Anda di halaman 1dari 1

Tarikh : 19 Mach 2013 PUSAT JOBS-MALAYSIA (JMC) CYBERJAYA UNIT W001 , TINGKAT BAWAH , BLOK 3440 ENTERPRISE BUILDING

1 (EB1) JALAN TEKNORAT 3 63000 CYBERJAYA SELANGOR DARUL EHSAN

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN Tuan, PER : PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN PEKERJA DARI NEGARA SUMBER SERAMAI 20 ORANG Adalah dengan segala hormatnya kami ingin merujuk kepada perkara tersebut seperti diatas. 2. Seperti sedia maklum kepada pihak PUSAT JOBS-MALAYSIA (JMC), kami BAHTIAR PARK ENTERPRISE (CA0180342-X) ingin memaklumkan bahawa syarikat kami telah beroperasi lebih kurang 2 tahun dalam bidang perkhidmatan. Oleh kerana syarikat beroperasi dengan baik kami mengalami kekurangan tenaga kerja.Oleh itu pihak syarikat kami ingin memohon agar permohonan untuk mendapatkan tenaga kerja dari Negara sumber mendapat pertimbangan dari pihak Tuan/Puan. 3. Untuk maklumat pihak tuan,syarikat kami ada membuat tawaran kekosongan jawatan untuk tenaga tempatan namun sambutannya amat dingin serta mengecewakan. 4. Kami berharap agar permohonan ini mendapat perhatian serta pertimbangan kelulusan daripada pihak tuan/puan bagi memudahkan urusan operasi syarikat kami. Dengan ini kami merayu jasa baik dari pihak tuan/puan untuk meluluskan permohonan kami.Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini amtlah kami hargai dan sanjung tinggi.

Sekian , terima kasih. Yang benar,

Pengurus

Anda mungkin juga menyukai