Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN Kini, pada umumnya diakui bahawa kemampuan murid-murid membaca berkembang sedikitdemi sedikit melalui beberapa tahap

perkembangan pembacaan. Kemampuan murid untuk membaca memerlukan setiap murid menguasai beberapa kemahiran membaca. Menurut KamusDewan Edisi Ke-3, kemahiran didefinisikan sebagai kecekapan dan kepandaian yang diketahuioleh seseorang dalam sesuatu perkara. Manakala membaca pula adalah aktiviti seseorang samaada belajar, menelaah, merujuk, memahamkan, meneliti, menghafaz, mengaji, mengkaji,melafazkan, mengucapkan, mendeklamasi, menuturkan, berkata, membatang, mentafsir,meramal, menyimpulkan, menilik, meneliti, melihat dan memerhati. Membaca jugamembunyikan huruf-huruf yang ditulis serta melihat dan memahami apa-apa yg tertulis.Daripada definisi kemahiran dan membaca, maka kita bolehlah mendefinisikan kemahiranmembaca adalah merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dankelancaran yang betul. Penekanan yang betul perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kitis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca (PPK, 2003)Dalam penulisan ini, kami akan membincangkan beberapa subtopik berkaitan kemahiranmembaca iaitu interpretasi kemahiran membaca Bahasa Melayu dalam sukatan pelajaran sekolah rendah, isu-isu dan kepentingan kemahiran membaca, impak kemahiran membaca terhadap persediaan guru di dalam bilik darjah serta langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar sekolah rendah. INTERPRETASI KEMAHIRAN MEMBACA DALAM SUKATAN PELAJARAN Sukatan Pelajaran KBSR disediakan bagi setiap tahun pembelajaran. Ia bertujuan untuk membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ia bertujuan untuk membolehkan seseorang murid yang belajar selama enam ahun di sekolah rendah itumenggunakan bahasa yang sewajarnya dengan perkembangan umur mereka dalam perhubungansehari-hari dan dalam mempelajari mata pelajaran lain yang terkandung dalam kurikulum sekoahrendah. Tegasnya, seseorang murid, selama enam tahun berada di sekolah rendah, dapatmenguasai kesemua kemahiran bahasa dari segi lisan, bacaan dan kefahaman dan gerak kerja bertulis (Marzukhi Nyak Abdullah, 1994).Membaca adalah salah satu lagi aspek yang penting dalam Sukatan Pelajaran Bahasa MelayuSekolah Rendah. Kemahiran membaca terletak di bawah kemahiran bahasa termasuk kemahiranmendengar, bertutur dan menulis. Dalam kemahiran bahasa di sekolah, penekanan kepadakemahiran tertentu telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran ke arah melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam berbahasa (Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham MohdBaharin, 2007). Begitu juga dengan kemahiran membaca yang perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana membaca ialah proseskompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisanyang dibaca (PPK, 2001: 14). Kemahiran membaca membolehkan murid-murid memahami perkara yang dibaca.Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran, didapati bahawa kemahiran membaca diajar pada semua peringkat pembelajaran iaitu bermula dari Tahun Satu hingga ke Tahun Enam. Tahap pembacaanTahun Satu lebih kepada kebolehan murid membaca dengan lancar dan memahami perkara yangdibacakan. Manakala, bagi murid Tahun Enam penekanan kepada proses membaca, memahamidan mengenalpasti isi-isi penting dalam petikan yang diberi serta sebagai langkah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan murid sekolah rendah.

Bukti yang memperlihatkan kemahiran membaca itu penting untuk dikuasai oleh murid adalahmelalui objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah itu sendiri. Dalamobjektif yang keempat, adalah diharapkan agar murid dapat membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan dengan teknik

membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis. Pada umumnya, terdapat beberapateknik yang digunakan oleh guru-guru untuk mengajar bacaan pada peringkat awal atau peringkat permulaan. Objektif kelima pula lebih kepada proses memupuk minat membacasebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran. Menurut Prof. DR. Henry Guntur Tarigan (1994), untuk meningkatkan minat membaca ini, maka kita perlu menyediakan waktuuntuk membaca dan memilih bahan bacaan yang baik, ditinjau dari norma-norma kekritisan yangmencakup norma-norma estetik, sastera dan moral. Hal ini memperlihatkan bahawa kemahiranmembaca penting untuk dikuasai oleh murid sebagai langkah kepada kelangsungan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan seterusnya memupuk minat murid untuk membaca.Di dalam bilik darjah, kemahiran membaca diaplikasikan secara penggabungjalinan.Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui program penggabungjalinan ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dan cara inimembolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran secara bersepadu seperti yangdialami dalam kehidupan sehari-hari. Menurut Marzukhi Nyak Abdullah (1994), terdapat duacara penggabungjalinan kemahiran dijalankan. Pertama, penggabungjalinan kemahiran dapatdilakukan dalam satu mata pelajaran Contohnya, kemahiran membaca dapat digabungjalinkandalam kemahiran lain seperti bertutur dan menulis. Kedua, penggabungjalinan kemahiran dapat juga dilakukan antara satu mata pelajaran dengan satu atau beberapa mata pelajaran lain.Contohnya, kemahiran bahasa dapat digabungjalinkan dengan kemahiran Seni Muzik,Pendidikan Jasmani atau mata pelajaran lain. Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd Baharin (2007) pula mengatakan kata kunci bagi kemahiran membaca adalahseperti membaca kuat, membaca dan memahami maklumat, membaca, menaakul..... dansebagainya yang menggambarkan kewujudan kemahiran membaca yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Program penggabungjalinan dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai