah al-Baqarah : 219

Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah olehmu, pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Dan dosa keduanya adalah lebih besar daripada menfaatnya. ii. Surah al-Maidah : 90-91 Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan.

iii. Hadis : Sesiapa yang bermain judi sesungguhnya dia telah menderhakai Allah Taala Islam melarang penuntutnya berjudi dan jika mereka ditangkap berjudi , mereka akan dihukum berdasarkan Hukum Tazir . Dari segi bahasa , tazir bererti menolak atau menghalang , manakala dari segi segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu. Selain itu , hukuman syariah Islamiah terhadap umatnya yang berjudi dilaksanakan supaya umatnya dapat memelihara akal fikiran mereka .

Pandangan Agama Kristian

Begitu juga dalam agama Kristian, perjudian dikutuk keras sebagai amalan diskriminatif yang menguntungkan satu pihak dan menganiaya satu pihak yang lain hingga meleburkan nilai-nilai kehormatan dan kemanusiaan seseorang sebagaimana yang tercatat dalam kitabnya The New Testament (Mark 12:31). Di sisi masyarakat Kristian , judi juga dianggap sebagai perbuatan dosa yang dilarang. Ia dilarang kerana ia bertentangan dengan ketentuan tuhan bahawa manusia hendaklah memperolehi sumber hidupnya melalui penat lelah (Genesis : 3:19). Ia adalah dosa kerana ia menyebabkan seseorang itu berhutang sehingga hilang tempat tinggal, pekerjaan dan keluarga. Ia menyebabkan ketidakjujuran bagi memperolehi wang yang banyak, ia menyebabkan ketagihan, membunuh inisiatif seseorang untuk berusaha keras dan ia juga satu aktiviti yang mengambil harta orang lain hanya untuk segelintir manusia. Ajaran Kristian mengajar bahawa aturan tuhan tidak membenarkan falsafah something for nothing. Manusia tidak boleh menghisap hasil usaha mereka yang bekerja (II Thesalonians 3:10-14, Ephesians 4:28). Memperolehi sesuatu melalui eksploitasi ke atas orang lain adalah salah (James 5:1-4). Walau pun tiada satu perintah dalam Injil yang mengatakan kamu tidak boleh berjudi tetapi terdapat banyak ayat-ayat yang memberi petunjuk akan pengharaman judi seperti dalam Matthew 7:12. Corinthians 8:1-13, Romans 14:13-21 dan Colossians 3:1-3. Kristian bermazhab Anglican pula telah mengeluarkan resolusi dari Konvensyen 1954 yang mencela amalan judi dan melarang penganut Kristian dari berjudi. Pada tahun 1974 pula dilaporkan bahawa gereja Anglican mengeluarkan resolusi yang membantah judi sah dalam bentuk kasino di New Jersey dan pada tahun 1995 pula membantah permainan judi mesin loteri di New Jersey,Amerika .

Kesimpulan
Kesimpulannya, perjudian bukan aktiviti yang digalakkan dalam agama Islam , Kristian , Buddhism , Hindu dan lain-lain disebabkan keuntungan material secara mudah tanpa perhitungan kerja keras dan kreativiti yang sihat. Kesemua agama mengalakkan umatnya bekerja keras supaya dapat mencapai keuntungan yang bermakna dalam kerjaya .

Anda mungkin juga menyukai

  • PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
    PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
    Dokumen25 halaman
    PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
    Nurul Ikhwani Mohd Zim
    Belum ada peringkat
  • RPT PSK Tahun 1
    RPT PSK Tahun 1
    Dokumen14 halaman
    RPT PSK Tahun 1
    Nurul Ikhwani Mohd Zim
    Belum ada peringkat
  • RPT Muzik Tahun 1
    RPT Muzik Tahun 1
    Dokumen7 halaman
    RPT Muzik Tahun 1
    Nurul Ikhwani Mohd Zim
    Belum ada peringkat
  • RPT Kemahiran Manipulatif Tahun 1
    RPT Kemahiran Manipulatif Tahun 1
    Dokumen13 halaman
    RPT Kemahiran Manipulatif Tahun 1
    Nurul Ikhwani Mohd Zim
    Belum ada peringkat
  • Tarikh RPT
    Tarikh RPT
    Dokumen5 halaman
    Tarikh RPT
    Nurul Ikhwani Mohd Zim
    Belum ada peringkat
  • Bsuh TGN
    Bsuh TGN
    Dokumen10 halaman
    Bsuh TGN
    Nurul Ikhwani Mohd Zim
    Belum ada peringkat
  • RANCANGAN PENGAJARAN
    RANCANGAN PENGAJARAN
    Dokumen9 halaman
    RANCANGAN PENGAJARAN
    Nurul Ikhwani Mohd Zim
    Belum ada peringkat
  • 08 Tajuk 1
    08 Tajuk 1
    Dokumen15 halaman
    08 Tajuk 1
    Nurul Ikhwani Mohd Zim
    Belum ada peringkat
  • Bnde Remeh
    Bnde Remeh
    Dokumen6 halaman
    Bnde Remeh
    Nurul Ikhwani Mohd Zim
    Belum ada peringkat
  • RPH
    RPH
    Dokumen9 halaman
    RPH
    Pismppsv Pku
    Belum ada peringkat
  • BBM
    BBM
    Dokumen9 halaman
    BBM
    Nurul Ikhwani Mohd Zim
    Belum ada peringkat
  • Laporan Jawatankuasa Makanan
    Laporan Jawatankuasa Makanan
    Dokumen5 halaman
    Laporan Jawatankuasa Makanan
    Nurul Ikhwani Mohd Zim
    Belum ada peringkat
  • Laporan Jawatankuasa Makanan
    Laporan Jawatankuasa Makanan
    Dokumen5 halaman
    Laporan Jawatankuasa Makanan
    Nurul Ikhwani Mohd Zim
    Belum ada peringkat
  • Big
    Big
    Dokumen12 halaman
    Big
    Nurul Ikhwani Mohd Zim
    Belum ada peringkat
  • Isi Kandungan Big
    Isi Kandungan Big
    Dokumen4 halaman
    Isi Kandungan Big
    Nurul Ikhwani Mohd Zim
    Belum ada peringkat
  • KEPEGAWAIAN
    KEPEGAWAIAN
    Dokumen7 halaman
    KEPEGAWAIAN
    Nurul Ikhwani Mohd Zim
    Belum ada peringkat
  • KEPEGAWAIAN
    KEPEGAWAIAN
    Dokumen7 halaman
    KEPEGAWAIAN
    Nurul Ikhwani Mohd Zim
    Belum ada peringkat
  • Definisi Pendidikan Khas
    Definisi Pendidikan Khas
    Dokumen30 halaman
    Definisi Pendidikan Khas
    Nurul Ikhwani Mohd Zim
    Belum ada peringkat
  • IsuIsu Dalam Sukan
    IsuIsu Dalam Sukan
    Dokumen11 halaman
    IsuIsu Dalam Sukan
    Nurul Ikhwani Mohd Zim
    Belum ada peringkat
  • Laporan Kerosakkan Balapan
    Laporan Kerosakkan Balapan
    Dokumen4 halaman
    Laporan Kerosakkan Balapan
    Nurul Ikhwani Mohd Zim
    Belum ada peringkat
  • Bab 2 PTP
    Bab 2 PTP
    Dokumen40 halaman
    Bab 2 PTP
    Hasim Harun
    Belum ada peringkat