Anda di halaman 1dari 17

1.

0 PENGENALAN Isu banjir merupakan isu yang kini dianggap sinonim di Malaysia terutamanya masyarakat di sekitar Lembah Klang khususnya di Kuala Lumpur dan Shah Alam. Pada masa ini pun, bukan saja Kuala Lumpur yang menjadi mangsa kepada banjir, tetapi kita turut mendengar perkara yang sama di merata-rata tempat di dunia, sama ada di Australia dan China, begitu juga di Amerika Syarikat yang dikatakan berpunca daripada fenomenon perubahan cuaca global. Banjir secara umum adalah kuantiti air yang tidak dikehendaki. Di Malaysia, banjir kerap berlaku disebabkan kombinasi semula jadi dan tindakan manusia. Secara tradisional, masyarakat Malaysia merupakan masyarakat sisi sungai yang memang mudah terdedah kepada bencana banjir. Faktor ini digandingkan lagi dengan faktor semula jadi seperti intensiti hujan yang tinggi, lembangan saliran yang diganggu oleh aktiviti pembangunan serta sikap masyarakat yang kurang mengambil perhatian mengenai kesejahteraan sungai menyebabkan fenomenon banjir kilat ini menjadi lazim di Malaysia. Selain dari manusia sebagai mangsa, kerugian daripada segi harta benda individu dan awam juga merupakan impak bencana banjir yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat dan kerajaan. Fenomenon banjir kilat yang melanda negara ini khususnya di Lembah Klang menuntut agar isu ini diberikan perhatian yang sewajarnya oleh pihak-pihak yang berkaitan. Ini kerana masyarakat sudah mulai bosan dengan permasalahan banjir kilat yang kerap melanda dan tiada kesudahannya.Terdapat beberapa langkah yang telah, sedang dan akan dilaksanakan dalam usaha mengatasi permasalahan banjir kilat di Lembah Klang. Langkah-langkah tersebut merangkumi tindakan jangka panjang oleh individu dan juga kerajaan seperti yang dibincangkan dalam kertas ini. Dari segi terminologi teknikal, banjir merupakan sumbangan hujan luar biasa yang tidak mampu ditampung oleh sesebuah lembangan sungai dan menyebabkannya melimpah keluar tebing atau dataran banjir. Banjir sebagai air sungai yang melampaui tebingnya, atau satu fenomena yang disebabkan oleh kenaikan aras air sungai utama dan anak-anak sungai yang melimpahi daratan yang biasanya tidak ditenggelami air. Banjir menjadi bahaya apabila ia melibatkan masyarakat manusia, khususnya kejadian banjir yang berlaku di kawasa berpenduduk padat yang berpotensi kehilangan nyawa,

jangkitan penyakit berbahaya dan kemusnahan harta benda. Bilangan mangsa banjir lazimnya bergantung kepada luas kawasan yang terlibat, masa dan aras maksimum tertinggi air dicatatkan. Selain dari manusia sebagai mangsa, kerugian daripada segi harta benda individu dan awam juga merupakan impak bencana banjir yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat dan kerajaan. Japan International Cooperation Agency (JICA) menganggarkan purata tahunan potensi kemusnahan akibat bencana banjir di seluruh Semenanjung Malaysia ialah RM72 juta pada tahun 1982 atau kira-kira RM92 juta pada tahun 1993. Walaupun banjir merupakan fenomena semula jadi, ia juga kadangkala dipengaruhi oleh faktor lain terutamanya tindakan manusia yang mengubah struktur permukaan dan sub-permukaan tanah yang menyebabkan imbangan hujan-air larian terganggu. Di kawasan bandar misalnya, manusia banyak mengubah permukaan tanah daripada kawasan telap air kepada kawasan-kawasan tidak telap air melalui pembinaan jalan raya, bangunan, zon letak kereta dan sebagainya. Selain itu, banjir juga disebabkan faktor lain seperti runtuhnya atruktur empangan, ribut, tsunami, gegaran tektonik dan letusan gunung berapi. Di Malaysia, banjir kerap berlaku disebabkan kombinasi semula jadi dan tindakan manusia. Lazimnya terdapat dua kategori banjir di Malaysia iaitu banjir kilat dan banjir musiman. Banjir kilat lazimnya berlaku hampir sepanjang tahun di Malaysia tetapi lebih singkat tempoh kejadiannya tetapi lebih kerap akibat dihasilkan oleh ribut perolakan sepanjang tahun. Banjir kilat lebih kerap berlaku di pantai barat. Ia terjadi ekoran daripada ketidakupayaan permukaan untuk menyerap air. Keadaan ini disebabkan oleh permukaan yang tidak telap ataupun keadaan air yang mengalir dari permukaan terdedah kepada permukaan tak telap air seperti konkrit, simen, asphalt dan sebagainya. Air larian ini akan membawa bersama kelodak dan pasir dan akan menyekat aliran sungai atau alur. Lazimnya tiga faktor utama yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan bandar ialah kesan perubahan guna tanah untuk aktiviti pembangunan perumahan, perlombongan dan setinggan.

2.0 ISU-ISU ALAM SEKITAR Manusia kini telah tiba pada satu peringkat evolusinya apabila kemajuan teknologimembolehkannya mempengaruhi dan mengawal banyak aspek alam semula jadinya. Justeru itu,manusia telah dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam penetuan masa depan tamadun.Walaupun manusia masih belum dapat mengawal berbagai-bagai fenomena alam semula jadiseperti kejadian hurikan, taufan, letusan gunung berapi dan gempa bumi, kemajuan teknologitelah membolehkan manusia memodifikasikan dan mengubahkan pelbagai fenomena alam seperti hujan melalui pembuatan hujan tiruan, aliran permukaan melalui pengawalan guna tanah, kemarau dan bekalan air melalui pengairan dan saliran, cuaca dan iklim melalui pencemaran danpembandaran dan lain-lain. Di dalam kes banjir kilat, memang terdapat pelbagai cara struktur dan bukan struktur untuk mengawasinya. Pengurusan banjir yang cekap dengan menggunakan teknologi semasa patut dapat mengurangkan kejadian banjir kilat. Namun begitu, beberapa aspek banjir kilat seperti magnitud,kekerapan dan tempoh kejadian didapati terus meningkat di kebanyakan tempat di Malaysia,khasnya di bandar-bandar besar yang mengalami pembangunan pesat. Banjir bulan September 1995 di Pulau Pinang dan banjir bulan Disember 1995 di Shah Alam danKuala Lumpur ialah contoh-contoh yang ketara. Di Georgetown, khasnya disekitar Jalan P. Ramlee dan Jalan Perak, banjir kilat sering berlaku di kebanyakan tempat setiapkali hujan lebat berlaku untuk beberapa jam. Keadaan ini juga berlaku di Kuala Lumpur di sekitar Jalan Kelang Lama, Kampung Baru, Pantai Dalam dan Kampung Haji Hukum Abdullah. Di bandar-bandar tersebut, banjir kilat telah menjadi begitu kerap sehingga alasan pihak-pihak berkenaan bahawa banjir disebabkan oleh tindakanTuhan tidak dapat diterima lagi. Rakyat kini adalah lebih berpendidikan, lebih sedar akan masalah alam sekitar dan juga mendapat maklumat semasa dengan lebih kerap. Mereka lebih yakin bahawa kejadian banjir kilat disebabkan oleh kesilapan manusia dan kegagalan pengurusannya daripada hasil Tuhan atau hasilfenomena semula jadi. Banjir kilat bukan seluruhnya dihasilkan oleh tindakan manusia mahupun oleh tindakan semula jadi. Tanpa hujan ribut, dataran banjir mungkin tidak begitu kerap ditenggelami. Namun begitu,pilihan manusia untuk

mendiami dan membangunkan dataran banjir dengan pesat, khasnya dibandar-bandar besar, merupakan sebab utama meningkatnya kejadian banjir kilat. Masalah inikian meruncing kerana manusia berterusan membangunkan dataran banjir, memusnahkan kawasan hutan dan memotong cerun bukit untuk pembangunan. Bahaya banjir merupakan satu fenomena atau kejadian yang mewujudkan ancaman atau bahayakepada manusia. Banjir bukannya bahaya dalam semua konteks pada semua masa. Misalnya, banjir yang berlaku di kawasan bakau dan paya yang tidak didiami orang bukannya suatu bahaya.Sebaliknya, ia mungkin dikelaskan sebagai suatu sumber alam kerana banjir itu dapat menjadikantanah di sekitarnya lebih subur dengan membawa masuk zat-zat dari tempat lain.Banjir hanya menjadi bahaya apabila melibatkan masyarakat manusia, khususnya kejadian banjir yang berlaku di kawasan berpenduduk padat yang berpotensi mengakibatkan kehilangan nyawadan kemusnahan harta benda. Oleh itu bahaya banjir ialah potensi ancamannya.Bahaya banjir boleh berubah menjadi buruk sehingga dianggap bencana banjir, apabila kesannya mengakibatkan kemusnahan besar dan kehilangan nyawa manusia yang signifikan. Dalam sesuatu bencana banjir, hampir seluruh masyarakat manusia menjadi mangsa. Sistem-sistem sokongan dalam masyarakat tersebut menjadi terjejas dan mekanisme penyesuaiannya juga musnah. Lazimnya, kehilangan nyawa adalah tinggi.

3.0 PUNCA BANJIR KILAT DI MALAYSIA Secara tradisional, masyarakat Malaysia merupakan masyarakat sisi sungai yang memang mudah terdedah kepada bencana banjir. Dianggarkan lebih kurang 2.5 juta penduduk menetap di zon dataran banjir seperti di Kuala Lumpur, Klang, Johor Bharu, Ipoh, Kota Bharu dan Melaka. Jumlah penduduk di Semenanjung Malaysia yang terdedah kepada banjir ialah sekurang-kurangnya 3.0 juta orang pada tahun 1995. Faktor ini digandingkan lagi dengan faktor semula jadi seperti intensiti hujan yang tinggi, lembangan saliran yang diganggu oleh aktiviti pembangunan serta sikap masyarakat yang kurang mengambil perhatian mengenai kesejahteraan sungai menyebabkan fenomenon banjir kilat ini menjadi lazim di Malaysia. Ini membuktikan banjir yang berlaku bukan hanya disebabkan oleh limpahan air sungai tetapi juga berpunca daripada kesan pembangunan, kejadian tanah runtuh, system perparitan yang tersumbat dan pokok tumbang yang menghalang pengaliran air. Di kawasan bandar di mana tanah terhad, tekanan populasi boleh menyebabkan tanah tepi sungai sengaja dimajukan. Ada yang dimajukan mengikut undang-undang seperti Projek-projek Kuala Lumpur dan ada juga yang dimajukan secara haram seperti kampung setinggan menjadi Kampung Baru di Kuala Lumpur. Kebanyakan penghuni yang menetap di dataran banjir, khususnya di kawasan bandar terdiri daripada mereka yang miskin serta tidak mampu menetap di tempat lain selain tidak mempunyai hak milik tanah. Justeru, mereka ini yang akan menerima impak yang ketara apabila berlakunya kejadian banjir kilat. Magnitud banjir kilat sebenarnya adalah lebih besar apabila manusia mulai campur tangan dalam sistem persekitaran dengan mengganggu komponen-komponen alam sekitar kesan daripada aktiviti pembangunan yang tidak mampan. Kesan perbandaran terhadap hidrologi misalnya melibatkan pengubahan pandang darat asli menjadi pandang darat buatan manusia. Perubahan permukaan daripada hutan menjadi kawasan kalis air seperti jalan berturap dan konkrit mengurangkan daya susupan air. Justeru, air akan mengalir terus di atas permukaan kalis air dan meningkatkan pemusatan air larian ke dalam saluran. Dengan itu, kekerapan berlaku kejadian banjir kilat meningkat selepas proses perbandaran. Di kawasan bandar, kekurangan kawasan telap air mempengaruhi

kuantiti air dan keupayaan alur sungai. Alur sungai lazimnya menerima sejumlah air yang banyak yang berpunca daripada air larian permukaan, aliran terus, aliran perantaraan dan aliran dasar. Kesemua gejala ini menghasilkan pengaliran kleuar hidrograf lembangan saliran yang berbeza-beza mengikut masa. Bagi sungai bandar, proses penyusupan air dan air larian permukaan berlaku dengan cepat kerana ruang simpanan air bawah tanah yang terhad. Keadaan ini menyebabkan air hujan berada dalam keadaan tersekat yang akhirnya akan mengubah bentuknya kepada air larian permukaan. Lebihan air larian permukaan selalunya menimbulkan masalah banjir kilat di kawasan bandar. Jika ditinjau zon banjir kilat di sekitar Sg. Klang, didapati kebanyakannya terletak di sungai utama seperti Sg. Klang, Sg.Damansara dan Sg. Kerayong. Kebanyakan kawasan yang dinaiki air terletak berdekatan sungai. Perbandaran juga menyebabkan perubahan pengangkutan yang sangat ketara. Di negara membangun seperti Malaysia, proses perbandaran berlaku dengan sangat cepat dan melibatkan perubahan guna tanah secara besar-besaran. Perubahan bentuk muka bumi ini mempengaruhi pengangkutan kebanyakan endapan dalam kebanyakan kes melalui pelunjuran tanah rang dan perubahan laluan luahan air. Sistem perparitan yang kurang sempurna adalah punca utama meningkatnya arasair dan seterusnya menyebabkan berlakunya banjir kilat. saluran di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur umpamanya dibina dengan konkrit dan dilebarkan untuk mengawal banjir. Kesan daripada peningkatan ciri-ciri saluran Bandar ini menyebabkan isipadu aliran yang banyak diluahkan daripada kawasan bandar. Air yang diluahkan ini menyebabkan pertambahan banjir dan hakisan tebing di kawasan hilir Bandar.

4.0 KESAN-KESAN BANJIR Kesan paling buruk yang boleh dibawa oleh banjir adalah kehilangan nyawa. Sama ada kerana lemas, tercedera akibat banjir, putus bekalan makanan, putus bekalan air bersih, penyakit dan ketiadaan ubat, kesukaran menemui doktor, bahkan keganasan dan rampasan barang keperluan asasi akibat kekurangan dan keterdesakan mangsa-mangsa banjir. Semua itu mungkin. Bagaimana sekiranya air naik dan tidak surut-surut? Bukan saja boleh membunuh manusia, bahkan boleh melenyapkan negara. Kerosakan harta benda sudah membayangkan kesannya kepada ekonomi manusia. Sekurang-kurangnya, kita memerlukan belanja dalam jumlah yang sama untuk mengembalikan keadaan kepada sediakala. Bank, premis perniagaan, semuanya mengalami kerugian teruk bukan sahaja kerana kerosakan harta, bahkan kerana aktiviti perniagaan yang terhenti. Apabila barangan yang seharusnya dijual tidak dapat dijual, bahkan kerosakan barangan juga berlaku, maka ia menyebabkan kerugian di pihak peniaga. Syarikat yang menyertai bursa saham akan terjejas dan menyebabkan pelabur merasa tidak selamat dan mula mengalihkan modal kepada negara-negara lain sebagai alternatif. Justeru, minat pelabur yang luntur akan menyebabkan kesan yang lebih buruk kepada industri pelaburan dan tidak mustahil, krisis kewangan tahun 1999 boleh berulang. Maka, banjir yang melanda Johor secara dahsyat bukan saja memberi kesan buruk kepada negeri Johor, bahkan memungkinkan risiko kepada ekonomi negara kita seluruhnya. Walaupun ini cuma logika sebab dan musabbab, namun risiko ini tidak harus dipandang remeh. Banjir juga mengancam kesihatan. Bermula dari kegagalan fungsi hospital dan farmasi, berlanjutan kepada penularan penyakit-penyakit berjangkit. Penyakit seperti cirit-birit, taun, demam kepialu, denggi, hepatitis A dan kudis buta menjadi ancaman akibat daripada bahana banjir yang menjejaskan kebersihan makanan, minuman, persekitaran. Bahkan kesesakan di pusat-pusat pemindahan mangsa banjir turut memudahkan penularan sebarang penyakit berjangkit.

Penyakit Leptospirosis yang mula menyerang dengan dua kes kematian dicatat pada awal Januari 2007 adalah berpunca daripada bakteria Leptospira yang didapati daripada air kencing haiwan berdarah panas di mana penyakit ini boleh merosakkan organ dalaman manusia. Bakteria yang tersebar melalui air banjir mengancam keselamatan kerana penularan yang tidak terkawal. Sekolah yang menjadi tempat penempatan sementara mangsa banjir turut terpaksa ditutup. Akibatnya proses pendidikan terganggu dan menghadapi masalah. Murid-murid dan pelajar tidak dapat ke sekolah dan proses mengajar terbantut di tengah-tengah. Keadaan boleh menjadi lebih buruk yang membabitkan masa depan generasi kecil kita. Realitinya, banjir bukan saja memberi kesan buruk kepada semua mangsa yang terlibat, bahkan ia juga memberi kesan kepada kesedaran manusia terutamanya, dalam persiapan menghadapi banjir. Banjir telah membuka mata kita berkenaan sistem perparitan yang dilaporkan bermasalah, serta beberapa aktiviti pembalakan yang tidak terancang. Dakwaan tambakan pasir oleh Singapura menyebabkan banjir juga mendapat perhatian yang tidak sedikit, sekurang-kurangnya banjir telah menyebabkan kita lebih peka kepada banyak perkara yang sebelum ini lebih bersifat tersembunyi.

5.0 LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH BANJIR 5.1 Menyediakan Sistem Perparitan

Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik. 5.2 Projek Pendalaman Sungai

Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan. Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak. 5.3 Memelihara Hutan

Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit. Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi. Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.

5.4 Mengawal Aktiviti Manusia Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan samapah dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya. Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah. Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan terutamanya apabila membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibat banjir. Manusia juga harus sentiasa berwaspada dengan kejadian ini.

6.0 KESIMPULAN Karangan ini menunjukkan bahawa risiko dan terdedahnya manusia pada bahaya banjir kilat dimerata tempat di Malaysia, khasnya di kawasan bandar-bandar besar yang mempunyai kadarbinaan padat, telah meningkat dengan besarnya dalam tahun-tahun kebelakangan ini.Sebagai akibat meningkatnya tahap kesedaran awam melalui pendidikan dan sebaran maklumat yang lebih baik, orang awam kini memandang banjir kilat sebagai peristiwa yang bukannya berasaldaripada alam semula jadi.Mereka semakin sedar bahawa sebab akibat banjir, khasnya di kawasan bandar raya, adalah lebihsering disebabkan oleh kesilapan manusia dan pengurusan yang tidak cekap daripada sebab-sebabsemula jadi. Justeru itu, tuntutan ahli-ahli politik bahawa banjir kilat ialah tindakan Tuhanmemang tidak dapat diterima.Rakyat memerlukan akauntabiliti daripada pemimpin dan pihak yang bertanggungjawab ke ataspengawalan banjir. Banjir kilat bukannya tindakan Tuhan ataupun tindakan kuasa-kuasa semula jadi. Ia sebenarnya hasil interaksi antara sistem peristiwa semula jadi dengan sistem gunaanmanusia. Interaksi begini boleh menghasilkan kesan negatif seperti banjir ataupun hasil positif sepertitanah subur, iaitu satu sumber semula jadi. Namun begitu, pilihan manusia untuk mendiami danmembangunkan dataran banjir dengan pesat telah mengakibatkan banyak kesan negatif, terutamameningkatnya kejadian banjir kilat. Masalah ini kian meruncing kerana manusia terusmembangunkan dataran banjir, memusnahkan hutan dan memotong cerun bukit untukpembangunan.Manusia patut mempelajari cara-cara memaksimumkan sumber semula jadi dan meminimumkanbahaya dan bencana semula jadi. Akan tetapi, manusia sering tidak belajar dengan cepat tetapilazim mengulangikan kesilapan-kesilapan dahulu.Krisis alam sekitar yang dialami oleh kebanyakan negara maju di barat (disebabkan oleheksploitasi revolusi perindustrian) telah terbukti oleh kejadian bencana alam yang semakin teruk.Namun begitu, kebanyakan negara sedang membangun hanya memilih untuk melihat faedah-faedah positif pembangunan industri dan ekonomi yang dipamerkan oleh negara-negara maju tetapi menjadi buta pada kesan-kesan negatifnya. Beginilah pandangan umum kebanyakan negaramembangun yang sedang mengejar dunia maju supaya taraf pembangunan yang setandingtercapai.Malaysia tidaklah harus memilih langkah pembangunan sebegini. Strategi pembangunannyaharuslah diseimbangkan

oleh perlindungan kepada alam sekitar dan pemeliharaan sumber alamnya.Dalam hal itu, Malaysia perlu mencipta suatu dasar pembangunan yang menintikberatkanpembangunan lestari.Namun begitu, di bawah suasana ekonomi yang baik dalam tahun-tahun kebelakangan ini, semualapisan masyarakat sibuk mengejar kemewahan. Malah pihak kerajaan juga sibuk mengejarwawasan 2020. Justeru itu, soal banjir menjadi kurang penting di sebalik soal ekonomi,kemewahan dan pembangunan yang menujui arah pencapaian matlamat negara industri baru. Bagi sebahagian besar rakyat dari segenap lapisan hidup, soal banjir memang kurang pentingdibandingkan dengan soal keuntungan kewangan yang mungkin diperoleh, kecuali mereka yangterpaksa menetap di dataran banjir yang berbahaya.

BIBLIOGRAFI Chan, N.W. (1995). A Contextual Analysisof Flood Hazard Management inPeninsular Malaysia. Tesis Ph.D.,Middlesex University (UK). Chan, N.W. (1996). Vulnerability of UrbanAreas to Floods. The Star , 26 Jan. 1996,m.s. 4-6. Chan, N. W. (1996). Floods: Who's to Blame? The Star , 24 Jan. 1996, m.s. 1, 7-8. Chan, N.W. and Goh, B.L. (1995). Slip SlidingAway, The Sun Megazine , 21 Nov. 1995,m.s. 4-9. International Law Book Services (1991). Malaysia Kita, Panduan dan Rujukan untukPeperiksaan Am Kerajaan . Kuala Lumpur:International Law Book Services. Jamaluddin M.J. (1985). Flash Flood Problemsand Human Responses to the Flash FloodHazard in Kuala Lumpur Area. Akademika26 (Januari) , m.s. 45-62. Karim, G. (ed.)(1990). Information Malaysia1990-91 Yearbook Kuala Lumpur: BeritaPublisihing.

Oii, J.B. (1979). Semenanjung Malaysia Kuala Lumpur: Longmans. Wan Abdul Halim Othman (1982). Squatter Communities in the Federal Territory Siri Monograf No. 6, Pusat PenyelidikanDasar, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai