Anda di halaman 1dari 37

Asas Grafik

1. Apa itu grafik??


Bahan yang mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui kombinasi lukisan, lakaran, contengan, perkataan, simbol dan gambar

Gambaran bukan fotografi, dua dimensi yang digubah dan dicipta khusus untuk menyampaikan mesej, fakta atau pandangan kepada para pelajar atau kumpulan sasaran tertentu.

Prinsip Asas Grafik


Kejayaan sesuatu bahan bantu mengajar bukan unjuran lazimnya bergantung kepada kualiti dan keberkesanan hasil seni atau bahan grafik yang digunakan. Visual yang banyak menggunakan grafik seperti carta, graf, gambarajah, poster, kartun, lutsinar dan lain-lain bahan bantu mengajar.

2. Reka Bentuk Visual


Visual ialah Alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis.

Konsep & Fungsi Visual


Fotografik

Visual

Grafik

Menyerupai sesuatu subjek/situasi sebenar.

Elektronik

Visual Analogik
(Simbol mewakili konsep)

Visual Organisasi
(Carta alir, graf, & peta)

Konsep & Fungsi Visual

Mudah, jelas dibaca & difahami.

Mesej dapat ditafsir.

Ciri-ciri
Mendorong interaksi. Memfokuskan perhatian.

Elemen Reka Bentuk Visual

Elemen grafik bermakna bahan-bahan asas yang digunakan untuk membentuk sesuatu komposisi visual.
Elemen Grafik terdiri daripada: i. Ruang ( Space ) ii. Garis ( Line ) iii. Permukaan ( Surface ) iv. Bentuk tiga dimensi ( Form ) v. Bentuk dua dimensi ( Shape )

Ruang
Ruang adalah keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual, sama ada sebesar kertas A4, kertas manila mahupun seluas padang bola. Ruang terbahagi kepada dua jenis: Ruang Positif ruang yang digunakan. Ruang Negatif ruang yang kosong.
Ruang negatif

Ruang positif

Garisan (Line)
Satu elemen yang paling ringkas dan amat mustahak. Tanpanya tidak akan wujud gambaran objek, manusia, suasana dll. Bentuk 2D (cth: lakaran pensel) dan 3D (cth: piramid) Fungsi: 1. Menunjukkan pergerakan / arah 2. Suasana aman / ganas 3. Menggambarkan kemegahan 4. Menggambarkan kekusutan 5. Melukis objek / benda 6. Menghubungkan satu-satu elemen

Permukaan (Surface)
Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan tekstur. Permukaan yang kasar atau licin akan memberi kesan ke atas rupa garisan yang dibuat di atasnya.

Warna: garisan pada papan hijau kurang jelas berbanding garisan pada papan putih Tekstur: permukaan yang kasar memberi kesan yang kasar berbanding permukaan licin.

Bentuk 2D (Shape)
Bentuk dua dimensi mempunyai hanya dimensi panjang dan lebar seperti sekeping kertas.

3 jenis bentuk 2D

Geometri

Abstrak

Bentuk Gambaran

Bentuk 3D ( Form )
Bentuk tiga dimensi mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Ia boleh didapati dalam dua kategori: 3D Sebenar:

3D Tiruan: kelihatan seolah-olah mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi atau tebal

Simplisiti

Pola

Dominan

PRINSIP REKA BENTUK VISUAL


Harmoni Seimbang

Variasi

Prinsip Rekabentuk Grafik


1. Simplisiti sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. 2. Dominan Pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya.

3.Pola Pola atau corak berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual.

Prinsip Rekabentuk Grafik


4.Seimbang Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. Dengan cara ini, mata rasa selesa memandang.

5.Variasi Elemen-elemen yang digunakan dalam sesuatu komposisi seharusnya menimbulkan perasaan seolah-olah visual itu hidup dan bergerak

6.Harmoni Memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton/pembaca kerana mereka dapat melihat hubungan antara elemen-elemen, arah aliran, persembahan, perspektif dan kesatuan mesej.

Membuat penegasan & mewujudkan tumpuan

Memudahkan sesuatu item dilihat

FUNGSI
Melahirkan kesan tertentu Mewujudkan perasaan harmoni

Membuat Penegasan dan Mewujudkan Tumpuan


Warna yang digunakan dapat menegaskan sesuatu elemen. Penegasan dibuat menggunakan warna yang berbeza.
Latar belakang Putih Kelabu cerah Biru muda Kuning muda Latar Depan, Imej dan Teks Biru gelap Biru, hijau, hitam Biru gelap, hijau gelap Ungu, coklat Highlights Merah, oren Merah Merah, oren Merah

warna

warna

warna

warna

Memudahkan Sesuatu Item Dilihat


Tindihan warna dapat menjelaskan sesuatu item.

Tindihan +
Warna subjek yang terang diletakkan di atas latar berwarna kontras. putih hitam merah hijau kuning ungu

Tindihan Warna kontras yang lemah menghasilkan gabungan warna yang kelihatan sama.

putih kuning

coklat merah

Mewujudkan Perasaan Harmoni


Menggunakan warna analogus. Analogus (warna yg terletak berhampiran dlm roda warna). Contoh : Kuning, kuning hijau & hijau. Merah, merah ungu & ungu. Penggabungan warna wujudkan perasaan yang selesa & tenteram .

Melahirkan Kesan Tertentu


Kategori Warna

Warna Panas

Warna Sejuk

Warna Psikologi

Biru, ungu & hijau. Kelembutan, kedamaian & kesayuan

Merah, jingga & kuning. Kedekatan, kegarangan & kekuatan

Dipengaruhi budaya masyarakat. Merah=Tahun Baru Cina

PERALATAN PENGHASILAN GRAFIK

HURUF
Dalam penggunaan huruf, terdapat tujuh perkara yang perlu diberi pertimbangan iaitu: i. Stail huruf ii. Bilangan stail huruf iii. Huruf besar dan huruf kecil iv. Warna huruf v. Jarak antara huruf

1. Stail Huruf

Terdapat beratus-ratus stail huruf (font) pada masa ini, namun kesemua stail huruf boleh dikelaskan kepada lima keluarga iaitu: a) Huruf Roman

Contoh a) b) c) d)

fon Roman adalah seperti: Bookman Old Style Century Schoolbook Georgia Times New Roman Biasanya digunakan pada surat khabar dan buku Sifatnya yang tebal dan tipis itu pantas ditangkap oleh deria otak walaupun sera sepintas lalu.

b)

Huruf Gotik atau Sans Serif

Mempunyai ketebalan yang hampir sama. Menimbulkan kesan moden, kontemporari, moden dan efisien. Sesuai digunakan untuk poster, iklan dan notis pemberitahuan

c)

Huruf Sambung atau Cursive

A, Vladimir Script
Dihasilkan

melalui goresan tangan menggunakan pen atau pensel tajam dan biasanya miring ke arah kanan. Bergaya, sukar dibaca tetapi sukar dibaca. Sesuai digunakan dalam kad ucapan, kad jemputan, dan tajuk buku klasik

d) Dekoratif

Merupakan pengembangan daripada fon sedia ada Ditambah hiasan dan ornamen atau garis-garis dekoratif Contoh fon: - Jokerman

- Curlz MT
- Snap ITC

2. Bilangan Stail Huruf


Bagi memastikan visual yang dihasilkan kelihatan menarik, elak daripada menggunakan terlalu banyak stail huruf. Jangan melebihi tiga stail. Pastikan juga, stail huruf bersesuaian dengan mesej.

3. Huruf Besar dan Huruf Kecil


Pastikan penggunaan huruf besar dan kecil yang wajar dalam reka bentuk anda. Biasanya huruf besar digunakan pada tajuk. Sub-tajuk dan caption ditulis dalam huruf kecil.

4. Warna Huruf
Warna

huruf turut menyumbang kepada mesej yang hendak disampaikan. Pemilihan warna huruf perlu diberi perhatian serius. Contohnya seperti menggunakan huruf berwarna hijau untuk tajuk, Aku Terpenjara warna hijau yang menjadi simbol kesegaran dan kesuburan tentunya tidak sesuai dengan mood yang sedih dan merana.

5. Jarak Antara Huruf


Huruf perlu dijarakkan dalam keadaan yang seimbang, tidak terlalu jauh dan tidak terlalu rapat. Huruf tidak dijarakkan dengan menggunakan ukuran biasa seperti menggunakan unit inci, tetapi bergantung semata-mata kepada ketajaman penglihatan.

Peralatan Penghasilan Grafik


Kamera

digital

Kamera ialah alat yang digunakan untuk menangkap imej sebagai gambar foto yang pegun atau satu susunan imej bergerak (filem atau video).

Seperti kamera konvensional, kamera digital terbahagi kepada tiga ketogeri iaitu :1. Kompak kamera 2. Semi SLR 3. SLR (Single Lens Leflex)

Scanner

(Pengimbas)

Pengimbas imej (image scanner) merupakan peranti yang menukarkan semua teks, lukisan, gambar, objek dan lain-lain ke bentuk digital. Teknologi sistem pengimejan telah mencetuskan industri imej dokumen elektronik (electronic document imaging) dengan menggabungkan penggunaan pengimbas, kamera digital dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai