Anda di halaman 1dari 3

Visi "Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang" Misi "Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti"

Piagam Pelanggan Jabatan Pelajaran Negeri Johor Kami warga Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan penuh tekad dan iltizam serta berpegang kepada moto "Selangkah Ke Hadapan (One Step Ahead)" berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk; Memastikan semua kanak-kanak, mengikut umur yang ditetapkan, mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi

Menempatkan guru-guru ke sekolah tidak lewat dari tiga minggu setelah menerima senarai guru maktab dan universiti dari Kementerian Pelajaran.

Semua permohonan pertukaran dalam musim akan diproses mengikut takwim kerja dan permohonan di luar musim akan diuruskan dalam masa satu minggu dari tarikh penerimaan borang

Memastikan bahawa semua sekolah sentiasa dibekalkan dengan guru-guru secukupnya mengikut keperluan sekolah, dua minggu sebelum sekolah bermula.

Semua permohonan diproses oleh JPN di dalam tempoh dua minggu hingga satu bulan dari tarikh borang diterima

Mengurus dan menyelesaikan masalah perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi perlantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh satu bulan dari tarikh borang diterima

Memastikan kekosongan jawatan Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan diisi dalam tempoh satu bulan selepas berlaku kekosongan

Memastikan tuntutan dari guru dan bukan guru diproses dalam masa dua minggu dari tarikh diterima

Memastikan peperiksaan dilaksanakan tanpa kebocoran.

Memastikan Jabatan sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dan sentiasa memberi layanan dari perkhidmatan kaunter yang mesra dalam tempoh 5 minit.

Segala surat aduan dan rayuan kepada dan menerusi Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah-sekolah diberi jawapan dalam tempoh dua minggu dari tarikh diterima

Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran membina dari semua pihak demi mempertingkat prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik

MATLAMAT JABATAN PELAJARAN JOHOR "Jabatan Pelajaran Johor berhasrat melahirkan insan cemerlang yang berdaya tahan, tinggi serta mampu menangani tuntutan-tuntutan ke arah pencapaian Wawasan 2020 sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara berlandaskan Rukun Negara"

OBJEKTIF JABATAN PELAJARAN JOHOR


Jabatan Pelajaran Johor berharap dapat: Melahirkan insan yang cemerlang dari segi intelek, rohani dan jasmani Melahirkan insan yang mempunyai budaya ilmu kemahiran berfikir, berakhlak terpuji, celek sains dan teknologi

Meningkatkan kecemerlangan kepimpinan dan pengurusan organisasi

Anda mungkin juga menyukai