Anda di halaman 1dari 63

SOALAN 2

24

BENTUK KURIKULUM

25

Kurikulum

yang

berbentuk

modular

merupakan

satu

kurikulum

yang

kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit, bahagian atau unit ini dinamakan modul. Kurikulum Berbentuk Modular ini dibahagikan kepada dua jenis modul iaitu Modul Teras Asas dan Modul Bertema.

A.Modul Teras Asas Modul Teras Asas merangkumi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, BahasaCina (untuk prasekolah aliran bahasa Cina), Bahasa Tamil (untuk prasekolah yang aliran bahasa Tamil), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, matematik dan Permainan Luar. Secara umumnya modul teras asas bertujuan untuk penguasaan literasi awal 4M (membaca, menulis, mengira, menaakul). Modul teras juga merangkumi Pendidikan Islam yang perlu diajar oleh guru agama yang bertauliah. Pendidikan Moral diajar semasa kanak-kanak beragama islam belajar Pendidikan Islam, maka ia perlu dikelaskan sebagai modul teras asas

B.Modul Bertema Modul Bertema merupakan modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema dibina menggunakan isu kehidupan/peristiwa seharian kanakkanak.Modul Bertema menyepadukan kesemua tunjang dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan termasuk juga bahasa, pendidikan moral dan matematik. Pengajaran dan Pembelajaran bertema amat sesuai di kelas Prasekolah kerana : I. II. Dapat mendalami topik melalui keperluan kendiri. Menggalakkan kanak-kanak berfikir secara kritis dan kreatif serta

mengembangkan kebolehan kognitif melalui idea-idea baru. III. Kurikulum akan menjadi lebih menarik dan pelbagai.

26

IV.

Dapat merapatkan lagi hubungan antara ahli kumpulan yang juga menggalakkan ciri-ciri kepimpinan serta memahami peranan sosial.

Pada awal tahun, modul bertema mengambil masa lebih kurang 35% masa prasekolah tetapi pada akhir tahun, peratus masa perlu dinaikkan. Guru perlu menentukan tema pembelajaran mengikut keperluan murid, keperluan setempat dan keperluan semasa. Walau bagaimanapun, adalah dicadangkan tema-tema ini dibina berdasarkan kategori berikut: Bil 1 Kategori Diri saya 2 Negara saya 3 Alam Bahan 4 5 Alam Fizikal Alam semulajadi 6 Alam kehidupan Contoh Anggota badan saya Keluarga saya Sekolah saya Keselamatan diri Perayaan Hari Raya Perayaan Tahun Baru Cina Perayaan Deepavali Hari Kemerdekaan Seni, kraf dan permainan tradisional Air Pasir Pakaian Pembinaan Cuaca Sayangi alam semulajadi Haiwan Tumbuh-tumbuhan

27

C.Aktiviti Rutin Aktiviti rutin adalah penting dalam pendidikan prasekolah. Aktiviti rutin merangkumi aktiviti seperti pengurusan diri, perbualan pagi, refleksi sebelum balik, membaca doa dan makan semasa rehat. Aktiviti rutin mengambil lebih kurang 30% daripada masa prasekolah. Kandungan dalam aktiviti rutin merangkumi kesemua tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular di mana kandungan pembelajaran disediakan dalam bentuk unit kendiri-lengkap (self-contained) yang dinamakan sebagai modul. Setiap unit adalah tersendiri dan mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai murid. Bagi tahap satu, kandungan kurikulum diorganisasikan dallam modul teras asas,modul teras dan modul elektif.

28

Dalam mencapai matlamat melahirkan insan yang yang mempunyai pemikiran yang kreatif serta inovatif. Maka terdapat enam jenis tunjang yang terdapat dalam KSSR ialah komunikasi, (kerohanian, sikp dan nilai), kemanusiaan, ketetampilan diri, perkembangan fizikal dan estetika serta sains dan teknologi. Oleh itu, ikta akan melihat satu persatu tunjang dalam KSSR ini. Tunjang yang pertama dalam KSSR ialah komunikasi. penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi menjadi keutamaan guru ketika proses P&P berlangsung dalam bilik darjah. Sehubungan dengan ini guru sewajarnya berupaya menyampaikan isi pelajaran, pengetahuan, idea, maklumat, nasihat dan tunjuk ajar kepada murid dengan tepat tanpa menimbulkan salah faham, kekeliruan dan kekaburan.Yang nyata, sudah semestinya guru itu menggunakan bahasa yang betul, sesuai dan sempurna tatabahasanya.

Justeru

berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan mengekalkan

prinsip KBSR maka penambahbaikan dilakukan kepada reka bentuk, organisasi, pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum untuk membangunkan KSSR yang antara lain tunjangnya ialah aspek pengukuhan kemahiran komunikasi. Bagi mengukuhkan kemahiran komunikasi, sandaran adalah berdasarkan teori psikologi pengajaran bahasa yang mana aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) lisan mestilah diutamakan sebelum mengajar aspek kemahiran bacaan dan penulisan. Kemahiran dalam lisan memainkan peranan penting dalam penguasaan bahasa para pelajar. Apatah lagi dari sudut psikolinguistik wujudnya perhubungan antara bahasa dengan pemikiran. Pemikiran melibatkan simbol tertentu. Kebiasannya simbol ini ialah lambang-lambang pertuturan tertentu yang merupakan perkataan. Maksudnya jika murid tidak dapat menguasai perbendaharaan kata yang luas maka mereka tidak dapat berfikir dengan jelas.

29

Oleh itu bersandarkan lisan adalah kemahiran asas bagi bahasa pertama yang dikuasai oleh murid normal. Sebelum mempelajari kemahiran membaca dan menulis khususnya murid Tahun Satu di semua sekolah rendah seluruh negara wajar diberikan penekanan utama dalam kemahiran komunikasi lisan KSSR. Sementelahan pula kurikulum ini berpaksikan kepada prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid dan berkonsepkan pendidikan seumur hiduKetika kemahiran lisan difokuskan oleh guru dalam P&P, aspek kemahiran mendengar dan bertutur hendaklah diberikan penekanan utama. Dalam kemahiran mendengar guru hendaklah sentiasa memastikan apa yang murid faham dan ingat dengan melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Manakala kemahiran bertutur ialah aktiviti melafazkan bunyi-bunyi yang dihasilkan daripada artikulator manusia dan merupakan kemahiran interaksi dalam suasana berbahasa. alam hal ini aspek asas seperti sebutan, tekanan, mora (panjangpendek),jeda (persendian), intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran, kefasihan dan laras bahasa wajar diberikan penekanan oleh guru khususnya guru bahasa. Dalam erti kata lain, aktiviti lisan seperti perbualan, bercerita, lakonan, berpuisi, melaporkan berita, menyanyi, bacaan bersuara/lantang, bercakap berdasarkan gambar, perbincangan adalah aktiviti yang membolehkan murid mengamalkan bahasa dalam bidang komunikasi yang mana paling hampir dengan kehidupan seharian mereka.Komunikasi ialah proses penyampian maklumat daripada satu pihak kepada satu pihak lain. Keberkesanannya bergantung kepada maklum balas dan seterusnya tindak balas antara guru-murid. Apa yang diharapkan komunikasi yang berkesan juga akan dapat mengubah cara berfikir individu terutamanya dalam perlakuan dan tindak-tanduk seseorang. Dengan ini natijahnya akan memberikan impak positif dan menggalakkan penglibatan murid-murid secara aktif dan dinamik.

30

Tunjang kedua dalam KSSR ialah sains dan teknologi. Penggunaan gambar realistik dan ilustrasi berwarna-warni dapat memupuk minat murid-murid dalam pembelajaran. Aktiviti-aktiviti pembelajaran dapat memperkukuhkan tahap pemahaman dan menilai pretasi murid-murid secara efektif. Terdapat tiga jenis aspek yang perlu dikuasai oleh para murid iaitu sains yang disekalikan dengan kemahiran dan sikap saintifik, pengetahuan dan kemahiran matematik serta pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi.

Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untukmeneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria danperalatan mudah. Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik yangpositif seperti sifat ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk.Semasa proses penerokaan ini, kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati, mengukur menggunakan unit bukan piawai, membanding dan mengelas juga akan dikembangkan. Penerokaan dijalankan ke atas alam hidupan (contoh: tumbuhan, haiwan), alambahan (contoh: objek yang tenggelam dan timbul, air, magnet) dan alam fizikal (contoh: pelangi, cuaca). Tunjang ini lebih mementingkan penguasaan kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan. Guru perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan murid. Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak empat hingga enam tahun untuk membuat pembinaan menggunakan objek seperti blok. Aktiviti pembinaan ini bukan
31

sahaja memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari konsep penghubung, lingkungan serta awal matematik tetapi untuk meningkatkan daya kreativiti murid dan kemahiran motor halus.

Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepadakanak-kanak ini. Pengalaman ini termasuk konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan kaedah yang menyeronokkan. Tunjang Sains dan Teknologi juga menyediakan peluang kepada kanak-kanak menggunakan komputer untuk melakukan tugasan tertentu. Penggunaan komputer adalah di tahap kemahiran asas sahaja.

Tunjang yang ketiga ialah perkembangan fizikal dan estetika di mana semenjak dari pendidikan prasekolah sehingga sekolah rendah, penekanan diberi kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Kanak-kanak akan menghadapi masalah di prasekolah dan juga di sekolah rendah kelak jika sosioemosi merangkumi aspek mengenali dan pengurusan emosi sendiri, pencapaian emosi yang positif, pembinaan konsep kendiri yang positif serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial. Perkembangan sosioemosi berlaku sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah dan sekolah rendah, ia tidak dicapai melalui aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada aktiviti rutin, semasa rehat, semasa makan dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lain.

Kanak-kanak pada peringkat prasekolah dan sekolah rendah memerlukan aktiviti yang menguatkan kawalan otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting di prasekolah dan sekolah rendah kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap, kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti seperti memegang pensel atau berus untuk menulis dan melukis, penglibatan dalam aktiviti
32

sukan, aktiviti memainkan peralatan muzik serta pengendalian peralatan. Pendidikan prasekolah dan sekolah rendah menyediakan peluang pembelajaran untuk

meningkatkan kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar serta koordinasi matatangan dalam kalangan kanak-kanak ini.

Perkara yang dirangkumi termasuk teknik yang betul untuk melompat, menyambut objek, membaling objek serta postur yang betul semasa duduk. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pembinaan amalan penjagaan kesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat. Tabiat yang dibina akan memanfaatkan kanak-kanak ini sepanjang usia mereka. Secara lazimnya kanakkanakyang mempunyai badan yang sihat dapat memberi tumpuan yang lebih baik kepada pembelajaran dan mempunyai konsep kendiri yang positif. Tunjang ini juga menekankan aspek keselamatan diri daripada sumber yang mungkin menyebabkan kemalangan dan bahaya kepada diri mereka termasuk langkah menjaga kehormatan diri.

Perkembangan kreativti merangkumi seni visual, pendidikan muzik serta drama dan gerakan kreatif. Tunjang ini lebih menekankan proses daripada produk. Kanakkanak ini diberi peluang untuk menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti. Fokus seni visual adalah pada aplikasi seni, ekspresi kreatif dan apreasiasi. Aplikasi seni merujuk kepada proses mengenal dan memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya. Ekspresi kreatif adalah proses penghasilan karya. Apreasiasi seni melibatkan proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran serta hasil kerja orang lain.

Pendidikan muzik merangkumi aktiviti menyanyi, pengalaman awal untuk memainkan perkusi, penghasilan muzik menerusi bahan atau objek improvisasi, dan
33

apresiasi muzik. Drama dan Gerakan Kreatif merangkumi aktiviti drama dan gerakan kreatif di mana murid diberi peluang untuk main peranan, berlakon, menari dan membuat gerakan secara kreatif. Aktiviti tunjang ini bukan sahaja digunakan untuk meningkatkan daya kreativiti tetapi juga digunakan untuk mencapai objektif

pembelajaran tunjang lain. Aktiviti menyanyi dan pergerakan kreatif sentiasa digunakan semasa pembelajaran bahasa, matematik dan lain-lain.

34

ORGANISASI DAN PERUNTUKAN MASA

35

Organisasi kurikulum sekolah rendah boleh ditakrifkan sebagai pengalaman yang diberikan kepada murid-murid secara terancang di bawah bimbingan dan panduan sekolah. Dari segiprinsip utamanya, kurikulum sekolah rendah memberi pendidikan yang bercorak pendidikan asas dengan penegasan kepada pendidikan dalam bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Kurikulum juga menegaskan perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan perkembangan bakat murid-murid.Dari segi pelaksanaannya, organisasi kurikulum sekolah rendah sekolah rendah

menegaskan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman secara langsung, yakni penglibatan setiap murid secara aktif melalui aktiviti-aktiviti yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Organisasi kurikulum sekolah rendah merangkumi perkara-perkara seperti kursus pengajian, sukatan pelajaran, penjadualan waktu pembelajaran, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, aktivitiaktiviti di luar bilik darjah (kokurikulum) yang dilaksanakan secara terancang dan bahan-bahan sokongan yang dicadangkan, dihasil dan dibekalkan untuk pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah.

Dalam organisasi kurikulum sekolah rendah terdapat dua jenis kurikulum sekolah iaitu kurikulum tersurat dan kurikulum tersirat. Kurikulum tersurat ditujukan kepada aspek-aspek kurikulum yang telah ditetapkan dan dinyatakan secara jelas dan terang kepada pelaksana-pelaksana kurikulum. Perkara-perkara yang tersurat seperti matapelajaran, sukatan pelajaran, peruntukan masa, bahan-bahan pengajaran, kaedahkaedah pengajaran, pengurusan pengajaran. Segala yang tersurat ini mudah dinilai dan dikawal berpandukan peraturan-peraturan, arahan-arahan dan cara-cara penilaian yang telah ditetapkan. Kurikulum tersirat pula adalah unsur-unsur yang tidak dirancang tetapi mempunyai pengaruh dan memainkan peranan yang berkesan terhadap proses kurikulum yang sudah tersurat tadi. Contohnya iklim sekolah, budaya kerja, budaya

36

sosial sekolah dan persekitaran juga mendatangkan kesan dalam membentuk sikap, minat, akhlak, aspirasi dan kepercayaan seseorang murid.

PERUNTUKAN MASA DALAM PRASEKOLAH PERUNTUKAN MASA MINIMUM

Peruntukan waktu minimum berikut hendaklah dipatuhi di mana prasekolah hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya empat jam sehari (termasuk masa rehat), iaitu sejumlah 20 jam satu minggu untuk kanak-kanak berumur lima tahun ke atas. Kedua prasekolah hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya tiga setengah jams ehari (termasuk masa rehat), iaitu sejumlah 17 jam satu minggu untuk kanak-kanak berumur empat tahun ke atas. Yang ketiga Bahasa Malaysia hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-kurangnya 10 jam seminggu di kelas prasekolah yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.

Keempat, Bahasa Malaysia hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-kurangnya 6 jam seminggu di kelas prasekolah yang tidak menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Bahasa Inggeris hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-kurangnya 10 jam seminggu di kelas prasekolah yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Bahasa Malaysia hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-kurangnya 6 jam

seminggu di kelas prasekolah yang tidak menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.

Ketujuh, jika di dalam sesuatu tadika terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaranagama Islam oleh guru yang bertauliah, sekurang-kurangnya dua jam seminggu. Kelapan, jika
37

di dalam sesuatu tadika terdapat lima orang murid atau lebih yang bukan beragama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan Pendidikan Moral sekurang-kurangnya dua jam seminggu. Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) prasekolah diagihkan berdasarkan modul asas dan modul bertema seperti di Jadual 12 dan 13. Walau bagaimanapun peruntukan waktu ini seharusnya fleksibel dan guru boleh

mengubahsuai jadual waktu mengikut kesesuaian setempat dan keperluan murid.

