Anda di halaman 1dari 3

   

IKATAN ISLAMIYYAH:PENCETUS PERPADUAN

              
               
           
                

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai,
dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan,
Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang
bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari
padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat
petunjuk.(TQS:Ali Imran :103).

IKATAN: Sesuatu yang berupaya mengikat/menghubungkan apa2 yang asalnya


terpisah/berbeza.

ISLAMIYYAH:Islam adalah agama yang di turunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad
saw bagi mengatur hubungan manusia dengan Pencipta nya, hubungan manusia dengan diri
nya dan hubungan manusia dengan manusia2 lain. Jadi sebutan Islamiyyah merujuk kepada
sesuatu yang di nisbahkan kepada Islam.

PERPADUAN:Keadaan kehidupan manusia yang bersatu padu lagi harmoni dimana


kemaslahatan2 manusia dapat di nikmati bersama2 secara sempurna.

HAKIKAT MANUSIA:
Manusia, makhluk yang dimulai ciptaan nya oleh Allah swt dengan Adam dan Hawa ,
kemudian berkembang biak yang di kenali berdasarkan berbagai2 bangsa/puak dan negara
tempat menetap mereka. Kehidupan manusia dihiasi oleh Allah swt dengan keperluan dan
keinginan yang berbagai2 jenis dan ragam. Berbagai2 jenis keperluan dan keinginan ini
menuntut manusia untuk memenuhi nya dengan harmoni dan sempurna. Inilah
kemaslahatan yang di idam2 kan oleh semua manusia samaada Muslim atau Kafir (rujuk: S
3:14) .
Fitrah penciptaan manusia yang lemah dan serba kekurangan telah memesti kan
manusia saling memerlukan diantara satu sama lain didalam rangka untuk mendapatkan
kemaslahatan. Dan ini hanya akan tercapai apabila wujud kerjasama yang harmoni sesama
manusia. Seterusnya, untuk mewujudkan kerjasama ini, manusia perlu dipersatukan dari
segi kemaslahatan yang hendak di capai bersama2. Keadaan inilah yang menjadikan
manusia perlu kepada suatu IKATAN yang berkemampuan untuk menyatupadukan
manusia2 yang berbeza samaada dari aspek jantina, bangsa/puak, kewarganegaraan dan
bahkan juga agama (IslamKafir ).

IKATAN ISLAMIYYAH:IKATAN HAKIKI BAGI PERPADUAN MANUSIA


Manusia yang dibekalkan oleh Allah swt dengan akal dapat merumuskan beberapa
jenis ikatan untuk menyatupadukan manusia didalam rangka untuk meraih kemaslahatan
secara bersama2. Ikatan2 tersebut adalah IKATAN PERKAUMAN (sama bangsa/ puak),
IKATAN KENEGARAAN (NASIONALISMA) ( sama negara), IKATAN KEROHANIAN(sama
agama) dan IKATAN KEMASLAHATAN(sama maslahat).
Walaupun ikatan2 ini lahir dari akal manusia yang amat cerdik (genious), tetapi akal
manusia ,secerdik mana sekalipun, tetap terbatas keupayaan nya. Dari itu,ikatan2 yang
dirumuskan oleh akal manusia ini tidak layak dan tidak mampu. Sebaliknya,ikatan2 ini
akan menghasilkan perselisihan dan perpecahan yang akhirnya mengakibatkan kesengsaraan
didalam kehidupan manusia.
KESIMPULAN:1)Manusia secara fitrah mencita2kan kemaslahatan di dalam
kehidupan.
2)Kemaslahatan hanya akan di dapati melalui kerjasama sesama
manusia.
3)Kerjasama sesama manusia hanya akan terwujud apabila mereka
disatupadukan dengan satu
ikatan.
4)Ikatan2 cetusan akal manusia ternyata tidak mampu dan gagal
untuk menyatupadukan
manusia.
PERSOALAN : APAKAH IKATAN YANG MAMPU UNTUK MENYATUPADUKAN
MANUSIA?

JAWAPAN : IKATAN ISLAMIYYAH


APA ITU IKATAN ISLAMIYYAH?
            
Shibghah Allah!dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? dan Hanya kepada-Nya-lah
kami menyembah.
(TQS:Al-Baqarah:138)
Ikatan Islamiyyah adalah ikatan yang diwajibkan oleh Allah swt supaya dialah
satu2nya menjadi ikatan di dalam kehidupan manusia (rujuk S 5:49). Ia adalah satu ikatan
luhur yang mengikat manusia dengan Aqidah dan Syari’at nya(Islam). Ia adalah satu
ikatan yang akan membentuk kerjasama diantara manusia bagi mendapatkan
kemaslahatan secara hakiki.Ia adalah satu ikatan yang akan mencetuskan perpaduan.
Ikatan Islamiyyah adalah ikatan yang terhasil daripada perlaksanaan Syariat
Islam oleh Khalifah.Ikatan ini terbentuk daripada pengendalian urusan2 kehidupan manusia
yang disesuaikan dengan perintah2 dan larangan2 Allah swt.Melalui perlaksanaan Syari’at
Islam ini, manusia yang berlainan jantina,bangsa,warganegara dan juga agama dapat
disatupadukan secara harmoni dan pada waktu yang sama meraih kemaslahatan secara
bersama dan sempurna.
Syari’at Islam memberi hak kepada manusia secara adil ,memuaskan semua
kemaslahatan manusia samaada rohani,kebendaan,kemanusiaan dan akhlak(moral) dan
menyeimbangkan keperluan individu dan masyarakat.
Hasil dari perlaksanaan Syari’at Islam oleh khalifah ini, akan melahirkan kehidupan
satu masyarakat yang mendapatkan hak masing2 secara adil,meraih kemaslahatan yang
sempurna dan tertunainya keperluan individu dan masyarakat.
Inilah yang akan membentuk satu perasaan perpaduan yang hakiki didalam
kehidupan manusia secara bersama2.

