Anda di halaman 1dari 10

1.

Pengenalan Perintah-perintah Am Bab F, Perubatan, 1974 ini telah diluluskan oleh

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai menggantikan Perintah-perintah Am Bab F yang telah dikeluarkan pada 1hb. Ogos, 1957. Tarikh kuatkuasa Perintah-perintah Am Bab F yang baru ini ialah 1hb. Mac, 1974. Dengan berkuatkuasanya Perintah-perintah Am Bab F 1974 ini maka semua peruntukan dalam Perintah-perintah Am Bab F 1957 adalah dengan itu dibatalkan.

Dengan pelaksanaan Sistem Saraan Baru (SBB) dan menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991, terdapat dua perubahan terhadap kemudahan rawatan perubatan bagi pegawai Kerajaan, iaitu rawatan untuk keluarga pegawai dipanjangkan kepada ibu bapa yang sah ( legal parents) dan kelayakan dan kadar bayaran wad dipinda mengikut gred atau kategori pegawai. Dengan perubahan-perubahan tersebut, didapati bahawa Surat Pengenalan dan Akuan seperti yang digunakan sekarang tidak sesuai lagi disebabkan tidak

mengandungi maklumat mengenai gred/kategori pegawai dibawah SSB yang diperlukan untuk menentukan kelayakan wad. Juga, penentuan ahli keluarga yang memerlukan rawatan hendaklah ditambah untuk meliputi ibu bapa yang sah.

2.0

Kelas wad dan kadar bayaran wad bagi keluarga pegawai.

2.0.1 Kelas wad Kelas wad bagi pegawai-pegawai kerajaan adalah ditetapkan mengikut gred-gred gaji seseorang pegawai. Namun jika seseorang pegawai atau keluarganya yang meminta untuk dimasukkan ke dalam wad yang lebih tinggi kelasnya daripada yang dia berhak, dia boleh dimasukkan ke dalam wad yang dipinta itu mengikut budi bicara pegawai perubatan yang menjaga hospital. Pegawai atau keluarganya dikehendaki untuk membayar bayaran wad seperti yang dikenakan kepada orang ramai dan dia boleh dikehendaki untuk membayar cengkeram atau mengemukakan jaminan pembayaran yang memuaskan. Walau bagaimanapun pegawai atau keluarganya itu akan terus mendapatkan rawatan, ubatan atau pembedahan yang percuma.

Bagi seseorang pegawai atau keluarganya yang terpaksa atau telah memilih untuk dirawat di dalam wad yang lebih rendah kelasnya daripada yang dia berhak, pegawai tersebut akan dikehendaki membayar bayaran maksimum kelas wad tersebut yang lazimnya patut dibayar oleh seseorang pegawai yang berhak yang telah mencapai tanggagaji maksimum bagi wad kelas tersebut.

2.0.2 Kadar bayaran wad Seseorang pesara Kerajaan atau keluaganya akan berkelayakan mendapat kemudahan rawatan dan perubatan seperti seseorang pegawai Kerajaan atau keluarganya seperti yang dibekalkan dalam Perintah-perintah Am Bab F 1974. Kelayakan seseorang pesara atau keluarganya untuk dimasukkan ke sebarang wad dalam hospital akan ditetapkan mengikut kelayakan akhir pesara sejurus sebelum bersara. Seseorang pesara itu akan dikehendaki membayar % daripada gaji akhirnya yang diterimanya sebelum bersara sebagai bayaran wad sehari bagi diri atau keluarganya dengan syarat bahawa bayaran maksimum bagi wad mengikuti kelayakannya itu tidak akan melebihi daripada maksimum yang ditetapkan bagi pegawai-pegawai setaraf yang sedang berkhidmat. Walau bagaimanapun seseorang pesara yang mendapat pencen tidak melebihi RM180 sebulan akan dikecualikan daripada membayar bayaran wad bagi diri atau keluarganya. Sekiranya keluarga pegawai dimasukkan ke dalam hospital, maka mereka akan dikehendaki membayar bayaran wad sebanyak yang patut mereka bayar sekiranya pegawai itu masih hidup lagi sebagai seorang pesara. Sungguhpun pegawai-pegawai dan keluarga mereka boleh diberi rawatan dan ubat-ubatan yang percuma di hospital atau di klinik, mereka akan dikendaki membayar bayaran wad apabila dimasukkan ke hospital mengikut kadar-kadar seperti dalam Lampiran A.

Melainkan dalam kes bagi pegawai yang sakit di luar Ibu Pejabat atau bagi penyakit tibi, kusta dan barah yang adalah percuma. Di mana orang ramai akan dikecualikan daripada membayar bayaran wad kerana menghidap penyakit merebak, seseorang pegawai yang menghadapi penyakit yang sama akan juga dikecualikan dari membayar bayaran wad. Keluarga pegawai adalah

berkelayakan untuk dimasukkan ke dalam kelas wad yang sama seperti pegawai sendiri dan mereka akan dikenakan bayaran wad yang sama dengan pegawai melainkan bagi kes seperti dalam Perintah Am 24.

3.0 Tafsiran Keluarga Pegawai dan Kemudahan Rawatan Untuk Keluarga Pegawai Selepas Kematianya.

Tafsiran Keluarga pegawai adalah, bagi pegawai lelaki ia bermakna isteri dan anak-anaknya; dan bagi pegawai perempuan ia adalah suami dan anak-anaknya. Di mana ada disebutkan dalam Bab F:Perubatan; tentang rawatan percuma yang boleh diberi kepada keluarga seseorang pegawai, maka anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di bawah 18 tahun; atau sekiranya masih bersekolah, di bawah umur 21 tahun. Walau bagaimanapun bagi anak-anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani had-had umur ini tidak akan dipakai. Ianya tidak mengambilkira sama ada kedaifan wujud atau berlaku sebelum atau selepas had umur di bawah tanggungan seperti yang ditetapkan. Istilah anak akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut undangundang. Seseorang balu pegawai yang meninggal dunia juga dianggap sebagai keluarga pegawai tersebut, namun jika balu tersebut telah berkhawin semula dia tidak lagi berkelayakan mendapat kemudahan rawatan percuma mengikut peruntukan P.A. F 9. Mana-mana keluarga seseorang pegawai yang telah diletakkan di atas perjawat berpencen akan berkelayakan menerima kemudahan rawatan percuma selepas kematian pegawai itu, tidak kira sama ada kematian itu telah berlaku semasa pegawai itu sedang berkhidmat atau setelah ia bersara. Kelayakan

menerima kemudahan rawatan ini adalah terhad kepada mereka yang tergolong dalam tafsiran keluarga pegawai di Perintah Am 1 (iii) itu sahaja. Ketua Jabatan dikehendaki untuk mengeluarkan satu kad pengenalan untuk keluarga pegawai yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan seperti di Lampiran B. Surat berkenaan adalah seperti yang Lampiran B hendaklah dilengkapkan dalam tiga (3) salinan.

4.0 Kesimpulan Perintah Am Bab F ini banyak menjaga kebajikan dan kesihatan pegawai kerajaan dan juga keluarga pegawai kerajaan dengan menyediakan rawatan dan ubat-ubatan. Pegawai kerajaan harus sedar dengan adanya Perintah Am Bab F ini, mereka akan dapat manfaat dan keistimewaan dari segi khidmat perubatan sepanjang hayat mereka termasuk keluarga pegawai tersebut.

LAMPIRAN A BAYARAN WAD KADAR-KADAR BERIKUT IALAH BAYARAN WAD SEHARI DI HOSPITALHOSPITAL DAN LAIN-LAIN YAYASA PERUBATAN KERAJAAN YANG DIKENAKAN KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI, PESARA-PESARA DAN KELUARGA-KELUARGA MEREKA (P.A. F 21) Kelayakan dan Bayaran Wad 1.1 Kelayakan dan kadar bayaran wad di hospital-hospital dan lain-lain Yayasan Perubatan Kerajaan yang dikenakan kepada pegawai dan keluarganya adalah seperti berikut: Gred Gred khas dan ke atas. Kategori I hingga II yang bergaji $3,138 dan ke atas. Kategori III yang bergaji $3,137 dan ke bawah hingga Kategori VI Kategori VII hingga VIII Kategori IX hingga XI Kelas 1 bilik berdua Kelas 1 bilik bertiga Kelas Dua Kelas Tiga $ 8.00 $ 6.00 $ 3.00 Percuma Kelas Wad Kelas 1 bilik seorang Bayaran Sehari $10.00

Lampiran B Ruj. Jabatan: KAD PENGENALAN BAGI KELUARGA PEGAWAI YANG MENINGGAL DUNIA (P.A. F 9) [Untuk simpanan keluarga pegawai dan ditunjukkan bila memerlukan rawatan] PENGARAH/PENGUASA PERUBATAN/PEGAWAI PERUBATAN Y/M HOSPITAL BESAR/DAERAH/KLINIK KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN Inilah disahkan bahawa mereka yang berikut ini adalah keluarga kepada .................................................................................................................... ............. iaitu seorang pegawai dalam Jabatan ini yang bergaji $ ........................................ sebulan yang telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan pada ................................................................... Mereka ini adalah berkelayakan diberi kemudahan rawatan seperti dalam Perintah Am F 9 iaitu selagi mereka masih tergolong dalam tafsiran keluarga pegawai dalam P.A. F 1 (iii).
Nama 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Tarikh.......................................... ................................... t.t. Ketua Jabatan Nama penuh ..................................................... Jabatan.............................................................. Kad Pengenalan Tarikh Lahir Hubungan dengan pegawai (anak/ anak angkat/ tiri, balu, dll)

CATATAN

(a) Anak-anak yang berkelayakan(i) Di bawah umur 18 tahun. (ii) Di bawah umur 21 tahun jika masih bersekolah. (iii) Tiada sekatan had umur bagi anak-anak yang daif. (b) Balu yang berkahwin semula tidak lagi berkelayakan mendapat kemudahan rawatan percuma mengikut peruntukan P.A. F 9 ini.

Rujukan:-

Perintah-perintah Am Dan Arahan Pentadbiran: Hingga 20hb Febuari 2006 . (2006). International Law Book Service: Shah Alam.

Penilaian Tahap Kecekapan (PTK): Kompetensi Umum (Teras & Profesional). (2003). Penerbit Femina:Petaling Jaya.

10

Anda mungkin juga menyukai