Anda di halaman 1dari 43

NAMA

: ANITA A/P UTHAMA PUTHIRAN : 840916-10-5382

NO. K.PENGENALAN UNIT NO. TEL N. PENSYARAH RAJOO :

KDPM KDC PT/SN 2009 : 016-3686990

:EN.KANTHASAMY A/L SUNDARA

TARIKH SERAHAN

12 MAC 2012

Penghargaan
Saya bersyukur ke hadrat ilahi akhirnya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus ini dalam waktu yang di tetapkan. Ini kerana, saya mendapat banyak sokongan dan dorongan semasa menjalankan kerja kursus ini. Di kesempitan ini, ingin saya coretkan sepatah dua kata ucapan jutaan terima kasih saya terutama kepada pensyarah pembimbing saya iaitu En. Kanthasamy a/l Sundara Rajoo kerana telah berusaha payah mengajar saya cara-cara membuat kerja kursus ini. Beliau juga banyak mengajar cara-cara untuk membuat kerja kursus yang baik dari segi pemarkahan. Setinggi ucapan terima kasih juga diucapkan kepada kedua ibubapa saya yang banyak menyumbangkan tenaga dan modal dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Mereka juga yang banyak memberi dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja ini. Ini yang telah membakar semangat saya untuk terus berusaha menunaikan impian mereka selama ini. Seterusnya, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada bekas guru saya yang turut membantu dalam menyumbangkan sedikit sebanyak maklumat yang berkaitan dengan kerja kursus ini.

Setakat ini sahaja coretan yang boleh saya tulis. Namun begitu, ia memberi seribu satu makna yang amat dalam bagi saya.

Isi kandungan
Bi l
1. 2. 3. Penghargaan Isi Kandungan Struktur proses kaunseling, peringkat-peringkat dalam proses kaunseling, pelaksanaan kaunseling kelompok dan individu. Bibliografi Lampiran

Isi kandungan

Muka Surat
1 2 3 - 38 39

6. 7.

Kaunseling

Definisi Kaunseling

Kaunseling bertujuan membantu seseorang belajar membuat pilihan. Dan melaksanakan pilihan yang telah dibuat. Temubual yang bersiri untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Kaunseling ini merupakan proses dimana dua orang bertemu untuk meneroka masalah dan mengenalpasti penyelesaian. Kaedah mengenalpasti penyelesaian yang praktikal berkaitan masalah dalam kehidupan harian atau pekerjaan.

Faktor Dalam Definisi Kaunseling

Kehadiran adalah dua orang. Proses mengarah kepada tindakan oleh klien. Kaunselor adalah orang yang mendengar masalah klien. Klien dipercayai untuk mendapatkan cara penyelesaian tersendiri. Pertumbuhan perubahan diri klien lazimnya berlaku. Penyelesaian masalah adalah suatu yang diharapkan.

Perbezaan antara Kaunseling dan Psikoterapi

Kaunseling

- membantu individu mengatasi kebuntuan/kekusutan fikiran untuk meneruskan kehidupan dengan lebih tenteram. - jangka masa kurang dari 6 bulan dilakukan secara outpatient

Psikoterapi

- pemulihan penyakit mental - jangka masa 6 bulan hingga 2 tahun dilakukan secara outpatient dan inpatient.

Objektif kaunseling ialah membantu individu mengatasi masalah pertumbuhan kendiri personel growth pada bila-bila masa ke arah mencapai perkembangan kekuatan optimum yang ada pada dirinya.

Objektif

psikoterapi

ialah

menyelesaikan

masalah

perubahan

reconstructivedalam seorang individu.

Matlamat Kaunseling
Matlamat kaunseling adalah memudahkan perubahan tingkah laku.

Meningkatkan keupayaan klien memula dan meneruskan perhubungan. Membantu keberkesanan klien menguruskan diri ( coping). Menggalakkan proses membuat keputusan Membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien.

Peranan Kaunselor
Memandu individu dan kelompok dalam interaksi dan perkembangannya. Menggalakkan pertumbuhan interaksi, pilihan, mengenal diri individu dan perpaduan di dalam kelompok. Mengimbang kadar penglibatan dan interaksi ahli menurut keperluan diri dan kelompok, dari segi Akademik, kerjaya, psikososial, kesejahteraan mental dan keibubapaan. 3

Peranan Kaunselor Di Sekolah

Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah berlandaskan pengetahuan bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya mampu menangani masalah di sekolah dan Berjaya menghidupkan fungsi sebenar bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah. American School Counselor Association (ASCA) telah menggariskan tanggungjawab profesional kaunselor sekolah seperti berikut: Menolong penuntut untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia social dan psikologi di tempat dia berada. Ini bermakna menolong penuntut untuk memahami sikap, minat, bakat, kebolehan, peluangpeluang untuk penyempurnaan kendiri dan hubungan-hubungan di antara yang tersebut di atas. Menolong penuntut untuk bertingkahlaku yang sesuai dengan bakat, minat, sikap, kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri. Menolong penuntut mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan membuat keputusan sendiri.

Membantu semua kakitangan sekolah untuk memahami perlunya orang perseorangan dan memberi maklumat tambahan dan bantuan perundingan bertujuan untuk membantu supaya lebih memahami lagi tentang penuntut.

Menentukan atau mempastikan pengaruh program sekolah ke atas pelajaran perkembangan psikososial penuntut dan menyampaikan maklumat untuk kakitangan lain.

Memberitahu kakitangan yang lain tentang perubahanperubahan yang signifikan di sekolah yang memberi kesan dengan perkembangan program yang berkaitan.

Membantu ibu bapa untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya, keperluankeperluannya dan peluang-peluang lain sekelilingnya bertujuan untuk menambahkan kebolehan memberi sumbangan kepada perkembangan anak mereka sendiri.

Membuat interpretasi kepada komuniti pentingnya hal bertimbang rasa untuk individu dan memberi sumbangan kepada program kaunseling sekolah.

Membantu melancarkan di dalam masyarakat peluangpeluang lain yang perlu untuk perkembangan penuntut.

Mengguna atau membantu melancarkan rekabentuk sumbersumber masyarakat bagi memenuhi segala keperluan penuntut yang ekstrem atau yang tidak lazim serta luar tanggungjawab sekolah.

Mengadakan hubungan yang baik dengan semua pihak seperti Polis, Jabatanjabatan kerajaan seperti JKM, LPPKN, Pejabat Agama Islam, Yayasan Pembangunan Keluarga dan lainlain.

Ciri-ciri Peribadi Kaunselor


Berilmu dan bersifat lemah lembut. Bersifat pengasih dan penyayang. Mempunyai nilai moral yang tinggi. Sabar dan tenang fikiran, tidak gopoh dan tidak gemuruh. Tidak panas baran atau bengis. Manis lidah, tidak celupa dan bersih hati. Mempunyai keyakinan diri. Menyedari diri bahawa tugasnya untuk menolong. Bersifat amanah dan setia janji. Tidak mudah jemu dan tidak mudah bosan. Bijak menggunakan kata-kata halus dan menyenangkan hati orang lain. Berkebolehan untuk meyakinan individu yang bermasalah. Rasa kasih dan hormat kepada diri sendiri dan orang yang mempunyai masalah. Kaunselor sebagai model. Perhubungan kaunselor klien terjalin atas dasar profesional kaunseling. Keberanian menjalankan proses kaunseling.

Perkara-Perkara Penting Dalam Kaunseling

Fiedler, 1950
Perhubungan yang empati. Perhubungan yang baik. Kaunselor mendengar masalah klien dengan baik. Klien bebas bercakap apa yang dia suka. Ada perasaan percaya mempercayai antara satu sama lain.

Carl Rogers, 1957


Dua manusia yang mempunyai hubungan psikologikal. Peringkat awal klien berkeadaan serba salah, cemas. Kaunselor adalah kongruen dan memberi tindakbalas dalam hubungan. Kaunselor menerima tanpa syarat. Kaunselor empati terhadap klien.

Situasi Kehidupan Yang Memerlukan Kaunseling

Perbualan mengenai kenaikan pangkat seorang pekerja. Masalah emosi seorang pelajar yang mengganggu pelajarannya. Kerisauan tentang pemakanan seorang gadis. Kerisauan seorang pemuda tentang perkauman. Pasangan yang mengadu tentang kegagalan rumahtangga. Kerisauan eksekutif muda tentang pembuangan tenaga pekerja.

Kod etika Kaunselor dan Guru Bimbingan


Seorang kaunselor, dalam menghormati martabat setiap klien memberi kepadanya taat setia. Guru bimbingan menerima tanggungjawab untuk menjaga perhubungannya yang rahsia dengan kliennya. Seorang kaunselor akan menerima sesiapa sahaja yang datang untuk mendapat bantuan daripadanya. Namun begitu dia tidaklah sampai membenarkan permintaan terhadap perkhidmatannya itu boleh mengurangkan kualiti perkhidmatannya .

Seorang kaunselor secara aktif memperkembangkan konsep kaunseling sebagai kerjaya. Beliau cuba mengelakkan mereka yang tidak berkemampuan daripada menjalankan kaunseling. Kaunselor patut mendapat kerjasama dan bantuan daripada kakitangan dan pentadbir lain untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling yang diperlukan oleh sekolah. Jika perlu, kaunselor hendaklah merujuk klien kepada pihak yang sesuai. Jika ini dilakukan, kaunselor perlulah selalu membuat rujukan untuk mempastikan klien tersebut menerima kaunseling berterusan.

Sebagai salah seorang kakitangan sekolah, kaunselor hendaklah menerima tanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain secara umum. Jika tugas tersebut mencampuri tugasnya sebagai kaunselor, kaunselor boleh menolak tugas itu dengan bijaksana. Kaunselor perlu untuk terus berkembang dari segi kerjayanya. Dia hendaklah berusaha menambah pengetahuannya untuk membaiki lagi perhidmatannya. Kaunselor mencari dan mendapat pekerjaan berdasarkan kelayakan.

Kaunselor perlulah mengekal hubungan aktif dalam kumpulan atau kumpulankumpulan profesional yang lain. Kaunselor perlu melibatkan diri secara berterusan dalam penyelidikan untuk pertumbuhan peribadinya atau perkembangan kerjayanya. Kaunselor patut menilai kerja-kerjanya dari semasa ke semasa.

Masalah-Masalah
Sebagai kaunselor seharusnya mengambil tahu masalah-masalah yang mungkin dihadapi yang menghalang perlaksanaan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Walaupun dipercayai guru yang dipertanggungjawabkan sebagai guru bimbingan atau kaunselor mampu menjalankan tugas dengan baik, tidaklah dapat dinafikan kaunselor akan menghadapi pelbagai rintangan dalam melaksanakan tugasnya.

Mengenalpasti

masalah

yang

bakal

dihadapi

dapat

membantu

kaunselor

menghadapi rintangan dengan mudah supaya segala perancangan yang dicadangkan dapat berjalan dengan lancar. Antara masalah yang dihadapi bagi menjalankan program kaunseling di sekolah :

Proses perlantikan
Pada peringkat awal dahulu kuasa melantik guru bimbingan adalah di tangan pengetua sepenuhnya. Sekarang ini kaunselor adalah terdiri dari guru-guru terlatih dalam bidang kaunseling. Ia merupakan jawatan pangkat yang dibayar elaun. Namun demikian jawatankaunselor sepenuh masa ini, tidak dapat dipenuhi di semua sekolah menengah. Jadi kaunselor terlantik atas budi bicara pengetua. Adakalanya terdapat guru yang tidak berminat dengan jawatan kaunselor dan menganggap ia sebagai satu bebanan. Ini menjadikan proses bimbingan dan kanseling tidak dapat berfungsi dengan baik.

Guru-guru bimbingan yang membantu kaunselor juga terdiri dari guru yang tidak terlatih untuk memainkan peranan sebagai kanselor. Jadi mereka menganggap ia merupakan beban tugas kepada mereka, menjadikan tugas yang sepatutnya membantu tidak dilakukan.

Guru Berpengalaman
Holden (1971) mencadangkan pengalaman mengajar harus diambil kira apabila seseorang guru itu hendak dilantik sebagai kaunselor. Lima tahun pengalaman mengajar merupakan satu cadangan yang baik, kecuali guru itu menunjukkan ciri-ciri personaliti yang istimewa dan mempunyai kualiti yang jelas boleh menjadi guru bimbingan yang baik. Masalahnya terdapat sekolah yang memberi tugas guru bimbingan yang membantu kaunselor adalah guru-guru baru. Jadi kaunselor agak bermasalah untuk melantik guru-guru pembantu menyelesaikan masalah pelajar.

Latihan Profesional
Latihan profesional yang berkaitan seperti latihan dalam bimbingan dan kaunseling, komunikasi atau psikologi adalah merupakan asas yang penting untuk memilih guru bimbingan. Ada antara pengetua yang percaya bahawa guru-guru yang berminat boleh dilantik dahulu, kemudian barulah diberi latihan, tetapi latihan mesti ada (Mizan 1987). Jadi guru bimbingan atau pembantu kaunselor sepatutnya mendapat latihan juga. Kaunselor hanya mampu memberi kursus dalaman, ini tidak mencukupi kepada guru-guru pembantu untuk bertindak memberi perkhidmatan kaunseling.

Umur Kaunselor
Ada berbagai-bagai pendapat tentang umur yang sesuai untuk menjadi kaunselor. Mizan (1987) mendapati pengetua sekolah bandar merasakan guru-guru muda dan cergas adalah lebih sesuai untuk menjadi kaunselor. Ini adalah kerana kurangnya jarak umur antara kaunselor dengan pelajar. Keadaan ini membolehkan kaunselor memahami pelajar dengan lebih baik dan mengurangkan jurang antara generasi. Hal ini akan lebih menimbulkan rasa empati, jika jarak umur jauh guru hilang rasa empati kerana rasa ketinggalan dengan dunia remaja ini. 10

Pengetua sekolah luar bandar pula merasakan guru dewasa adalah lebih baik dilantik menjadi kaunselor kerana ia dapat mengganti bapa atau ibu yang diprlukan oleh pelajar. Masalahnya pula akan menjadi penghalang bagi pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dengan ibu bapa mereka sendiri. Keadaan persamaan lingkungan umur antara kaunselor dengan ibu bapa menjadikan berlaku satu reaksi emosi pelajar seolah-olah terasa kaunselor sebagai ibu bapa yang sedang mereka tentang, timbulkan perasaan menolak kaunselor itu.

Etnik
Kumpulan etnik juga harus diambil kira. Walaupun kita telah merdeka lebih 40 tahun, keutuhan budaya bagi setiap etnik itu masih kekal. Banyak perkara yang berlaku dalam kumpulan etnik itu tidak difahami oleh kumpulan etnik yang lain. Oleh itu bagi sekolah-sekolah yang mempunyai pelbagai kaum/etnik, guru-guru pembantu kaunselor yang dilantik haruslah dari ketiga-tiga kumpulan etnik yang besar ini. Perbezaan etnik antara kaunselor dengan pelajar akan menimbulkan masalah perbezaan ruang rujuk yang akan menjejaskan kefahaman dan kurangnya rasa empati di kalangan kaunselor dan pelajar.

Jantina
Walaupun bagi kebanyakan pelajar, jantina guru jarang dipersoalkan. Tetapi, dalam budaya kita, faktor ini harus diambil kira juga. Contohnya, bagi pelajar perempuan terdapat perkara yang agak sulit yang hanya selesa dibincangkan dengan guru perempuan sahaja begitu juga sebaliknya dengan pelajar lelaki. Pelajar tidak mengunjungi kaunselor. Pelajar menganggap kaunselor seperti guru-guru lain. Pelajar sering menganggap guru sering mencari kesalahan atau orang yang perlu dihormati. Jadi mereka tidak mahu pergi ke bilik kaunseling atau berjumpa dengan kaunselor.

11

Kaunselor semestinya mempunyai sikap yang mesra dengan pelajar dan sering mengambil peluang menjelaskan kepada pelajar semasa perhimpunan mingguan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh kaunselor. Kaunselor semestinya merancangkan supaya dirinya dan bilik kaunseling suatu tempat yang mesra dan mudah bagi pelajar. Jika tidak pelajar tetap tidak melayani perkhimatan yang diberikan.

Itulah antara masalah yang dihadapi oleh kaunselor di sekolah. Masalah lain seperti tempat, pengurusan bimbingan dan kanseling di sekolah tidak harus wujud jika kaunselor benar-benar memainkan peranannya di sekolah.

Bilik Bimbingan Dan Kaunseling


Keberkesanan kaunseling bergantung juga pada keadaan dan tempat kaunseling itu dijalankan. Satu temuduga kaunseling tidak boleh dijalankan di bilik guru, di kantin, di bawah pokok ataupun di dalam kelas. Sesi ini mestilah diadakan di suatu tempat yang khas,walaupun tidak istimewa. kaunselor mesti mempastikan terdapat satu bilik khas bagi menjalankan sesi temuduga supaya tugas sebagai kaunselor dapat berperanan sebagai guru bimbingan yang berkesan. Jika masih tidak terdapat bilik bimbingan dan kaunseling kaunselor perlu berbincang dengan pihak pentadbir sekolah bagi menyediakan bilik bimbingan dan kaunseling di sekolah tersebut.

Peringkat proses kaunseling Prasesi


Temujanji Profil klien

12

Membina Hubungan Melayan


Tingkahlaku tanpa lisan yang mesra Menunjukkan keinginan untuk menolong Mendengar isi percakapan klien Mendengar perasaan klien Mendengar erti yang tidak dinyatakan Tidak cepat membuat tanggapan dan penilaian Mendengar dengan telinga, mata dan tubuh badan apa yang ditunjukkan dan dikatakan oleh perkataan dan tingkahlaku klien. Tidak banyak bercakap tetapi lebih cuba banyak mendengar.

Meneroka dan Menganalisis Masalah


Apa masalahnya? Pemikiran tak rasional? Perasaannyakah? Pertentangan antara ideal dengan sebenar. Perlakuannyakah? Pengalaman yang pahit yang mengganggu.

Mengenalpasti Punca Masalah


Mengumpul seberapa banyak maklumat, pilihan daripada klien dan kaunselor. Diri sendiri Orang lain Takdir

13

Mengambil Tindakan
Menghurai alternatif Membincang langkah yang perlu diambil Menentu masa langkah akan diambil Meminta klien menyatakan semula keputusan yang telah dipersetujui Memberi peluang klien mendapat sokongan untuk rujukan dan pertemuan berikutnya.

Penamatan Sesi
Setelah permasalahan dapat diuruskan dan tiada perkara yang tergantung.

Kemahiran Kaunseling

I.

Mendengar Dalam kemahiran mendengar ada 3 aspek iaitu Linguistik, Paralinguistik dan Bahasa Badan.

II.

Memberi maklumat Dalam kemahiran memberi maklumat terdapat Isu Konkrit dan Isu Personal.

III.

Membuat Cadangan Dalam kemahiran memberi cadangan pula kaunselor akan memberi nasihat kepada masalah yang dialaminya. Individu jarang menerima nasihat sehingga mereka merasakan nasihat tersebut adalah tepat. Berlaku pergantungan. Ada individu tidak suka dinasihat. Jika memberi nasihat maka ia akan melemahkan pemikiran orang lain.

14

IV.

Meluahkan Perasaan dan Fikiran Membantu meluahkan secara lisan. Mengemukakan Soalan terbuka dan Soalan tertutup. Akhir sekali membuat refleksi.

V.

Mencabar Kadang-kadang membantu. Apabila klien menyatakan sesuatu yang jelas tidak tepat. "Tidak ada seorang pun dalam organisasi ini yang saya boleh bercakap" Apabila klien terlalu merendahkan dirinya atau sebaliknya. Apabila klien cuba mengelak sesuatu isu. Mencabar perlu disertai dengan sokongan. Mencabar membantu klien membuat pemeriksaan masalahnya. Perlu digunakan dengan berjaga-jaga.

VI.

Menyokong Keseluruhan proses kaunseling adalah memberi sokongan kepada klien. Galakan dan mengambil berat. Klien mengenalpasti dan memilih jalannya sendiri untuk menghadapi masalah. Kaunselor berperanan sebagai teman kepada pengembara.

Matlamat Kaunseling

Mengajar klien bertanggungjawab atas diri sendiri. Membaiki imej diri yang negatif. Mengajar klien menyesuaikan diri dengan keadaan. Mempermudahkan atau menggerakkan tingkahlaku. Menjadi lebih produktif. Mencari dan memupuk sumber dalaman. Mempertingkatkan kemampuan klien membuat keputusan. Membantu menguruskan masalah yang belum selesai.

15

Kemahiran-Kemahiran Menolong

1. KEMAHIRAN MENDENGAR MEMBERI PERHATIAN Kontak mata bersahaja untuk menyatakan mengambil berat, kefahaman, berminat dan mengekalkan perhatian. "Pandanglah saya, saya mendengar anda, saya faham". Jarak yang selesa untuk kedua-dua perlu didapati. Perhati tingkahlaku tanpa lisan klien untuk mendapat tanda-tanda keselesaan. Ambil kira budaya dan agama. Cara duduk yang terbuka dan relaks.

Gerakgeri badan semulajadi yang menyampaikan mesej yang anda maksudkan.

Tingkahlaku

berbahasa

tanpa

gangguan,

soalan

ataupun

topik-topik

baru.

Tindakbalas dengan kenyataan yang empati.

KESANNYA
Menggalakkan klien mencurahkan ide dan perasaan secara bebas. Klien meneroka dirinya cara tersendiri. Klien rasa bertanggungjawab terhadap proses kaunseling. Klien dapat dikawal melalui tingkahlaku memberi perhatian. Klien merasa selesa.

16

Kaunseling Individu
Zuraidah Abdul Rahman (2002) telah mentaktifkan kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan dan perasaan klien. Shertzer & Stone (1974) menegaskan bahawa kaunseling individu sebagai proses interaksi yang memudahkan pemahaman bermakna mengenai diri dan alam sekelilingnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat dan nilai-nilai tingkah laku masa hadapan klien. Kamaruzaman Jamal dalam Abdul Halim Othman (1999) mendefinisikan kaunseling individu sebagai perhubungan antara seorang yang lain dalam mana ia menolong yang lain itu menyelasikan konflik, atau penentangan yang belum diselesaikan. Muhd Mansur Abdullah (1993) mendapati kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, hubungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali dirinya sendiri, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri.

Jenis-jenis Kaunseling
Pendekatan krisis Pendekatan ini mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan daripada kaunselor dan pihak atasan. Pendekatan ini memaksa kaunselor bertindak serta merta kepada krisis yang timbul.

Oleh itu, tujuan pendekatan ini ialah untuk menangguh tindakan agar tidak sampai ke tahap yang kritikal. 17

Pendekatan pemulihan Pendekatan ini memberi fokus kepada kekurangan yang dapat dikenal pasti dari masa ke semasa. Ia juga dijalankan dengan harapan dapat mengubah tingkah laku terhadap masalah yang dialami contohnya, merokok, melawan guru dan ponteng sekolah. Pendekatan pencegahan Pendekatan ini berdasarkan persepsi bahawa satu-satu masalah itu sampai ke tahap krisis usaha dijalankan untuk menghalangnya seperti mengadakan kempen, ceramah atau kem. Pendekatan pengembangan Pendekatan ini adalah satu usaha untuk mengenal pasti kebolehan dan keperluan pelajar di alam persekolahan. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan kurikulum dan kokurikulum diberikan bagi memberikan peluang kepada pelajar untuk mengenali diri mereka dan berkembang. Pendekatan ini amat diutamakan. Bagi bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah seperti berikut : - Perkembangan agama dan moral - Perkembangan psikososial - Perkembangan kognitif dan afektif - Perkembangan fizikal dan seksual - Perkembangan vokasional dan kerjaya

18

Jenis-Jenis Kaunseling Individu Kaunseling Akademik


menyediakan kaunseling dalam usaha membantu klien memilih mata pelajaran yang sejajar dengan minat, keupayaan dan pencapaian mereka. Selain daripada itu, kaunseling akademik juga menyampaikan makluamat mengenai peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tingggi dalam negara ataupun luar negara.

Kaunseling Kerjaya
Kaunseling kerjaya membantu klien mendapatkan maklumat kerjaya yang sejajar dengan minat, bakat, keupayaan dan pencapaian akademik. Menurut Holland dalam Gibson & Mitchell (1981), individu akan memberi persekitaran kerja yang berkaitan dengan minat mereka, kesesuaian pekerjaan dengan minat pekerja yang akan memberi kepuasan yang lebih. Oleh itu, asas kaunseling kerjaya adalah bagi kaunselor kerjaya ialah

mengidentifikasikan kerjaya yang sesuai dengan minat kerjaya. Kaunseling kerjaya juga menolong klien menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya serta mendedahkan kepada klien secara meluas jenis-jenis kerjaya di sektor awam dan sektor swasta. Kaunseling kerjaya juga boleh memberi ingatan dan kesedaran kepada klien bahawa perancangan kerjaya adalah perlu.

Kaunseling pemulihan
(Stone, 2002) menyenaraikan 3 sebab mengapa perlunya kaunseling pemulihan iaitu Kaunselor pemulihan mengandaikan kes-kes klien mempunyai masalah fizikal seperti kecelaruan tingkah laku atau kecacatan. Kaunselor pemulihan bertanggungjawab

menyediakan klien dengan maklumat pendidikan dan rawatan pemulihan. Kejayaan kaunselor pemulihan selalu diukur dengan kejayaan mereka untuk membantu klien mendapatkan pekerjaan. 19

Klien telah mengharapkan kaunselor pemulihan menyediakan perkhidmatan yang luas terutamanya berkaitan dengan kecacatan dan ketidakupayaan memperoleh pekerjaan. Klien mempunyai harapan dan jangkaan yang tinggi terhadap kaunselor.

Kaunseling peribadi
kaunseling peribadai merupakan kaunseling yang meneroka pertumbuhan kendiri klien, membantu klien memahami pelbagai keperluan dan masalah yang berkaitan. Tujuan kaunseling individu adalah untuk membantu klien memperolehi kefahaman sendiri, iaitu membantu klien memperolehi maklumat dan mebentuk sikap celik akal an nilai yang sejajar dengan kehendak masyarakat. Kaunseling individu juga menolong klien berkomunikasi dengan lebih berkesan dan membina perhubungan yang baik dengan anggota-anggota lain. Dalam proses kaunseling individu juga akan membantu klian untuk membuat keputusan yang waras dan bijaksana.

20

Kaunseling Kelompok
Pengenalan Pelbagai jenis kelompok telah dikemukakan sebagai satu pendekatan spesifik bagi menangani masalah yang boleh dirawat melalui kaunseling kelompok. Antaranya ialah Terapi Kelompok Alderian yang telah digunakan oleh Rudolf Dreikus bagi menangani masalah kanak-kanak. Carl Rogers pula telah mengenengahkan Kaunseling Kelompok yang mengguna pendekatan terapi Pemusatan Perseorangan. Albert Ellis dengan kelompok terapinya telah menerapkan Terapi Rasional Emotif Perlakuan. Robert Carkhuff pula menjalankan Latihan Perkembangan Sumber Insan dan Arnold Lazarus menerapkan Teknik Terapi Pelbagai Modal dalam Kelompok Terapi Perlakuan Asas Pengendalian Kelompok. Seorang kaunselor mesti sedar tentang elemen yang mempengaruhi personaliti dalam pengendalian kelompok. Kaunselor mestilah menunjukkan sikap yang bersungguhsungguh semasa menjalankan tugasnya. Sikap penyayang juga dikehendaki agar boleh dicontohi oleh ahli. Kaunselor juga perlu tabah dengan cabaran yang dihadapi semasa mengendalikan kelompok. Ianya berkait dengan pengendalian yang bersifat terbuka dan telus tanpa emosi, pemikiran dan perlakuan yang terselindung. Pembentukan kelompok perlu disediakan secara rasional dan rapi serta perlu selari dengan jenis kelompok yang akan diselenggarakan. Perkara ini mesti difikirkan secara mendalam oleh kaunselor yang mengetuai perjalanan kelompok yang dibentuk itu. Sehubungan itu kejayaan penyelenggaraan kelompok juga akan bergantung kepada keperluan yang dikehendaki oleh bakal ahli yang akan menganggotai kelompok tersebut. Sebagai seorang yang mengetuai kelompok kaunselor mesti dapat menjalinkan kepercayaan dengan semua ahli dalam kelompok tersebut. Cara pengendalian setiap kaunselor atau fasilitator adalah berbeza tetapi perkara yang penting ialah mesti mendapat kerjasama yang erat dan keyakinan daripada semua ahli kelompok ke arah pencapaian

matlamat. Kemungkinan juga wujud ahli yang akan menguji kecekapan kaunselor sebagai fasilitator dan mengajukan pelbagai kerenah yang rumit. 21

Dalam keadaan demikian ketabahan kaunselor akan tercabar dan dia wajar menerapkan segala kemahirannya dengan mengguna pelbagai teknik kaunseling dan perhubungan antara insan. Kemahiran Dalam Mengendalikan Kaunseling Kelompok untuk memimpin sesuatu kumpulan Kaunseling Kelompok memerlukan beberapa kemahiran tertentu supaya matlamat dan tujuan kumpulan itu tercapai. Kaunselor atau fasilitator menjadi penggerak utama dalam perkembangan tiap-tiap ahli dalam kumpulan. Memimpin Kaunseling Kelompok adalah lebih sukar daripada menjadi kaunselor dalam Kaunseling Individu. Kaunselor memerlukan persediaan yang lebih rapi kerana interaksi dalam kumpulan lebih luas dengan bilangan ahli yang ramai dan personaliti yang berbeza-beza. Dengan lain perkataan kaunselor perlu menguasai beberapa kemahiran tertentu. Kemahiran Mengenalpasti, Melabel dan Menjelas Mengenalpasti, melabel, menjelas dan menerangkan kembali maklumat yang telah diberi oleh ahli. Kaunselor perlu memahami maksud yang dinyatakan secara terus atau tidak langsung oleh ahli. Ada tiga jenis maksud yang akan dikeluarkan oleh ahli kelompok iaitu berkenaan dengan perasaan dan emosi, perlakuan dan kognitif. Kaunselor perlu sedar tentang maklumat-maklumat yang kurang jelas pada dirinya dan ahli-ahlinya atau reaksi ahli untuk mengelak dari berbincang tentang hal-hal sensitif berkenaan emosi. Kaunselor akan menggalakkan proses mengenalpasti, menjelas dan menggambarkan kembali perasaan supaya ahli faham dan sedar apa yang sedang berlaku di antara mereka. Jika ahli-ahli dapat melihat dengan jelas peranan kaunselor dalam aspek ini, mereka akan lebih yakin dan percaya kepada proses terapi kumpulannya. Namun kaunselor juga perlu prihatin untuk mempertimbangkan perkara yang perlu dihormati dan tidak wajar diluahkan oleh ahli sebagai klien dalam kelompok bagi menjaga martabat dan kehormatannya, melainkan ahli yang terlibat benar-benar bersetuju dan berani mengambil risiko kesan pada dirinya Corey dan Corey (1977) mengatakan, seseorang

ketua harus dapat bertindak balas secara sensitif dan simpati terhadap setiap individu dalam kelompoknya serta berkomunikasi dengan reaksi ahli-ahlinya.

22

Mereka juga seharusnya menyaksikan kelompok dinamik melalui kemahirankemahirannya memproses interaksi yang kompleks dalam kelompoknya. Seorang ketua kelompok yang berkesan adalah bena-benar diasuh dan dilenturkan mengikut mesej kliennya dan bertindak balas cepat daripada cuma berkata-kata tentang dunia luas sahaja atau tidak fokus. Dalam menguasai kemahiran ini kaunselor harus mempunyai daya memerhati yang kuat serta nampak apa yang sedang berlaku dalam kumpulannya. Pemerhatian yang dibuat haruslah diterangkan kepada ahli-ahli supaya mereka sedar tentang perlakuan dan reaksi mereka dalam kumpulan. Kaunselor tidak dapat menolong ahli mengubah perlakuan jika kaunselor sendiri tidak sedar apa yang berlaku dalam kumpulannya. Kaunselor juga mesti faham tentang budaya berinteraksi antara berlainan jantina dan umur. Kemahiran mendengar Kaunselor memerlukan kemahiran mendengar yang tinggi kerana ini adalah kemahiran yang paling asas dan penting. Mendengar bukan satu kemahiran mudah tetapi perlu mendengar dengan berkesan terutama untuk mendengar maklumat yang dikeluarkan oleh beberapa orang. Dari proses mendengar kaunselor menunjukkan kepada ahli kualiti kaunselor yang berkesan iaitu dengan mendengar dengan teliti apa yang disebutkan oleh ahli dan tidak membuat prejudgemental. Kaunselor seterusnya memberi peluang kepada ahli menceritakan pandangan mereka tanpa mengecil atau mempermainkan mereka. Kaunselor menyatakan semula perasaan ahli dan menunjukkan tanda empati serta menunjukkan minat terhadap pendapat dan pandangan ahli. Menurut Mahler (1969) dan Dinkmeyer (1971) ketua kelompok berinteraksi sesama ahlinya dengan berkongsi pengalaman, perasaan dan pengetahuan. Ia juga membantu penyertaan menjadi lebih rancak, bermoral dan perasaan yang positif, di mana penyertaan ahli-ahli akan mewujudkan penerimaan perasaan ahli oleh ketua itu.

Mewujudkan Suasana Teraputik Kemahiran ini penting terutama dalam masa perbincangan berlaku percanggahan pendapat yang dikeluarkan secara agresif. Akhirnya perselisehan faham atau pergaduhan akan berlaku di antara ahli. Kaunselor harus berhatihati supaya keadaan yang tidak menyenangkan tidak berlaku.

23

Namun kaunselor tidak seharusnya menyekat dan mengenepikan keinginan ahli untuk mengeluarkan pendapat. Suasana tegang tidak dibiarkan dan kaunselor harus masuk campur terutama apabila ahli mula berbelah pihak dan menjadi agresif semasa berinteraksi. Perhatikan sekiranya ada ahli yang menjadi sasaran kumpulan atau tedapat ahli yang menjadi tertekan atau tegang dan kaunselor perlu mewujudkan suasana teraputik dengan mengawal situasi atau mengunakan strategi masuk campur. Strategi ini harus diibuat dengan diplomasi supaya ahli-ahli tidak menjadi ragu-ragu terhadap keberkesanan kaunselor dalam sesi itu. Walau bagaimanapun kaunselor jangan keterlaluan sehingga terlihat terlalu memuji atau mengkritik ahli atau menasihat ahli. Walaupun usaha ini mungkin untuk mententeramkan suasana tetapi ahli-ahli akan menjadi tidak puas hati. Kaunselor harus menjadi penghubung kepada perbincangan supaya setiap ahli dapat mengeluarkan pendapat dan interaksi mereka bertambah meluas. Kemahiran Menghadapi Kesenyapan Kesenyapan mungkin berlaku semasa sesi Kaunseling Kelompok dijalankan dan kaunselor perlu memahami dan bersedia menghadapi keadaan tersebut. Kesenyapan lebih baik daripada ahli berbual kosong dalam kumpulan. Memahami mengapa kesenyapan berlaku dalam kumpulan adalah penting. Ahli-ahli dalam kumpulan tidak biasa bercakap tentang diri mereka. Mereka memerlukan masa untuk berfikir samada mereka telah sedia untuk menghadapi pendedahan diri. Kaunselor harus membebaskan diri dari rasa terdesak dan panik apabila kumpulan menjadi senyap. Strategi yang boleh digunakan ialah mengelakkan diri dari menjadi orang yang mula-mula memecahkan suasana kesenyapan setiap kali dengan bertanya, mengeluarkan komen dan pendapat.

Gunakan masa kesenyapan untuk memerhati gerak laku ahli-ahli seperti rasa bosan, gelisah , cemas, ingin bercakap tetapi takut dan reaksi-reaksi lain lagi. Masa itu digunakan untuk memerhati dan dan mengumpul data tanpa bahasa dari ahli. Sekiranya kaunselor tidak yakin menghadapi kesenyapan mungkin menyebabkan kaunselor mengeluarkan komen yang menjejaskan penerimaan ahli. Kemahiran Berkomunikasi dengan jelas kemahiran berkomunikasi dalam kumpulan sangat penting. 24

Kaunselor perlu memahami tahap pemikiran atau kematangan ahli-ahlinya dan menggunakan bahasa-bahasa yang difahami oleh orang biasa. Menunjukkan diri sebagai seorang yang terlalu intelektual akan menakutkan ahli. Tanda-tanda ahli tidak memahami atau kaunselor mempunyai kemahiran komuikasi yang kurang baik ialah apabila terdapat ahli yang bertanya maksud kata-kata kaunselor berulang-ulang. Jika ini berlaku ahli mungkin enggan bertanya lagi kerana malu, takut atau mungkin bosan dan akhirnya ahli menjadi pengikut tanpa soal jawab. Satu cara yang baik untuk mengatasi keadaan ini ialah dengan mengetahui sedikit bahasa sehari-hari ahli supaya perbincangan tidak menjadi terlalu formal. Elakkan dari bercakap terlalu panjang dan berbelit-belit. Tentangan mata juga adalah sebahagian daripada komunikasi yang menunjukkan anda memberi perhatian dan berminat.

Kemahiran Konfrantasi Kemahiran yang memerlukan ahli-ahli menghadapi persoalan diri sendiri yang mereka secara sedar mengelakkan diri dari menerimanya. Menggunakan teknik ini harus berhati-hati kerana ahli boleh merasa terancam apabila belum bersedia untuk menerima hakikat diri mereka. Kemahiran ini berguna untuk memperbetulkan dalih atau ketidakseimbangan kenyataan atau maklumat yang diberi oleh ahli. Dengan cara ini ahli akan menjadi lebih bertanggungjawab terhadap peranan dan tindakan mereka. Teknik ini berkesan digunakan dalam kumpulan yang telah mencapai kepercayaan dan keyakinan di antara ahli. Masalah timbul kepada kaunselor untuk menggunakan teknik ini kerana budaya dan cara hidup masyarakat khususnya Melayu mengajar bahawa bersemuka dan berterang-terangan adalah tidak sopan dan tidak bertimbang rasa.

Kaunselor dalam masa yang sama harus mengekalkan rasa penerimaan dan rasa hormat daripada ahli. Untuk itu kaunselor perlu mengenal pasti perlakuan-perlakuan yang bercanggah samada dari segi tingkah laku, perasaan dan pemikiran. Percanggahan ini hendaklah dibentangkan supaya ahli nampak dan sedar tetapi tidak sampai menunjukkan rasa menghukum, menyalah atau menuduh. 25

Kemahiran Intervensi
Kemahiran menggunakan teknik menghalang adalah penting kepada kaunselor untuk mengendalikan sesi kelompok. Kaunselor mesti sentiasa sedar untuk perkembangan proses Kaunseling Kelompok menuju matlamat kumpulan seluruhnya. Oleh itu jika dalam proses perkembangan kelompok ahli-ahli memberi maklumat yang tidak berfaedah bagi kumpulan untuk mencapai matlamat, kaunselor perlu menghalang dan mengalihkan kembali perbincangan kepada tajuk yang berkaitan. Teknik ini jika digunakan dari awal pada masa - masa yang sesuai dapat memberi contoh kepada ahli bagaimana berbincang untuk faedah bersama Kaunselor perlu mempunyai keyakinan untuk menghalang atau intervensi apabila berlaku keadaan-keadaan tersebut. Apabila ini berlaku perkembangan kelompok akan terbantut dan menjadi lembab. Kaunselor harus sentiasa sedar hala tuju kelompoknya dan sentiasa menjalankan peranannya.

Kemahiran Meneroka
Kemahiran menggunakan teknik ini adalah untuk mengenalpasti dengan lebih mendalam tentang masalah, peranan dan tindak tanduk mereka. Ahli sebenarnya ragu-ragu untuk meneliti sendiri perlakuan mereka tanpa bimbingan aktif dari kaunselor. Namun kaunselor jangan memaksa ahli memberi respon sebaliknya memberi kebenaran kepada ahli mendiamkan diri jika dilihat ahli merasa terancam. Teknik ini perlu digunakan dengan diplomasi supaya ahli tidak menganggap kaunselor busy body . Kaunselor boleh

mengemukakan soalan-soalan terbuka dan tertutup. Sebutkan nama mereka ketika memberi respon.

26

Peranan Kaunselor
Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab dalam usaha mengembangkan segala potensi yang ada pada seseorang pelajar itu semasa dia di sekolah. Di sekolah bimbingan dan kaunseling merupakan satu tanggungjawab yang besar yang perlu dimain peranan oleh seseorang kaunselor. Setiap rancangan pendidikan seharusnya beroperasi dengan andaian bahawa setiap penuntut mestilah berusaha untuk mencapai perkembangan peribadi yang maksimum. Perkhidmatan pendidikan mestilah mengiktiraf matlamatmatlamat peribadi setiap pelajar dan menolong mereka membuat rumusan dengan jelas dan realistik. Dalam usaha memenuhi hak-hak pelajar itu, mereka yang terlibat mungkn akan menghadapi beberapa masalah dan halangan.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang merupakan aktiviti yang tersusun akan menolong pelajar meneliti, menilai dan memilih matlamat peribadi yang realistik serta memastikan mencapai matlamat yang mereka perlukan. Sebagai seorang kaunselor, ia berperanan menyelaras semua aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan disokong bantu oleh aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia yang dicatatkan dalam buku Panduan Perlaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah ada menggariskan beberapa prinsip.

Antaranya, bimbingan dan kaunseling adalah merupakan proses pendidikan, iaitu proses yang dirancang dan berterusan. Para pelajar didik mempelajari pengalaman, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sesuai dengan masyarakat majmuk di Malaysia. Perkhidmatan yang diberi kepada semua pelajar bagi mendapatkan peluang pertolongan khidmat bimbingan ini tanpa mengira bangsa dan agama. Mereka berhak mendapat pertolongan ini apabila mereka perlu terutama dalam masa-masa menuju proses perkembangannya. Mereka dilayan untuk perkembangan potensi dan kebolehannya supaya berkembang dengan kadar yang sepatutnya mengikut tahap-tahap dan perkembangannya. 27

Para pelajar akan dibantu memahami dirinya, diri orang lain dengan mendalam dan menerokai tujuan hidupnya. Di samping menolong mereka memilih serta merancangkan hidupnya dengan berkesan dengan berorientasikan masa depan dan masa kini. Oleh itu pelajar akan tegas diri, boleh menyesuaikan diri serta memahami implikasi tindak-tanduknya masa kini dan masa hadapan. Para pelajar diharap akan menyedari kelemahannya dan kemudian dibantu mengukuhkan kekuatan-kekuatan kendirinya melalui aktiviti pencegahan.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah menjadi tugas bersama terutama semasa melaksanakan program dan aktiviti bimbingan di sekolah. Para guru, pihak sekolah, ibu bapa, dan rakan-rakan sebaya patut berkerjasama. Maklumat yang banyak perlu disebarkan kepada pelajar. Justeru itu kaunselor hendaklah mengenali diri pelajarnya dari memahami pelajar itu secara menyeluruh.

Beberapa perkara yang perlu dikaji sebagai persediaan awal saya menghadapi tugas sebagai kaunselor di sekolah menengah seperti populasi di sekolah, perkembangan sedia ada kaunseling di sekolah berkenaan, masalah-masalah terdapat di sekolah, apakah peranan yang boleh mainkan sebagai seorang kaunselor dan kesan kehadirannya sebagai kaunselor di sekolah tersebut.

Populasi

Dari segi populasi warga sekolah menengah biasanya terdiri antara 800 hingga 2000 orang pelajar. Bagi sekolah menengah gred A mempunyai pelajar lebih 1200 orang, 80 orang guru dan 10 orang kakitangan. Sementara sekolah menengah gred B pula pelajar dalam lingkungan 800 orang hingga 1200 orang, guru 40 orang dan staf 6 orang. Pelajar sekolah menengah terdiri dari pelajar yang meningkat remaja dari umur 13 hingga 19 tahun. Sekolah harian biasa atau asrama penuh biasa mempunyai pelajar kedua jantina. 28

Sekolah campuran atau satu jantina sahaja mempunyai permasalahan tersendiri yang perlu diselesaikan oleh seseorang kaunselor. Ini merupakan cabaran kepada kaunselor kerana pelajar sekolah menengah ini merupakan pelajar remaja yang mengalami perubahan psikologi yang mendadak menuju alam kedewasaan. Pelbagai masalah wujud di kalangan pelajar, guru dan staff di sekolah menjadikan kaunselor perlu berperanan sebagai orang tengah dan pencipta keharmonian di sekolah.

Perkembangan Semasa Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah

Langkah awal kaunselor ialah mempastikan bimbingan dan kaunseling telah berjalan di sekolah. Perlaksanaan bimbingan dan kaunseling telah berjalan atau belum, kemudahan bilik kaunseling, guru-guru kaunseling, jawatankuasa bimbingan dan kaunseling, pembimbingan rakan sebaya dan tahap pengetahuan mengenai bimbingan dan kaunseling di sekolah tersebut. Selalunya di sekolah menengah, bimbingan dan kaunseling sedia wujud tetapi cuma pengurusan adakalanya tidak sempurna kerana ketiadaan kaunselor yang berkelayakan.

Mengenalpasti Masalah-Masalah Yang Wujud

Kaunselor juga harus mengkaji masalah-masalah yang terdapat di sekolah supaya program kaunseling yang diatur memberi manfaat kepada warga sekolah dan masyarakat sekitar. Perancangan sesuatu program merupakan satu proses menentukan keperluan penerima. Di sekolah keutamaan hendaklah diberi kepada usaha-usaha memenuhi keperluan pelajar, disamping keperluan mereka yang mempunyai keperluan penting dalam masyarakat sekolah.

29

Untuk itu saya perlu mempunyai maklumat yang lengkap supaya program yang saya atur benar-benar berkesan. Pengumpulan maklumat Penganalisisan maklumat perlu bagi dan penentuan jenis keperluan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Sumber maklumat seperti kad 001 (M), surat pekeliling pentadbiran dan polisi kerajaan, profil guru-guru, inventori kemudahan sekolah, bahan-bahan bacaan dan rujukan, pakar rujuk dan kejadian yang berlaku di sekitar. Maklumat dikumpul secara pemerhatian, rujukan, tinjauankeperluan meninjau pendapat Pengetua, guru, pakar-pakar perancangan pendidikan, ibubapa dan pelajar.

30

Peringkat-peringkat Kaunseling
Kaunselor boleh membahagikan proses kaunseling kepada beberapa fasa sewaktu melaksanakan sesi kaunseling (Brammer, 1973). Setiap fasa ini pula mengandungi beberapa peringkat serta langkah tertentu. Fasa-fasa yang perlu dilalui tersebut adalah seperti berikut:

Sebelum proses kaunseling (Pering kat pra-persediaan) Pra-persediaan


Dalam peringkat ini perkara-perkara yang perlu dilihat oleh seseorang kaunselor ialah mengkaji latar belakang klien. Segala maklumat peribadi klien perlu dikumpul secara teratur dan sistematik untuk memudahkan kaunselor tersebut memaliami persoalan sebenar kliennya.

Di tahap ini kaunselor tersebut perlu membentuk hubungan dan seterusnya memberikan pertolongan. Pada awal sesi, kaunselor tersebut haruslah menjadikan klien lebih selesa. Kaunselor tersebut perlu menyatakan tujuan pertemuan dengan jelas dan menekankan baliawa dirinya (kaunselor) sentiasa prihatin dan bersedia membantu setakat yang terdaya. Dua komponen penting yang perlu diambilkira ditahap ini ialah:

Tempat Sesi Kaunseling


Sebelum memulakan sesi , kaunselor haruslah memikirkan dan menyediakan tempat serta menentukan masa yang sesui untuk berbincang tanpa banyak gangguan. Tempat yang selesa dan menarik akan menggalakkan klien tersebut merasa selesa untuk menghadiri sesi kaunseling tersebut dan seterusnya dapat diadakan dengan jayanya.

31

Tahap Kemampuan Kaunselor dan Klien. Sebelum memulakan sesi kaunseling seseorang perlu mengambil kira tahap kemampuan sama ada dirinya sendiri mahupun klien. Kaunselor yang kelihatan letih akan menimbullkan rasa kurang yakin di kalangan klien terhadap kaunselor. Selain dari itu, kaunselor harus peka akan tahap kemampuan klien. Akan terdapat juga keadaan di mana klien juga mungkin kelihatan lemah, letih dan malas untuk bekerjasama.

Dengan itu, tahap kemampuan kedua-dua pihak ini harus dititikberatkan sebelum memulakan sesuatu sesi kaunseling agar proses kaunseling dapat dijalankan dengan lancar. Apabila kaunselor dan klien masing-masing bersedia untuk memulakan proses kaunseling, persetujuan antara kedua-dua pihak bagi memulakan proses kaunseling mestilah dipersetujui. Blocher (1 966) menganggap persetujuan ini sebagai satu kontrak antara kaunselor dan kliennya serta sebagai tanda permulaan sesuatu proses kaunseling. Persetujuan antara kontrak ini akan berubah pada bila-bila masa mengikut kehendak dan keadaan klien itu sendiri.

Semasa Proses Kaunseling


Setelah memastikan peringkat pra-persediaan berjalan dengan lancar, perkhidmatan kaunselor boleh memasuki fasa kedua "semasa proseskaunseling". Dalam fasa ini, beberapa peringkat terlibat iaitu peringkat penyediaan dan kemasukan, penetapan, penstrukturan, perhubungan,penerokaan, pengukuhan dan perancangan.

32

(i)

Peringkat Penyediaan dan Kemasukan Di tahap ini, temubual secara minima antara kaunselor dan klien akan berlaku.

Sewaktu memulakan temubual, seseorang kaunselor itu hendaklah menggunakan soalansoalan yang tidak menakutkan serta mempamerkan perlakuan yang membantu umpamanya perbuatan pertentangan mata dan kedudukan tubuh badan kaunselor tersebut hendaklah disesuaikan. Jarak kedudukan antara kaunselor dan klien juga perlu diberi perhatian bagi memudahkan proses komunikasi. Selain daripada itu, kedaan tempat juga merupakan satu perkara yang penting dalam permulaan hubungan antara klien - kaunselor. Ini amat penting kerana suasana bilik yang tenang akan memberansangkan serta menggalakkan klien untuk meluahkan perasaannya.

(ii) Peringkat Penetapan Penjelasan


Pada peringkat ini, kaunselor akan cuba mendapatkan gambaran yang jelas tentang persoalan serta permasalahan yang dihadapi oleh klien serta menentukan mastlamat

kaunseling yang diperlukan mengikut kehendak klien. Biasanya dua cara boleh dilakukan iaitu jika klien mudah bercakap dan meluahkan segala isi hatinya, kaunselor akan terus mendorong klien tersebut untuk terus bercerita. Jika klien tersebut sukar untuk bercerita, maka kaunselor hendaklah bijak mengemukakan soalan-soalan yang terbuka agar menggalakkan klien tersebut untuk bercerita. Kaunselor hendaklah mengelakkan pendekatan 'soal-selidik' dikemukakan kepada klien kerana ini akan menyebabkan klien tersebut berasa terancam atau takut. Kaunselor haruslah mahir menggunakan pendekatan psikologi yang boleh menimbulkan suasana. selesa, sayang, hormat dan terbuka. Kaunselor juga hendaklah menujukkan sifatsifat sebagai pendengar yang baik dan kritikal serta membantu klien jika menghadapi keadaan tersekat-sekat sewaktu meluahkan pengalaman dan perasaannya.

33

Kaunselor haruslah juga dapat menggalakkan klien menghurai dan menentukan pernyataannya tentang bentuk dan jenis pertolongan yang dikehendakinya. Di tahap ini, kaunselor juga harus menghormati dan menentukan siapa yang sebenarnya sedang menghadapi permasalahan tersebut iaitu sama ada diri klien sendiri ataupun melibatkan orang lain. Pengetahuan dan kemahiran ini arnat penting bagi membantu rnerangka alternatif ke arah penyelesaian. Pada peringkat ini, kaunselor sepatutnya sudah dapat merangkakan ketetapan untuk melihat matlamat klien. Kaunselor juga sudah boleh mencungkil kehendak sebenar klien.

(iii) Peringkat Penstrukturan


Di peringkat ini, kaunselor dan klien akan menetapkan sama ada perhubungan mereka itu boleh diteruskan atau tidak. Kaunselor harus menilai dirinya sendiri sama ada beliau berkemahiran membantu klien, memenuhi harapan, berasa selesa dengan klien tersebut dan perlu atau tidak mengadakan kontrak kaunseling dengan klien. Bagi pihak klien juga sudah dapat menentukan sama ada kaunselor tersebut boleh dipercayai atau tidak

dan bersediakah ia melibatkan diri serta menerima syarat-syarat yang dikenakan oleh kaunselor nanti.

Tahap penstrukturan ini akan rnenentukan sifat, batasan dan matlamat perhubungan menolong. Kaunselor boleh memberitahu klien langkah-langkah yang akan diambil bagi menyedarkannya arah yang sedang ditujui. Kontrak kaunseling akan dibuat pada peringkat ini iaitu persetujuan ancara kaunselor dan klien bagi berusaha mencapai matlamat yang di tentukan serta bertanggung jawab untuk menepatinya. Dengan adanya kontrak ini, klien akan merasa lebih komited menjalankan sesuatu tindakan untuk rnencapai matlamatmatlamat yang ditetapkan.

34

(iv) Peringkat Perhubungan


Di peringkat ini, matlamat utarna kaunseling ialah untuk mengeratkan hubungan. Ia memerlukan masa untuk menerima kaunselor atau sebaliknya. Ekspresi wajah timbul dari penglahiran rasa hati, emosi, fikiran, penilaian dan keadaan diri individu juga perlu diambilkira. Dalam sesi kaunseling, ekspresi wajah dapat mem bantu menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, amat penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien.

Cara Duduk Dalam Kaunseling Cara duduk boleh menggambarkan penerimaan kita terhadap orang lain. Seseorang yang bersifat terbuka dan mesra akan duduk condong sedikit ke arah orang yang bercakap dengannya.

Senyuman

Senyuman merupakan unsur penting dalam sesi kaunseling terutama sekali di peringkat awal sesi tersebut. Ini adalah kerana senyuman bertindak sebagai penjalin hubungan yang baik antara kaunselor dengan klien. Lazimnya senyuman kaunselor boleh meredakan ketegangan emosi di pihak klien. Senyuman juga harus diberikan mengikut kesesuaian dalam sesi kaunseling. Sekiranya senyuman tidak bersesuaian akan mengakibatkan kesilapan interpretasi di kalangan klien. Senyuman klien juga harus difahami oleh kaunselor. Klien mungkin tersenyum untuk menutup rasa takut, risau, keliru atau keadaan serba salah. Terdapat juga klien yang senyum kerana ingin mengejek, sedih atau gembira. Kepekaan kaunselor melihat senyuman ini sangat penting untuk memastikan sesi kaunseling yang dijalankan itu sesuai dan menepati matlamatnya.

35

Nada Suara Nada suara selalunya membawa bersama emosi yang terkandung dalam sesuatu perkataan atau ayat. Sesuatu perkataan yang disebut dengan nada yang berbeza akan membawa erti yang berbeza. Oleh itu, adalah penting bagi kaunselor mendengar dan memahami nada suara tersebut kerana ia akan memberi peluang kepadanya untuk memahami emosi klien seperti nada tegang, geram, pemarah, sedih, tidak bermaya, merungut dan sebagainya.

(v) Peringkat Penerokaan


Pada peringkat ini, seseorang kaunselor akan semakin mengenali kliennya terutamanya matlamat dan juga strategi yang bakal diambil untuk membantu kliennya. Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh kaunselor di peringkat ini ialah terus mewujudkan dan mengeratkan hubungan agar perasaan yakin, percaya dan selamat timbul di pihak klien terhadap kaunselor. Klien diwaktu ini digalakkan untuk meneroka masalah dan perasaannya bagi mencapai kesedaran kendiri.

Kaunselor boleh memutuskan sama ada meneruskan hubungan sesi kaunseling ini atau menghentikannya atas sebab-sebab tertentu. Kaunselor boleh memberi panduan kepada klien tentang kemahiran-kemahiran yang perlu bagi mencapai matlamatnya. Kaunselor boleh memberikan aktiviti "kerja rumah" untuk klien bagi membolehkannya mencapai matlamat. Pada tahap ini, kaunselor harus lebih bersifat aktif, tegas dan cergas dalam tindakannya. Kaunselor seharusnya semakin jelas tentang apa yang diperlukan oleh kliennya. Kaunselor juga perlu menggunakan segala kemahirannya untuk meneroka persoalan klien. Menurut Eisenberg dan Delaney, peringkat ini merupakan proses berlakunya komunikasi yang didorong oleh keikhlasan dan kejujuran serta berterus-terang terhadap peranan se benar yang hendak di bincangkan antara kedua-dua pihak. Segala perasaan tidak logik, tidak rasional sama ada dalam diri kaunselor atau klien mestilah dikikis dan dihindari segera supaya tidak menganggu pencapaian matlamat sebenarnya.

36

Perhubungan yang erat sangat penting untuk menimbulkan keyakinan di kalangan klien sehingga klien dapat berasa bebas, selamat dan selesa serta terbuka dan bersedia berkongsi perasaan dan masalahnya dengan kaunselor.

(vi) Peringkat Pengukuhan


Pada peringkat pengukuhan ini, klien akan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang perasaannya serta menentukan pilihan-pilihan yang boleh diambil olehnya. Kemahirankemahiran baru juga perlu diamalkan. Klien seharusnya telah benar-benar melibatkan dirinya secara langsung dan secara aktif di peringkat ini. Seboleh-bolehnya, sesuatu pilihan telah dibuat, diterima dan diyakinkan serta disepadukan mengikut proses-proses yang telah dipersetu jui.

(vii) Peringkat Perancangan

Peringkat perancangan merupakan satu peringkat ketetapan dan kata muktamad kepada rancangan tindakan yang khusus. Kaunselor seboleh-bolehnya menolong kliennya merancang strategi-strategi yang hendak diambil termasuk langkah-langkah pelaksanaan strategi tersebut. Peringkat ini lebih merupakan peringkat memperjelaskan matlamat yang diharapkan oleh klien\ dan menyesuaikannya dengan tindakan yang bakal diambil. Di tahap ini, proses perancangan sudah hampir kepada tahap penyelesaian.

Peringkat Penamatan
Peringkat ini merupakan tahap pencapaian keputusan. Lazirnnya satu penamatan sesi dicapai melalui persetujuan pihak kaunselor dengan klien. Di peringkat ini hasil atau pencapaian klien akan dirumuskan. Jika masih terdapat matlamat-matlamat yang tidak tercapai, maka sebab sebabnya haruslah dikenalpasti. Di peringkat ini pihak klien seharusnya sudah berpuas hati dengan proses kaunseling. Sebaliknya jika ia tidak mahu meneruskan sesinya maka klien tersebut bolehlah merujuk kepada kaunselor atau pakarpakar lain. 37

Penamatan juga boleh berlaku jika kaunselor mendapati klien tidak rnahu bekerjasama,tidak mahu berubah atau pun atas permintaan klien sendiri. Dapatlah dirurnuskan bahawa peringkat penamatan ini merupakan peringkt penilaian kaunselor terhadap keberkesanannya strategi atau teknik yang telah diaplikasikan terhadap kliennya. Sebaliknya, jika tidak berkesan mungkin sesi dan tindakan susulan akan di terus kan. Walaupun proses kaunseling sudah ditamatkan, ini tidak bererti hubungan antara keduaduanya akan terputus langsung. Sebaik-baiknya adalah digalakkan supaya kaunselor mengikuti perkernbangan klien yang pernah dibantunya.

38

Aminah Hashim dan Arthur P. Lloyd, Bimbingan dan Kaunseling Dalam Pendidikan, Federal Publications, Kuala Lumpur. 1995

Aminah Hashim dan Arthur P. Lloyd, Bimbingan dan Kaunseling Di Malaysia, Dewan Bahasa dn Pustaka, Kuala Lumpur. 1992 Aminah Hashim dan Arthur P. Lloyd, Bimbingan dan Kaunseling Dalam Pendidikan, Federal Publications, Kuala Lumpur. 1995 Gerald Corey, Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy, Brooks/ Cole Publishing Company, California. 1986 Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Pelaksanaan Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah, Cerdik Publication Sdn Bhd, Selangor.2003 Muhd Mansur Abdullah, Kaunseling Teori, Proses dan Kaedah, Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur. 1993 Othman Mohamad, Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan Dalam Kaunseling, Universiti Putra Malaysia, Selangor. 2000 Robert D. Myrick, Bimbingan dan Kaunseling Perkembangan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2001 Zuraidah Abdul Rahman, Pengenalan Kaunseling Kelompok IBS Buku Sdn Bhd, Selangor. 1996

39

Anda mungkin juga menyukai