Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN MODEL ASSURE Selain daripada mewujudkan pengajar yang kompeten, tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah

untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Menurut Dick dan Reiser (1989), pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap juga membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajarannya dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan tidak bertindak kelam-kabut. Model ASSURE digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) dan ia bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Ia berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi satu skop reka bentuk pengajaran yang luas. Oleh itu, ia ditujukan kepada setiap pengajar. Model ini telah mengalami perubahan dan yang terbaru ialah pada tahun 2002. Menekankan : aspek pengajaran kepada pelajar dengan menggunakan cara pengajaran yang berbeza. pembelajaran konstruktivisme di mana pelajar perlu berinteraksi dengan alam sekeliling.

PILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN ( Select Method, Media and Materials )

Terdapat tiga langkah yang perlu dilaksanakan, iaitu: Memilih kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran kerana terdapat beberapa peringkat yang dilalui semasa guru menyampaikan isi pelajaran. Pemilihan kaedah yang sesuai akan menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Sebagai contoh, proses pengajaran dimulakan dengan set induksi dengan menggunakan kaedah simulasi, diikuti dengan kaedah demostrasi, latihan dan latih tubi. Kaedah yang dipilih berkait rapat dengan objektif, kandungan pelajaran dan kumpulan sasaran atau pelajar. Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih Pemilihan media dilihat dari dua aspek. Pertama, memilih media yang telah

tersedia dan kedua memilih format atau bentuk media yang belum ternyata mesej di dalamnya. Pemilihan media pengajaran yang tersedia berasaskan kriteria yang tertentu, iaitu: sepadan dengan kurikulum; maklumat tepat dan terkini; bahasa yang jelas dan tepat; menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar; menggalakkan penglibatan pelajar; mempunyai teknikal kualiti yang baik; terdapat bukti keberkesanannya; bebas daripada bias; dan mempunyai buku panduan yang lengkap. Media yang tersedia boleh diterokai melalui pelbagai sumber seperti agensi pendidikan (Pusat Sumber Sekolah, Pusat Kegiatan Guru, Bahagian Teknologi Pendidikan), agensi kerajaan, agensi swasta dan sebagainya. Memilih, mengubahsuai, atau mereka bentuk media yang telah ditentukan Andainya kita gagal untuk memilih media yang sesuai, adalah penting untuk kita mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakannya sendiri. Terdapat 7 perkara yang perlu diambilkira: objektif; pelajar; kos; kepakaran teknikal; peralatan; fasiliti; dan masa

Anda mungkin juga menyukai