Anda di halaman 1dari 10

SURAH AN-NAS TAHUN 2

DISEDIAKAN OLEH :

AISYAH BINTI MAHAT ZATIL AQMAR BINTI ZAKARIA

HASIL
PEMBELAJARAN
ARAS 1 : Membaca ayat 1-6 surah An-nas dengan

makhraj yang betul


ARAS 2 : Membaca ayat 1-6 dengan betul dan fasih ARAS 3 : Membaca ayat 1-6 dengan bertajwid

SET INDUKSI ( 2 minit )


1. Guru menunjukkan Al-quran kepada murid 2. Guru mengaitkan dengan pembelajaran hari ini

LANGKAH 1 ( 5 MINIT )
1. Guru memaparkan Surah An-nas menggunakan LCD 2. Guru membaca ayat Surah An-nas berulang kali 3. Murid mendengar bacaan dengan teliti 4. Murid membaca ayat Surah An-nas secara kelas , kumpulan dan individu dengan makhraj yang betul 5. Guru membaca ayat di atas sambil didengari oleh murid dengan sebutan makhraj yang betul

LANGKAH 2 ( 5 minit )
1. Guru mempamerkan ayat 1-6 Surah An-nas dengan menggunakan carta ayat 2. Guru memperdengarkan ayat di atas dengan bacaan yang betul berulang kali 3. Murid meneliti dan mengikut bacaan guru secara kelas, kumpulan dan individu 4. Guru melakukan aktiviti menyusun dan membaca keratan ayat di hadapan kelas oleh wakil pelajar 5. Murid membaca ayat 1-6 Surah An-nas secara kelas dan kumpulan

LANGKAH 3 ( 5 minit )
1. Guru mempamerkan keratan ayat yang terdapat hukum tajwid 2. Guru memperdengarkan bacaan keratan ayat 1-6 Surah An-nas dengan bertajwid 3. Guru memberi tunjuk ajar cara menyebut dan membaca kalimah pada keratan di atas dengan cara bertajwid 4. Guru melakukan aktiviti kotak beracun. Murid yang terpilih dikehendaki memilih keratan ayat dan membacanya secara bertajwid. Guru bertindak sebagai fasilitator 5. Guru dan murid membaca ayat 1-6 Surah An-nas secara beramai-ramai

PENUTUP ( 3 minit )
1. Guru memperdengarkan bacaan Surah Annas ayat 1-6 dengan makhraj yang betul, fasih dan bertajwid melalui : a) kaset/audio b) bacaan guru 2. Murid mengikut dan membaca secara kelas, kumpulan dan individu

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai