Anda di halaman 1dari 8

Tajuk Kajian :

Meningkatkan kemahiran Operasi Tambah 1 digit dengan 1 digit dalam lingkungan 10 menggunakan Jalinan Manik

Mohamad Firdaus Bin Rashid 880729 09 - 5103 PISMP Ambilan Januari 2010 Pendidikan Khas (Bahasa Melayu / Pendidikan Jasmani)

1.0

PENDAHULUAN.

Matematik dijadikan salah satu matapelajaran teras di semua sekolah seantero dunia. Pembelajaran Matematik bertujuan memberi peluang kepada murid untuk melaksanakan tugasan kreatif berbentuk penaakulan logik, visualisasi ruang, analisis serta pemikiran abstrak (Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 2010). Sebenarnya, matlamat-matlamat ini hanya akan tercapai dengan cemerlang sekiranya guru sebagai agen perubahan menunjukkan etika yang komited dalam mengimplementasikan kurikulum Matematik secara berkualiti. Secara umumnya, Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran telah disediakan bagi membantu murid mengatasi masalah kelemahan khusus dalam pembelajaran terutamanya dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira ( 3 M ). Murid-murid bermasalah pembelajaran ini telah dikesan mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran operasi asas dalam Matematik. Sempena pelaksanaan kajian tindakan, saya telah merencanakan satu kaedah atau teknik yang baharu dan lebih menarik minat murid dalam mereka untuk menguasai kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 18. Saya telah bercadang untuk akan menggunakan Jalinan Manik bagi meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10 di kalangan murid bermasalah pembelajaran secara spontan.

1.1

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu.

Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran adalah merupakan subjek Major saya dalam menjalani praktikum fasa 3 di salah sebuah sekolah rendah di dalam daerah Kubang Pasu. Saya sebagai guru Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran telah diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek Bahasa Melayu dan Matematik Pendidikan Khas. Sewaktu memulakan sesi praktikum fasa 3, saya telah melaksanakan suatu temubual tidak berstruktur telah dijalankan bersama guru pembimbing dan didapati tahap pembelajaran murid adalah di Kemahiran 5.0 Operasi Tambah dalam Lingkungan 20. Seterusnya, saya menyoal beberapa soalan tentang Fakta Asas Matematik kepada murid-murid tersebut secara lisan. Murid-murid didapati mahir mengecam nombor tetapi melakukan beberapa kecuaian ketika membilang. Ketidakfahaman konsep sifar, dan kurang yakin dengan jawapan yang telah dinyatakannya secara spontan. Natijahnya, hampir kesemua jawapan mereka adalah salah dan kenyataan ini membuktikan bahawa murid masih belum memiliki kecekapan dalam kemahiran tersebut. Senario sebegini tidak seharusnya berlaku kepada murid Pendidikan Khas kerana ia akan menyukarkan mereka menambah nombor-nombor yang lebih besar nilainya nanti. Jadi, saya merancang untuk membina dan mentadbir satu Ujian Diagnostik Matematik Kemahiran 5.0 kepada semua murid tersebut. Kemahiran-kemahiran yang terlibat ialah menyusun nombor mengikut urutan,

menulis ayat matematik, melengkapkan ayat matematik, dan menambah satu digit dengan satu digit secara spontan. Dapatan analisis daripada Ujian Diagnostik Matematik Kemahiran 5.0 itu membuktikan bahawa murid-murid Pendidikan Khas ini sangat lemah dalam menambah satu digit dengan satu digit secara spontan. Murid juga memerlukan peruntukan masa yang banyak bagi menyelesaikan soalan-soalan yang diberikan. Persoalannya, apakah inisiatif terbaik dalam mengatasi permasalahan yang ketara ini? Keadaan ini mungkin berpunca daripada amalan pembelajaran matematik yang lebih menekankan latihan tanpa

mengetengahkan konsep-konsep operasi tambah. Saya berusaha mengenali keempat-empat murid itu secara kritis melalui bukti-bukti sedia ada, termasuklah Portfolio Peribadi Murid, Fail Lembaran Kerja serta temubual tidak berstruktur bersama-sama Guru Matematik Pendidikan Khas. Murid-murid ini sebenarnya tidak melepasi Ujian Saringan Peringkat Sekolah serta Ujian Diagnostik yang telah ditadbirkan sebelum ini. Keadaan inilah yang melayakkan pencalonan murid ini ke dalam kelas Pendidikan Khas. Jadi, saya dengan drastik melaksanakan kajian literatur daripada pelbagai sumber ilmiah bagi mengenal pasti intervensi yang relevan dalam meningkatkan penguasaan konsep operasi tambah dalam kalangan murid Pendidika Khas di daerah ini.

1.2

Pengumpulan Data Awal

Di sekolah, tahap keputusan dalam pembelajaran 4 orang murid yang dinyatakan di dalam mata pelajaran Matematik memang berada pada tahap yang tidak memuaskan. Kebiasaannya, mereka gagal dalam melengkapkan soalan operasi tambah1 digit dengan 1 digit Matematik yang diberikan oleh guru secara spontan berbanding dengan murid-murid yang lain. Hasil tinjauan dibuat dan menunjukkan bahawa murid tidak menumpukan perhatian sepenuhnya dalam kelas semasa interaksi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dibuat. Sedikit gangguan sahaja seperti murid-murid lain yang bercakap-cakap atau bergelak ketawa dapat menarik perhatian murid daripada pembelajaran. Maka, keempat-empat orang murid ini tadi ketimggalan dalam pembelajarannya dengan prestasi yang tidak memuaskan dalam pencapaian akademiknya. Pengumpulan data awal juga dikumpulkan dengan pemberian lembaran kerja dan semakan, analisis tugasan murid. Jelas, hasil analisis dan semakan tugasan menunjukkanmurid tidak dapat menguasai kemahiran operasi tambah yang melibatkan 1 digit dengan 1 digit dalam lingkungan 10. Murid menggunakan masa yang panjang dan tersekat pada muka surat lembaran kerja yang sama semasa diberi lembaran kerja. Saya juga ada mengadakan sesi temubual serta perbincangan dengan guru Matematik bagi keempat-empat murid terbabit. Hasilnya, didapati kelemahan yang sama juga yang ditimbulkan oleh guru Matematik semasa sesi

perbincangan. Oleh hal yang demikian, bertambahlah keyakinan saya bahawa murid-murid berkenaan menghadapi masalah dalam menambah nombor 1 digit dengan 1 digit dalam lingkungan 10.

2.0 2.1

FOKUS KAJIAN Huraian Fokus Kajian.

Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lepas, walaupun saya telah mengesan beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid Bermasalah Pembelajaran ini dalam subjek Matematik, namun saya akan fokuskan kajian ini hanya kepada masalah penguasaan opersai tambah1 digit dengan 1 digit sahaja. Ini adalah kerana penguasaan Operasi Tambah adalah tunjang utama dalam Matematik sebelum murid dapat menguasai operasi-opersai yang lain. Justeru, ekoran daripada masalah ini saya telah mengambil inisiatif bagi menjalankan penyelidikan tindakan terhadap masalah yang dihadapi oleh subjek agar masalah ini dapat diatasi segera. Saya telah menjalankan penyelidikan tindakan melalui penggunaan Jalinan Manik dalam meningkatkan penguasaan murid menambah nombor 1 digit dengan 1 digit dalam lingkungan sepuluh di kalangan murid-murid Pendidikan Khas.

2.2

Tindakan / Intervensi.

Bagi mendapat maklumat awal berkenaan masalah yang dikaji, saya akan membuat tinjauan melalui temubual, pemerhatian dan semakan atau analisis tugasan murid. Seterusnya, untuk intervensi yang saya jalankan pula akan saya mulakan dengan aktiviti pertama iaitu pengenalan terhadap rumah nilai tempat bagi soalan operasi tambah dalam Matematik. Aktiviti ini menggunakan Jalinan Nombor pada dekak-dekak yang telah dilabelkan secara ayat Matematik. Bagi aktiviti kedua, murid dikehendaki untuk menterbalikkan dekakdekak yang telah diubahsuai oleh saya. Kemudian, murid perlu

menyebutkannya dengan mulut secara format sebutan ayat Matematik. Melalui aktiviti ini murid telah meningkatkan konsep mereka terhadap konsep operasi tambah. Aktiviti yang berikutnya pula, murid memasukkan manik di dalam dekak-dekak mengikut jumlah yang telah dlihat dan disebut di dalam aktiviti yang sebelumnya. Untuk aktiviti intervensi yang ketiga murid dikehendaki untuk mengambil dan mengumpul kesemua manik pada dekak-dekak. Manik-manik yang telah diambil tadi dikumpul pada satu ruangan bekas yang disediakan.

Kemudian, murid kira jumlah manik-manik yang ada di dalam bekas tersebut dan sebutkan pada guru. Aktiviti yang keempat, murid diminta untuk menjawab soalan operasi tambah yang ditulis guru pada kad manila. Murid akan menjawab dengan melekatkan manik-manik pada kad manila yang mengandungi soalan operasi tambah nombor 1 digit dengan1 digit yang ditulis secara ayat Matematik.

3.0

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

3.1

Objektif Kajian

Objektif kajian adalah untuk meningkatkan tahap kemahiran murid dalam menyelesaikan soalan operasi tambah melibatkan 1 digit dengan 1 digit dalam lingkungan 20 dengan menggunakan teknik Jalinan Manik. 3.2 Soalan Kajian.

Soalan kajian saya adalah

Anda mungkin juga menyukai