Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal (Jenny, 1961). (Williams, 1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. 1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu Melalui pemerhatian saya, didapati 60 peratus daripada populasi murid mempunyai masalah untuk melompat dengan teknik yang betul serta jarak lompatan terlalu dekat. Masalah ini menyebabkan murid tidak dapat mengusai kemahiran-kemahiran lain yang melibatkan lompatan seperti menjaringkan bola, lompat jauh dan lompat tinggi. Berdasarkan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani, kemahiran lompatan permainan teras seperti bola jaring, bola sepak dan bola baling. Melalui penilaian lompatan dua belah kaki terhadap beberapa orang murid murid-murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching, didapati 50% daripada mereka tidak dapat menguasai teknik lompat dengan betul dan selamat, terutamanya ketika melakukan pendaratan. 60% daripada mereka juga tidak dapat melompat pada jarak minimum yang ditetapkan kerana menurut (Berk, 2005) kanak-kanak dapat melompat secara menegak lebih kurang 4 inci, boleh melompat sejauh 3kaki, boleh melompat dengan tepat ke kotak yang disediakan. Ketika melakukan lompatan, mereka juga gagal menyeimbangkan badan dengan baik semasa fasa pendaratan. adalah

sangat signifikan bagi memastikan murid lebih mahir untuk menguasai permainan-

FOKUS KAJIAN Kuasa eksplosif ialah kebolehan atau keupayaan seseorang mengeluarkan daya yang

maksimum dalam tempoh masa yang singkat (Mohd Ramli, 1993) Melalui pemerhatian, kebanyakkan murid tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran lompatan dan kemahiran lain seperti tendangan kerana mempunyai kuasa kaki yang lemah. Masalah ini berlaku di kalangan murid kerana mereka tidak diberi pendedahan yang mendalam mengenai kaedah-kaedah latihan yang membantu mereka untuk meningkatkan kuasa otot kaki mereka. Mereka yang bermasalah ini juga terdiri daripada murid-murid yang kurang aktif serta jarang melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Kemahiran asas lompatan ini seharusnya dikuasai oleh murid kerana dapat membantu murid meningkatkan kecergasan serta mempercepatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran-kemahiran yang lain. Bagi mengatasi masalah ini, saya merancang untuk mengunakan beberapa latih tubi bagi meningkatkan kuasa kaki mereka. Latih tubi adalah latihan yang sesuai kerana menurut Abd. Samad (1998), perisian latih tubi ialah perisian yang dapat menyediakan latihan berulangkali dan berterusan dalam usaha meningkatkan kemampuan melatih mengingat kembali fakta-fakta kefahaman, melatih kemahiran mengingat dan mengaplikasikan konsep berkenaan

Anda mungkin juga menyukai