Anda di halaman 1dari 3

Jawatankuasa Pekerja-Pekerja Ladang Bukit Cherakah,

No 32, Jalan 3,
Ladang Bukit Cherakah,
45800 Jeram, Selangor

2hb April 2023

En Zulkifli Zainal Abidin,


Ketua Pegawai Sumber Manusia,
Sime Darby Plantation

Encik,

TUNTUTAN PERUMAHAN PEKERJA UNTUK 107 KELUARGA PEKERJA LADANG BUKIT CHERAKAH,
JERAM SELANGOR

Merujuk kepada surat pihak Sime Darby Plantation (SDP) bertarikh 12 Mac 2023 (dilampirkan), kami
amat kecewa dengan maklum balas daripada pihak SDP yang menyatakan ‘Tidak Dapat Memenuhi
Tuntutan Perumahan Pekerja’.

Kami telah menerangkan dengan jelas mengapakah kami menuntut skim perumahan tersebut. Kami
ingin menegaskan di sini sekali lagi bahawa tuntutan kami ialah :

1. Skim Perumahan Pekerja Ladang untuk 107 keluarga pekerja Ladang Bukit Cherakah
2. Pekerja ladang tidak akan mengosongkan rumah kuarters selagi skim dilaksanakan.

Kami juga amat terharu dengan penjelasan berkaitan usaha yang diambil oleh pihak SDP untuk menjaga
kebajikan pekerja ladang dan menghargai kemudahan-kemudahan tersebut tetapi kami ingin
memperingati SPD bahawa :

1. kami tidak diberikan perumahan PERCUMA sepanjang tempoh kontrak


- perumahan yang diberikan adalah dimulakan sejak zaman penjajah untuk mengawal dan
memaksa pekerja berada di kawasan perladangan sepanjang masa
- kini, penyediaan kemudahan kuarters perumahan adalah tertakluk dalam perjanjian CA antara
majikan dan kesatuan. Ia adalah satu kemudahan yang diiktiraf untuk titisan peluh pekerja
ladang.
- Maka, berdasarkan perjanjian tersebut, kami akan diusir keluar daripada kuarters tersebut
sekiranya kami bersara atau dihentikan kerja.
- Maka, amat jelas bahawa perumahan kuarters adalah BUKAN PERCUMA dan satu obligasi oleh
pihak majikan.

2. Pekerja hanya mendapat gaji minima selepas 2014. Selama ini, pekerja dihimpit dengan gaji
murah
- Jangan bandingkan kami dengan pekerja kerajaan. Kami tidak mendapat kemudahan yang
diperoleh oleh mereka.
- Gaji kami adalah gaji murah selama ini. Hasil titisan peluh pekerja ladang adalah asas kepada
pembangunan negara ini sehinggalah bekas Perdana Menteri, Tun Razak mengesyorkan polisi
skim perumahan pekerja ladang untuk menjaga kebajikan pekerja ladang. Malangnya, polisi
beliau tidak dapat dilaksanakan sehingga hari ini.
- Gaji minima kami tidak diiktiraf oleh pihak perbankan untuk kelulusan pinjaman perumahan
dan kebanyakan daripada kami terpaksa menumpang di rumah anak atau saudara selepas usia
persaraan kerana kami tidak mampu untuk membeli rumah dengan gaji murah ini.
- Di satu pihak yang lain, syarikat perladangan kami menjadi sangat kaya hasil kelebihan titisan
peluh kami dan menjadi antara syarikat perladangan terbesar di dunia.

3. Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 hanya
dilaksanakan sepenuhnya selepas 2020
- kami tidak tinggal di rumah yang sangat selesa sepertimana yang dilaungkan oleh pihak SDP
dalam surat tersebut. Kemudahan pekerja hanya dititkberatkan selepas penguatkuasaan oleh
kerajaan baru pada masa itu.
- kemudahan – kemudahan yang diberitahu juga tidak dilaksanakan sepenuhnya dan ini bukan
satu perkara yang harus dibanggakan.

Akhir kata, kami masih berharap pihak pengurusan Sime Darby Plantation dapat menerima tuntutan
Skim Perumahan Pekerja Ladang kami dan memohon satu temujanji dengan pihak pengurusan tertinggi
untuk kami bermesyuarat. Kami bolej dihubungi melalui Arul : 0 19-253 7791 @ Sivaranjini 0 10-240
2159.

Kerjasama daripada pihak SDP didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

…………………………………………… ……………………………………………
Salinan kepada :

1. YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim


Perdana Menteri Malaysia
Putrajaya

2. YB V Sivakumar
Menteri Sumber Manusia
Putrajaya

3. En. Mohamad Helmy Othman Basha


Pengarah Urusan Kumpulan, Sime Darby Plantation Bhd
Petaling Jaya, Selangor

4. En. Aminorhudin Mohammad Nor


Pengurus Kanan, Ladang Bukit Cherakah
Jeram, Selangor

Anda mungkin juga menyukai