Anda di halaman 1dari 6

MENGENALPASTI PERBEZAAN ANTARA PELAJAR Mengenalpasti perbezaan pelajar adalah salah satu usaha bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran semasa di dalam kelas atau sekolah. Salah satu usaha lain yang boleh mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah yang berkaitan dengan kebudayaan pelajar-pelajar. Sekolah zaman sekarang datang daripada berbagai-bagai latar belakang sosial. Walaupun kepelbagaian latar belakang sosial ini dapat dianggap sebagai satu aset, namun moral kebudayaan individu, pantang larang dan tradisi boleh mempertingkatkan pernyertaan pelajar dalam perbincangan bilik darjah yang memungkinkan buah fikiran seseorang individu itu digalakkan , dikongsi bersama, dicabar atau pun diceroboh. Dalam beberapa keadaan, pelajar mungkin terjebak di antara budaya sekolah yang sedia ada dengan budaya di rumah mereka. Apabila wujud konflik antara dua budaya ini, pelajar sering kalinya akan terlibat dalam pergelutan mental yang boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk mengambil bahagian dalam aktiviti atau interaksi bilik darjah secara bebas (Paul dan David, 2003). Terdapat banyak perbezaan yang dikaji di kalangan pelajar-pelajar. Antaranya adalah faktor fisiologi (kesihatan keseluruhannya, penyalahgunaan bahan, paras tekanan jiwa dan sebagainya). Hiperaktiviti di kalangan pelajar merupakan satu contoh yang boleh mengekang corak pemikiran dan pembelajaran seseorang pelajar (dan juga mereka yang berdampingan dengannya). Jika ia tidak dapat dikawal, ia dapat memporak-perandakan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tambahan lagi, jika seseorang pelajar mengalami alergi atau terkena selesema yang teruk dan menghidap demam selesema, kebiasaannya pelajar tidak dapat menjadi seorang yang dapat menghasilkan pemikiran yang baik. Halangan ini mangakibatkan pelajar hilang tumpuan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Mujurlah kebanyakan keadaan yang berkaitan dengan kesihatan tubuh badan ini bersifat sementara. Justeru itu guru memainkan peranan penting bagi mengawal masalah ini, kerana setiap individu mempunyai tahap kesihatan yang berbeza-beza (Bakar 2004). Sebagai tambahan kepada usaha yang telah disebutkan di atas, usaha yang lebih rumit yang perlu dilakukan ialah yang meliputi hal-hal emosi dan psikologi. Walaupun kes-kes

yang terlalu berat memerlukan perhatian doktor atau ahli psikologi, namun terdapat keskes yang kurang serius dan tidak berlarutan, yang dapat dikendalikan oleh guru yang sensitif. Situasi yang bermasalah ini boleh merangkumi tetapi tidak terbatas kepada kekurangan motivasi pelajar, ketidaksanggupan mengambil risiko, kertidakupayaan menerima tanggungjawab atau peranan kepimpinan, tekanan daripada keluarga atau rakan sebaya, atau ketidakupayaan menumpukan perhatian kepada projek jangka panjang. Ini disokong oleh Leonard dan Karen (1996). Menurut Powell dan Anderson (1985), apabila mendekati masalah dalaman yang sedemikian, cubalah elakkan daripada segera menunjukkan reaksi negatif terhadap tingkah laku pelajar. Sebaliknya cubalah mengenalpasti faktor yang menyebabkan perlakuan yang tidak produktif itu, dan usaha untuk mencari jalan penyelesaiannya.misalnya, mungkin ada masalah emosi atau masalah kewangan di rumah. Adakah salah seorang ibu bapanya sakit kuat? Adakah seorang sahabatkarib telah berpindah? Adakah ayahnya telah kehilangan pekerjaannya? Walaupun anda tidak dapat menyelesaikan dilema yang dihadapi oleh seseorang pelajar, namun kesediaan anda mengambil berat tentang keadaan yang dihadapinya sudah dapat mengendurkan atau meringankan beban yang ditanggungnya. Usaha perlu dilakukan bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya seseorang pelajar mendapati sukar baginya hendak meluahkan ideanya secara terbuka dengan jelas dan ringkas, guru mungkin membuat andaian yang salah bahawa yang menimbulkan masalah ialah proses pemikiran pelajar itu pada hal masalah yang sebenarnya terletak pada ketidakmampuan pelajar itu berkomunikasi secara lancar. Memandangkan bukan semua pelajar boleh menghujah secara lancar, adalah penting bagi guru menganalisis cara-cara yang memungkinkan pelajar berkongsi pendapat dan idea mereka. Komunikasi secara lisan bukanlah satu-satunya sahaja cara untuk berkongsi idea di dalam bilik darjah. Cubalah gunakan pelbagai cara lain seperti menggunakan lukisan visual, pemprosesan perkataan komputer, dan sesi video dan rakaman pita (Sidek 2001). Bukan semua orang dilahirkan tajam akal, namun semua orang mampu berfikir ada di antara kita yang lebih mahir berfikir secara kritis dan kreatif daripada orang lain.

Bagaimanapun, sementara semua orang mempunyai tahap kecerdasan otak dan keupayaan kreativiti yang berbeza-beza, tetapi dengan adanya persekitaran dan rangsangan yang sesuai, setiap orang mampu mempertingkatkan kualiti pemikiran masing-masing (Beyer, 1979) dalam Bakar 2004. Seperti yang kita semua sedia maklum, sebahagian besar dari perkembangan intelektual kita bergantung kepada sama ada kita mendapat rangsangan yang wajar atau berpeluang untuk memerhati, mengingat dan membuat pertimbangan , mensintesis, menganalisis dan menilai. Pelajar haruslah tahu bagaimna cara untuk berfikir secara fleksibel dan lancar, kerana setiap pelajar mempunyai kemampuan untuk berfikir, bagaimana untuk membuat huraian, bagaimana hendak menerbitkan idea baru, dan bagaimana hendak membuat hipotesis dan generalisasi. Sebagai guru, haruslah berusaha untuk mengenalpasti perbezaan ini dan seterusnya berusaha untuk mengurangkan perbezaan di antara pelajar.kenyataan ini disokong oleh pernyataan Beyer, 1979. Kajian keciciran (KPM 1973) melihat sikap pelajar terhadap guru sebagai suatu yang mendorong mereka belajar dan mencapai kejayaan. Memandangkan

keberkesanan sekolah dinilai antaranya berdasarkan kepada pencapaian dan akhlak pelajar, maka pembentukan sikap pelajar perlu diutamakan oleh pentadbiran sekolah. Pelajar-pelajar perlu dilatih supaya sentiasa berakhlak mulia, menghormati guru dan sedia memberi bantuan kepada guru apabila diminta, sentiasa berbincang dengan guru apabila menghadapi kesukaran dalam pelajaran, menjaga kebersihan diri, menjaga bilik darjah dan kawasan persekitaran sekolah, kurang menghadapi masalah disiplin di dalam atau luar kawasan sekolah. Ini kerana setiap pelajar mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Ketidakseimbangan pencapaian pelajar kawasan bandar berbanding luar bandar begitu ketara sekali dalam keputusan peperiksaan awam yang diumumkan setiap tahun. Menurut Robiah (1994) antara sebab yang mewujudkan ketidakseimbangan pencapaian di kawasan bandar dan luar bandar adalah sikap belajar di kalangan pelajar luar bandar dalam mata pelajaran masih berada pada tahap bersedia yang rendah. Pelbagai strategi telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memperbaiki pencapaian

pelajar di luar bandar antaranya ialah dengan memperbaiki kualiti prasana pendidikan di kawasan luar bandar dengan harapan dapat meningkatkan pencapaian akademik di kawasan tersebut (Rancangan Malaysia Kelapan, 2001). Pada zaman penjajahan , peluang pendidikan diutamakan pada golongan lelaki. Golongan wanita seolah-olah dinafikan peluang untuk menerima pendidikan pada masa itu. Sifat dan perilaku yang semulajadi yang ada pada lelaki dan perempuan dibentuk secara sosial dan juga budaya. Kedua-dua jantina ini mempunyai perbezaan dari segi tingkahlaku, cita-cita dan ciri-ciri fizikal yang jelas antara lelaki dan perempuan. Perbezaan jantina juga adalah salah satu faktor kemerosotan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Menurut Ismail dan Subki (2010), dalam proses pendidikan, murid perempuan dan lelak ini masing-masing memilih pelajaran yang bersifat keperempuanan dan kelakian. Masalah ini secara tidak langsung menjadikan ketaksamaan pendidikan terus ketara dalam masyarakat kita. Contoh yang boleh saya nyatakan di sini, pelajar perempuan kebiasaannya akan bermain permainan seperti bola jaring, batu seremban dan lain-lain yang bersifat keperempuanan. Jika dilihat lelaki pula, mereka lebih gemar bermain bola sepak dan sepak takraw. Oleh yang demikian, guru perlu mengambil kira faktor jantina ketika melaksanakan pengajaran di dalam kelas. Yong (1994) telah menjalankan satu kajian mengenai perhubungan di antara kreativiti dengan perbezaan jantina. Kajian beliau telah menunjukkan pelajar lelaki lebih mudah menerima pembelajaran berbanding pelajar perempuan. Lelaki didapati lebih kreatif secara lisan dan figural daripada perempuan dari segi keaslian, kefasihan dan kefleksibelan. Perbezaan etnik juga dapat mempengaruhi budaya di dalam bilik darjah. Masalah ini akan mengurangkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Faktor geografi mempengaruhi budaya sesebuah kumpulan, contohnya masyarakat pendalaman seperti Asli, Kadazan, Murud dan sebagainya. Etnik ini hanya menerima pembelajaran yang tidak formal sahaja daripada ibu bapa mereka (Ismail dan Subki, 2010). Kebiasaannya merka ini tidak bersekolah. Jadi, apabila mereka ke

sekolah perkara tersebut adalah sesuatu situasi baru bagi mereka, kerana mereka akan berada dalam situasi budaya yang lain daripada budaya mereka yang sebelumnya. Kumpulan minoriti pula boleh dikategorikan kepada beberapa kategori tertentu. Kumpulan minoriti yang bersifat negatif adalah pelajar yang suka ponteng kelas,, ponteng sekolah, pembuli, suka merokok, budaya lepak, gengterisme dan lain-lain perkara negatif. Walaupun mereka ini kumpulan minoriti tetapi mereka ini boleh mempengaruhi pelajar di sekelilingnya. Oleh itu pihak sekolah haruslah berusaha menyediakan pelbagai alternatif supaya mereka ini tidak mengalami keciciran dalam proses pembelajaran di sekolah. Bagi kumpulan yang bersifat positif pula adalah seperti kumpulan ulat buku, suka mencari maklumat di internet, lebih kepada keagamaan dan lain-lain sikap positif. Kenyataan ini dipetik dari kenyataan Shamsulbahriah (1989). Pada pendapat saya dan ini disokong oleh kenyataan Shamsulbahriah (1989), pelajar yang bersifat negatif perlu diberi perhatian yang lebih supaya mereka ini tidak tercicir dalam arus pendidikan. Ia perlu diberi perhatian dengan ketat kerana ia dikhuatiri akan memberikan akan membentuk satu situasi yang membantutkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pelajar berkeperluan khas menurut Chua (1982) dalam Ismail dan Subki, 2010 merupakan satu program pendidikan yang dirancang khas untuk kanak-kanak istimewa, atau luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial dan emosi. Terdapat tanggapan negatif daripada ibu bapa dan penjaga terhadap anak sama ada anak mereka itu normal atau berkeperluam khas. Menurut Kirk (1994) dalam Ismail dan Subki, 2010, murid berkeperluan khas berbeza dari murid biasa dari segi mental (kognitif), fizikal (keupayaan otot dan sendi), sosial (interaksi dan komunikasi interpersonal) dan emosi (keupayaan menangani perasaan). Terdapat juga murid berkeperluan khas kerana proses perkembangan yang lewat, hiperaktiviti dan pintar cerdas dan berbakat. Pelajar berkeperluan khas ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya mereka tidak tercicir dari arus pendidikan dan seterusnya mewujudkan ketaksamaan pendidikan dalam masyarakat. Modifikasi environmental dan behavioural

adhdenvironmental merupakan kaedah untuk menangani kumpulan ini. Melalui kaedah ini murid ditempatkan berdekatan dengan guru. Guru juga mengehadkan ruang terbuka untuk mengurangkan kesempatannya bertingkah laku negatif. Guru juga boleh mengurangkan rangsangan dan hanya membenarkan murid bergerak di suatu kawasan yang tertentu sahaja (Forisah 1979). Pendapat saya, program yang boleh dilakukan adalah dengan mengadakan program yang memerlukan guru serta pelajarnya berinteraksi contohnya seperti sesi suai kenal pada hari pertama memulakan sesi persekolahan. Selidik latar belakang mereka dari segi kesihatan, perihal keluarga dan beberapa perkara lain yang berkaitan. Sepanjang pemerhatian saya semasa berada di Sek. Keb. Banggol Saman, saya mendapati, guru-guru di sekolah tersebut tidak dianggap sebagai pilih kasih kerana guru di sana amat menitikberatkan perihal setiap pelajar di sekolah tersebut tanpa mengira asal usul serta keturunan pelajar tersebut. Mereka menganggap pelajarpelajar tersebut sebagai anak mereka sendiri. Setiap hari guru-guru akan bertanya khabar pelajar dan bagaimana keadaannya pada hari itu. Sebagai kesimpulan, tanggungjawab anda sebagai seorang guru yang prihatin ialah memberikan kepada setiap pelajar persekitaran bilik darjah yang mengiktiraf perbezaan antara individu dan di samping, memberi peluang yang sama rata kepada pelajar untuk belajar secara berkesan bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan bagi kesimpulan, apabila mula memasuki alam pendidikan, seseorang guru haruslah mengenali pelajar-pelajarnya dengan lebih mendalam sebelum memulakan sesi pengajaran. Ini akan membuat pelajar dan guru berasa kondusif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku, kerana mereka telah mengenali antara satau sama lain.

Anda mungkin juga menyukai