Anda di halaman 1dari 2

Refleksi

Saya Kalaiwani A/P Ramkrishnon telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Kerja kursus pendek ini diberikan oleh pensyarah mata pelajaran Hubungan Etnik WAJ 3106 pada 1 Februari 2013. Setelah bertungkus lumus akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini. Kami dikehendaki membincangkan usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk mengeratkan hubungan etnik di Malaysia dan punca-punca perpaduan dalam kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia lambat berkembang walaupun kemerdekaan telah dicapai. Saya segera memulakan tugasan saya dengan penuh aktif dan mencari maklumat yang berkaitan dengan tajuk ini. Saya menghadapi pelbagai kesukaran untuk menyiapkan tugasan ini. Walau bagaimanapun , setelah dapat melaksanakan tugasan ini. Sebelum memulakan tugasan, kami diberikan penjelasan yang terperinci tentang tugasan kami. Pensyarah kami iaitu En.Chin Kuang Tiu menerangkan maklumat yang berkaitan dengan tugasan kami dengan teliti. Seterusnya. saya mula mencari maklumat berkaitan dengan tajuk tugasan di perpustakaan. Pada mulanya saya menghadapi kesukaran untuk mencari buku berkaitan. Ada kalanya buku yang dicari tidak mempunyai kandungan yang tepat. Tetapi saya berjaya meminjam buku yang sesuai dan mempunyai kandungan yang selaras dengan tugasan kami. Selain itu, saya juga melayari internet, membaca jurnal serta bahan bercetak seperti surat khabar untuk mencari maklumat tambahan yang berkaitan. Saya juga bijak membahagikan masa untuk membujat tugasan ini tanpa mensiakan masanya. Saya telah mempelajari pelbagai perkara setelah menyelesaikan tugasan ini. Contohnya saya dapat mengetahui lebih lanjut tentang usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk mengeratkan hubungan etnik di negara ini melalui aspek ekonomi, politik, sosial dan pendidikan. Sebelum ini, saya tidak mempunyai pengetahuan secara mendalam dan teliti tentang usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan. Tetapi semasa membuat tugasan ini, saya banyak membaca, rajin mencari maklumat dan memperoleh banyak info tentang usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan dalam memupuk hubungan etnik. Sebagai seorang bakal guru, saya perlu peka terhadap semua isu dan berpengetahuan dalam semua mengharungi pelbagai halangan akhirnya saya

bidang kerana ia akan memantapkan dan memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran kelak di sekolah nanti. Selain itu, saya juga menyedari kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan sesebuah negara untuk membuat anjakan paradigma dalam semua aspek. Setiap rakyat bertanggungjawab menjaga keamanan dan kemakmuran serta perpaduan antara kaum agar keharmonian antara kaum terpelihara sepanjang masa.( Ini disokong oleh Profesor Madya Omar bin Majid dalam buku Pendidikan Negara Bangsa Malaysia ). Apabila rakyat mengamalkan nilai-nilai murni seperti toleransi, membantu antara satu sama lain serta hormat-menghormati, rakyat dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai tanpa bermusuhan antara satu sama lain.Tambahan pula, semua usaha yang dijalankan oleh kerajaan dari awal merupakan sebab yang utama rakyat negara kita menjalani kehidupan yang harmoni pada masa ini. Seterusnya, saya juga dapat mengetahui tentang punca-punca perpaduan dalam kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia lambat berkembang walaupun kemerdekaan telah dicapai. Punca yang utama ialah setiap kaum mementingkan kaum mereka sahaja dan meletakkan sentimen perkauman sebagai matlamat sesuatu tindakan.Tambahan pula, tidak ada kesedaran tentang perkara perkauman dan tidak suka bergaul dengan kaum lain dan sebagainya lagi. Bagi menyelesaikan masalah ini, pendekatan yang sesuai hendaklah diambil oleh kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Ingatlah bahawa tunjang kepada segalanya adalah perpaduan. Perpaduan itu amat penting, pengajaran kepada kita di Malaysia. ( Ini merupakan mesej yang disampaikan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak dalam ketika lepas. lawatan kemanusiaan beliau ke Gaza). Sebagai kesimpulannya, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menolong saya dalam proses penyediaan tugasan ini.Saya berharap tugasan ini dapat memuaskan hati pensyarah kami serta mendorong kepada penilaian yang cemerlang. Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai