Anda di halaman 1dari 5

EDU 3105 (minggu 1) CHRISTOPHER PETER YONG PISMP BM SEM 4 Konsep Dan Domain Teknologi Pendidikan Pengenalan dan

Konsep Teknologi Teknologi adalah keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun (other organized knowledge) yang digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yang praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan, Galbraith (1967). Pengenalan Saintifik Himpunan ilmu dan pengetahuan yang telah diuji dan dinyatakan dalam bentuk satu prinsip. Pengetahuan Lain Yang Tersusun Pengetahuan yang belum diuji dan dibuktikan secara saintifik tetapi diterima amalannya sebagai suatu pengetahuan yang benar berdasarkan pengalaman dan pengamatan manusia terhadap sesuatu tindakan. Perkaitan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pengajaran proses ajar di mana keberkesanan penyampaian maklumat oleh terbukti dengan perubahan tingkahlaku pelajar. Pembelajaran proses belajar yang berlaku apabila guru dan pelajar sama-sama terlibat dalam proses memberi dan menerima. Definisi : Teknologi pengajaran adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Seels & Reechy (1994): Instructional technology is the theory and practice of designing, development, utilization, management and evaluation of processes and resources for learning.

Definisi : "Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan" . (Crowell (1971):Encyclopedia of education) Definisi Teknologi Pendidikan oleh AECT 1994: AECT: The mission of the Association for Educational Communications and Technology is to provide international leadership by promoting scholarship and best practices in the creation, use, and management of technologies for effective teaching and learning in a wide range of settings. Goals:

Define the disciplines and professional activities that comprise the field of educational communications and technology. Serve and represent professionals in the field and support professional growth. Advance scholarship and practice that contribute to and enlarge the knowledge base of the field. Promote policies that ensure the humane and ethical use of educational communications and technology at all levels, from the personal through the international.

Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun, mengguna dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran. Definisi oleh Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (1988): Teknologi Pendidikan ialah proses yang kompleks dalam mengalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Domain Dalam Teknologi Pendidikan: Melalui 2 fasa, iaitu: Fasa pertama: Tahun 1977 Fasa kedua: Tahun 1994 Domain Teknologi Pendidikan Fasa Pertama: Fungsi Pengurusan Pengajaran: Memastikan pengurusan teknologi berjalan lancar dan berkesan, iaitu:

Mengarah Menyelaras Mengawal fungsi

Fungsi Pengembangan Pengajaran:


Peringkat penyelidikan Peringkat mereka bentuk pengajaran Peringkat penerbitan Peringkat penilaian dan pemilihan Peringkat penggunaan Peringkat logistik

Fungsi Sumber Pembelajaran:


Mesej Manusia Peralatan Teknik Lokasi

Domain Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Fasa Kedua:


Rekabentuk Pembangunan Penggunaan Pengurusan Penilaian

REKABENTUK

RB Sistem Pengajaran RB Mesej Strategi Pengajaran Ciri-ciri Pelajar

PEMBANGUNAN

Teknologi Percetakan Teknologi Audiovisual Teknologi Berasaskan Komputer Teknologi Bersepadu

PENGGUNAAN

Penggunaan Media Inovasi Pelaksanaan Polisi dan Peraturan

PENGURUSAN

Pengurusan Projek Pengurusan Sumber Pengurusan Sistem Penyampaian Pengurusan Maklumat

PENILAIAN

Analisis Masalah Pengukuran Rujukan Kriteria Penilaian Formatif Penilaian Sumatif

Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

Kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran 1. Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isiisi penting kepada topik yang akan disampaikan. 2. Menjimatkan masa, tenaga dan wang. 3. Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar. 4. Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh. 5. Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian. 6. Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar. 7. Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar. 8. Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum. 9. Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya. Prinsip menggunakan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai