Alat teraputik
-Kecergasan merupakan pergerakan dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh seseorang untuk menunjukkan sejauh mana mampu untuk bergerak.
-Pendidikan pergerakan kreatif dapat memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk merialisasikan potensi mereka dengan imej yang lebih positif dengan melakukan pergerakan yang mereka inginkan melalui perasaan dalaman yang mereka miliki untuk melakukan sesuatu pergerakan.
- Keupayaan untuk melakukan pergerakan kreatif bergantung kepada aspek-aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan spiritual yang akan menjadi komponen dalam konsep kecergasan yang merupakan
- Pergerakan kreatif mampu untuk mencapai matlamat psikoteraputik dengan meredakan sintom, integrasi emosi dan fizikal, perkembangan peribadi kanak-kanak Meredakan ketegangan perasaan dan tekanan jiwa -Melalui pergerakan kreatif ketegangan ini dapat diredakan disebabkan pergerakan yang dilakukan dapat memberi kesan positif dalam diri mereka. Meningkatkan kreativiti - Pergerakan menjadi printis bagi membolehkan kanakkanak untuk memulakan proses kreativiti mereka dan dalam ruang batas pendidikan tertentu mereka didorong untuk mencurahkan tenaga kreatif mereka.
-Aktiviti pergerakan kreatif merupakan perlakuan sosial yang bergerak dalam kumpulan atau bersendirian.
-Kanak-kanak sangat sesuai melakukan aktiviti ini kerana dapat membantu mereka untuk bergaul dengan orang lain, menerima arahan dan motivasi