Anda di halaman 1dari 3

Sebagai seorang guru, saya haruslah berusaha menyediakan perangsang kemajuan emosi para pelajar dengan baik.

Kecerdasan emosi pelajar lazimnya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti suhu bilik darjah, rutin bilik darjah dan organisasi bilik darjahsuasana bilik darjah yang sesuai akan mengundang keseronokan dan keselesaaan dalam kalangan pelkajar sehingga membuatkan pelajar mudah menimba ilmu. Elakkan suasan kelas yang gelap dan sempit supaya tidak mengganggu emosi pelajar.keadaan yang ceria dan kondusif mempengaruhi emosi dan minat serta kecerdasan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dari segi emosi perasaan seperti marah, bersaing untuk sumber yang terhad, dengki, memfitnah dan lain-lain akan dikurangkan sekiranya pelajar menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang kondusif. Secara tidak langsung pelajar akan berkembang dari segi sosial dan emosi dalam iklim bilik darjah yang positif dan membina.

Cara meningkatkan penyuburanK ompetensi K ecerdasan Emosi adalah guru perlu memainkan peranan sebagai role model. Guru sebagai role model adalah untuk mencerminkan kompetensi kecerdasan emosi iaitu kompetensi personal dan sosial. Gaya cakap, bertindak dan mengurus pengajaran dan pembelajaran semuanya diperhatikan oleh pelajar dan mereka akan belajar atau ikutnya. Jadi adalah penting supaya guru sentiasa menunjukkan subkompetensi seperti kawalan emosi, kebolehpercayaan, ketekunan, optimis, motivasi kendiri dan lain-lain yang berkenaan dengan kompetensi personal.

Ciri-ciri kompetensi sosial yang perlu juga ditunjukkan ialah empati, membangunkan orang lain, melayani kepelbagaian, kepimpinan berinspirasi dan membina perhubungan. Dalam kelas, terdapat pelbagai peluang untuk guru menekankan nilai-nilai murni yang merupakan kompetensi personal dan sosial. Contohnya, melayani kepelbagaian pelajar melalui layan saksama terhadap pelajar lemah, miskin atau kurang upaya. Bahasa dan ayat yang digunakan haru s menunjukkan sikap adil, saksama dan mesra. Guru boleh menggunakan teknik-teknik atau strategi pengajaran seperti memberikan pembelajaran kolaboratif dan pembelajaran koperatif.

Pembelajaran Kolaboratif dapat memberi peluang kepada pelajar supaya bercampur gaul dengan rakan-rakan dalam kumpulan lain dengan bekerjasam antara sesama ahli kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Dalam melakukan sesuatu tugasan, setiap kumpulan boleh berkolaborasi supaya kongsi maklumat untuk mendapat isi kandungan yang lebih mantap. Dalam proses mencari maklumat dan membincang serta menghujah dan meneliti isi -isi, pelajar perlu berinteraksi sosial dan menggunakan kompetensi personal dan sosial supaya tidak ada banyak konflik atau perselisihan faham hasil daripada kekasaran dalam percakapan atau mudah tersinggung atau pemonopolasian oleh pelajar yang dominan dan sebagainya.

Guru perlu mengambil peluang untuk menyemai nilai-nilai dan kompetensi personal dan sosial di kalangan pelajar semasa aktiviti pembelajaran koperatif dikendalikan. Contohnya, guru boleh mendengar pertuturan pelajar dan menegur sebarang penyelewengan, menyelesai masalah konflik jika timbul pada langkah serta penimbulan daya kepimpinan mengikut keadaan perlu diakui dan diberi peluang untuk berkembang lagi. Penglibatan diri dalam kemahiran interpersonal merangkumi kemahiran membuat keputusan, mengendalikan konflik dan mengekalkan hubungan baik antara ahli kumpulan. Oleh itu, pemberian pembelajaran koperatif merupakan kaedah mengajar yang dapat menyemaikan kompetensi kecerdasan emosi.

Sebagai guru, dia harus bijak mengaplikasikan penggunaan bahan untuk mencungkil ciriciri emosi yang baik daripada pelajar. Sebagai contoh, jika guru hendak mengajar tentang perasaan empati, penggunaan gambar mangsa perang, gempa bumi atau sebarang malapetaka dunia boleh mencapai tujuannya. Perbincangan tentang keadaan mangsa akan mel ahirkan perasaan kasihan, empati dan kompetensi sosial lain seperti berorientasikan perkhidmatan, kerja berpasukan atau membina perhubungan dapat dipraktikkanmelalui kerja sukarelawan.

Di samping itu, untuk meningkatkan penyuburanK ompetensiK ecerdasan Emosi dalam kalangan pelajar, guru juga boleh mengadakan permainan dalam pengajaran dan pembelajaran. Permainan mempunyai banyak kebaikan dari segi pedagogi untuk mengajar atau membelajar sesuatu. Ia memberi elemen keseronokan dalam pembelajaran yang akan menjadikan

pembelajaran atau pengajaran lebih berkesan dan mudah diterima. Permainan biasanya melibatkan interaksi antara dua atau lebih individu. Kompetensi Kecerdasan Emosi memainkan peranan penting sekiranya pelajar tidak pandai mengurus emosinya dan juga tidak mempunyai kemahiran sosial yang sesuai, tentu akan mewujudkan banyak perselisihan faham dan ketidakpuasan. Pelajar juga dapat tahu cara untuk menangani kegagalan atau kemenangan serta perasaan empati atau budaya bekerja secara berpasukan. Permainan seperti main peranan, permainan kad, kuiz atau aktiviti cergas lain bukan sahaja dapat memperkembangkan minda tetapi juga boleh meningkatkan kompetensi kecerdasan emosi.

Di bawah komponen kompetensi sosial terkandung konsep kesedaran sosial dan melalui ini kita dapat memfokuskan kepada empati. Empati dapat dijelaskan dengan cuba memahami perasaan orang lain dan cuba untuk membantunya menyelesaikan masalah tersebut. Melalui fahaman ini, sebagai seorang guru itu perlu mempunyai sifat empati ini agar dapat memahami masalah yang dihadapi oleh pelajarnya dan beliau cuba untuk berada di dalam keadaan pelajarnya. Hal ini demikian membolehkan seorang guru itu lebih memahami dan dapat berinteraksi dengan pelajarnya. Oleh itu, guru tersebut akan dapat membantu dan mendidik pelajarnya bukan sahaja menjadi cemerlang malah memiliki keperibadian yang positif dan mulia selaras dengan kehendak FPK dan FPG

Seterusnya, seorang guru perlu memiliki sifat kepemimpinan berinspirasi. Kepemimpinan berinspirasi bermaksud seorang guru itu mempunyai kekuatan untuk menjadi pemimpin. Hal ini penting bagi meningkatkan tahap kecerdasan emosi apabila seorang guru itu berjaya membimbing kekuatan emosinya untuk berhadapan dengan cabaran dan masalah untuk menjadi seorang pemimpin sekali gus menjadi seorang pendidik yang berjaya. Hal ini juga dapat menghasilkan seorang guru yang menepati kehendak FPG.

Anda mungkin juga menyukai