Jadual 12: Cadangan peruntukan waktu untuk Modul Asas dan ModulBertema di prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia Bil Modul Peruntukan Masa Seminggu (minit) Aktiviti Rutin (lebih kurang 30% daripada masa P&P) 1 2 3 4 Rutin pagi Perbualan pagi Rehat Refleksi sebelum balik Jumlah Modul Asas (lebih kurang 40% daripada masa P&P) 5 6 7 8 Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Pengantar lain 9 10 Aktiviti Luar (outdoor activity) Matematik Jumlah 80 40 510 90 90 (120)* 90 50 100 150 50 350

38

Modul Bertema (lebih kurang 30% daripada masa P&P) 11 Modul bersepadu merangkumi elemen-elemen 340 dalam keenam-enam tunjang termasuk bahasa, pendidikan moral dan matematik. Jumlah 340 Jumlah minit seminggu 1200 *untuk murid beragama Islam sahaja

Oleh kerana salah satu fokus utama Kurikulum Prasekolah Kebangsaan adalah penguasaan literasi asas 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) maka adalah dicadangkan modul asas diberi peruntukan waktu yang lebih banyak pada awal tahun. Bila murid sudah mulai menguasai kemahiran literasi asas ini, peruntukan waktu Modul Asas boleh dikurangkan seperti pada Rajah Pengajaran dan Pembelajaran di prasekolah perlu bermakna dan bersifat konstektual kepada murid, maka pendekatan bertema adalah digalakkan. Modul bertema menyepadukan Standard Pembelajaran dari pelbagai tunjang mengikut tema yang berkaitan dengan kehidupan seharian murid. Peruntukan waktu untuk Modul Bertema boleh ditambah secara beransur-ansur dari awal tahun ke akhir tahun seperti yang dicadangkan dalam Rajah 2. Modul bertema akan membawa lebih banyak makna kepada murid bila mereka sudah mempunyai literasi asas dalam bahasa pengantar yang berkenaan.

Modul Teras Asas 50 % 35 % Modul Bertema 0% Awal Tahun Akhir Tahun

Rajah 2: Cadangan Peratus Peruntukan Waktu untuk Modul Teras Asas dan Modul Bertema di kelas prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia

39

Pendidikan

prasekolah

merupakan

pendidikan

tidak

formal

dan

kanak-kanak

memerlukan persekitaran fizikal dan sosial yang tidak rigid untuk memastikan pembelajaran yang berkesan dan bermakna. Jadual waktu prasekolah adalah fleksibel di mana guru boleh mengubah suai jadual waktu mengikut keperluan semasa. Permainan Luar yang dinyatakan dalam Jadual 12 13 adalah aktiviti yang dilakukan di luar bilik darjah. Antara contoh aktiviti yang boleh dijalankan adalah: Bermain dengan buaian, gelongsor, dan lain-lain Main pasir, main air, main pondok Berlari, menyambut bola, melompat

Rutin pagi yang dinyatakan dalam Jadual 12 13 merangkumi pengurusan diri, berbaris, menyanyikan lagu, doa, tanda kedatangan. Aktiviti semasa rehat yang dinyatakan dalam Jadual 12-13 merangkumi doa, makan,gosok gigi, main bebas (free play).

PERUNTUKAN WAKTU MENGIKUT BAHASA INSTRUKSIONAL Selaras dengan usaha memartabatkan bahasa Malaysia dan meningkatkan bahasa Inggeris, prasekolah dikehendaki menggunakan bahasa pengantar seperti di Jadual 14, 15 dan 16.

40

Jadual 14: Peruntukan Masa Minimum untuk Bahasa Instruksional dalam Kelas Prasekolah

Bil

Bahasa Instructional

1 2 3

Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa lain JUMLAH

Peruntukan Masa Minimum Seminggu untuk kelas prasekolah yang bahasa pengantarnya (minit) Bahasa Bahasa pengantar Malaysia lain 600 400 600 400 400 1200 1200

Jadual 15: Cadangan peruntukan waktu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Bidang Pembelajaran Rutin pagi Perbualan pagi Rehat Refleksi sebelum balik Modul asas Bahasa Malaysia Modul bertema** yang dikendalikan dalam BM Modul asas Bahasa Inggeris Modul bertema** yang dikendalikan dalam Bahasa Inggeris Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral Aktivti Luar Matematik JUMLAH Peruntukan Masa Minimum Seminggu (minit) Diajar dalam BM Diajar dalam BI Jumlah 30 20 10 X 5 60 40 20 X 5 90 60 30 X 5 30 20 10 X 5 90 100 90 330 120 40 40 600 40 600 90 100 90 330 120 80 40 1200

41

Nota: *Rutin pagi merangkumi menyepadukan aktiviti pengurusan diri, berbaris, menyanyikan lagu, doa, tanda kehadiran. ** Modul Bertema menyepadukan elemen bahasa, sains, matematik, kemanusiaan, muzik, seni visual, perkembangan sosioemosi, pendidikan moral dan perkembangan fizikal.

Jadual 16: Cadangan peruntukan waktu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan Bahasa Malaysia (BC/BT) Peruntukan Masa Minimum Seminggu (minit) Diajar Jumlah Diajar dalam Diajar dalam dalam BM BI BC/BT 10 X 5 = 10 20 20 50 20 X 5 = 20 40 40 100 30 X 5 = 30 90 30 150 10 X 5 = 10 20 20 50 90 90 200 200 90 90 140 140 90 90 120

Bil

Bidang Pembelajaran Rutin pagi* Perbualan pagi Rehat Refleksi sebelum balik Modul asas Bahasa Malaysia Modul bertema** yang dikendalikan dalam BM Modul asas Bahasa Inggeris Modul bertema** yang dikendalikan dalam Bahasa Inggeris Modul asas BC/BT Modul Bertema yang berunsurkan Pendidikan Moral yang dikendalikan dalam BC/BT/ Pendidikan Islam

1 2 3 4 5 6 7

8 9

120

42

10 11

Aktivti Luar Matematik JUMLAH

40 600 600

40 40 1200

80 40

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah melalui proses transformasi. Mulai tahun hadapan (2011) KSSR yang merupakan kurikulum KBSR yang telah diperkukuh dan ditambah baik akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan Tahun 1. Berikut ialah mata pelajaran dan peruntukan masa KSSR yang akan dilaksanakan di sekolah ini berdasarkan kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaan daripada murid serta prasarana sekolah. KSSR: PERUNTUKAN MASA PERUNTUKAN MASA KSSR

MASA DALAM SEMINGGU (minit) BIL MODUL SK MODUL TERAS ASAS 1 2 3 Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil 4 Pendidikan Islam Pendidikan Moral 5 Pendidikan Jasmani 180 180 60 120 120 60 360 300 300 150 360 300 150 360 120 120 60 SJKC SJKT

43

6 7

Pendidikan Kesihatan Matematik

30 180

30 180

30 180

MODUL TERAS TEMA 8 Dunia Seni Visual Dunia Muzik Dunia Sains dan Teknologi 9 Bahasa Arab./ Bahasa cina SK/Bahasa Tamil SK./B. Kadazandusun/ B.Iban Perhimpunan Perhimpunan Jumlah 30 1380 30 1380 30 1380 60 30 60 90 60 30 60 60 30 60

44

DOMAIN-DOMAIN PEMBELAJARAN DALAM ORGANISASI KURIKULUM BERDASARKAN TUNJANG TUNJANG Komunikasi DOMAIN Komunikasi/Bahasa Kognitif Motor Kasar Motor Halus Kerohanian, Sikap Dan Nilai Komunikasi/Bahasa Sosioemosi Kognitif Tingkah Laku Motor Halus Motor Kasar Kemanusiaan Komunikasi/Bahasa Sosioemosi Kognitif Tingkah Laku Motor Halus Motor Kasar Keterampilan Diri Komunikasi/Bahasa Sosioemosi Kognitif Tingkah Laku Motor Halus Motor Kasar Fizikal dan Estetika Komunikasi/Bahasa Sosioemosi Kognitif Tingkah Laku Motor Halus i) Pendidikan Jasmani ii) Pendidikan Seni Kreatif i) Pendidikan Seni Visual ii) Pendidikan Muzik Pengurusan Kehidupan i) Pengurusan Diri ii) Pengurusan Tingkah Laku iii) Kemahiran Manipulatif Pengurusan Kehidupan i) Pendidikan Islam/Moral ii) Pendidikan Seni Kreatif iii) Pengurusan Kehidupan i) Pendidikan Seni Visual ii) Pendidikan Muzik iii) Pengurusan Diri iv) Pengurusan Tingkah Laku i) Pengurusan Diri ii) Pengurusan Tingkah Laku MATAPELAJARAN Aras 3M KOMPONEN i. Bahasa Malaysia ii. Bahasa Inggeris iii. Matematik

45

Motor Kasar Literasi Sains Dan Teknologi Komunikasi/Bahasa Sosioemosi Kognitif Tingkah Laku Motor Halus Motor Kasar Asas 3M Matematik

Peruntukan Waktu KSSRPK Tahap 1 (Masalah Pembelajaran) MASA/SEMINGGU (MINIT)

MATAPELAJARAN Pengurusan Kehidupan

KOMPONEN Pengurusan Diri Pengurusan Tingkah Laku Kemahiran Manipulatif

450

Matapelajaran Asas 3M

Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Matematik 360

Pendidikan Seni Kreatif

Pendidikan Seni Visual Pendidikan Muzik

240 180 120 30

Pendidikan Islam/Moral Pendidikan Jasmani Perhimpunan JUMLAH

1380

46

PEDAGOGI

47

Standard

Kurikulum

Bahasa

Malaysia

Sekolah

Rendah

berperanan

dalam

melengkapkan strategi penggajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif dengan melibatkan pelbagai akitviti di luar dan di dalam bilik darjah. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, strategi merangkumi pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti. Pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Kaedah pula cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Teknik pula merupakan suatu cara yang digunakan oleh guru bagi menyampaikan bahanbahan pengajaran yang telah dipilih.

Aktiviti pembelajaran konvensional boleh diterapkan kepada murid melalui ruang dan peluang mengikuti proses pembelajaran yang menyeronokkan dalam suasana yang kondusif dengan teknik yang lebih menarik dan berkesan. Pengalaman murid dapat dikaitkan dalam memenuhi kepelbagaian gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Kepelbagaian media, bahan maujud, media cetak dan media elektronik boleh dijadikan sebagai bahan sokongan untuk saling melengkapi proses pengajaran supaya tindakan susulan dapat dijalankan dalam menilai proses pengajaran dan pembelajaran untuk memantapkan penguasaan murid. Selain itu, murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan melalui kemahiran generik yang berkaitan dengan ciri-ciri khusus yang dikuasai oleh setiap murid.

Pendekatan Berpusatkan Murid Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysia haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina keyakinan berbahasa. Contoh pendekatan berpusatkan murid seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Selain pendekatan berpusatkan murid terdapat juga

48

pendekatan-pendekatan lain seperti pendekatan berpusatkan bahan dan pendekatan berpusatkan guru. Kepelbagaian Teknik Teknik merupakan suatu cara yang digunakan oleh guru-guru bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah dan pendekatan yang digunakan. Dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah guru digalakkan menggunakan pelbagai teknik mengajar.

Guru boleh memilih pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi, dan berinteraksi.

Objektif pembelajaran bahasa Malaysia sekolah rendah yang telah ditetapkan supaya murid dapat menguasai asas berbahasa khususnya murid tahap satu (literasi), memperkaya kosa kata, meningkatkan pemahaman berbahasa dan berkemampuan berkomunikasi secara berkesan dalam perhubungan kehidupan sosial. Bagi

memastikan objektif tersebut tercapai, Kementerian Pelajaran telah merangka beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran untuk dijadikan panduan kepada para pendidik. Antaranya ialah: i.Berpusatkan murid ii.Kepelbagaian teknik pengajaran iii.Kepelbagaian sumber bahan iv.Penggunaan tatabahasa yang tepat
49

iv.Memperkayakan bahan bacaan

Aspek Kemahiran bernilai tambah (KBT) masih diguna pakai dalam pengajran dan pembelajaran, namun dua penekanan telah ditambah daripada sukatan lama. Berikut adalah aspek KBT yang akan diaplikasikan; i.Kemahiran berfikir ii.Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) iii.Kemahiran belajar cara belajar iv.Kajian masa depan v.Kecerdasan pelbagai vi.Pembelajaran konstruktivisma vii.Pembelajaran kontekstual viii.Kreativiti dan inovasi ix. Keusahawanan

Sementara

itu,

konsep

5P

iaitu

pengabung

jalinan,

penyerapan,

pengayaan,pemulihan dan penilaian akan turut digunakan dalam proses pengajaran danpembelajaran dapat berjalan lancar agar objektif pembelajaran bahasa Malaysia sekolah rendah tercapai. Penggabung jalinan kemahiran bertujuan untuk membolehkan murid mengaplikasi dua atau lebih kemahiran bahasa dalam satu masa. Dengan ini murid dapat menguasai beberapa kemahiran serentak. Contohnya;

i.Kemahiran mendengar dan bertutur dengan kemahiran membaca,

50

ii.Kemahiran membaca dengan kemahiran menulis, iii.Kemahiran mendengar dan bertutur dengan kemahiran menulis.

Selain aspek kurikulum yang dinyatakan, beberapa perkara boleh dilakukan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran Antaranya;

1.Cara menterjemahkan pernyataan standard kurikulum Baca perkataan demi perkataan dalam setiap pernyataan untuk memahami maksud dan hasrat kurikulum yang terkandung pada pernyataan tersebut secara tersurat dan tersirat. Rancang aktiviti yang sesuai mengikut kemampuan murid. Setiap kemahiran utama dipilih mesti digabung jalinkan dengan kemahiran sampingan dalam setiap aktiviti; Pastikan aktiviti yang dirancang tidak tersasar daripada kemahiran yang dipilihdan kehendak kurikulum.

2. Peringkat perancangan pengajaran Langkah pertama: Fikirkan kemahiran yang akan diajar, seterusnya pilihlah kemahiran fokus dan kemahiran sampingan; Langkah kedua: Bina objektif pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kemahiran yang dipilih; Langkah ketiga: Rancang aktiviti yang berkaitan dengan objektif dan kemahiran yang dipilih bersesuaian dengan masa pengajaran;

51

Langkah keempat: Fikirkan KBT yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut; Langkah kelima: Fikirkan pendekatan, kaedah, strategi serta teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid.

3. Peringkat penyampaian pengajaran Kaedah penyampaian ilmu menggunakan kaedah didik hibur dan menarik minat murid Bahan bantu mengajar yang sesuai; Aspek kawalan kelas; Aspek komunikasi; Proses penilaian atau pentaksiran secara langsung dan tidak langsung berkaitan ilmu yang disampaikan; Berlakunya pemulihan dan penggayaan.

4. Aktiviti pengajaran yang sesuai Menggunakan cara penyampaian yang mudah untuk murid menguasai kemahiran; Menggalakkan murid berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif ke arah melahirkan murid kreatif dan inovatif; Membentuk murid yang celik ICT dan keusahawanan; Penyampaian yang berkesan dan membolehkan majoriti murid menguasai kemahiran yang diperlukan
52

5. Penyampaian berkesan Mestilah mudah difahami oleh murid; Aktiviti mudah dilaksanakan; Aktiviti yang menarik dan disukai oleh murid; Dapat menarik tumpuan murid.

6. Peringkat Selepas Pengajaran Adanya proses refleksi. Mengapa perlu refleksi? Untuk melihat sama ada objektif tercapai atau tidak. Jika tidak tercapai, mengapa? Adakah kaedah penyampaian terdapat kelemahan? Adakah objektif terlalu tinggi ditetapkan? Adakah aktiviti dan kemahiran yang dipilih tidak sesuai? Akhirnya memberi peluang kepada guru membaiki kelemahan yang ada bagi pengajaran berikutnya.

Walaupun KSSR lebih menekankan teknik mengajar secara didik dan hibur, namun teknik pengajaran lain yang sebelum ini terkandung dalam KBSR masih dikekalkan dan diserap masuk ke dalam perlaksaanan pengajaran KSSR. Antara teknik mengajar yang masih dimaksudkan ialah:

53

i. Teknik main peranan Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.

ii.Teknik permainan bahasa Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.

iii.Teknik latih tubi Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.

iv.Teknik bercerita Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid.

v. Teknik inkuiri penemuan Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat yang merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan kepada sesuatu masalah.

vi.Teknik perbahasan Teknik ini melatih murid berfikir dengan pantas di samping dapat berkomunikasi dengan berkesan.

54

vii. Teknik kuiz Teknik ini dapat mengukuhkan pengajaran guru dan memantapkan pemahaman murid tentang sistem Bahasa Malaysia terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat melalui pertandingan.

viii. Teknik sumbang saran Dikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang memerlukan setiap murid menyumbangkan pendapat dan idea.

ix. Teknik soal jawab Teknik ini dilaksanakan dengan cara murid menyoal dan menjawab soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran.

X, Teknik simulasi Teknik di ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing.

xi. Teknik drama Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.

55

xii. Teknik perbincangan Satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.

xiii. Teknik forum Teknik ini merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai bagi murid berkongsi pengetahuan untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas.

56

KANDUNGAN KURIKULUM

57

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal dengan memberikan penekanan pada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukan oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran ini berpaksikan Kemahiran Bahasa dan Sistem Bahasa yang disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum. Standard ini digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid sekolah kebangsaan dan juga di sekolah jenis kebangsaan. Standard ini

dipersembahkan dalam bentuk modular yang dibahagikan kepada bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran serta nilai murni yang perlu dikuasai oleh murid.

Standard Kandungan Pernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai murni.

Standard Pembelajaran Pernyataan tentang penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian murid bagi setiap standard kandungan.

A. Kemahiran Bahasa Kandungan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia mengandungi aspek kemahiran berbahasa, seni bahasa dan tatabahasa. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku. Penerangan terhadap kandungan kurikulum dinyatakan seperti yang berikut:

58

Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti bersoal jawab, ucapan, lakonan dan perbincangan. Murid juga perlu menghayati dan Bertutur dan memberi respons yang betul kepada perkara yang didengar. Kemahiran bertutur pula merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk hubungan sosial, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif. Penekanan diberi pada sebutan dan intonasi yang betul serta pengucapan yang bertatasusila serta menggunakan tatabahasa yang betul.

Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Penekanan perlu juga diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu, dan bahan sastera dan bukan sastera secara kritis.

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif dan bukan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi. Penekanan juga diberi pada penulisan yang menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan tatabahasa serta ejaan yang betul dengan tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalak menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan bahan penulisan.

B. Aspek Seni Bahasa Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur. Murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan.
59

Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi. Pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan seni dalam bahasa Melayu. Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa ini dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.

C. Aspek Tatabahasa Aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam pembentukan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang betul semasa membina ayat. Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantik serta penggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberi penekanan. Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.

60

KAEDAH PENTAKSIRAN

61

PBS- Integrasi Pengajaran,Pembelajaran Dan Pentaksiran

SPPK ialah satu system pentaksiran pendidikan yang merangkumi pentaksiran yang dikendali secara bersama oleh Lembaga Peperiksaan dan pentaksiran yang dikendali oleh sekolah.manakala PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang, ditadbir, diskor, direkod dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.

Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan
62

lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksanakan dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan didokmentasi.

4. Apakah perbezaan antara SPPK dengan pentaksiran sedia ada? Pentaksiran sedia ada Pentaksiran sekolah(PS) Pencapaian murid tidak direkodkan SPPK Pentaksiran sekolah Pentaksiran sekolah Pencapaian murid direkodkan Semua matapelajaran mempunyai komponen pentaksiran

Pentaksiran pusat(PpP) PLBS untuk matapelajaran Bahasa PEKA untuk matapelajaran Sains di jalankan dan pencapaian murid direkodkan Tiada Pentaksiran aktiviti jasmani sukan dan kokurikulum (PAJSK) Pentaksiran Psikometrik Ada dalam (pPSI) komponen

Pusat dan pencapaian murid direkodkan

Tiada pentaksiran ini Ada PAJSK

Pencapaian murid direkodkan

pPSI dijalankan pada dua tahap

Ada dalam komponen SPPK

pentaksiran sekarang iaitu tahun 3 dan tahun 6 Peperiksaan Pusat (PP) Ada dalam komponen pentaksiran
63

Ada dalam komponen SPPK.Tetapi untuk

40% merangkumi PS,PAJSK dan PP

sekarang.Wajaran adalah 100%

matapelajaran TERAS.Wajaran 60%

PBS merangkumi empat komponen iaitu pentaksiran pusat, pentaksiran sekolah, pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum dan pentaksiran psikometrik. Selain itu, pihak LP telah menyediakan dua sistem aplikasi untuk membantu guru-guru dan sistem ini tidak menyusahkan guru-guru. PBS dilaksana sekarang kerana seiringan dengan program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.

PBS mula dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR 2016. Mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan PMR sepenuhnya pada 2014. Asas kepada pemilihan murid untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh ialah melalui ujian khas kemasukan ke asrama penuh yang akan diperkenalkan dan akan diuruskan oleh Bahagian-bahagian KPM yang berkenaan. Penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan melalui pementoran ialah satu usaha untuk memastikan wujudnya kefahaman di kalangan pentaksir supaya skor yang diperoleh mempunyai darjah kesahihan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Pementoran dijalankan secara berterusan bersama Jurulatih Utama pentaksiran dengan tujuan memantapkan dan menambahbaik pengetahuan, kefahaman dan kesefahaman berhubung perkara yang ditaksir, kriteria yang dirujuk, evidens yang dicari, instrumen yang digunakan dan kaedah pemberian skor.

Seterusnya ialah melalui pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan jadual yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Pengesanan ialah proses menilai komponen Pentaksiran Pusat dari segi pencapaian objektif, kekuatan
64

dan kelemahan instrumen serta impaknya untuk tujuan memperbaiki program Pentaksiran Pusat serta penyelarasan diperingkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada konstruk yang ditaksir berdasarkan skema pemarkahan. Ia adalah untuk memastikan keselarasan kefahaman terhadap konstruk dan skema pemarkahan tersebut. Sesi penyelarasan akan diatur mengikut prosedur yang ditetapkan dan akan diwakili oleh semua guru yang terlibat dengan PBS.

Antara peranan Pentaksiran Psikometrik ialah maklumat yang bersifat akademik dan peribadi diperlukan untuk membantu pembelajaran murid. Pentaksiran Psikometrik melengkapkan keperluan ini dengan mendapatkan data selain daripada pencapaian akademik. Maklumat yang memperihalkan kepelbagaian ciri peribadi dan potensi murid ini dapat memberi panduan kepada ibu bapa, guru dan murid untuk lebih memahami murid itu supaya pembelajaran boleh dipertingkatkan. Selain digunakan untuk mengenal pasti dan mengasah kebolehan atau bakat terpendam murid dapat dipertingkat dan dimanfaat manakala kelemahan murid dapat diperbaiki. Pentaksiran Psikometrik juga boleh mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran murid. Pentaksiran Psikometrik tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

Penyataan standard tentang apa yang murid patut tahu dan boleh buat seperti yang terkandung dalam KSSR: standard kurikulum terdiri daripada standard kandungan dan standard

pembelajaran standard kandungan adalah apa yang murid patut tahu, faham dan boleh buat standard pembelajaran adalah apa yang murid perlu belajar dan boleh dilihat melaui tingkah laku

65

manakala standard prestasi pula ialah : standard prestasi menunjukkan tahap penguasaan dan kualiti kerja murid standard prestasi memberi makna kepada band yang dicapai murid

Pentaksiran ini dilakukan oleh guru kerana guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka boleh memantau perkembangan murid secara berterusan ,boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid dan lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid serta mentaksir dan member maklum balas berpandukan standard prestasi. Setiap guru merupakan guru terlatih yang mempunyai asas pengajaran dan pembelajaran tetapi akan diberikan pendedahan semula tentang pentaksiran berasaskan sekolah. Jadi tidak timbul isu atau masalah mengenai guru tersebut bersedia atau tidak

ibu bapa akan mendapat maklum balas mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak mereka melalui laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui system aplikasi pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base). Sekiranya ibu bapa tidak boleh memahami laporan yang disediakan maka telah menjadi tangungjawab guru akan menerangkan perkembangan anak mereka berdasarkan evidens dan deskriptor dalam portfolio anak masing-masing. Laporan adalah berbentuk diskriptif.

PBS akan dilaksanakan

melalui Sistem akan desediakan dalam bentuk

standalone dan data dihantar dalam bentuk text file dalam CD sekiranya kemudahan komputer dan internet tiada di sekolah. Hasil pentaksiran berguna untuk murid kerana
66

ianya mengandungi maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid mengenalpasti kekuatan,kelemahan,kesilapan dan apa yang perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik. Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.

PBS juga mengambil nilai agama kepada murid-murid contoh dengan adanya kerangka standard prestasi merangkumi penguasaan pengetahuan,kemahiran dan pengamalan adab tingkah laku. Jesteru, pentaksiran dilakukan untuk melihat perkembangan semua aspek pembangunan insan yang selama ini tidak ditaksir. PBS mengambil kira murid berkeperluan khas dengan menyediakan kaedah dan instrument pentaksiran yang sesuai dengan mereka. Peranan PAJSK dalam PBS ialah PAJSK membekalkan maklumat sebagai pelengkap kepada kemenjadian murid yang seimbang dan harmonis, pencapaian, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani, kesihatan, sukan dan kokurikulum diambil kira sebagai sebahagia daripada wajaran 40% PBS untuk UPSR.

Pentaksiran P&P dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai. Bersifat autentik dan holistik

67

Kesimpulan Meningkatkan kualitu pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21. Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan . Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmeen

menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak kepentingan

GRED PURATA MURID

Jumlah band tertinggiGred purata (GP) = Jumlah matapelajaran

Gred purata dikira setiap semester Gred purata setiap semester akan dikumpulkan kepada Gred Purata Kumulatif (GPK)

Jumlah Gred Purata GPK = Jumlah Semester Contoh: Semester 1: Band 3 4 3 GP = 3+4+3= 10 = 3.3 3 3

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik

68

Semester 2: Bahasa Melayu

Band 3 3 2 GP = 3+4+2= 8 = 2.7 3 3

Bahasa Inggeris Matematik

GPK = 3.3 + 2.7= 6.0= 3.0 2 2

Semua sekolah akan menjalankan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan terhadap murid KSSR Tahun 1 mulai tahun 2011. Sistem pentkasiran ini telah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Dari segi tujuannya, ia bagi mengurangkan bebanan peperiksaan awam terhadap murid-murid dan memberi penilaian yang menyeluruh kepada mereka bagi melahirkan modal insan yang bukan tertumpu kepada pencapaian akademik semata-mata tetapi cemerlang secara holistik yang merangkumi segala aspek kehidupan manusia.

Secara umumnya, sistem ini akan berfungsi jika ada talian internet kerana sistem ini beroperasi secara dalam talian atau online. Jika sekolah tersebut mempunyai capaian internet, pelaksanaan sistem ini akan dapat berjalan dengan baik. Namun jika sekolah tersebut tiada capaian internet terutama sekolah-sekolah dipedalaman, bagaimana pihak sekolah hendak mengemaskini data pentaksiran yang diperlukan. Bukan semua sekolah dipedalam mempunyai capaian internet. Kalau ada pun, capaiannya adalah amat perlahan dan adakalanya langsung tidak boleh mengakses internet.

Penilaian ini akan berterusan sehinggalah murid-murid ini tamat pelajaran mereka di Tingkatan 5. Dijangkakan pada tahun 2016, peperiksaan UPSR hanya membawa markah 30% daripada markah keseluruhan yang akan dikira untuk murid69

murid ini memasuki sekolah menengah. Kalau dahulu, penilaian berdasarkan gred A, B, C, D dan E, namun kini akan digantikan dengan sistem Band seperti MUET;

Band 1 - Tahu Band 2 - Tahu, faham Band 3 - Tahu, faham, boleh buat Band 4 - Tahu, faham, boleh buat dengan beradab Band 5 - Tahu, faham, boleh buat dengan adab terpuji Band 6 - Tahu, faham, boleh buat dengan adab mithali

Band 1-3: Asas Band 4 : Cemerlang Band 5 : Gemilang Band 6 : Terbilang

Bagi menjadikan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) lebih menyeronokkan, Kaedah pentaksiran akan dilaksanakan berasaskan sekolah. Pelbagai kaedah akan digunakan supaya penilaian bersifat lebih autentik dan holistik. Pentaksiran akan lebih berbentuk formatif, dilaksanakan secara berterusan bagi mengesan perkembangan dan pencapaian murid. Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan akan dilaksanakan mengikut keperluan murid supaya murid mencapaai standard yang ditetapkan

70

BAHAN

71

Bahan kurikulum KSSR terdiri daripada dua iaitu dokumen standard, modul pengajaran, dan modul pembelajaran. Bahan kurikulum ini dihasilkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Dokumen standard merujuk kepada suatu dokumen rasmi yang menjadi garis panduan kepada semua ahli dalam sesuatu organisasi dalam melaksanakan sesuatu dasar atau perkara. Bahan ini digubal berdasarkan kepada keperluan semasa dalam bidang pendidikan. Tujuan penggubalan ini dilaksanakan adalah untuk memastikan generasi yang akan datang bersedia menghadapi cabaran dunia masa hadapan di samping menepati keperluan pendidikan pada masa kini.

Rajah menunjukkan laman web rasmi KSSR.

72

Bermula dari Dokumen Standard yang mengandungi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran sebagai gantian kepada Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP), penerapan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang mengandungi tiga elemen penting yang terdiri daripada Kreativiti dan Inovatif, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, seterusnya penulisan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah berubah bentuk format penulisannya, sampailah kepada isu yang dilihat besar oleh sebahagian guru iaitu pembinaan modul pengajaran berteraskan empat fasa terarah.

Ciri-ciri buku pelajaran yang akan digunakan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Terdapat dua komponen iaitu buku teks dan buku aktiviti. Melalui kedua-dua buku ini, terdapat nota-nota yang akan membantu guru menjalankan pengajaran dan pembelajaraan (P&P) dengan berkesan. Selain itu, buku-buku ini mengandungi rujukan halaman buku aktiviti ke buku teks dan buku teks ke buku aktiviti. Terdapat juga pelbagai aktiviti pengukuhan, pengayaan dan cadangan aktiviti pemulihan.

73

Buku aktiviti menggalakkan murid untuk menggunakan kemahiran psikomotor seperti menggunting, menampal, menyurih dan mewarna. Maklumat asal dimuatkan bersebelahan dengan kandungan teks bagi guru membuat rujukan. Setiap kemahiraan baru yang diperkenalkan akan diikuti dengan penilaian mudah untuk menaakul atau mendorong kepada perbincangan. Penulisan berbentuk modular dengan persembahan kandungan berdasarkan pencapaian standard pembelajaran bagi sesuatu subjek.

Modul Pengajaran Berteraskan Empat Fasa Terarah ini merupakan sebuah rancangan pengajaran kreatif yang lengkap, yang terdiri daripada empat fasa, bermula dengan Fasa Persediaan, diikuti dengan Fasa Imaginasi, seterusnya Fasa

Perkembangan dan diakhiri dengan Fasa Tindakan. (Saya akan bercerita tentang empat fasa ini di lain waktu). Pengajaran berteraskan empat fasa ini merupakan langkah pengajaran kreatif yang menggantikan cara lama pengajaran iaitu

pendahuluan, set induksi, langkah 1, 2, dan 3 serta penutup, yang selama ini kita praktikan di sekolah, hasil pembelajaran kita sewaktu di IPG.

74

Buku Panduan Guru disediakan sebagai bahan rujukan untuk membantu guru menjana idea, merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Buku ini sebagai panduan kepada guru untuk mengaplikasikan intipati dokumen standard kurikulum dalam pengajaran dan pembelajaran. Buku ini juga mencadangkan pelbagai aktivti P&P yang berkonsepkan didik hibur bagi memberikan peluang kepada murid melakukan aktivti P&P secara aktif dengan sokongan pelbagai bahan media. Buku ini membantu guru memahami pendekatan modular yang diketengahkan dalam kesemua dokumen KSSR dan menitikberatkan pembelajaran secara didik hibur. Dalam pendekatan modular ini, fokus P&P diberikan kepada kemahiran mendengar, bertutur, menulis, membaca dan dua elemen lain iaitu aspek seni bahasa dan tatabahasa.

Buku ini juga memberi penekanan kepada aspek pentaksiran, pemulihan dan pengayaan yang merupakan aspek penting dalam P&P. Buku in mengandungi empat bahagian.Bahagian pertama ialah pengenalan tentang Standard KSSR dan Struktur Pengenalan Modular, Bahagian Kedua mengandungi contoh-contoh Strategi P&P, Bahagian Ketiga memaparkan contoh pemetaan rancangan mengajar mingguan dan Bahagian Keempat mengandungi daftar kata dan glosari. Strategi dan aktiviti P7P dalam buku ini hanyalah cadangan. Guru digalak menggunakan kreativiti sendiri untuk mengubah suai aktiviti tersebut supaya bersesuaian dengan kebersediaan dan kebolehan murid dalam setiap setiap perlaksanaan P&P.
75

SOALAN 3

76

Keberkesanan Pelaksanaan KSSR Terhadap Perkembangan Pendidikan Di Malaysia (Sekolah Kebangsaan Damak)

Pengajaran dan Pembelaran (P&P)

Pada pendapat saya, perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di sekolah berkesan kerana sepanjang pemerhatian saya disokong beberapa sesi temu bual selama satu minggu di Sekolah Kebangsaan Damak telah mendapati pelaksanaan KSSR di sekolah ini sangat berkesan dan amat bertepatan serta selaras dengan perkembangan pendidikan yang semakin maju serta semakin mencabar dalam matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020.

Melalui pendekatan ini, teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P)

akan

menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ianya akan menarik minat murid-murid untuk belajar sekaligus tidak merasa bosan untuk belajar maka secara tidak langsung akan membuatkan murid-murid suka untuk hadir ke sekolah dan masalah ponteng dapat diatasi. Oleh itu, dalam KSSR teknik mengajar iaitu teknik didik dan hibur telah ditekankan. Teknik ini memerlukan cikgu untuk lebih kreatif dalam memberikan pendidikan di dalam kelas.

Antara salah satu contoh yang dapat diberikan berdasarkan pengalaman PBS yang telah saya lalui ialah cikgu Bahasa Melayu yang mengajar pada tahun 2 telah memulakan set induksi dengan meminta anak muridnya agar berdiri dan berbaris di dalam laluan barisan. Cikgu terbabit meminta muridnya lari setempat. Kemudiannya guru bertanyakan kepada murid mengapa kita perlu bersenam. Dari sini kita dapat melihat bagaimana berlakunya proses pengajaran menerusi teknik didik hibur ini berlaku di mana murid-murid ini dilihat begitu riang sekali ketika guru mereka meminta
77

mereka berlari setempat. Hal ini kerana kanak-kanak gemarkan pergerakan yang agak aktif seperti lari setempat dan lain-lain.

Selain itu, bahasa yang akan digunakan dalam KSSR ialah dwi bahasa di mana terdapat bahasa melayu dan inggeris dalam P&P sejajar usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa melayu dan memperkasakan bahasa inggeris (MBMMBI). Namun ianya hanyalah untuk mata pelajaran tertentu sahaja iaitu Sains dan Matematik. Namun begitu, semasa saya melakukan pemerhatian di dalam kelas Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Damak. Cikgu yang mengajar kelas terbabit tidak menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya semasa mengajar. Terdapat juga sedikit penggunaan Bahasa Melayu yang dijadikan sebagai terjemahan. Hal ini kerana sekolah tersebut berada di kawasan luar bandar. Oleh itu pendedahan terhadap bahasa Inggeris agak kurang berbanding dengan murid-murid di sekolah bandar.

Di samping itu, saya juga dapat mendapati bahawa elemen bernilai tambah iaitu teknologi maklumat dan komunikasi diterapkan semasa P&P. Semasa pemerhatian kami di dalam kelas, terdapat cikgu yang menggunakan bahan mengajar yang terdiri daripada tayangan video menerusi laman sesawang youtube dalam P&P bahasa Inggeris. Cikgu itu turut meminta muridnya menjawab soalan menerusi satu laman web interaktif. Hal ini sekaligus menarik perhatian murid kerana murid ini suka melihat grafik yang berwarna dan bergerak-gerak. Kami juga memerhatikan terdapatnya guru yang meminta muridnya menggunakan kamus dalam talian atau online bagi mencari maksud sesuatu perkataan baru bagi memperkaya perbendaharaan kata mereka.

Selain itu, secara tidak langsung ianya juga dapat membantu meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris apabila mereka didedahkan dengan KSSR. Kami berpendapat bahawa KSSR adalah lebih baik dan relevan untuk pendidikan sekolah pada masa kini. Hal ini kerana
78

kurikulum dalam sesuatu sistem pendidikan hendaklah selari dengan keperluan semasa masyarakat dalam sesebuah negara. Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek yang dimasukkan di dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara(NKRA). Oleh itu, perubahan hendaklah perlu dilakukan dari semasa ke semasa.

79

Penggunaan Portfolio

Melalui KSSR ini segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen ini merekodkan setiap kegiatan murid daripada mula-mula menjejakkan kaki ke sekolah rendah ataupun dari prasekolah lagi. Tujuan dan rasional ianya dilakukan dan dokumen tersebut disimpan adalaah untuk dilihat atau untuk dibuat rujukan oleh guru-guru dan ibu bapa dalam menilai kebolehan dan perkembangan murid tersebut dari prasekolah sehingga ke tahun enam. Lain dari itu, dokumen tersebut turut memaparkan dan mengesan tentang kebolehan murid-murid tersbut dan turut dapat menilai kelemahan serta bakat murid tersebut.

Murid-murid akan diberi band oleh guru di mana band ini merupakan aras atau kayu pengukur kepada murid-murid tersebut selepas pemansuhan UPSR. Setiap band memiliki penilaian bermula band satu bermaksud murid tahu, band dua (tahu dan faham), band tiga (tahu, faham dan boleh buat), band empat (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab), band lima (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji) serta band enam (murid tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali). Hal ini juga memudahkan dan memberi ruang kepada para guru untuk menyemak rekod pembelajaran murid serta mengetahui kelemahan setiap mereka dan cara-cara mengatasi kelemahan mereka dengan lebih berkesan secara effektif..

Menerusi penilaian seperti ini para murid tidak akan merasakan tekanan untuk menghadapi peperiksaan. Sekaligus merubah persekitaran pendidikan negara yang menganggap bahawa belajar hanya untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan. Hal ini kerana pendidikan yang berorientasikan peperiksaan bukan sahaja memberikan tekanan malahan sistem pendidikan seperti ini akan melahirkan murid yang lemah daya tahan dari sudut jati diri. Buktinya dapat sahaja kita lihat melalui pelbagai momokan
80

daripada media massa dan elektronik tentang bagaimana pelajar kita di rantau orang mahupun di dalam negara yang lemah jati diri. Kebanyakkan mereka berubah ke arah cara hidup kebaratan tidak kurang juga yang terlibat dengan ajaran sesat.

Sistem berorientasikan peperiksaan peperiksaan ini juga dilihat tidak lagi relevan dlaam menilai kemampuan sebenar murid selain membebankan guru dengan kerjakerja tambahan. Tambahan pula terdapatnya menularnya fenomena pengangguran dalam kalangan siswazah akibat tidak tahu memanfaatkan ilmu yang diperoleh. Masalah ini berlaku kerana pendidikan di negara ini dikekang biroraksi sehingga sukar diperoleh.

81

Mengambil Kira Bakat dan Kemahiran Murid-murid Walaupun ujian bertulis masih lagi dilaksanakan seperti dulu, proses penilaian KSSR amat mengambil kira kemahiran insaniah dan kebolehan bakat yang ditonjolkan oleh murid dalam kelas. Oleh sebab sebahagian proses penilaian ini dilakukan oleh pihak sekolah, murid akan sentiasa berusaha untuk bersaing dengan rakan lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka. Mereka akan sentiasa berasa tercabar dengan kehebatan pencapaian rakan-rakan yang lain. Mereka akan bersaing dengan murid lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka.

Murid-murid juga tidak akan menjadi terlalu tertekan sekiranya mereka kurang menguasai sesuatu teori atau fakta yang diberikan oleh guru mereka di dalam kelas, akan tetapi, mereka dapat menggunakan teori tersebut sebagai panduan dalam mengerjakan sesuatu amali berdasarkan kebolehan, kemampuan dan bakat mereka terhadap sesuatu perkara yang semulajadi ada dalam diri mereka. Murid-murid juga akan dapat mengeksploitasikan diri mereka menjadi lebih berdaya kritis dan kreatif kerana mereka dapat melakukan sesuatu yang mereka minati secara menyeluruh dan tidak tersekat dengan apa yang ditetapkan untuk mereka oleh guru sahaja. Setiap individu akan mempunyai minat dan penguasaan yang menyeluruh dan lebih terhadap sesuatu yang mereka sukai dan gemari dan ini akan menjadikan murid lebih bertenaga dalam melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan yang diberikan.

Hal ini dapat memberikan keupayaan kepada murid untuk melakukan sesuatu yang baru bagi mereka dari segi konsep dan pengetahuan sedia ada yang mana pada masa yang sama, secara tidak langsung, ianya juga memberi peluang yang luas buat murid-murid untuk memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam pelbagai bentuk yang boleh diukur melalui bahan standard pembelajaran yang telah ditetapkan.

82

Penggabungan Beberapa Matapelajaran Melalui penggabungan mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi pula, ianya akan memberi pendedahan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau `hands-on kepada murid-murid. Murid akan mempelajari sesuatu yang baru dengan lebih mudah seperti Microsoft Word, diikuti Microsoft Power Point dan Painting. Penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai sebagai subjek peperiksaan, sebaliknya didedahkan kepada murid Tahun Satu untuk menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi murid-murid terhadap bidang teknologi moden dan perubahan-perubahan dalam sistem teknologi.

Selain itu, melalui penggbungan ini, mereka akan lebih berminat untuk belajar kerana seperti yang kita tahu ICT ini dapat menrik minat murid. Murid-murid tidak akan terlalu tertekan dengan adanya ICT. Di samping itu, murid-murid di luar bandar sukar untuk mendapatkan atau menggunakan komputer oleh kerana kesempitan hidup maka dengan adanya mata pelajaran ICT ii ianya dapat mendedahkan murid tersebut dengan ICT

Ini memberi peluang kepada mereka pendedahan kepada proses pembelajaran menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuan menarik iaitu secara praktikal terus dan ini dapat membantu perkembangan minda murid-murid menjadi lebih kreatif dan sentiasa dapat menghasilkan idea-idea yang bernas dan bijak. Sekaligus bertepatan dengan salah satu kemahiran yang digariskan dalam dokumen KSSR iaitu kemahiran menaakul.

83

Penggunaan Modul Perubahan atau transformasi yang berlaku dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) juga, dapat dikesan melalui aspek pembelajaran yang digunakan di sekolah. KSSR telah menggunakan proses pembelajaran berasaskan modul. Penggunaan modul secara menyeluruh telah dilaksanakan akan menggantikan penggunaan buku teks.

Modul-modul ini dapat menarik minat murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di sekolah tanpa mempunyai perasaan bosan. Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang seronok serta dapat mengembangkan minda dan murid-murid akan menjadi sesorang yang lebih kreatif dan kritis dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang tidak hanya menumpukan kepada penggunaan akal semata-mata, bahkan ianya juga melibatkan perbuatan yang aktif daripada murid atau dengan erti kata lain ianya melibatkan pembelajaran dua hala iaitu murid dan guru terlibat sama.

Dengan penggunaan modul ini, murid-murid juga akan mudah untuk memahami, mempelajari serta mengingati sesuatu sekiranya pembelajaran mereka disertai dengan aktiviti-aktiviti amali dan praktikal. Ianya juga dapat menarik minat murid untuk terus meminati sesi pembelajaran dan sentiasa berusaha menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi dengan cara dan langkah yang terbaik.

KSSR ini juga banyak murid-murid dalam pembelajaran mereka bahkan ianya juga turut memudahkan kerja guru di mana mereka akan dapat mewujudkan suasana yang ceria dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana guru dan murid-murid tidak merasa tertekan dengan sistem KSSR ini.

84

Kerohanian, Sikap dan Nilai

Tunjang ini merangkumi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam selama dua jam seminggu. Pendidikan moral dipelajari oleh murid lain selama dua jam seminggu.

Pertama sekali kita melihat kepada Pendidikan Islam. Pendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasululllah dan Kalimat Syahadah. Kanak-kanak prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan harian engikut adab. Pada masa yang sama, kanak-kanak ini juga mengenal asas bahasa Al-Quran, huruf hijaiyah dan Jawi serta menghafaz beberapa surah pendek doa pilihan. Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dijalankan melalui aktiviti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain.

Keterampilan Diri Keterampilan diri murid yang berkepimpinan dan bersahsiah diri juga dapat dipupuk melalui pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah ini seperti yang telah termaktub dan diwajibkan dalam takwin aktiviti sekolah seperti mana yang telah dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Penglibatan murid dalam persatuan dan unit beruniform seperti Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan lain-lain dapat melatih dan meningkatkan peribadi murid-murid agar menjadi lebih matang dan meningkatkan keyakinan diri murid serta dapat meningkatkan jati diri dan sekaligus dapat melahirkan murid-murid yang cintakan negara di samping dapat melatih mereka untuk menangani cabaran pada masa akan datang dengan jayanya.

Selain itu, ianya dapat melahirkan pemimpin yang berkualiti pada masa akan datang dan di sekolah untuk kita mengasah dan menggilap bakat mereka tersebut.
85

Contohnya dengan melatih mereka menjadi pengerusi persatuan, ketua kelas dan sebagainya. .

Literasi Sains dan Teknologi

Pengetahuan dan penguasaan sains, kemahiran dan sikap saintifik serta pengetahuan dan kemahiran matematik merupakan pengetahuan dan kemahiran yang berasaskan kepada perkembangan teknologi yang wajib bagi murid-murid untuk menguasainya bagi mengembangkan pemikiran para murid mengenai ilmu-ilmu yang lebih luas supaya mereka dapat mengaplikasikan penggunaannya dalam kehidupan mereka pada zaman globalisasi yang jauh lebih mencabar. Oleh kerana sedar dengan kepentingn ini, sekolah ini telah menyediakan kemudahan prasarana yang mencukupi dan menyediakan makmal komputer untuk kemudahan murid-murid untuk mengakses maklumat supaya tidak pernah ketinggalan dan setanding dengan negara lain.

Secara lebih spesifik, PISA (Programme for International Student Assesment) 2006 menyatakan bahawa literasi sains adalah kemampuan menggunakan

pengetahuan sains untuk mengidentifikasikan permasalahan dan membuat kesimpulan berdasarkan bukti-bukti dalam rangka memahami serta membuat keputusan tentang alam dan perubahan yang dilakukan terhadap alam melalui aktiviti manusia. Teknologi pula dapat diertikan sebagai kemampuan untuk menerapkan pengetahuan sains dalam rangka membuat perubahan alam untuk memudahkan aktiviti manusia. Dengan berkembangnya sains dan teknologi dalam kalangan masyarakat, maka peranan pendidikan diharapkan dapat membantu dalam meningkatkan masyarakat untuk memiliki literasi sains dan teknologi. Berdasarkan hal tersebut, (Poedjiadi, 1996) menjelaskan bahawa literasi sains dan teknologi adalah kemampuan menyelesaikan masalah dengan menggunakan konsep sains, teknologi serta kesannya, mampu

mempergunakan produk teknologi dan memeliharanya, kreatif dalam menghasilkan produk teknologi yang sederhana dan mampu mengambil keputusan berdasarkan nilai.

86

Anda mungkin juga menyukai