Anda di halaman 1dari 2

3.

0 SITUASI PEMASARAN

kekuatan

o Produk ditinkan dan mudah untuk dimakan o Banyak kawasan perumahan mudah untuk pemasaran. o Terdapat sistem keahlian untuk para pelanggan. o Harga yang berpatutan.

W kelemahan

o Produk yang dihasilkan berkualiti. o Terdapat banyak peniaga-peniaga kecil disekitar kawasan. o Produk ini belum dikenali oleh pengguna dan tidak menjadi makanan rutin harian. o Hanya dibekalkan di dalam Negara dan hanya sesuatu kawasan sahaja dan tidak menyeluruh. o Terdapat perosak ulat utama iaitu Plutella xylostella. o Terdapat peluang yang disediakan oleh kerajaan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negara. o Kerajaan juga menyediakan tender untuk direbut. o Permintaan meningkat di Asia terutama China dan Jepun dan Negara ASEAN. o Persaingan dari syarikat tempatan dan negara. o Peningkatan kos bahan input ladang. o Penggunaan teknologi. o Iklim.

peluang

melalui

halangan

Brokoli merupakan salah satu hasil asas tani kini yang sungguh besar potensinya dalam produk tanaman dan kesihatan. Kebiasaannya, masyarakat kita menikmati Brokoli dengan dibuat sup atau digoreng sebagai sayur atau kudap-kudapan. Selain itu, terdapat juga makanan Barat yang menggunakan sayuran Brokoli sebagai sayuran utama dalam masakan. Brokoli juga mudah didapati dalam bentuk ditinkan supaya lebih tahan lama dan boleh mudah untuk dibawa kemana-mana. Di kawasan tempat pemasaran ini juga, terdapat banyak kawasan-kawasan perumahan yang menjadi pasaran utama untuk penjualan produk. Syarikat ini juga, mewujudkan system keahlian kepada pelanggan yang kerap membeli produk dan memberikan diskaun untuk menarik pelanggan supaya lebih kerap membeli. Harga yang dijual juga berpatutan mengikut gred atau kualiti yang dimahukan oleh para pelanggan. Pelanggan boleh memilih kualiti dan harga mengikut kehendak mereka.

Dari segi kelemahan, terdapat peniaga-peniaga kecil yang mengganggu penjualan produk. Peniaga-peniaga ini memberikan atau menawarkan produk Brokoli dengan harga yang sama atau hamper sama tetapi kualiti yang berbeza. Selain itu, Brokoli belum dikenali dalam kalangan pengguna atau suri rumah kerana mereka lebih menggemari cendawan berbanding Brokoli. Di samping itu, produk Brokoli juga tidak menjadi barang utama sayuran untuk eksport Negara berbanding sayuran lain yang lebih popular. Akhir sekali, untuk proses penanaman Brokoli terdapat perosak utama iaitu serangga Plutella xylostella. Kerajaan juga melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negara banyak menyediakan tendertender untuk diberikan kepada peniaga-peniaga yang berminat untuk mendapatkannya. Negara-negara seperti Jepun dan Cina juga yang mengamalkan gaya hidup sihat lebih mengutamakan makanan yang lebih berkhasiat yang mengandungi banyak vitamin seperti Brokoli. Iklim Malaysia yang kadang-kala hujan lebat turut membantutkan dan merosakkan tanaman Brokoli yang ditanam. Penggunaan teknologi dalam penanaman Brokoli juga kurang kerana penggunaan jentera yang mahal. Selain itu, kos bahan-bahan mentah untuk menanam seperti baja, biji benih juga menjadi halangan kepada penanaman Brokoli.

Anda mungkin juga menyukai