Anda di halaman 1dari 14

BAHAGIAN A (60 markah) Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D.

Antaranya ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul dan hitamkan di kertas objektif yang disediakan.

1.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan budi pekerti yang baik? A. Memarahi orang tua yang cuba menasihati B. Menolong mengangkat barangan jiran yang baru berpindah C. Mengambil barangan kepunyaan jiran tanpa kebenaran D. Tidak member tempat duduk kepada orang tua yang berdiri didalam bas yang sesak dengan penumpang

2.

Adab ketika makan adalah seperti berikut, kecuali A. bergurau senda semasa makan B. tidak bercakap semasa mengunyah makanan C. mengunyah makanan dengan perlahan D. membaca doa sebelum dan sesudah makan

3.

Apakah kepentingan jadual aktiviti harian kepada murid-murid? A. Dapat menguruskan masa dengan lebih baik kerana melakukan aktiviti yang berfaedah B. Dapat memilih aktiviti yang disukai pada masa lapang C. Dapat menilai aktiviti yang dilakukan pada masa lapang D. Dapat dijadikan panduan untuk belajar

4.

Apakah aktiviti yang sesuai dilakukan pada waktu senggang?


1

A. Berehat sambil berangan-angan B. Membantu ibu menyiram pokok bunga C. Menelefon rakan sekelas D. Tidur

5.

Antara yang berikut, situasi manakah yang menunjukkan penggunaan masa yang bijak? A. Fatin sedang melayari internet sambil mendengar lagu B. Noni makan sambil membaca majalah C. Azman sedang membuat kerja rumah D. Salmah bebual dengan jirannya dihadapan rumah

6.

Bagaimanakah cara seorang anak menghargai ibubapanya? A. Menceritakan kebaikan ibubapa kepada rakan B. Menyanyikan lagu untuk menggembirakan hati ibubapa C. Mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan D. Berkelah bersama-sama keluarga

7.

Aktiviti harian yang dilakukan seorang ibu ialah A. belajar, memasak, tidur dan membaca buku B. mendidik anak-anak, mengemas rumah, membasuh pakaian dan memasak C. berehat, memasak dan menonton televisyen D. menyiram bunga, memancing dan beriadah

8.

Nenek kamu sakit dan ibubapa kamu membawanya ke rumah. Apakah tindakan kamu? A. Tidak menghiraukannya
2

B. Memarahi ibubapa kamu kerana membawanya ke rumah C. Membantu ibubapa kamu menjaganya D. Mengajak rakan-rakan ke rumah kamu

9.

Mengapakah kita perlu menghormati agama dan budaya jiran? A. Supaya jiran menyayangi kita B. Supaya tidak menyinggung perasaan jiran C. Supaya jiran bertandang ke rumah kita D. Supaya jiran memberi buah tangan kepada kita

10.

Kepentingan menjalinkan hubungan baik antara jiran ialah.. A. meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat B. mewujudkan suasana hidup yang harmoni C. menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan D. memeriahkan lagi kehidupan seharian

11.

Sikap yang tidak patut diamalkan semasa aktiviti gotong-royong ialah.. A. ringan tulang B. ringan mulut C. berat tulang D. bertimbangrasa

12.

Antara berikut, yang manakah bukan merupakan aktiviti gotongroyong? A. Membersihkan kawasan perkuburan B. Membaiki bumbung dewan orang ramai yang rosak
3

C. Menyertai acara senamrobik beramai-ramai D. Membersihkan longkang-longkang disekitar taman perumahan

13.

Hadi dan rakannya Asri ingin pergi memancing . Hadi perlu menulis pesanan kepada ibunya yang telah keluar ke pasar.

Berdasarkan situasi di atas, pilih pesanan yang paling sesuai. A. Saya ke kolam pancing. Nanti saya balik Hadi B. Saya keluar sekejap. Jangan risau Hadi C. Ibu, saya pergi memancing. Saya akan pulang cepat Hadi D. Saya pergi memancing bersama Asri di kolam pancing. Saya akan pulang sebelum pukul 6.00 petang - Hadi

14. Mengapakah kita harus menulis pesanan kepada anggota keluarga kita? A. Untuk mengambil hati mereka B. Untuk memberitahu aktiviti yang dilakukan kepada keluarga agar
4

mereka tidak risau C. Kerana kamu suka menulis pesanan D. Kerana takut dimarahi oleh keluarga

15.

Dalam keluarga kembangan, kita harus memanggil anggota keluarga dengan gelaran tertentu. Mengapakah hal tersebut berlaku? A. Untuk mewujudkan kemesraan dan rasa hormat dalam kalangan

ahli keluarga B. Tradisi turun-temurun C. Kerana nama ahli keluarga sukar untuk diingat D. Kerana bilangan ahli keluarga terlalu ramai

16.

Bapa saudara ialah.. A. bapa kepada ibu kita B. bapa kepada datuk atau nenek kita C. abang atau adik lelaki kepada ibu atau bapa kita D. anak-anak kepada bapa saudara kita

17.

Soalan 17 berdasarkan gambar dibawah.

Siapakah yang bertanggung jawab menjalankan tugas yang ditunjukkan dalam gambar di atas? A. Nenek B. Anak C. Ibu D. Bapa

18. Faedah beriadah bersama-sama jiran adalah seperi yang berikut, kecuali.. A. mencergaskan badan B. merapatkan hubungan C. membazirkan masa D. memanfaatkan masa dengan baik

19.

Sudah menjadi kebiasaan Lina tidur pada pukul 11.30 malam setiap malam. Pada pendapat kamu, mengapakah seseorang murid tidak digalakkan tidur lewat malam? A. Masa belajarnya akan terganggu B. Murid akan rasa mengantuk keesokan harinya kerana kurang tidur
6

C. Murid akan menjadi lemah D. Pelajarannya akan merosot

20.

Yang manakah antara pernyataan di bawah dilakukan secara tidak bersesuaian dengan waktu? A. Menolong ibu ketika ibu sedang sibuk di dapur B. Mengulangkaji pelajaran pada waktu petang C. Bermain diluar rumah sewaktu hujan lebat D. Menonton televisyen setelah menyiapkan kerja rumah

21.

Antara seni tari berikut, yang manakah bukan merupakan warisan budaya masyarakat Melayu? A. Tarian Inang B. Tarian Zapin C. Tarian Joget D. Tarian Kipas

22.

Apakah keunikan yang terdapat dalam budaya Malaysia? A. Seni tari, muzik dan bahasa B. Makanan C. Tarian D. Keramahan rakyatnya

23.

Mengapakah kita harus mengamalkan adab-adab berpakaian dalam


7

kehidupan seharian? A. Menunjukkan bahawa kita mempunyai banyak pakaian B. Menunjukkan keperibadian dan sahsiah yang baik C. Agar kita kelihatan cantik dan bergaya D. Supaya kita dipuji dan disanjung

24.

Bagaimanakah cara kamu menghargai pakaian tradisi? A. Memakainya dalam semua situasi B. Memakainya setiap masa C. Menghormatinya dan memakainya pada majlis-majlis yang sesuai D. Menyimpannya di dalam almari

25.

Ciri peribadi yang terpuji yang berkaitan dengan aspek keagamaan ialah.. A. ketahanan diri B. kerohanian dan keimanan C. kecerdasan emosi D. kecerdasan intelek

26.

Antara berikut, yang manakah bukan merupakan tingkah laku yang baik?
8

I. II. III. IV.

Mengejek orang yang kurang upaya Menolong orang buta melintas jalan Memukul anak kucing Mendengar nasihat ibubapa

A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. I, II dan III D. II, III dan IV

27.

Sistem pemerintahan yang diamalkan di Malaysia ialah sistem.. A. demokrasi berparlimen B. sosialis C. republik D. komunis

28.

Penghulu ialah.. A. ketua pentadbiran di peringkat daerah B. ketua pentadbiran di peringkat mukim C. ketua pentadbiran di peringkat kampong D. ketua bagi masyarakat orang asli

29.

Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ketiga? A. Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj B. Tun Abdul Razak C. Tun Hussien Onn D. Tun Dr. Mahathir Muhamad

30.

Bangunan yang menjadi mercu tanda dan kebanggaan Malaysia ialah.. A. Tugu Negara B. Menara Berkembar Petronas C. Planetarium Negara D. Kota A Fomosa

BAHAGIAN B (40 markah) Arahan : Jawab semua soalan di ruangan yang disediakan. A. Berdasarkan gambar dibawah, tandakan ( / ) pada perlakuan yang berhemah tinggi dan ( X ) pada perlakuan yang tidak berhemah tinggi.

10

B. Cadangkan empat acara sukaneka yang sesuai dijalankan oleh Persatuan Penduduk di sesebuah taman perumahan. 1. ___________________________________________ 2. ___________________________________________ 3. ___________________________________________ 4. ___________________________________________

C. Nyatakan empat aktiviti yang sesuai dilakukan pada waktu senggang di sekolah. 1. ___________________________________________ 2. ___________________________________________ 3. ___________________________________________ 4. ___________________________________________

D. Berdasarkan pernyataan di bawah, nyatakan tindakan kamu untuk


11

menunjukkan pengurusan masa yang baik semasa di sekolah. 1. Guru kamu belum lagi masuk ke dalam kelas kerana mempunyai urusan penting di pejabat sekolah. Tindakan: _____________________________________________________________________ ________________________________________________________

2. Kamu selesai makan dan minum di kantin pada waktu rehat. Kamu masih mempunyai masa yang terluang. Tindakan : _____________________________________________________________________ ________________________________________________________

3. Masa masih terlalu awal ketika kamu sampai ke sekolah. Tindakan : _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

4. Waktu persekolahan telah tamat. Bapa kamu masih belum sampai untuk mengambil kamu pulang ke rumah. Tindakan : _____________________________________________________________________ ________________________________________________________

12

E. Dalam ruangan di bawah, tuliskan BENAR pada pernyataan yang benar dan SALAH pada pernyataan yang tidak benar mengenai sikap kamu terhadap anggota keluarga kembangan. 1. Kamu menyayangi keluarga kembangan kamu. ________________________________ 2. Kamu tidak menyukai salah seorang daripada sepupu kamu. ______________________________ 3. Adakalanya kamu bosan dengan anggota keluarga kembangan kamu. ________________________________ 4. Kamu selalu menghadiri aktiviti kekeluargaan yang diadakan oleh anggota keluarga kembangan kamu. ________________________________ 5. Datuk kamu seorang yang garang dan kamu tidak menyukainya. ________________________________ 6. Kamu berbangga dengan anggota keluarga kembangan kamu. ________________________________

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

(PN. DARLIA BT MOHD NOH) Guru Pendidikan Sivik Tahun 5

(EN. ZAINI B. MUHAMMAD) KP Pendidikan Sivik

13

Disahkan oleh :

(PN. NOR SAADAH BT MASTOR) Penolong Kanan 1

14

Anda mungkin juga menyukai