HUJJAH BAGI KEABSAHAN IKATAN ISLAMIYYAH SEBAGAI PENCETUS


PERPADUAN
1)Ikatan Islamiyyah adalah ikatan yang terbentuk hasil perlaksanaan Syari’at Islam
oleh Khalifah. Perlaksanaan Syari’at Islam adalah persoalan Aqidah(rujuk S 5:44).
Menolak/mengingkari dengan sengaja akan merosakkan Aqidah .Dan yang pastinya,
menolak/mengingkari walaupun secara tidak sengaja akan mengakibatkan kita berdosa
besar.
2)Ikatan Islamiyyah, sumbernya adalah Ilmu Allah swt , sedangkan ikatan2
perkauman, nasionalisma dan lain2 adalah cetusan akal manusia iaitu ilmu manusia.
Ilmu mana yang hak/benar? Ilmu Allah swt atau ilmu manusia? Secara pasti orang2 yang
beriman meyakini, “Yang hak adalah Ilmu Allah swt”
3)Ikatan2 cetusan akal manusia seperti ikatan perkauman dan nasionalisma, adalah
ikatan yang lahir daripada akal manusia yang di dasarkan kepada nafsu/emosi
(perasaan).Sedangkan nafsu/emosi manusia berkecenderungan menjerumuskan manusia
kepada kerosakkan/kebinasaan(rujuk S 23:71)

KENYATAAN
Ikatan2 selain Ikatan Islamiyyah terutamanya ikatan perkauman dan ikatan
nasionalisma memang boleh dijadikan ikatan diantara manusia2 tetapi secara
naqli(berdasarkan nas syar’ie) dan aqli(berdasarkan rasional) telah terbukti kelemahannya
yang boleh membawa kepada perpecahan bukan perpaduan. Musuh2 Islam iaitu kafir
barat yang sebelum perang dunia kedua diterajui oleh British dan Perancis telah meniupkan
ikatan busuk ini kedalam “tubuh kaum muslimin” yang asalnya bersatupadu di bawah
kepimpinan Rasulullah saw dan Khalifah2 selepas beliau selama hampIr 13 abad. Akibatnya ,
kaum muslimin telah di pecah belahkan seperti yang ternyata sekarang kepada lebih 50
buah negara nasionalis seperti Arab Saudi, Yaman, Qatar, Bahrain, Palestin, Pakistan,
Afghanistan, Indonesia, Malaysia dan berbagai lagi.
Seterusnya kafir barat telah menjajah negara2 kaum muslimin yang telah berpecah
belah ini baik secara langsung mahupun tidak langsung, dizalimi secara politik dan ekonomi
.”Api perkauman” dibiarkan menyala malahan “ditiup” di negara2 kaum muslimin supaya
berlaku pergeseran/perebutan kuasa sesama mereka atau diantara kaum2 yang berlainan
(bagi negara yang penduduknya adalah terdiri dari berbagai kaum).Begitulah juga, “api
nasionalisma” dibiarkan menyala, malahan “di tiup”untuk memastikan negara kaum
muslimin tidak bersatu semula di bawah kepimpinan sebuah Khilafah.

KHATIMAH
Sampai bila lagi kita sanggup berada di dalam keadaan begini, hidup diselubungi
dengan dosa, dibebani dengan bebanan hidup, di zalimi,sentiasa bertelagah dan berselisih
sehingga sampai tahap saling berbunuh2an.Adakah kita hendak “sabar” menanti sehingga
azab / kesusahan yang lebih besar lagi menimpa kita? atau , Adakah kita hendak berdiam diri
sehingga ajal datang ‘menjemput” kita secara tiba2?
Jika sekiranya kita sedar bahawa perpecahan yang berlaku secara berleluasa
sekarang adalah azab Allah swt keatas kita akibat dosa2 kita yang tidak mengikat
kehidupan kita dengan Ikatan Islamiyyah, masih belum terlambat lagi untuk kita bertaubat
.Justeru itu, kami dari HIZBUT TAHRIR MALAYSIA menyeru hadhirin sekelian, marilah
bersama2 kami berjuang secara berdakwah dan berpolitik kearah mengembalikan semula
supaya Ikatan Islamiyyah menjadi ikatan diantara kita di bawah kepimpinan Khilafah
Rasyidah.
BERSAMA2 MENOLAK SEKULAR , BERSAMA2 MENERAPKAN
SYARI’AH

Anda mungkin juga menyukai